Sunday, June 23, 2013

Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, puasa itu adalah ibadah wajib yang diwajibkan atas setiap orang yang akui dirinya Islam. kalau seseorang itu ingin diiktiraf sebagai orang Islam, maka dia wajib berpuasa. kalau tidak berpuasa samalah dia sbagaimana rang yang kafir. Kerana Islam itu didirikan atau diasaskan kepada kewajipan yang disebutkan dalam hadith berikut:


(a) Dua ibadah yang utama dalam Islam

Saudara, dalam hadith di bawah ini kita diberitahu bahawa akan mendapat syurga seseorang yang Islam yang melaksanakan ibadah solat dan puasa. Jelaslah bahawa dua ibadah ini amat penting dalam Islam. Kita diberitahu sebelum ini - dalam post yang lepas-lepas - beberapa perkara; iaitu, pertama, sesiapa meninggalkan satu solat fardu, maka dia menjadi kafir secara otomatis, dan bila kafir maka pasti masuk neraka; kedua, solat itu adalah tiang agama bagi seseorang, maka sesiapa yang tidak bersolat mak runtuhlah agamanya, yakni tidak Islamlah dia, walaupun dia berkerasa mengatakan yang dia Islam; ketiga, solat fardulah ibadah yang mula-mula dihisab di akhirat kelak, maka kalaulah baik hisaban solat fardunya, maka secara otomatis  baiklah pula hisaban amalan dan ibadahnya yang lain, maka dapatlah dia syurga; keempat, solatlah ibadah yang membezakan antara seseorang yang Islam dan seseorang yang kafir. Kerana solat orang kafir itu tak lebih dari uapaca pemujaan sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Sahlin (r.a) hadith daripada bapanya, hadith daripada Talhah bin Ubaidillah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya seorang Arab datang kepada Rasulallah (s.a.w) dengan rambutnya kusut masai, maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Khabarkanlah kepadaku apakah yang mewajibkan Allah (a.w) atasku dari solat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Solat fardu yang lima kecuali bahawasanya engkau solat sunat sesuatu (yakni, jika mahu boleh membuat solat sunat).’ Maka berkata Arab: ‘Khabarkanlah kepadaku apa-apa yang diwajibkan Allah (a.w) atasku ‘puasa’?’ bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bulan Ramadhan kecuali bahawasannya puasa sunat engkau sesuatu (yakni, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa sunat).’  Maka berkata orang Arab: ‘Dengan apa-apa diwajibkan Allah (a.w) atasku dari ‘zakat’?’ Maka mengkhabarkan Rasulallah (s.a.w) syariat Islam. Berkata Arab: ‘Dan demi zat yang memuliakan engkau (yakni, Allah (a.w)), tidak menambah aku sesuatu dan tidak mengurangkan aku sesuatu daripada apa yang diwajibkan Allah (a.w) atasku sesuatu.’  Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Untung (engkau) jika benar engkau atau masuk engkau ke dalam syurga jika benar engkau (dengan kata-kata dan janji engkau itu).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] 
Walaupun dalam syariat Islam rukun Islam itu menyebutkan ada 5 ketetapan, iaitu bersyahadah, solat, berpuasa, zakat, dan tunaikan haji, yang paling utama tetaplah solat dan puasa. Semua orang yang akui dirinya Islam - tak kira kaya atau miskin - tidak dikecualikan dari bersolat dan berpuasa. Tapi, kalau miskin tak mampu mengeluarkan zakat dan menunaikan haji maka layak pula menerima zakat (salah satu dari 8 asnaf) dan tak wajib naik haji.

(b)Puasa Ramadhan didasarkan atas kelihatan anak bulan Ramadhan

Saudara, puasa Ramadhan itu hendaklah didasarkan kepada kelihatan anak bulan Ramadhan, bukan dikira secara falaq. Oleh kerana bulan Islam itu adalah sama ada 29 atau 30 hari, maka setelah selesai 28 Sya'ban, maka umat Islam berusaha melihat anak bulan, kemungkinan bulan Sya'ban itu hanya 29 hari. Ketika kelihata anakan bulan Ramadhan maka wajiblah umat Islam berpuasa kerana bermulanya bulan Ramadhan. Tarikh mula puasa itu tak sama mengikut wilayah. Kemungkin anak bulan itu dilihat pada hari-hari lain di negara atau wailayah lain.
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila (datang) pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah berpuasa sekelian kamu. Hendaklah puasa (yakni, puasa Ramadhan) sekelian kamu kerana melihat seharibulannya (yakni, anak bulan bulan Ramadhan).’ [Hadith sahih Abu Daud, Kitab Saum] 
Jadi ketika terlihat anak bulan, maka bermulalah Ramadhan - 1 hb Ramadhan, wajib atas setiap orang Islam berpuasa, kecualilah beberapa golonag: iaitu; pertama, mereka yang gugur kewajipan untuk bersolat, kerana gila atau tak siuman atau pikun i.e. nyanyok), maka gugur kewajipannya tentang solat dan puasa, dan tidak berdosa dia; kedua, mereka sedang sakit teruk dan tiada kemungkina sembuh penyakitnya, maka dibolehkan tak berpuasa, tetapi membayar fidyah, memberi makan seorang miskin bagi srtiap hari dia tak berupasa; ketiga, orang yang sudah terlalu tua maka memudaratkan kesihatannya kalau dia berpuasa. Maka dia boleh tidak berpuasa tetapi membayat fidyah memberi makan seorang miskin bagi setiap hari dia tak berpuasa. Keempat, perempuan yang sedang menyusukan anaknya kerana khuatir akan kesihatan anaknya kalau dia berpuasa susu badannya berkurangan dan anaknya tak dapat cukup nutriets yang waib sebagi bayi, tetapi wajib membayarnya semula di hari-hari lain; kelima, wanita yang sedang hamil takutkan kemudaratan kepada kesihatan anak yang dikandungnya, tetapi hendaklah membayar uasanya pada hari-hari lain; keenam, perempuan yang haid, tidak dibenarkan berpuasa, maka hendaklah dia mengganti puasanya kelak; dan orang yang bermusafir boleh tidak berpuasa tetapi membayar kembali puasa yang ditinggalkannya..

(c) Kewajipan berpuasa

Saudara, kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan itu, seperti dijelaskan di atas tadi, disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu kutiba ‘alaikumus siam kama kutiba ‘alal lazina min qablikum, la’allakum tattaquna.' [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, telah dikitabkan (yakni, diwajibkan) ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu berpuasa, semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa (yakni, orang yang takutkan Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w)).’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah]
Firman Allah (a.w) ini memberitahu bahawa syariat puasa itu telahpun diwajibkan atas umat Islam sebelum Rasulallah (s.a.w), seperti umat Musa (a.s) dan umat Isa (a.s) dan para rasu sebelumnya. Jelas dalam firman ini seseorang itu tidak akan mencapai tahap 'taqwa' kalau tak berpuasa dalam bulan Ramadhan.

(d) Niat puasa wajib itu waktu malam

Saudara, dalam hadith berikut dijelaskan pula bahawa dalam kes puasa fardu bulan Ramadhan ini, wajib diniatkan di waktu malam sebelum tiba waktu Subuh. Kalau terlupa tidak sah puasanya. Kalau puasa sunat, boleh diniatkan bila-bila masa asalkan seseorang itu tidak memasukkan makan atau minuman ke dalam mulutnya. Atau, menyuntik bahan seumpama makanan dan minuman ganti (substitutes) ke dalam tubuhnya.
Diriwayatkan hadith daripada Hafsah (r.ah) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tiada berniat (puasa) dahulu daripada fajr (yakni, sebelum waktu Subuh) maka tiada puasa baginya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Kalau terlupa berniat, maka tak sahlah puasanya hari itu. Maka perlu digant pada hari-hari di luar Ramadhan. Namun, tetap sebagaiana puasa Ramadhan perlu diniatkan malam harinya. Ketetapan yang serupa melalui perawi lain disebutkan dalam hadith berikut - Hadith Abu Daud.
Diriwayatkan hadith adripada Ibnu Syihab daripada Salim Ibni Abdillah, hadith daripada bapanya, hadith daripada Hafsah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajr (subuh), maka tiada puasa baginya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Saudara, mudah-mudahan sedikit ilmu ini mendatangkan manfaat kepada saudara sekelian, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment