Wednesday, August 3, 2011

Peringatan Sepanjang Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara, ramai mengaku mereka Islam. Orang Melayu akan marah jika dikafirkan, walaupn hakikat mereka mengamalkan sebahagian dan sesuatu amalan orang kafir. Orang Melayu merasa seronok apakala diakui dia Islam. Ramai di antara orang Melayu yg tidakpun bersolat, tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan (ini), ada wang tidakpun mengeluarkan zakat fitrah atau meninginfaq sebahagian hartanya kerana fi sabilillah, malah ada wang yg lebih dari mencukupi untuk mengerjakan haji, tidak mahu mengerjakannya. Ramai pula orang Melayu yg melipat gandakan ibadah dan amalan sunat dalam bulan Ramadhan ini - lebih banyak istiqamah bersolat fardu, lebih banyak mengerjakan solat-solat sunat, ada wang ke Mekah untuk berpuasa di Mekah dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah di Masjidil Haram pula, dgn harapan mendapat ganjaran pahala yg maksium pula, ada yg menyediakan peruntukan untuk membolehkan masjid-masjid membuat bubur lambok untuk diagihkan kpd umat Islam yg berminat makan bubur lambok dan berbuka di masjid. Semua ini mendatangkan pahala tambahan. Namun yg asas dalam Islam hendaklah betul.
Apa yg betul? Segala amalan hendaklah menepati ketetapan Allah (a.w), yg kita rujuk dalam blog ini kerap kali, dan kita juga rujuk dalam post yg lalu. Hakikatnya: semua amalan dan ibadah yg tidak menepati as-Sunnah terbatal, tidak berguna sedikitpun! Wal iya zubillah
Saudara, kita lihat nasihat berikut drp Rasulallah (s.a.w): 
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini bahawa hidup kita dalam Islam kerana ilmu, tanpa ilmu, maka kita sebenarnya belum hidup dalam Islam. Dan, Islam itu hidup dalam roh dan sanubari kita hanya dgn ilmu. Tanpa ilmu, maka Islam dalam jiwa kita mati. Dan, ilmu itu adalah tiang keimanan setiap orang Islam. Sebagaimana rumah perlukan tiang atau setiap binaan perlukan tiang, kerana tanpa tiang tak mungkin rumah boleh dbina atau tanpa tiang setiap binaan akan runtuh. Oleh tu, tanpa ilmu iman kita pasti akan runtuh dan Islam dalam sanubari kita akan mati. Apabila sudah mati Islam dan runtuhnya iman, maka sepanjang Ramadhan ini, atau sepanjang hidup kita ini, kita tidak mendapat apa-apa keuntungan akhirat.
Saudara, Islam itu bersandarkan ilmu. Malah keperluan duniapun memerlukan ilmu. Tanpa ilmu sukar untuk mendapat kejayaan di dunia. Dalam Islam - dalam perkara akhirat - ilmu itu lagi lebih utama. Maka dgn itu kita yg Islam diwajibkan mencari ilmu atau belajar ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah). Kalau kita tak sempatkan sedikit masa setiap hari belajar ilmu, maka kita berdosa setiap saat dan setiap masa! Kerana menuntut ilmu itu diwajibkan kpd setiap orang yg akui dirinya Islam, yakni ,kita semua.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
Justeru itu, bagaimanakah mungkin Allah (a.w) hapuskan dosa kita di akhir Ramadhan, dan kita diselamatkan oleh Allah (a.w) dari neraka dan diberiNya ganjaran syurga di akhirat kelak, kalau kita tidak berusaha mengilmukan diri kita dan kita beramal semata-mata dalam kejahilan? Dalam kegelapan? Tanpa mempelajari al-Quran dan as-Sunnah kita sebenarnya beramal dalam kegelapan, meraba-raba sahaja tanpa kepastian tentang segala amalan dan ibadah kita dan tanpa mengetahui arah tuju segala amalan dan ibadah kita. Saudara, kemudian, ada dikalangan orang Islam yg apakala diberitahu sesuatu mengenai Islam dan syariatnya oleh seorang yg tahu, enggan pula dia terima. Maka tergolonglah orang yg sedemikian itu dalam golongan orang-orang yg disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yg keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar serta menerima nasihat tentang ugama berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan tidak mahu mengerjakan ibadah dan amalan yg disyari’atkan di dalam kedua-dua panduan itu sebagai orang Islam yg beriman) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yg dia merasa yg dia lebih baik dari orang lain), (iaitu) orang yg senang di kalangan orang ramai (i.e. suka disanjung dan dipuji) dan suka bertengkar di pasar (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun solat malam) dan seperti kaldai di siang hari (kerana hanya memikirkan nak makan).’ Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban]
Saudara, janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Kerana, rugilah kita. Kita sempat berada dalam bulan Ramadhan ini, maka Allah (a.w) beri kita kesempatan untuk menebus diri kita dgn memaksimumkan keimanan dan ganjaran pahala sepanjang Ramadhan, kita sia-siakan pula. Yg rugi kita.
Mudah-mudahan saudara faham apa mesej yg disampaikan dalam post ini. Janganlah beramal dan beribadah tanpa panduan, yg rugi kita bukan orang lain. Dalam blog ini disebutkan panduan yg benar dalam beramal dan beribadah. Semuanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Diberitahu bahawa ketika berwudu' hendaklah dimulakan dgn menyebut 'Bismillah', ketika membasuh kepala hendaklah menyapu air ke seluruh kepala bukan sebahagian sahaja, dan ketika memulakan solat kita berdiri dan menyebut 'Allahu Akbar' saja tanpa 'usolli ...' dan ketika selesai solat, imam dan makmum hendaklah berzikir, berwirid dan membaca do'a bersendirian masing-masing. Ketika berpuasa hendaklah diniatkan sebelum terbit fajar. Ketika berbuka dan bersahur hendaklah makan dan minum menyebut 'Bismillah' dahulu dan selepas selesai makan atau minum kita bacalah doa yg lazim tersebut spt 'Allahumma bariklana ... ' atau 'Alhamdulillahil lazi ataman wa-saqana ...' dan sebagainya. Dan, banyak lagi. kalau saudara kelapangan ikuti blog ini. Kalau ingin belajar, selepas Aidil Fitri, hubungi blog ini (melalui komen). 

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Wa-alaikumus salam kpd Eden. Amin. Sdr, dgn mengikuti blg ini saudara mendapat sedikit kefahaman tentang Islam melalui ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Namun sdr perlu mengesahkan ilmu tersebut melalui pengajian yg formal Rasulallah 9s.a.w) mendapat ilmu melalui wahyu dari Allah (a.w). Dan, juga menerima ilmu dari Jibirl (a.s) secara berdepan - konsep mangkul dalam Islam (iaitu guru dan murid belajar secara berdepan) - baru sah ilmunya diturunkan. Untuk itu sdr boleh hubungi blog ini melalui komen dgn memberikan maklumat diri dan berikan alamat dan no hp untuk dihubungi.Insya Allah kita akan tunjukkan di mana sdr boleh dapat ilmu secara formal.

    ReplyDelete