Tuesday, July 26, 2011

Puasa Ramadhan: Berjunub Tak Sempat Mandi

Assalamualaikum,
Saudara, bagaimana kalau kita bersetubuh pada malam Ramadhan, kemudian keletihan tertidur tak sempat mandia junub sehingga kesiangan? Islam mensyaratkan kita wajib berpuasa dalam apa keadaan sekalipun, kecuali bagi golongan yg diberi ruhsah oleh Allah (a.w) meninggalkan puasa, spt orang yg bermusafgir diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak berpuasa ketika dalam musafir. [Nota: Ruhsah lain adalah orang yg terlalu tua dibolehkan tidak berpuasa dan memadai membayar fidyah memberi makan seorang fakir miskin seorang setiap kali ditinggalkan. Atau, wanita yg sedang mengandung. Atau, wanita yg menyusukan anaknya yg baru lahir. Dalam kes-kes ini wajib diganti dgn hari-hari lain bagi setiap hari yg puasa itu ditinggalkan.]
Saudara, dalam perkara menyentuh tajuk kita ini, Islam membolehkan kita berpuasa walaupun tak sempat mandi junub sebelum terbit fajar. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) dan Ummu Salamah (r.ah)(dua orang isteri Nabi (s.a.w)) berkata kedua-duanya: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) adalah mendapatkan dia fajr (subuh) (yakni, kesiangan tak sempat mandi) dan dia sedang junub daripada (menjimak) ahlinya (yakni, isterinya) kemudian mandi dia dan berpuasa dia.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]. 
Hadith di atas menjelaskan ketetapan bahawa seseorang yang berjunub dan tidak sempat mandi junub dan kesiangan hari, yakni sudah mula puasa, boleh berpuasa, walaupun masih berjunub. Jelasnya, berpuasa itu wajib dan utama, dan berjunub tidak melarang atau menghalangi seseorang itu berpuasa.

Jazakallahu khairah

3 comments:

  1. Just nk tnya utk tambahan ilmu, fakir miskin yg boleh kita cari tu adakah mungkin kita boleh mintak org2 di kampung carikan org susah ini? Bg mkn pd ank Tarim boleh ke? Atau bg pd peminta2 sedekah? Dan cara bg makan yg macammana perlu di beri? Adakah bg beras atau bg makanan di masak?

    ReplyDelete
  2. Sorry bukan anak Tarim, anak yatim.. Typing error..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah puasa tetap sah
    makasih infonya ya

    ReplyDelete