Assalamualaikum,
Saudara, kita telah maklum beberapa perkara yg wajib kita ingati diri kita sentiasa: pertama, hendaklah kita berpuasa dgn penuh keimanan tidak melakukan sesuatu yg boleh menghakis pahala puasa spt bercakap sia-sia, berbohong, mengata orang, mengumpat orang, memburuk-burukkan orang, mengeji orang, menjadi batu api supaya orang berbalah dan bergaduh dan melalukan lain-lain kemaksiatan, walaupun sedikit, dan kedua, kita berpuasa dgn mengharapkan ganjaran pahla yg maksimum dari Allah (a.w). Jika kedua-dua perkara ini kita istiqamah laksanakan, insya Allah pastilah dosa-dosa kita yg lalu itu dihapuskan oleh Allah (a.w). Itulah janji Allah (a.w) yg diberitahu kpd kita oleh Rasulallah (s.a.w). maka dgn itu tidaklah kita rugi melalui dugaan bulan barakah Ramadhan.
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa ganjaran pahala serta gandaan pahala Ramadhan itu hanya Allah (a.w) yg tentutkan. Kita hanya akan tahu diakhirat kelak. dalam bulan-bulan selain Ramadhan kita diberitahu ganjaran setiap kebaikan itu adalah digandakan 10 kali ganda hingga 700 kali ganda. Tapi, dalam bulan Ramadhan gandaannya terbanyak dan tanpa had. Maka dgn itulah sesiapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan ikhlas mengharapkan pahala sebanyak mungkin dari Allah (a.w) dibebaskan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah gandaan terbaik!
dalam pada itu, mungkin kita diberitahu oleh orang tua kita atau nenek moyang kita atau tok-tok guru sesuatu yg membatalkan puasa kita.
Dalam pada itu, adakah perbuatan atau perlakuan berikut membatalkan puasa? Jawabnya tidak: Apa dia perlakuan yg tidak membatalkan puasa itu? iaitu spt berikut:
(a) Membasahi oleh Ibnu Omar (r.a) pakaiannya maka meletakkan atasnya (yakni, memakainya) dan dia berpuasa. Dan masuk Sya’biu bilik mandi (dan mandi) dia dan sedangkan dia berpuasa. Dan berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Tidak apa-apa apabila merasa makanan dalam periuk atau dalam sesuatu (bekas).
(b) Berkata Hassan (r.a): ‘Tidak apa-apa berkumur-berkumur dan bersejuk (i.e. berendam dalam air spt kolam renang) bagi orang yang berpuasa
(c) Berkata Ibnu Mas’ud (r.a): ‘Ketika ada bulan puasa salah seorang kamu berpagi-pagi berminyak (i.e. memakai wangian) menyikat rambut (yakni, berhias tidak mengapa).
(d) Berkata Anas (r.a): ‘Sesungguhnya bagiku ada kolam menyelam aku di dalamnya dan sedangkan aku berpuasa dan menyebutkan daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersiwak (menggosok gigi) dan (i.e. sedangkan) dia berpuasa
(e) Berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Bersiwak (menggosok gigi) awal siang dan akhir siang (i.e. petang hari) dan tidak menelan air liurnya
(f) Berkata Anas (r.a): ‘Sesungguhnya bagiku ada kolam menyelam aku di dalamnya dan aku berpuasa dan menyebutkan daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersiwak (menggosok gigi) dan (i.e. sedangkan) dia berpuasa
(g) Berkata ‘Ata’ (r.a): ‘Jika menelan air liur tidak berkata aku berbuka (i.e. terbatal puasa).’ Dan berkata Ibnu Sirin (r.a): ‘Tidak apa-apa dengan siwak (menggosok gigi) dengan kayu muda, dikatakan baginya ‘makan’
(h) Berkata Ibnu Sirin: ‘Dan adapun airpun ada rasa dan engkau berkumur-kumur dengannya, dan tidak berpandangan Anas dan Hassan dan Ibrahim dengan bercelak bagi orang yang berpuasa berdosa (i.e. membatalkan puasa).
(i) Diriwayatkan hadith daripada ‘Urwat dan Abi Bakrin berkata Aisyah (r.ah): ‘Adapun Nabi (s.a.w) (belum mandi junub) menjumpai fajr (subuh) di dalam Ramadhan dari selain mimpi (yakni, kerana berjimak), maka mandi dia dan (sedangkan) dia berpuasa.’
Kesemua ini disebutkan dalam Sahih Bukhari. Syariat Islam itu terperinci dalam meneliti sesuatu perkara, termasuklah bagaimana menjaga kesihatan. Justeru itu, di dalam hadith-hadith berikut prinsip menjaga kebersihan dalam bulan Ramadhan itu disebutkan:
(a) Disebutkan hadith daripada ‘Amir bin Rabia’ (r.a) berkata: ‘Melihat aku Nabi (s.a.w) bersiwak (yakni, menggosok gigi) dan dia berpuasa apa (berapa kali dia bersugi) tidak terhitung aku.’
(b) Berkata Abu Hurairah (r.a): ‘Daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Seandainya tidak memberatkan aku atas umatku nescaya memerintah aku dengan bersiwak (yakni, menggosok gigi) ketika tiap-tiap kali berwudu’.’
(c) Diriwayatkan seperti hadith ini daripada Jabir, dan daripada Zaid bin Khalid hadith daripada Nabi (s.a.w): ‘Dan tidak mengkhususkan (bersiwak atau menggosok gigi) bagi orang puasa sahaja daripada selainnya’.
(d) Berkata Aisyah (r.ah) hadith daripada Nabi (s.a.w): ‘Adapun bersiwak mensucikan mulut dan disenangi (disukai) oleh Allah (a.w); dan
(e) Dan berkata ‘Ata’ (r.a) dan Qatadah (r.a): ‘Menelan air liur (yakni, jika berpuasa tidak apa-apa jika menelannya).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Malah, tidak batal puasa kalau makan dan minum kerana terlupa, sebagaimana yg dijelaskan dalam hadith berikut:
(a) Menceritakan hadith dari Ibni Sirin daripada Abi Hurairah (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika lupa maka makan dan minum, maka hendaklah engkau sempurnakan (i.e. teruskan) puasa kamu, maka sesungguhnya memberi makan (dan atau minum) oleh Allah (a.w), dan itu sedekah (bagi kamu daripada Allah (a.w)).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
(b) Diriwayatkan hadith daripada Muhammad Ibni Sirin (r.a) daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Barangsiapa terlupa dan dia berpuasa maka makan dia atau minum dia, maka sempurnakanlah (i.e. teruskan) puasanya, maka sesungguhnya memberi makan Allah (a.w) (dan memberi minum Allah (a.w)) dan itu sedekah atasnya.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
(c) Dan berkata ‘Ata’ (r.a): ‘Jika menyemborkan maka masuk air ke dalam halkom (kerongkong) tidak apa-apa, jika tidak berkuasa (mengeluarkannya); (d) Dan berkata Hassan (r.a): ‘Jika masuk ke dalam halkom lalat (semasa tidur, dan tertelan), maka tidak apa-apa atasnya (puasanya tidak batal).
Pada prinsipnya dan hakikatnya, dalam Islam perbuatan dosa yg dilakukan ketika tidur dan terlupa tidak ditulis sebagai berdosa. [Nota: Maka dgn itu jugalah kalau kita tertidur, belum Solat Subuh, kita terbangun sudah terbit matahari, kita wajib kerjakan Solat Subuh di waktu kita sudah terjaga atau tersedar atau teringat dari lupa. Begitu jugalah dgn solat-solat fardu yg lain, kalau terlupa atau tertdur, kerjakanlah ketika sudah terjaga atau teringat walaupun sudah klepas waktunya.] Maka jika termakan dan terminum kerana lupa, maka ketika ingat hentikan. Dan, kalau ada baki makanan dalam mulut cuba keluarkan. kalau tak berkuasa mengeluarkannya, maka berkumur-kumurlah.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment