Assalamualaikum,
Saudara, dalam Harian Metro hari ini - 20 Jun 2013 - dikeluarkan cerita seoran 'gadis' Melayu di Masjid Tanah, Melaka (usia 20 tahun) katanya membawa rakan/teman lelakinya (usia 26 tahun) tidur di dalam biliknya di rumahnya, walhal di rumahnya ada kedua ibu bapanya (bapa, umur 46 tahun dan ibunya 42 tahun), ada juga neneknya (78 tahun) dan seorang adik perempuan lain berumur 19 tahun. Beliau ditangkap oleh JAIM Melaka jam pagi. Tak pula diceritakan apakah mereka tidur sekatl atau katil berasingan ...
Berita Harian Metro ini dipetik pula oleh the Staronline, jadi tahulah semua manusia dalam dan luar negara betapa terrornya orang Melayu zaman ini ...
Saudara, kalau Melayu pastilah Islam, kerana memang lazimnya orang Melayu, ta macam orang Indon, semuanya Islam, mengaku dirinya Islam, walaupun mungkin mereka takpun solat, tak pun puasa dalam bulan Ramadhan, berpoya-poya, hisab dadah atau air ketum, atau minum arak di kelab-kelab malam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di luar rumah, ... Tapi kali ini terdapat lebih dari itu, pergaulan bebas dalam rumah dihadiri oleh kedua ibu bapa mereka dan juga nenek mereka, membiarkan anak perempuannya tidur sekamar dengan teman lelakinya pula seolah-olah dah menikah... Mungkinkah mereka dah menikah? Kalau tidak pastilah ini keluarga orang yang tidak Islam walaupun dilahirkan Islam. Atau, mereka itu fasiq - golongan orang yang tahu tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tetapi tetap tidak mengendahkannya! Agak-agaknya apakah si 'gadis' dan 'teruna' itu tidur saja? Atau, mereka berlagak sebagai suami isteri? Kerana kedua ibu bapa 'gadis' itu membiarkan mereka bersekedudukan depan mata mereka sendiri. Ini terjadi di Melaka. Tak hairanlah dulu Rahim Thamby Chik - dalam zaman kegemilangannya - menjadikan moto negeri Melaka 'Di sinilah segala-galanya bermula ...'. Melaka mendahukui negeri lain dalam banyak perkara. Termasuklah apa-apa yang dilakukan oleh kepimpinan politik di Melaka mendahului zaman mereka .. Kini dalam perkara pergaulan sesama umat Islam pula, orang Melaka mendahului orang lain.
Saudara, si 'gadis' dan si 'teruna', walaupun memang salah dalam Islam, tak wajar disalahkan. Yang wajib dihukum adalah nenek gadis, ibu bapa gadis tersebut, yang sepatutnya menasihatkan dan mendidik anak-anaknya dalam urusan tatasusila dan peradaban Islam, sebaliknya mendiamkan diri. Apakah jenis bapa dan ibu sedemikian! Kalaulah berlaku perzinaan - kemungkinannya sudah sering berlaku, kalau tidur berdua di rumah, setelah puas agaknya tidur berdua di luar, maka kalaulah si 'dara' dan si 'teruna' ingin menikah, maka Islam tidak membenarkan dua orang yang belum berumah tangga, yang berzina, mendirikan rumah tangga yang hendak disahkan melalui perkahwinan. Lelaki dan perempuan yang berzina tidak dibolehkan berkawin mengikut ketetapan Islam. Apakah pegawai JAIM, atau pegawai agama, tak tahu ketetapan Islam ini? Mustahil ...
Saudara. lebih penting adalah pihak JAIM, janganlah jadi atau tiru gelagat JAIS, suka mengintip orang buat maksiat, mendedahkannya dan kemudian ada pula yang mengambil kesempatan mengambil gambar bogel teruna-dara yang terlibat dan memuatnaikkan ke internet seumpama Facebook, Twitter dll. Apakah para ulama' dan ilmuwan Islam tidak ada tanggungjawab yang lebih penting dan lebih utama dalam Islam? Dimanakah ketaatan mereka apakala berilmu tidak mahu mengilmukan orang lain. Kalau masyarakatnya pincang, mengapakah tidak diperbetul dan diperbaiki? 'Mengintai' orang buat seks memang seronok, maka, agaknya dengan itulah pegawai agama suka menyerkap orang maksiat dari mengajarkan ilmu agama, memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlanjur - terutama muda mudi - yang terpesong menuju ke neraka? Mengapakah mereka tidak memikirkan strategi dan program yang berkesan bagi megilmukan umat Islam tentang perkara-perkara yang kini meruntuhkan agama dan kehormatan Islam. Hari ini dalam perkara keburukan atau kejelikan dan kemaksiatan, orang Melayu mendahului bangsa lain. Dalam ekonomi pemimpin Melayu kaya kerana dijadikan lembu tunggangan oleh orang China dan India. Dalam serba serbi perkara orang Melayu merempat dalam negaranya sendiri. Orang Melayu yang ada ijazahpun pilihan ke-2 atau ke-3 oleh syarikat dan badan korporat bukan Melayu dalam perkara memberikan mereka kerja ... Dalam perkara seks, Melayu top - melahirkan anak diluar nikah, buang anak dalam bakul sampah, dalam jamban, di sungai, beroya-poya, gadis-gadis Melayu mencari orang Negro dan Bangla atau China untuk melampias nafsu kerana dibelanja secara mewah oleh mereka ini... Maka lebih baik berkawan dengan Negro dari berkawan dengan Mat Rempit, agaknya. Mat Rempit tak dapat apa, kalau orang Negro di Malaysia, mereka kaya dan pandai bermain asmara, sanggup buat apa saja demi 'cinta' ...
Apalah nak jadi kepada orang Melayu ... Orang agama tak mahu sampaikan ilmu dan mencelikkan serta menghapuskan kejahilan agama orang Melayu. Pemimpin tidak mengutamakan perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya. Mereka tak mahu berdakwah. Kalau ada golongan Melayu yang hendak berdakwah dicegah dan digegeri sentiasa. Kalau disuruh ilmukan masyarakat Melayu supaya terhapus kejahilan ilmu dan panduan Islam mereka, tak mahu melainkan diimbuh dengan memuaskan ... apalah nak jadi pada ulama' Melayu ...
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment