Sunday, July 31, 2011

Puasa Ramadhan: Peringatan

Assalamualaikum,
saudara, insya Allah saudara telahpun selesai menyempurnakan Solat Terawih. Boleh dikatakan semua masjid di Malaysia membuat Solat Terawih 20 rakaat kemudian ditutup dgn tiga rakaat yg dikatakan Solat Witir yg dibuat dua rakaat salam kemudian satu rakaat salam. Solat Terawih itu diseling dgn 'selawat' setiap dua rakaat dan ditambah dgn Do'a setiap 4 rakaat - yakni selesai dua-dua rakaat menjadikan empat. Solat Terawih yg syariatnya adalah solat yg ganjil rakaatnya, dibuat secara lazim dua rakaat salam kemudian satu rakaat. Kemudian disudahi dgn Tahlil, pada malam Jum'at Tahlil Arwah.
Saudara, di dalam syariat Islam ada beberapa perkara yg tidak dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w); iaitu: pertama, tidak ada membaca selawat selepas 4 rakaat Solat Terawih; kedua, Solat Witir adalah tiga rakaat dibuat satu salam, i.e. dikerjakan tiga rakaat terus disudahi dgn salam, bukan dibuat dua + satu sebagaimana diamalkan sebagai kelaziman. Tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa Solat Witir itu kalau tiga rakaat dibuat dua+satu. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah membaca Doa secara berjema'ah selepas solat bilamana beliau membaca doa' kemudian diaminkan oleh makmum. Do'a adalah urusan atau permintaan peribadi seseorang kpd Allah (a.w). Apabila selesai solat Rasulallah (s.a.w) hanya berpaling mengadap makmum sambil berwirid atau berzikir bersendirian tidak dijema'ahkan. Keempat, tidak ada dalam syariat Islam wujudnya Tahlil atau Tahlil Arwah.
Saudara, pada zaman Raulallah (s.a.w) umat Islam termasuk beliau mengerjakan Solat Terawih itu 8 rakaat di buat empat-empat rakaat satu salam. Pernah Solat Terawih zaman Rasulallah (s.a.w) itu dijema'ahkan pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan dan dibuat lewat malam, tetapi dibuat persendirian pada lain-lain malam. Dalam zaman khalifah Omar b Khattab (r.a), Solat Terawih di jema'ahkan dan dibuat 20 rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam dan disudahi dgn satu rakaat Solat Witir. Imam Solat Terawih yg pertama adalah Ubai b Ka'ab di zaman Omar (r.a). [Nota: Oleh kerana sunnah (i.e. perlakuan) Omar (r.a) adalah diiktiraf Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian drp apa yg disebut 'sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin', maka kita boleh ikuti sunnah Omar itu.]
Saudara, ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan kita digalakkan Iktikaf di mussola, i.e. tempat solat yg melazimkan solat-solat fardu di jema'ahkan di bawah satu imam. Ketika beriktikaf itu kita tak perlu buat apa-apa memadai kita duduk dan tidak tidur. Selagi kita berada di tempat mussola tersebut, akan mengalir pahala (i.e. ditulis oleh malaikat pahala) seolah-olah mengerjakan pelbagai ibadah dan amalan sunat, selagi kita tidak tidur. Apabila kita terlena, aliran pahala itu terhenti. Dgn berdiam diri tanpa tidur ketika Iktikaf itu, kita mendapat pahala seumpama mengerjakan semua amalan dan ibadah sunat, tanpa mengerjakannya. Demikianlah kurniaan Allah (a.w).
Saudara, wajib kita ingat bahawa puasa Ramadhan itu sah jika kita niatkan berpuasa sebelum masuk waktu Subuh (atau sebelum terbit fajar, kalau terlewat). Di dalam syariat Islam tidak ada niat yg dizahirkan, i.e. menyebutnya. Dan, niat itu tersembunyi dalam hati kita, memadailah kita berniat dalam senyap tanpa membaca kalimah-kalimah khusus spt 'Nawaitu sauma ghadin ...' dan sebagainya. Oleh itu melafazkan niat atau menzahirkan niat itu adalah pembaharuan dalam amalan. [Nota: Niat wajib diniatkan setiap hari, tidak sah puasa jika niat dijamakkan]. Spt biasa setiap pembaharuan dalam perkara atau urusan ugama itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan dan setia kesesatan itu menjerumuskan orang yg mengamalkannya ke dalam neraka. Kerana, kesemua amalan dan ibadah yg berainan dari sunnah, tidak diterima Allah (a.w). Membuat pembaharuan dalam urusan ugama, i.e. bid'ah, adalah tetakluk kpd ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa beramal dgn suatu amalan, yg amalan tersebut tidak dibawakan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Dah lah tak dapat pahala, kita mendapat dosa. Malah lebih serius lagi bid'ah menjerumuskan orang yg mengamalkannya masuk neraka, kerana kesemua amalan yg dicemari oleh bid'ah mengakibatkan pelakunya terkeluar dari Islam. wal iyazubillah. Allah (a.w) perintahkan orang iman supaya belajar ilmu mengenai sesuatu amalan itu sebelum diamalkan (Ayat 36, Surah al-Israk). Allah (a.w) juga memberitahu bahawa apa-apa yg dibawakan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) (maksudnya: yg beliau kerjakan atau amalkan) hendaklah diambil pakai dan diikuti, dan apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita jauhi atau tinggalkan (Ayat 7, Surah al-Haysr). Oleh itu berwaspadalah. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg tidak menerima mana-mana ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan sebaliknya menerima pandangan dan suruhan orang lain, maka Allah (a.w) amat murka kpd orang-orang sedemikian, kerana dia mengagungkan apa-apa yg diremehkan atau dihina Allah (a.w) dan sebaliknya meremehkan apa-apa yg diagungkan oleh Allah (a.w). Yg diagungkan oleh Allah (a.w) adalah al-Quran dan as-Sunnah (sunnah kerana sunnah adalah berdasarkan wahyu drp Allah (a.w)). Justeru itu, sesiapa yg menolak satu perkara dalam as-Sunnah, orang itu dianggap derhaka kpd Allah (a.w) kerana meniggikan taraf pendapat atau ajaran manusia dan merendahkan ketetapan UtusanNya (i.e. as-Sunnah). Oleh itu berwaspadalah supaya tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg dianggap menentang ketatapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Insya Allah kita akan mula berpuasa Ramadhan esok (1 Ogos) yg jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa mengerjakan puasa Ramadhan demi keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (a.w) yg tidak ternilai iaitu terhapus dosa-dosa kita dan bebas kita dari siksaan dalam neraka, maka mendapat syurga. Apabila kita berpuasa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka Allah (a.w) akan hapuskan dosa-dosa kita yg lalu. Alangkah baiknya mengikuti al-Quran dan as-Sunnah dan menolak ketetapan manusia. Yg untung kita. Dan, yg rugi adalah kita, jika kita tidak akur dgn ketetapan syariat Islam. Dan, yg untung itu adalah mengerjakan segala amalan dan ibadah bersandarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, apabila kita berSahur malam ini nanti, dan ketika kita berbuka esok hari, sebelum memasukkan makanan atau air ke mulut, bacalah 'Bismillah'. Makan dan minum wajib didahulukan dgn kalimah 'Bismillah' dan hanya selepas selesai makan kita baca Do'a Ketika Makan itu (spt 'Allahumma bariqlana ... atau 'Alhamudulillahil lazi at-'amana wa-saqana waj-'alna minal muslimina' ) tanda kesyukuran, sesudah makan atau minum. Kerana do'a tersebut adalah melambangkan rasa kesyukuran kita yg tidak terhingga kerana rezki yg Allah (a.w) berikan kpd kita.

Selamat berpuasa. Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Kefadhalan Umrah dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,
Sauadra, dalam post yg lalu kita telah sebutkan betapa besarnya pahala orang yg berkesempatan untuk berpuasa Ramadhan dgn penuh keimnanan serta mengharapkan pahala sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan - siang dan malamnya. Kita juga telah sentuh betapa besarnya pahala orang yg berpuasa di Mekah. Dalam hadith berikut, disebutkan satu lagi pahala yg amat besar jika kita berkesempatan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. 
Kita sedia maklum bahawa dalam bulan Ramadhan itu segala amal makruf mendapat ganjaran pahala yang jauh lebih banyak dari lain-lain bulan. Dalam keadaan biasa semua amalan dan ibadah dalam bulan biasa kita diberi ganjaran pahala mimimum 10 dan maksimum 700 gandaan pahala, terpulang kepada keihlasan kita mengerjakannya. Tetapi dalam bulan puasa pula Allah (a.w) memberitahu bahawa gandaan pahala segala amalan adalah melebihi 700 kali gandaan. Berapa kali hanya Allah (a.w) yang akan mengurniakannya. 
Maka sehubungan itulah orang Islam beriman yang tahu ilmunya akan berusaha untuk melipatgandakan amalan dalam bulan Ramadhan, terutama mengerjakan puasa dan umrah dalam bulan puasa. Fikirkanlah betapa banyaknya ganjaran pahala melakukan sesuatu ibadah itu dalam bulan Ramadhan di masjid al-haram atau di Mekah. Mengerjakan sesuatu amalan dalam Masjid al-Haram dapat gandaan 700 kali dan ganda pula 100,000 kali dan kalaulah gandaan itu lebih dari 700 kali maka digandakan pula 100,000 kali, alangkah banyaknya pahala. dalam pada itu Allah (a.w) turunkan kerahmatan pula setiap siang dan malam di Mekah. maka dengan itulah juga Allah (a.w) memberitahu kita melalui sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w): 
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Pada suatu waktu ketika Nabi (s.a.w) selesai menunaikan haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan al-Ansariah: ‘Apakah yang menghalang engkau menunaikan haji?’ Jawab Ummu Sinan: ‘Bapa sifulan.’ (Maksudnya: merujuk kepada suaminya). Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor digunakan untuk menunaikan haji (sebagai kenderaan) baginya dan yang lainnya untuk menyiram kebun kami.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Umrata fi ramadhana taqdi hajjatan ma’iya.' [Yg bermaksud: Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji bersama-samaku.] [Hadith Bukhari, Kitab Haji] 
Oleh yang demikian, sesiapa yang berkemapuan serta teguh dan mendalam imannya untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan mengharapkan dijauhkan dari siksaan nerakaNya, eloklah kita usahakan sekurang-kurang setahun sekali kita mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. Lipat ganda pahalanya amat banyak sekali demi kesejahteraan akhirat kita.
Saudara, di dalam Islam itu kita telahpun maklum bahawa jika kita berusaha sekuat mampu yg mungkin untuk mencari kejayaan dunia, belum pasti kita akan dapati atau capai cita-cita kita. Kita mungki belajar di menara gading IPT atau IPTS, berjaya mendapat kelayakan terbaik dan cemerlang, dalamsesuatu bidang, namun belu pasti kita akan berjaya mendapat apa-apa yg kita cita-citakan dalam hidup kita. Kesemua tergantung kpd takdir. Contoh: ada yg kaya lana tanpa kelayakan yg formal. Ada yg begitu tinggi pencapaan akademiknya, tetapi belum pasti dia berjaya dalam dunianya. Namun, dalam perkara akhirat, Allah (a.w) menjanjikan bahawa sesiapa yg berusaha sebaik mungkin dan sekuat mampunya untuk mendapatkan pembebasan dari neraka dan berjaya mendapat syurga, sudah pasti dia akan mendapatkannya! Tidak ada orang yg gagal mendapat syurga sekirany dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ganjaran pahala untuk semua amalan dan ibadah bergantung kpd usaha kita menepati firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Israk iaitu kita lakukan segala sesuatu demi  kerana takutkan siksaan Allah (a.w) dalam neraka dan demi untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w). [Nota: Dalam Islam yg dimaksudkan dgn 'niat' itu adalah menepati firman Allah (a.w) dalam ayat ini]. Kerana, kerahmatan itu adalah syarat pasti untuk mendapat syurga. Kita tidak akan dapat kerahamatan Allah (a.w) jika kita tidak mengilmukan diri kita dan berpandu dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah. Segala amalan dan ibadah kita tidak berguna sekiranya kita tidak beramal dan beribadah berdasarkan ilmu. Inilah ketetapan Ayat 36, Surah al-Israk iaitu hendaklah kita buat segala sesuatu tentang Islam - amalan dan ibadah - hanya dgn berdasarkan ilmu. Kalau kiat buat amalan dan ibadah tanpa didasari oleh ilmu, maka amalan kita itu sia-sia, tidak diterima Allah (a.w). Dan ilmu yg wajib kita jadikan sandaran amalan dan ibadah adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yg kita dapati dari orang yg mengajarkan kita jika dia tidakpun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kita tidak boleh beramal dgn bersandarkan ajaran manusia atau ajaran kitab-kitab karangan manusia, kerana kemungkinan besar, kita diajar dan disuruh amalkan sesuatu yg sama sekali bertentangan dgn atau berbeza dgn ketetapan dua sumber tersebut. Allah (a.w) beri kita tahu bahawa kitab yg terbaik yg wajib dijadikan panduan adalah al-Quran dan petunjuk atau panduan terbaik orang iman adalah as-Sunnah, dan cara serta kaedah beramal dan beribadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) adalah as-Sunnah - cara dan kaedah serta praktikal sesuatu amalan dan ibadah itu dikerjakan.
Justeru itu, hanya dgn ilmu yg sah - al-Quran dan as-Sunnah itu - melayakkan segala amalan dan ibadah diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah di dalam blog ini srringkali saudara diperingatkan supaya mengaji dna belajar al-Quran untuk mengerjakan amalan dan ibadah dan untuk mengesahkan segala amalan dan ibadah dan untuk memastikan segala amalan dan ibadah kita itu sejajar dgn ketetapan Islam dan diterima Allah (a.w). Termasuklah dalam perkara amalan dan ibadah berpuasa dan amalan dalam bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan saudara faham dan berusaha untuk menyempat-nyempatkan masa dan waktu untuk belajar ilmu yg haq dari sumber yg haq dan dari guru yg faham tentang al-Quran dan as-Sunnah.[Nota: Kerana hari ini begitu ramai orang yg akui diri merekeka berilmu, tetapi seringkali mengamalkan serta mengajarkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) spt tidak menerima sebahagan dari as-Sunnah. Lebih teruk lagi apakala diberitahu sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia belajar atau mendengar sesuatu dari orang lain yg dia anggap berilmu atau wara', tetap berlainan dari ketetapan al-Quran, dia telah mengangungkan sesuartu yg Allah (a.w) hina dan, kerana menolak ketetapan a-Quran dan as-Sunnah dan menerima ketetapan orang yg bercanggah itu, telah mengangungkan sesuatu yg Allah (a.w) remehkan dan menghina sesuatu yg Allah (a.w) agungkan. As-Sunnah diagungkan oleh Allah (a.w) kerana Dia yg mewahyukan as-Sunnah dan Dialah yg mengangkat Rasulallah (s.a.w) sebagai utusanNya dan dialah yg menyuruh Jibril (a.s) ilmukan dan ajarkan Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w) tinggikan mertabat Rasulallah (s.a.w) yg dikurniakan olehNya status 'uswatun hasanah'. Jika kita tak terima ketetapan as-Sunnah, bermakna kita remehkan sesuatu yg Allah (a.w) agungkan!

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Kefadhalan Berpuasa di Mekah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka yang sudah biasa dengan mengerjakan umrah setiap tahun, mereka sering ke Mekah untuk mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan. malah mereka suka berpuasa Ramadhan di Mekah. Kita diberitahu dalam al-Quran bahawa setiap amalan yang baik yang kita kerjakan kita diberi ganjaran pahala antara 10 hingga 700 kali ganda pahala. namun, tentang puasa Ramadhan itu, Allah (a.w) akan menentukan gandaan pahalanya tergantung kepada faktor seumpama tingkat keikhlasan kita mengerjakannya dan sejauh mana dapat kita mengawal pencemaran dosa semasa berpuasa. Selain itu, di Mekah mereka yang berpuasa di sana boleh mendapat kemanfaatan dan kefadhalan yang banyak, iaitu mengerjakan amalan di Masjid al-Haram yang menggandakan pahala 100,000 gandaan pula.         Diriwayatkan hadith dari Said bin Jubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man adraka ramadhani bimakkata fasomahu wa-qama minhu ma tayassara lahu kataballahu lahu miatin alfi syahrini ramadhana fima siwaha wakataballahu lahu bikulli yaumin ‘itqa raqabatin wa-kulli lailatin ‘itqa raqabatin wa-kulli yaumin humlana farasin fi sabilillahi wafi kulli yaumin hasanatan wafi kulli lailin hasanatan) [Yg bermaksud: Barangsiapa menemui Ramadhan di Makkah maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni Solat Terawih dia) apa-apa yang memudahkan dia, ditulis Allah (a.w) baginya pada setiap malamnya dengan (pahala) 100,000 kebaikan bulan Ramadhan ... dan di dalam tiap-tiap hari kebaikan (baginya).] [Hadith Ibnu Majjah, Kitab Manasik] 
Hadith ini menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan di Mekah, berpuasa dia dan pada malamnya mengerjakan Solat Terawih dia, maka ditulis oleh Allah (a.w) baginya 100,000 gandaan pahala (bagi setiap ibadah dan amalan yang dikerjakan dalam Masjidil Haram, seumpama berada pada jalan Allah (a.w) dan mendapat kebaikan baginya pada malam hari dan pada siang harinya. 
Kemudian di dalam hadith yang lain pula disebutkan bahawa seseorang yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan serta mengharapkan kurniaan pahala oleh Allah (a.w) untuknya, maka di akhir Ramadhan itu dia dibebaskan dari neraka kerana luputlah segala dosanya yang lalu.
Saudara, dalam urusan Haji dan Umrah kita diberitahu bahawa Allah (a.w) menurunkan kerahmatannya sebanyak 120 rahmat setiap malam dan 120 rahmat setiap siang hari bagi mereka yg berada di dalam Masjidil haram; iaitu pertama dikurniakan 60 rahmat ketika mengerjakan tawaf Sunat; kedua, dikurniakan 40 rahman ketika bersolat sunat di dalam masjidil haram; dan ketiga 20 rahmat ketika melihat Ka'abah sambil berdoa. Kerahmatan ini digandakan pula sebanyak 100,000 kali gandaan kerana setiap amalan di dalam masjidil Haram diberi gandaan sedemikian. Dalam pada itu, hadith di atas menyebutkan pula betapa banyaknya pahala berpuasa di Mekah. Maka dgn itulah kita ketemui sebilangan orang iman yg berusaha ke meah untuk berpuasa di sana. Ada yg sepanjang bulan Ramadhan berpuasa di sana.
Saudara, kalaulah saudara dikurniakan Allah (a.w) kelebihan rezki, usahakanlah berpuasa sekurang-kurangnya 10 hari terakhir Ramadhan di sana dan mengerjakan umarh, termasuk mengerjakan Tawaf sunat di Masjidil Haram. Ganjaran pahalanya begitu banyak jika dilakukan dgn penuh keimanan dan ketaqwaan. Semoga kita diberi rezki tambahan serta kemampuan - rohani dan jasmani - untuk melakukan ibadah-ibadah sedemikian itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah.

Puasa Ramadhan: kefadhalan Berpuasa di Mekah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu bertapa untungnya orang yg berpuasa di dalam bulan Ramadhan yg dipandu oleh keimanan yg tinggi serta dgn keikhlasan yg tinggi mengharapkan mendapat sebanyak mungkin pahala dari Allah (a.w). Orang-orang yg berjaya berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan serta pengharaopan sedemikian itu akan dibebaskan oleh Allah (a.w) dari neraka, kerana segala dosa-dosanya yg lalu duhapus Allah (a.w) dan kerana keimanan dan harapan yg murni itu, dimasukkan Allah (a.w) ke dalam syurga. Inilah ketetapan hadith berikut, yg telahpun kita rujuk sebelum ini: 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yg bermaksud: ‘Barangsiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yg mendahulukannya (i.e dosa-dosanya)). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Hadith ini menyebutkan tentang orang yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan kerana mengharapkan pahala maksimum dari Allah (a.w). hadith berikutnya pula menyebutkan sesiapa yg mengimarahkan malam Ramadhan dgn amalan dan ibadah sunat dgn penuh keimanan dan mengharapkan pahala terbaik dari Allah (a.w), akan dibersihkan Allah (a.w) segala dosa-dosanya yg lalu, maka bebas dia dari neraka dan mendapat syurga di akhirat kelak. 
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man qama Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yg bermaksud: Barangsaipa yg berdiri (i.e. bangun malam menetapi ibadah) pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) apa-apa yg mendahuluinya (i.e. dosa-dosanya) (yg lalu).) [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
Saudara, dalam hadith berikut pula, kita diberitahu betapa besarnya pahala bagi orang yg berpuasa Ramadhan di Mekah. Bagi mereka yg mendapat tahu betapa beruntungnya mereka jikalah berkesempatan berpuasa di Mekah dalam bulan Ramadhan akan ke Mekah dalam bulan puasa selama sebulan. kalau mereka tidak mampu berpuasa dalam suasana panas terik padang pasir sedemikian, mereka akan berpuasa di Mekah pada 10 hari terakhir Ramadhan pula. 
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela ugama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik] 
Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang berkesempatan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan di Mekah, dan dia juga istiqamah mengerjakan solat-solat sunat Terawih dan solat-solat malam yang lain, maka dia mendapat ganjaran pahala yang amat banyak. Hadith tersebut menyebutkan 6 kurniaan Allah (a.w) kepada sesiapa yang berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan di Mekah, iaitu: pertama, ditulis Allah (a.w) baginya seumpama dia berpuasa 100,000 bulan  Ramadhan; kedua, dituliskan oleh Allah (a.w) pahala baginya memerdekakan seorang hamba setiap siangnya dan seorang setiap malamnya; ketiga, dituliskan Allah (a.w) baginya setiap siangnya dia menyumbang sedekah seekor unta untuk fi sabilillah; dan keempat, ditulis baginya setiap siangnya dan setiap malamnya kebaikan  (yakni, kebaikan gandaan pahala Masjidil Haram, iaitu 100,000 gandaan kebaikan). Demikianlah pemurahnya Allah (a.w). Demikianlah keuntungan yang kita dapati sekiranya kita berkesempatan berpuasa sebulan di Mekah dalam bulan Ramadhan, dengan syarat kita dengan penuh ikhlas juga mengerjakan solat-solat sunat pada malam Ramadhan di Masjidil Haram. [Nota: Ada satu lagi besarnya pahala mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan, iaitu kita diberi ganjaran pahala seumpa mengerjakan haji bersama-sama dgn Nabi (s.a.w). Alangkah berkat dan besarnya pahala mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). Insya Allah kita akan teliti hadith ini di lain post]
Semoga lusa apakala tiba hari pertama Ramadhan tahun ini insya Allah, kita akan dapat mengubah kelaziman hidup kita supaya memapu berpuasa sebaik mungkin dan dgn penuh pengharapan agar Allah (a.w) berikan ganjaran pahala terbanyak dan dibebaskan olehNya kita dari neraka. Bagi mereka yg mempu mengadakan sumber ke mekah berpuasa di sana, kita berharap bahawa Allah (a.w) akan kurniakan rezki tambahan kpd kita supaya kita sempat dalam hidup kita berpuasa bulan Ramadhan di mekah, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Friday, July 29, 2011

Puasa Ramadhan: Ibadah Malam & Lailatul-Qadr

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun diberitahu bahawa sesiapa yg berjaya menjalani puasa Ramadhan dgn penuh keimanan serta kerana ikhlas mencari sebanyak mungkin pahala dalam bulan Ramadhan akan berjaya dibebaskan dari siksaan neraka apakala kesemua dosa-dosanya yg lalu diampuni Allah (a.w). Syarat utama untuk mendapat darjah pahala sedemikian itu adalah tidak melanggar pantang larang ketika berpuasa di siang hari dan juga di malam hari, terutama mengenai percakapan dan perbuatan yg jelik dan berdosa spt bercakap bohong atau berdusta atau mengata atau mengumpat orang atau melaga-lagakan orang dan berbantah atau berkelahi atau bergaduh atau menjadi batu api supaya orang lain bergaduh dan seumpamanya. Oleh kerana besarnya pahala berpuasa dalam bulan Ramadhan menepati spesifikasi sedemikian itu, amat rugilah kita, sabda Rasulallah (s.a.w), sekiranya kita tidak manfaatkan kemurahan Allah (a.w) tersebut, dan rugi serugi-ruginya kita apabila berlalu Ramadhan kita kekal membawa dosa-dosa kita yg lalu dgn ditambah pula dgn dosa-dosa baru yg kita kutip sepanjang Ramadhan pula!
Apakah amalan siang yg sepatutnya kita jadikan amalan lazim dalam bulan Ramadhan? Antara yg utama adalah pertama mengerjakan Solat Duha - sekurang-kurangnya 4 rakaat dan semaksimumnya 12 rakaat - di buat dua-dua rakaat dgn ditutup dgn satu salam. Waktu Solat Duha itu adalah antara jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Yg terbaiknya antara jam 9.30 pagi hingga 11.30pagi. Kedua, bersedekah dgn memberi makan orang-orang yg berpuasa ketika berbuka.  [Nota: Seseorang iman ygmemberi makan (yakni, berbuka) kpd orang iman lain yg berpuasa mendapat ganjaran pahala orang yg berpuasa tanpa mengurangi pahala yg diterima oleh orang yg berpuasa itu. Jika dia memberi makan 100 orang yg berbuka, maka dia mendapat pahala 100 orang yg berbuka tersebut. Fikirkanlah betapa banyaknya pahala yg diperolehinya kerana memberi makan orang puasa berbuka ketika berbuka.]
Ketiga, kita mendapat ganjaran pahala gandaan segala amalan dalam bulan Ramadhan yg digandakan Allah (a.w) melebihi gandaan hari-hari biasa 700 gandaan tersebut. Maka dgn itu lebih banyak kita beramal, maka lebih banyaklah pahala yg kita terima.[Nota: Amalan selain solat sunat adalah membaca al-Quran, berwirid dan berzikir ketika lapang kita ataupun sambil membuat kerja-kerja biasa sehari-harian kita.]
Apakah pula amalan dan ibadah yg digalakan pada malam Ramadhan? Selain mengerjakan Solat Terawih dan Solat Witir, kita boleh solatkan lain-lain solat sunat spt Solat Tahajud (atau disebut juga solat qiam), membaca al-Quran, berwirid dan berzikir dan berdoa. Kita telah maklum bahawa setiap malam selepas masuk sepertiga terakhir malam, Allah (a.w) dgn diiringi oleh malaikat Jibril (a.s) dan malaikat rahmat, turun ke langit dunia, memberi kurniaan kpd hambaNya yg berqiamul-lail. Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan hamba-hambaNya iaitu: pertama, segala doa dikabulkan, ketika berdoa mereka; kedua, mengampunkan dosa-dosa mereka apabila meminta keampunan mereka; dan ketiga, memberikan segala sesuatu yg dipinta oleh hamba-hambaNya, seumpama mengharapkan tambahan rezki.
Diriwayatkan hadith dari abi Umamah hadith dari Rasulallah (s.a.w) bahawasanya berkata: ‘’Alaikum bilqiamil laili fa-innahu dakbus-solihina qablakum wa-hua qurbatun ila rabbikum wa-maghfiratun lis-siyiati wa-manhatun lil-ithmi.’ (Yg bermaksud: Menetapilah kamu sekelian dgn bangun malam, maka sesungguhnya bangun malam itu adalah kebiasaan amalan (i.e. amalan lazim) dikalangan orang-orang yg soleh sebelum kamu sekelian dan bangun malam itu mendekatkan diri kamu kpd tuhan kamu dan (amalan bangun malam itu) menghapuskan dari kejahatan (atau kejelikan) dan (bangun malam itu) mencegah dari membuat dosa.)[Hadith at-Termidzi]
Selain, mendekatkan diri kita kpd Allah (a.w) beramal di waktu malam, Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan kita yg bangun malam, mengikut hadith berikut.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yanzilu rabbana tabaraka wa-taala kulla lailatin ilas-samaid-dunya hina yabqa thuluthul-laili-akhiru fayaqulu man yad’uni fastajib lahu man yasaluni fauktiyahu man yastaghfiruni fa-aghfiralahu) [Maksud: ‘Turun Tuhan kami yang Maha Berkat dan Maha Luhur tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tetap sepertiga akhir malam seraya berfirman (yakni, berseru): ‘Barangsiapa berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka aku berikan, dan barangsiapa meminta ampun kepadaKu, maka Aku mengampunkan dosa-dosa mereka.’ [Hadith Bukhari]
Kemudian apakala tiba 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kita disuruh beriktikaf di masjid. Dan, jika ditakdirkan kita menemui Malam Qadr (Lailatul-Qadr) maka kita mendapat pahala yg amat besar pula iaitu mendapat pahala seumpama beramal dan beribadah demi mencari keridhaan Allah (a.w) supaya selamat dari neraka dan diberikan ganjaran syurga pula, kerana mendapat pahala amalan dan ibadah yg sempurna selama 1,000 bulan (atau bersamaan amalan dan ibadah sempurna selama 83 tahun 3 bulan). Tidak ada seiapapun yg boleh mengerjakan amalan dan ibadah yg sempurna tanpa melakukan sedikitpun dosa dalam hidup mereka, kecualilah disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) 4 orang orang alim lagi wara' Bani Israil zaman dahulu. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ali b ‘Urwat berkata: ‘Menceritakan Rasulallah (s.a.w) suatu hari (tentang) empat orang dari Bani Israil menyembah Allah (a.w) delapan puluh tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap matapun, maka menceritakan Rasulallah (s.a.w) (mereka itu adalah) Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun, maka berkata Ali: ‘Hairan para sahabat Rasulallah (s.a.w) dari demikian cerita.’ Maka datang pada Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s), maka berkata Jibril (a.s): ‘Wahai Muhammad (s.a.w)! Hairan engkau dan umat engkau dari ibadah mereka itu (i.e. segolongan 4 orang dari Kaum Bani Israil yg mengerjakan ibadah selama) delapan puluh (80) tahun tidak menentang mereka pada Allah (a.w) sekejap (yakni, sekelip) matapun? Maka sungguh-sungguh telah menurunkan Allah (a.w) lebih baik dari demikian itu. Maka membaca dia (Jibril (a.s)) ‘Inna anzalnahu fi lailatil qadri @ Wa-ma adrakama lailatul qadri @ Lailatul-qadri khairum min alfi syahrin(yg bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w) turunkan al-Quran pada Malam Qadr @ Dan apa dia Lailatul-Qadr itu? @ Lailatul-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.) Ini (yakni, Lailatul-Qadr) lebih utama drp apa-apa yg hairan engkau Muhammad (s.a.w) dan umat engkau.’ Maka berkata Ali: ‘Maka menyukakan demikian (ganjaran pahala) oleh Rasulallah (s.a.w) dan manusia bersama-sama beliau (yakni, para sahabat).’ [Hadith ibnu Abi Hatim]
[Nota: Rasulallah (s.a.w) telah diwahyukan oleh Allah (a.w) bila akan terjadi Malam Qadr itu. Ketika beliau keluar ke masjid untuk memberitahu para sahabat, terdapat dua orang sahabat sedang berbalah, maka terlupa Rasulallah (s.a.w). Jikalah beliau tidak diterlupakan Allah (a.w) pastilah kita hari ini akan memenuhi masjid dan surau beriktikaf pada malam tersebut untuk mendapatkan Lailatul-Qadr tersebut. Maka ramailah orang iman yg dapat syurga. Kerana tidak diberitahu, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ianya terjadi pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan, maka hikmahnya membuatkan orang iman itu berusaha beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk menemuinya.]
Orang yg menemui Malam Qadr itu pasti mendapat syurga di akhirat kelak. [Nota: Malam Qadr itu disebutkan dalam satu surah al-Quran, iaitu Surah al-Qadr yg sebahagiannya disebutkan oleh Jibril (a.s) dalam hadith di atas itu.]
[Nota: Ayub, Zakaria dan Yusak adalah nabi zaman-zamannya, manakala Hizkil adalah orang iman biasa]
Hadith di atas itu menyebutkan tentang 4 orang alim Bani Israil (i.e. Ayub, Zakaria, Hizqil b ‘Azuzi dan Yusa’ b Nun) yg beribadah tanpa membuat dosa sedikitpun selama 80 tahun. Namun kafadhalan Lailatul-Qadr sehari itu melebih yg mereka capai dalam tempoh 80 tahun tersebut. Sesiapa yg menemui Malam Qadr pastilah dia selamat dari neraka dan masuk syurga.
Saudara, mudah-mudahan kita berkesempatan meningkatkan keimanan dan ketakwaan dan berjaya menemui Malam Qadr tersebut, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Thursday, July 28, 2011

Puasa Ramadhan: Bercengkerama dan Bercumbu-cumbuan Disiang hari

Assalamualaikum,
Sauadara, kita telahpun tahu bahawa bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan menyebabkan kita dikenakan kifarah yg berat; iaitu membebaskan seorang hamba sahaya atau berpuasa dua buklan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin. Oleh kerana itulah islam melarang supaya jangan bercengkerama atau bergurau senda atau bercmbu-cumbuan dgn isteri di siang Ramadhan. 
Di dalam hadith-hadith berikut dijelaskan beberapa prinsip yang wajar seorang yang berpuasa ingat dan ambil maklum. 
Dan berkata Aisyah (r.ah): ‘Haram atasnya (lelaki) faraj (isterinya siang hari semasa berpuasa). Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim bin Aswad, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) mencium dan memeluk isterinya, dan dia berpuasa dan adalah dia (yakni, Rasulallah (s.a.w)) lebih menguasai (dirinya) dari kamu sekelian atas syahawatnya (yakni, Rasulallah (s.a.w) mampu mengawal dirinya dari meneruskan perlakuan sehingga terjadi hubungan suami isteri).’ Berkata Aswad: ‘Berkata Ibnu Abbas (r.a) (ungkapan) ‘Ma aribu’ [Ayat 18, Surah Taha], bermaksud ‘hajat’. Berkata Taus: (kalimah) ‘Ghairi ulil irbati’ [Ayat 31, Surah an-Nur] bermaksud ‘Orang yang tidak ada hajat baginya di dalam perempuan (yakni, tiada nafsu atau mati pucuk bagi lelaki).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] 
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada mencium dan bercumbu-cumbu dengan isteri-isterinya di siang hari ramadhan. Tetapi, beliau lebih menguasai dirinya, yakni tidak akan sanmpai ke puncah sehingga menyetubuhi mereka di siang hari. Oleh itu, tidak digalakkan orang Islam bercengkerama dengan isteri, kerana dikhuatir tidak dapat menahan keinginan untuk bersetubuh. Jika berlaku persetubuhan di siang hari, maka kifarahnya berat. Maka dengan itulah dalam hadith berikut ditetapkan bahawa orang muda tidak digalakkan bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika siang. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) ada dia mengucup (isteri-isterinya) di dalam bulan puasa (Ramadhan).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]. 
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa, tidak membatalkan puasa kerna mengucup isteri (atau suami).
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Rasulallah (s.a.w) bersentuh-sentuhan kulit aku (yakni, bercumbu-bercumbu) dan dia puasa dan adalah dia lebih kuat daripada kamu sekelian menahan shawayat dirinya.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada bercumbu-cumbuan dengan isterinya (sehingga bersentuhan kulit, yakni tanpa berlapik) sedangkan dia sedang berpuasa. Namun Rasulallah (s.a.w) kuat menahan kemahuan syahawatnya dan tidaklah berlaku persetubuhan. Namun, orang-orang yang tidak dapat megawal dirinya dianjurkan supaya tidak melakukannya kerana dikhuatir melanggar larangan bersetubuh siang hari.
Diriwayatkan hadith dariada Hisyam berkata mengkhabarkan kepada bapanya hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Jika ada Rasulallah (s.a.w) nescaya mencium sebahagian daripada isteri-isterinya, dan dia berpuasa’, kemudian tertawa dia (Aisyah (r.ah)) [Hadith Bukhari, Kitab Saum]  Saudara, bagi orang yg sudah tua, umumnya dianggap tidak lagi kuat keinginan nafsu mereka atau sudah mampu menjaga keinginannya, maka Rasulallah (s.a.w) membolehkan suami isteri yg dah tua dudik berdekatan. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Anbasin daripada Aghari hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w) daripada urusan memeluk (dia akan isterinya) bagi yang berpuasamaka memberi kemurahan baginya (yakni, Nabi (s.a.w) menyatakan tidak mengapa baginya berbuat sedemikian), dan datang pula yang lain (seorang lelaki yanga lain), maka bertanyakan (perkara yang sama), maka melarang atasnya (yakni, Nabi (s.a.w) melarangnya berbuat sedemikian), maka ketika orang yang diberi kemurahan baginya adalah seorang tua, dan orang yang mencegah baginya (yakni, yang dilarang Rasulallah (s.a.w)) adalah pemuda.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Jelas di dalam hadith-hadith diatas disebutkan bahawa tidak membatalkan puasa seseorang itu apabila dia bercumbu-cumbu atau bergurau senda dengan isterinya di siang hari ketika dia puasa. Yang diharamkan hanyalah bersetubuh. Namun begitu, haruslah berjaga-jaga kerana kita tidak sampai ke mertabat Rasulallah (s.a.w) dalam mengawal dirinya, kemungkinan akan terlanjur sehingga mengadakan persetubuhan yang mendatangkan kifarah yang berat. Namun begitu, hadith-hadith ini menunjukkan bahawa seorang suami itu hendaklah dia sentiasa bermesra dengan isterinya, dan begitulah sebaliknya, demi kebaikan dan kesejahteraan rumah tangganya, walaupun dalam bulan Ramadhan atau semasa berpuasa. 


Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Apakah yg Membatalkan Puasa?

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin semenjak dari kecil lagi kita diberitahu tentang apakah yg membatalkan puasa kita. tapi, kita tidak diberitahu sandaran ketetapan sedemikian. Atau, ada beberapa perkara yg kita terkeliru. Insya Allah dalam post ini kita sebutkan perkara-perkara yg membatalkan puasa kita. [Nota: Sebenarnya perkara ini telahpun kita maklum, kalau kita ikuti post-post yg terdahulu - saudara boleh semak dalam blog ini. Namun, sebagai mengambil keberkatan kedatangan Ramadhan kali ini, kita rengkaskan sahaja].
Saudara, yg membatalkan puasa adalah: pertama, makan dan minum siang hari; kedua, kita berjimak atau menyetubuhi isteri di siang hari; ketiga, keluar mani di siang hari, keempat, termuntah yg kita sengajakan bukan muntah yg tidak disengajakan. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memaksakan akan dirinya muntah (yakni, tidak disengajakan), maka tiada atasnya qada’, dan barangsiapa muntah ia dengan sengaja, maka hendaklah qada’ (puasanya). [Hadith hasan gharib at-Termidzi] 
Dan, hadith berikut juga memberi ketetapan/panduan yg sama:
Diriwayatkan hadith daripada Hisham Ibnu Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengalahkan padanya muntah, dan dia berpuasa, maka tiada atasnya qada’, dan jika inginkan muntah (yakni, disengajai) maka hendaklah membayarnya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Kelima, keluar darah haid atau bersalin. Namun, kalau keluar mani di siang hari tanpa disengajakan, spt bermimpi ketika tidur siang? Tak apa. Puasa kita tak terbatal. jadi kalau keluar mani atau muntah tak disengajakan, puasa tak batal.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ ibni Yasar hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga perkara tidak boleh berbuka (yakni, tidak membatalkan puasa, dan hendaklah terus berpuasa dan jangan berbuka): (pertama) orang puasa berbekam, dan (kedua) muntah (yakni, tidak disengajakan), dan (ketiga) mimpi (yakni, keluar mani).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum] 
Kalau kita memasukkan sesuatu benda dalam rongga terbuka? Tidak ada sandaran nas dan dalil yg menyebut terbatal puasa kita. Maka dgn itu kita dibolehkan melakukan beberapa perkara, antaranya, satu, bersugi atau menggosok gigi, tak kira berapa kali kita nak bersugi atau menggosok gigi; dua, kita boleh memasukkan air ke dalam mulut dan hidung untuk berkumur-kumur atau istinsyaq ketika nak mengambil wudu'. Kita perlu memasukkan air ke dalam hidung dan mulut sekalimasa dan kemudian menghembuskannya keluar tiga kali sebelum membasuh muka ketika nak wudu; tiga, kita berbekam atau kita disuntik kerana sesuatu penyakit yg memerlukan kita disuntik.
Kalau kita terlupa maka kita makan dan minum di siang hari batalkah puasa kita? Puasa kita batal kalau kita makan atau minum dgn sengaja. Dalam situasi sedemikian, ketika kita sedar yg kita berpuasa maka berhenti makan dan minum, dan keluarkan makanan yg ada dalam mulut. Kemudian, kita teruskan berpuasa. Kerana makan dan minum di siang Ramadhan kerana terlupa tidak mengapa. Puasa kita tak batal. [Nota: Malah disebutkan juga kalaulah ditakdirkan kita terlupa bahawa kita berada dalam bulan Ramadhan, kemudian kita beretubuh, tidak batal puasa, malah wajib diteruskan berpuasa ketika sedar atau teringat. Sesuatu perkara yg dikerjakan ketika lupa tidak dikira dalam Islam.]
Saudara, kalau kita berjunub tak sempat mandi ketika matahri sudah terbit atau kesiangan? Bagaimana? Kita tidak ditegah berpuasa, malah wajib teruskan puasa dan mandilah seperti biasa: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Ka’ab al-Himyari berkata bahawasanya Aba Bakar menceritakan hadith bahawasanya Marwan [Khalifah] mengutus dia (Abdillah) kepada Ummu Salamah (r.ah) bertanyakan tentang urusan seorang lelaki paginya berjunub, adakah berpuasa (perlu dia teruskan puasanya)? Maka berkata Ummu Salamah (r.ah): ‘Ada Rasulallah (s.a.w) berpagi berjunub daripada menjimak (isterinya) tidak daripada mimpi, berpuasa dia dan petang kemudian berbuka dan tidak mengganti (puasanya).’ [Hadith Muslim, Kitab Siam 
Jelaslah, berjunub tidak menghalang berpuasa. Berjimak pada malam hari dibenarkan. Yg ditegah di siang hari.
Saudara, kalau kita ada puasa yg tertinggal kerana tidak dibolehkan (i.e. wanita haid dan nifas) atau terbatal (termuntah atau bersetubuh) atau kerana bermusafir atau kerana ruhsah yg selainnya, bila perlu dibayar atau diganti? Selain puasa dua bulan berturut-turut yg jadi kifarah bersetubuh di siang hari, yg wajib diselesikan segera, puasa-puasa sedeikian lazimnya diganti dalam bulan Sya'ban tahun depan, sebelum tibanya Ramadhan tahun depan. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Tiadalah aku qada’kan barang yang atasku daripada Ramadhan (yakni, hutang puasa yang tertinggal dalam bulan Ramadhan kerana haid) melainkan dalam bulan Sya’ban, hingga wafat Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith ini menyebutkan panduan syariat Islam supaya puasa Ramadhan yg tertinggal itu diganti atau diqada'kan sebelum bulan Sya'ban tahun depan.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Siapa yg Dilarang Berpuasa?

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu dan faham bahawa: pertama, sesiapa yg berpuasa Ramadhan cukup sebulan dgn penuh keimanan dan hasrat yg tinggi untuk mendapatkan pahala maksimum dari Allah (a.w) sepanjang bulan Ramadhan itu, dia akan dibebaskan dari neraka dan dibalas dgn syurga di akhirat kelak, yakni terhapus segala dosa-dosa-nya yg lalu. Bersih dia dari dosa. Dan, untuk mendapatkan tahap sedemikian hendaklah dia berpuasa dgn penuh ketaqwaan - pada siang harinya dia tidak bercakap bohong, dia tidak mencaci cela orang lain, dia tidak mengaibkan orang lain, dia tidak bercakap sesuatu yg sia-sia dan mendatangkan dosa, dia tidak memfitnah atau melaga-lagakan orang lain. Pendeknya, panca inderanya sentiasa bersih terjaga dari kesemua kemaksiatan yg termungkin. kalau ada mata (terpaksa) pandang boleh pandang, ada telinga (tidak dapat dielakkan mendengar perkara atau kata-kata yg tidak baik) boleh dengar dan ada mulut tutup, jangan bercakap kalau tak berfaedah kpd kita dan kpd orang lain, lebih baik diam. jangan komen cakap-cakap orang lain yg mungkin adalah fitnah atau buruk sangka atau semata-mata kerana nak berceloteh. Paling minima setiap hari. Dan, pada malamnya pula mengerjakan pelbagai amalan sunat untuk menambah bukti keimanan dan ketakwaan dan untuk membuktikan kesyukuran kpd Allah (a.w) atas nikmat yg telahpun diterima sekian lama dalam hidup kita. Kedua, sekiranya di tinggakan seharai puasa dalam bulan Ramadhan itu, dosanya atau pahala yg terlepas kerana tidak berpuasa itu tidak boleh dibayar atau diganti oleh puasa yg kita lakukan/kerjakan setiap hari selama setahun. Begitulah besarnya dosanya. Begitu jugalah besarnya pahala yg kita melepas kerana tidak berpuasa sehari. Sudah pasti tidak dibebaskan dari neraka atau terampun dosa-dosa kita yg lalu. Namun, kalau kita terpaksa tidak berpuasa kerana sebab-sebab yg dibolehkan oleh syarak berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kita kekal boleh mendapat apa yg disebutkan tadi itu - kebebasan dari neraka dan segala dosa yg lalu terhakis. Ketiga, siapa yg dibolehkan tidak berpuasa? Kita telah sebutkan empat golongan orang iaitu golongan pertama, orang tua (melebihi umur 60 tahun) yg tidak lagi berupaya berpuasa, maka orang sedemikian itu perlu bayar fidyah memberi makan seorang fakir miskin bagi setiap hari dia tak berpuasa. Namun, berpuasa lebih baik baginya. Golongan kedua adalah wanita yg hamil kerana dikhuatiri akan menjejaskan anak dalam kandungannya. Mereka boleh tidak berpuasa tetapi hendaklah menggantikan pada hari-hari lain jumlah hari yg dia tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Namun, jika dia berpuasa lebih baik baginya. Golongan ketiga, wanita yg menyusu bayinya yg kecil - baru lahir atau masih kecil - ditakuti tiada susu badannya untuk menyusui anaknya. Dia wajib menggantikannya pada bulan-bulan lain setiap hari yg dia tidak berpuasa itu. Golongan keempat adalah orang-orang yg bermusafir melebihi 89 kM atau dua marhalah perjalanan. Merekapun diwajibkan mengganti puasa yg mereka tertinggal di hari-hari lain yg mereka tidak bermusafir. Namun bagi semua kes kerana besar dan hebatnya ganjaran pahala puasa Ramadhan itu, maka berpuasa lebih baik bagi mereka, kalaulah mereka tahu betapa besarnya keuntungan akhirat jika berpuasa.
saudara, siapa pula yg tidak dibolehkan berpuasa? Yakni, siapa yg dilarang berpuasa Ramadhan (dan puasa-puasa sunat). Ini disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah daripada Mu’azah al-‘Adawiyah: ‘Bahawasanya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Adakah mengganti perempuan yang haid akan solat (yang tertinggal) ketika sudah suci?’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Apakah engkau itu orang perempuan Khawarij?’ [Nota: Orang golongan Khawarij tidak mengiktiraf khalifah Ali (r.a) dan Muawiyah (r.a), maka terkeluar dari Islam, yakni tidak diiktiraf Islam, kerana khalifah atau pemimpin Islam itu wajib ditaati, melainkan mereka menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan syariat atau ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya]. Ada kami haid pada zaman Rasulallah (s.a.w), kemudian suci kami, maka (Rasulallah (s.a.w)) memerintahkan kami dengan qada’ (mengganti) puasa dan tidak memerintahkan dengan qada’ (menggantikan) solat.’ [Hadith an-Nasa’i]
Wanita yg haid atau nifas (i.e. masih dalam pantang belum kering atau tus darahnya selepas bersalin). Wanita yg haid dan yg dalam pantang tidak dibenarkan berpuasa sepanjang darah haid atau nifasnya turun atau mengalir. Mereka juga tidak dibolehkan bersolat. Setelah selesai haid atau nifasnya, wanita itu hendaklah mengganti puasa Ramadhan yg tertinggal tetapi dia tidak perlu mengganti solat-solat fardu yg tertinggal sepanjang tempoh haid atau nifasnya.
Selain itu, kita wajib maklum juga bahawa sesiapa yg menjimak atau menyetubuhi isterinya di siang hari Ramadhan dikenakan kifarah yg berat; iaitu; sama ada membebaskan seorang hamba sahaya (sekarang takda sistem hamba sahaya lagi), atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kpd 60 orang fakir miskin makanan lazim sehari. 

Jazakallahu khairah

Tuesday, July 26, 2011

Puasa Ramadhan: Meninggalkan Puasa Dgn Sengaja

Assalamualaikum,
saudara, ramai orang Islam, sering ambil mudah ibadah puasa ini, sehinggakan ada yg sengaja membatalkan puasanya atau tidak berpuasa. Bagi orang sedemikian itu, tidaklah dia tergolong di kalangan orang yg boleh mendapat kebebasan dari neraka dan mendapat balasan syurga kerana berpuasa dgn penuh keimanan dan ketaqwaan demi mencari keridhaan Allah (a.w). maka dgn itulah kita diberitahu bahawa sesiapa yg senagaja meninggakan sehari puasanya dalam bulan Ramadhan, dia amat rugi! 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya dan jika berpuasa dia akan puasanya.’ [Hadith gharib at-Termidzi] 
Hadith di atas itu memberikan nas dan dalil bahawa seseorang yang yang tidak ada asas syara’ berbuka (yakni, membatalkan puasa wajibnya), tidak diterima puasanya sepanjang hayatnya selepas itu! Dengan lain perkataan tidak mendapat pahala dia berpuasa sepanjang hayatnya sekalipun tanpa henti-henti. Begitu beratnya hukuman atas mereka yang sengaja tidak berpuasa atau berbuka setelah berpuasa tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Walaupun demikian, puasa tetap wajib baginya dan tidak boleh ditinggalkan! 
Diriwayatkan hadith daripada ‘Umarah bin ‘Umairin, hadith daripada Ibni Mutawasin, hadith daripada bapanya berkata Ibnu Kathir (juga seorang ulama’ muhadithin), hadith daripada Abi Mutawasi, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain kemurahan atau memberi kemurahan atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya) tidak membayar (mengganti) daripadanya puasa sepanjang tahun! (Maksudnya, jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarat dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Saudara, alangkah ruginya kita jika kita kerana sebab-sebab yg disengajakan tidak berpuasa sehari. Pahala yg terlepas kerana meninggalkan sehari tak puasa dlaam bulan Ramadhan, adalah lebih banyak dari menggantikan puasa sehari itu dgn berpuasa setiap hari selama setahun, sebagai menebus perkara tersebut.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Berjunub Tak Sempat Mandi

Assalamualaikum,
Saudara, bagaimana kalau kita bersetubuh pada malam Ramadhan, kemudian keletihan tertidur tak sempat mandia junub sehingga kesiangan? Islam mensyaratkan kita wajib berpuasa dalam apa keadaan sekalipun, kecuali bagi golongan yg diberi ruhsah oleh Allah (a.w) meninggalkan puasa, spt orang yg bermusafgir diberi pilihan untuk berpuasa atau tidak berpuasa ketika dalam musafir. [Nota: Ruhsah lain adalah orang yg terlalu tua dibolehkan tidak berpuasa dan memadai membayar fidyah memberi makan seorang fakir miskin seorang setiap kali ditinggalkan. Atau, wanita yg sedang mengandung. Atau, wanita yg menyusukan anaknya yg baru lahir. Dalam kes-kes ini wajib diganti dgn hari-hari lain bagi setiap hari yg puasa itu ditinggalkan.]
Saudara, dalam perkara menyentuh tajuk kita ini, Islam membolehkan kita berpuasa walaupun tak sempat mandi junub sebelum terbit fajar. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) dan Ummu Salamah (r.ah)(dua orang isteri Nabi (s.a.w)) berkata kedua-duanya: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) adalah mendapatkan dia fajr (subuh) (yakni, kesiangan tak sempat mandi) dan dia sedang junub daripada (menjimak) ahlinya (yakni, isterinya) kemudian mandi dia dan berpuasa dia.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]. 
Hadith di atas menjelaskan ketetapan bahawa seseorang yang berjunub dan tidak sempat mandi junub dan kesiangan hari, yakni sudah mula puasa, boleh berpuasa, walaupun masih berjunub. Jelasnya, berpuasa itu wajib dan utama, dan berjunub tidak melarang atau menghalangi seseorang itu berpuasa.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Kifarah Bersetubuh Siang Hari

Assalamualaikum, Saudara, kita telah lihat bahawa seseorang yg berpuasa dgn penuh keimanan dan kerana mencari keridhaaan Allah (a.w), dia berjaya mendapat ganjaran pahala maksimum iaitu dihapuskan segala dosanya yg lalu dan dia dibebaskan dari neraka, dan berjaya mendapat syurga. namun, sesiapa yg berpuasa Ramadhan, tetapi tidak menjaga panca inderanya dan dia melakukan kemaksiatan, maka Allah (a.w) tidak membebaskannya dari segala yg dijanjikan itu,. malah dia rugi. Dia berpenat berpuasa menahan lapar dan dahaga, tetapi tak dapat ganjaran pahala apapun.
Saudara, antara perbuatan halal yg didenda sebagai kifarah dalam bulan Ramadhan adalah menyetubuhi isteri di siang Ramadhan. Dalam kes inmi si suami dikenakan kifarah, salah satu berikut; iaitu: pertama, dia wajib membebaskan seorang hamba (Nota: Zaman ini tiada hamba yg boleh dibebaskan), justeru itu pilihan dua pilihan yg lain, iaitu kifarah kedua, berpuasa selama dua bulan berturut-turut (Nota: Si isteri tidak dikenakan kifarah); atau ketiga, dia memberi makan 60 orang miskin jika tak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut. Dalam pada itu, dia perlu mengganti semula puasanya yg tertinggal pada hari dia menyetubuhi isterinya itu, yakni sehari di lain bulan.Dalam hadith ini ketetapan ini disebutkan, hanyalah dalam kes tersebut, orang yg terlibat itu diberi rukhsyah kerana kefaqirannya, menyedekahkan sejumlah kurma yg boleh digunakan untuk membayar kifarahnya itu. Hari ini kelonggaran atau ruhsah ini tiada lagi. 
Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia. 
Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Kifarah yg terpakai adalah disebutkan dalam hadtih di atas itu, iaitu membebaskan seorang hamba atau berpuasa dua bula berturut-turut atau memberi makan kpd 60 orang miskin atau fakir.
Saudara, mudah-mudahan bagi mereka yg sudah berumah tangga, eloklah berhati-hati supaya sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini tidak terjadi perkara ini kerana kifarahnya amat berat. Sudahlah begitu, maka tidakl;ah dapat dia kebebasan dari azab neraka yg dijanjikan Allah (a.w) tersebut.  Dia mendapat pahala berpuasa tetapi tidak layak mendapat kebebasan yg disediakan Allah (a.w) bagi orang yg benar-benar akur dalam bulana Ramadhan berusaha mencari kebebasan dari Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

Sunday, July 24, 2011

Puasa Ramadhan: Amalan-amalan Mendatangkan Pahala as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam post yg lalu nas dan dalil bagaimana ruginya kita jikalah setelah berlalunya bulan Ramadhan, kita tidak dibebaskan oleh Allah (a.w) dari siksaan neraka di akhirat kelak! Maksudnya, beruntunglah orang iman yg dalam bulan Ramadhan itu memaksimumkan ganjaran pahala sebagai bekalan untuk kehidupan akhiratnya kelak. Kita tahu bahawa ganjaran pahala Puasa kita itu adalah Allah (a.w) menetapkannya, bergantung kpd setakat mana keimanan, ketaqwaan serta keikhlsan serta tahap kesyukuran kita terhadap nikmat Allah (a.w) mencari pahala, maka gandaannya melebihi 700 kali ganda. Pastilah besar ganjarannya kerana sesiapa yg dapat dgn penuh keimanan serta kesungguhan mencari pahala, maka di akhir Ramadhan, dia dibebaskan dari neraka!
Kita juga diberitahu beberapa amalan yg, jika kita kerjakan, maka kita mendapat pahala tambahan; iaitu: pertama, mempercepatkan berbuka ketika sudah masuk waktunya, iaitu Waktu maghrib; kedua, kita berbuka dgn tamar atau kurma; ketiga, kita melambatkan bersahur asalkan sebelum tiba waktu Subuh. Dalam post ini kita lihat beberapa nas dan dalil hadith mengenai perkara ini.
(a)  Berbuka dgn Tamar/kurma 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (mensucikan perut kamu).’[Hadith at-Termidzi] 
Justeru itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadith berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunnah apabila berbuka dengan memulakan makan kurma (tamar): 
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin ‘Amir ad-Dhabii (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila berbuka puasa seseorang daripada kamu maka hendaklah berbuka atas (yakni, dengan) tamar (kurma), maka bahawasanya barakah (yakni, berkat), maka barangsiapa tidak dapat (menjumpai)(tamar), maka berbukalah atas (yakni, dengan) air, bahawasanya air itu mensucikan perut kamu).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
(b)   Bersegera Berbuka 
Kita mendapat pahala mudah kerana mempercepatkan berbuka ketika sudah tiba waktu berbuka, i.e. masuk Waktu Maghrib. Kita lihat 4 hadith berikut:
(1) Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ [Hadith Imam Ahmad] 
(2) Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Yg bermaksud: HambaKu yang amat Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi] 
(3) Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
(4) Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ [Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi] 
(c)  Melambatkan bersahur 
Dua hadith berikut memberitahu kita bahawa melambatkan bersahur itu mendatangkan pahala serta keberkatan kpd makanan kita ketika bersahur. 
(1) Diriwayatkan hadith daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran .’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] 
Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat. [Nota: Sebenarnya, membaca 50 ayat al-Quran itu tidak sampaipun 10 minit!  Sesungguhnya prinsip-prinsip dan peraturan dalam syariat Islam itu ada garispanduan yang terperinci di dalam al-Hadith. Contohnya menentukan waktu atau saat berakhir sahur]:
(2) Diriwayatkan hadith daripada Samrah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada menegah sekelian kamu daripada sahur kamu sekelian oleh bang (azan) Bilal dan tidak (menegah bersahur oleh) fajr yang menyorong tinggi (kelihatan terbit terus ke tengah langit), dan akan tetapi (berhenti bersahur pada) fajr yang berselerak (cahayanya) di kaki (ufuk) langit.’ [Hadith hasan at-Termidzi] 
Jelaslah bahawa sekiranya kita diterlambatkan bangun dari tidur kita masih boleh bersahur walaupun dalam waktu sudah masuk Subuh. Yg utama juga diingatkan hendaklah kita berniat untuk puasa esoknya sebelum terbit fajar, jika tidak berniat sebelum siang tak sah puasa kita. [Lihat post yg lalu]. 
Saudara, selain itu kita mendapat ganjaran tambahan pula melalui amalan dan ibadah Qiamul-lail, selain Solat Terawih
[Nota: Syariat Solat Terawih itu hanyalah 8 rakaat sahaja yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w), dibuat empat-empat rakaat. Kemudian disudahi dgn Solat Witir tiga ramaat. Selepas itu apa-apa solat tambahan adalah dikira solat Qiam, i.e. Tahajjud yg boleh dikerjakan sebanyak mungkin atas kemampuan. Oleh itu sesiapa yg biasa ke Mekah, maka mereka akan dapati Masjidil al-Haram mensolatkan Solat Terawih sebagai solat yg dijadikan kelaziman oleh Omar b Khattab (r.a), yg mensolatkan Solat Terawih 20 rakaat, kemudian disudahi dgn satu rakaat Solat Witir. Kemudian, menjelang 15 Ramadhan pula ditambah dgn Solat Qiam atau Tahajud sebanyak 16 atau 20 rakaat pula mulai jam 1 tengah malam sampai jam 3 pagi. Solat Terawih itu lebih afdhal  dilambatkan, bukan disegerakan. Solat Terawih itu boleh dijema'ahkan dan boleh dikerjakan bersendirian.] 
Saudara, kita juga mendapat pahala berdoa ketika nak berbuka, dgn membaca doa yg disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Muaz bin Zuhrah (r.a) bahawasanya disampaikan pada Muaz daripada Nabi (s.a.w): ‘Apabila ada berbuka Nabi (s.a.w) bersabda dia: 'Allahumma laka sumtu wa’ala rizkqika aftartu.' [Maksud doa: ‘Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Kerana Engkau aku berpuasa dan atas rezki Engkau aku berbuka.’]‘ [Hadith sahih Abu Daud, Kitabus Saum] 
Selain, kalau perlu menambah doa biasa ketika makan, iaitu 'Allahumma bariklana fi-ma razaktana wa-qina 'azaban-nar' itu. Dan, selepas selesai makan dan minum kita baca doa kesyukuran, iaitu: 'Alhamudulillahil-lazi at'amana wa-syaqana waj'alna minal muslimina' (Yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w) zat yg memberi aku makanan dan minuman dan menjadikan aku dari golongan orang Islam). 
Kita mendapat pahala berdoa, dan pahala itu digandakan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan sebanyak mana? Tergantung kpd keimanan kita dan kesungguhan kita mencari pahala dalam buan Ramadhan. 

Jazakallahu khairah


Saturday, July 23, 2011

Puasa Ramadhan: Siapa Dibolehkan tak Berpuasa

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung semula mengulangi pengajian ilmu mengenai puasa fardu, i.e. puasa Ramadhan itu. Puasa itu wajib atas orang Islam yg sudah baligh (cukup umur). [Nota: Umur baligh bagi orang Islam bagi perempuan adalah ketika sudah tumbuh buklu di farajnya atau sudah haid, yg mana terdahulu. Dan, bagi lelaki Islam pula, umur balighnya tiba ketika sudah berbulu di bahagian ari-arinya, i.e. kemaluannya, atau dia mengalami mimpi yg menyebabkan dia keluar mani, yg mana terdahulu.]
Saudara, kita diberitahu di dalam al-Quran dan as-Sunnah, bahawa setiap kebaikan yg kita lakukan diberi ganjaran pahala antara 10 hingga 700 kali gandaan, kecuali puasa yg gandaan pahalanya ditetapkan oleh Allah (a.w) sendiri.Kerana puasa itu melambangkan pematuhan kpd ketetapan Allah (a.w) sebagai seorang Islam serta sebagai membuktikan keikhlasan dan keimanan kita serta kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg memberi kita peluang hidup di dunia dan dikurniakan oleh Allah (a.w) pelbagai nikmat. Oleh itu kita yg Islam tiada pilihan. Ketika tiba Ramadhan kita wajib berpusa. namun, Allah (a.w) memberikan kelonggaran bagi orang Islam dalam situasi tertentu jika dia tak berpuasa, tidak berdosa, tetapi dikenakan fidyah (i.e. seumpama denda) atau dikehendaki menggantikan hari-hari yg dia tidak berpuasa. Siapa yg dibolehkabn tidak berpuasa? Kita lihat ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mengenai perkara ini.
Ada beberapa golongan orang Islam yg diberi kemurahan Allah (a.w) tidak berpuasa; iaitu: golongan pertama, orang-orang yg sudah terlalu tua maka mungkin tidak mampu berpuasa atau tidak berapa kuat untuk berpuasa. Dalam Islam umur tua itu dikira pada umur 60 tahun ke atas. Justeru itu jika sudah tua, maka dibolehkan tidak berpuasa, tetapi dikenakan membayar fidyah (atau 'denda') dgn memberi makan seorang miskin seorang sehari bagi setiap hari yg dia tak berpuasa. Dalam pada itu, dalam Islam, adalah lebih baik bagi orang tua berpuasa, walaupun diberi kelonggaran supaya tidak berpuasa. Kerana hari ini ramai orang yg berusia 65 atau 70 atau 80 tahun masih kuat fisikal dan mentalnya. Golongan kedua, orang yg gila atau hilang akal, maka dalam tempoh dia kehilangan akal itu, jika tidak berupa penyakit yg kekal, maka dia dibolehkan tidak berpuasa ketika hilang akal. Golongan ketiga, orang-orang yg sakit tenat yg tidak membolehkan dia berpuasa, malah tidak sukar baginya mengerjakan solat fardu. Mereka dibolehkan tidak berpuasa, dan menggantikan puasa yg ditinggalkannya ketika sudah waras atau ketika sudah sembuh penyaitkan bagi hari-hari yg dia tak berpuasa. Golongan keempat, orang-orang yg bermusafir kerana tujuan yg baik bukan kerana tujuan melakukan maksiat, maka dibolehkan tidak berpuasa sepanjang tempoh dia bermusafir. Namun, jika dia mampu dia boleh berpuasa, tetapi tidak berpuasa lebih baik kerana itulah sunnah Nabi (s.a.w), iaitu ketika dalam musafir, tidak berpuasa. Golongan kelima, wanita yg hamil yg khuatirkan kesihatan dirinya datau kesihatan anak yg dikandungnya, maka dia dibolehkan tidak berpuasa, dan bagi setiap hari yg dia tidak beruasa itu, dia mengganti puasa yg ditinggalkannya beberapa hari yg ditinggalkannya. Namun, dalam zaman ini kemajuan temadun manusia dalam bidang perubatan dan kesihatan sudah ada pelbagai ubat atau bahan-bahan yg boleh digunakan untuk menguatkan ketahanan badan serta memperkokohkan kesihatan diri dan kesihatan bayi yg dikandung. Maka tidak perlu lagi khuatir akan kesan buruk terhadap kesihatan ibu dan kesihatan anak dalam kandungan.
Saudara, walaupun puasa itu boleh ditinggalkan bagi setiap hari yg kita perlukan kelonggaran atau ruhsah mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kita diperingatkan bahawa pahala sehari puasa itu amat besar dan tinggi nilainya, sehinggakan dalam sepotong hadith disebutkan, meninggalkan satu hari puasa itu mengakibatkan kita terlepas peluang mendapat pahala yg besar yg tidak dapat diimbangi oleh perbuatan kita berpuasa setiap hari selama setahun! Maksudnya, kalau kita tinggalkan sehari. Kemudian kita ingin mengimbangi pahala sehari tersebut dgn berpusa selama setahun, pahala puasa setahun sedemikian itu tidak dapat menyamai pahala yg kita terlepas sehari itu. Oleh itulah, Islam menggalakkan supaya sebaik mungkin dan seboleh-bolehnyan kita usahan supaya tidak meninggalkan seharipun puasa Ramadhan, walaupun kita diberi peluang, jika kita mahu.
(a) Nas - Orang-orang yg dibolehkan tak berupasa. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) ‘wa-‘alal-lazina yutiqunahu fidyatun ta’amul miskinin’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah][Maksud ayat: (Seperti di atas)], berkata: ‘Adapun kemurahan (diberikan kepada) (golongan pertama) orang-orang tua yang sangat tua dan (golongan kedua) perempuan yang terlalu tua, dan kedua-duanya berupaya berpuasa bahawasanya berbuka (yakni, tidak berpuasa mereka) dan memberi makan sebagai ganti tiap-tiap hari orang-orang miskin; dan (juga, diberi kelonggaran tidak berpuasa kepada) (golongan ketiga) perempuan yang mengandung dan yang menyusukan anaknya ketika khuatir  mereka (yakni, jika berpuasa akan memudaratkan anaknya).’ [Hadith Abu Daud]
(b) Nas - Puasa Fardu (ramadhan) itu Wajib diniatkan sebelum siang. 
Diriwayatkan hadith daripada Hafsah (r.ah) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tiada berniat (puasa) dahulu daripada fajr (yakni, sebelum waktu Subuh) maka tiada puasa baginya.’ [Hadith sahih at-Termidzi] Dan hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith adripada Ibnu Syihab daripada Salim Ibni Abdillah, hadith daripada bapanya, hadith daripada Hafsah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajr (subuh), maka tiada puasa baginya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Saudara, Islam mensyaratkan bahawa hendaklah kita pasang niat atau niatkan berpuasa sebelum siang, i.e. terbit matahari bermulanya puasa. maka dgn itu puasa kita itu sah apabila kita niatkan. Demikianlah ketetapan dalam dua hadith di atas. Kita boleh niatkan sebelum tidur, yaklni selepas Solat Isya' atau selepas selesai mengerjakan Solat Terawih atau ketika bersahur. 
Saudara, selain kewajipan berpuasa, yakni jika kita tidak berpuasa dan kita tidak tergolongan dari kalangan mereka yg diberi kelonggaran atau ruhsah supaya tidak berpuasa, kalau kita sememangnya boleh dan mampu berpuasa, apakah akibatnya? Dosa kita dapat sudah pasti. Jika kita tidak berpuasa, maka kita terlepas dari mendapat kerahmatan Allah (a.w). 
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abi Anas berkata bahawasanya bapanya menceritakan hadith bahawasanya dia mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada Ramadhan dibuka pintu rahmat dan dikunci pintu neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam] 
Saudara, wajib kita ingat bahawa kita hanya boleh mendapat syurga dgn kerahmatan Allah (a.w). Dalam bulan Ramadhan itu pintu kerahmatan Allah (a.w) dibuka luas. Maksudnya: orang iman itu mempunyai peluang yg lebih banyak untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w) melalui puasa dan amalannya. Maka orang sedemikian pasti mendapat kerahmatan Allah (a.w) dgn penuh keinsafan dan keimanan. Juga, dalam bulan Ramadhan pula disengkala syaitan dan jin dan ditutup pintu-pintu neraka, bererti kemungkinan orang iman itu mendapat dosa melalui kemaksiatan dan sebagainya, pasti berkurangan kerana tiada gangguan. Tambahan pula, begitu banyaknya ganjaran pahala puasa dan amalan yg dikerjakan dalam bulan Ramadhan serta diperbanyakkan pula lain-lain peluang yg mendatangkan banyak ganjaran dan gandaan pahala.  
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan satu kebaikan menjadi 10 kebaikan (yakni pahala) yang serupa dengan amalan tersebut sehingga 700 kali gandaan atas apa-apa yang dikehendaki oleh Allah (a.w), kecuali puasa. Telah berfirman Allah (a.w):‘ Sesungguhnya bagi puasa Aku (Allah (a.w)) membalasnya, dengan berpuasa (hambaku) meninggalkankan syahawatnya dan makanannya, dariKu bagi orang yang berpuasa Aku (Allah (a.w)) kurniakan dua saat kegembiraan (yakni, kemenangan): (satu kurniaan) dari saat berbukanya (yakni apabila dia berbuka dan kemudian apabila dia merayakan Aidil Fitri) dan (kurniaan kedua) dari saat bertemu Tuhannya (yakni, orang tidak berpuasa pasti tidak akan dapat bertemu dgn tuhannya), dan nescaya busuknya mulut orang yang berpuasa di sisi Tuhannya (bau mulut mereka itu) lebih harum atau wangi daripada bau minyak kesturi.’’ [Hadith Qudsi sahih Ibn Majah] 
Saudara, ganjaran pahala puasa itu amat besar dan amat banyak, pastinya melebihi 700 kali gandaan. Jelasnya, oleh kerana dikatakan sehari tidak berpuasa itu kita tidak dapat imbangi dgn berpuasa selama 365 hari jelas menunjukkan pahalanya tidak ada bandingannya, hanya Allah (a.w) yg akan beri kita tahu di akhirat kelak. 
Saudara, dalam bulan Ramadhan itu kita diberikan tambahan pahala selain pahala berQiamul-lail (bangun malam mengerjakan amalan dan ibadah sunat, terutama bersolat Terawih), kita diberi gabnjaran pahala kerana pertama, mempercepatkan berbuka ketika masuk waktu Solat Maghrib yg membolehkan kita berbuka; dan kedua, berbuka dgn kurma atau tamar mendapat pahala sunnah dan keberkatan; dan ketiga, bangun malam untuk bersahur dgn mengakhirkan sahur, i.e. melambatkan makan sahur itu keberkatan dan mendapat pahala sunnah.  
Saudara, kalaulah kita ikuti panduan dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam bulan Ramadhan ini, pastilah kita dibebaskan dari neraka menjelang akhirnya Ramadhan. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita rugilah kita jika berlalu Ramadhan, kita tidak dibebaskan oleh Allah (a.w) dari azab neraka di akhirat kelak. Begitu banyaknya pahala yg boleh didapoati sebagai bekalan akhirat dalam bulan Ramadhan.
Mudah-mudahan dalam bulan Ramadhan ini kita dapat memanfaatkan sepnuhnya kurniaan Allah (a.w) membebaskan diri kita dari siksaan neraka kerana terhapusnya segala dosa kita yg lalu dan meraih sebanyak mungkin pahala dari segala sesuatu yg disyariatkan oleh Islam kita kerjakan dalam bulan Ramadhan akan datang ini, insya Allah. 

Jazakallahu khairah