Assalamualaikum,
Saudara, di akhir zaman ini manusia yang Islam pun tidak lagi memiliki ketaqwaan yang kental sebagaimana para sahabat zaman Rasulallah (s.a.w), zaman khalifah, zaman tabi'in dan zaman-zaman pengikut para tabi'in. Sehinggaan hari ini ramai orang Islam - termasuklah orang Melayu sendiri - yang meremehkan tuntuan agamanya dan perintah Allah (a.w) dalam perkara ibadah. Ramai pula yang telah dipengaruhi oleh cakap-cakap dan 'fatwa' para ulama' dan ilmuwan yang sebenarnya tidak sempurna ilmunya, tetapi menggunakan kepintaran akan fikirannya menjelaskan sesuatu hukum dan amalan dalam Islam. Maka tidak hairanlah hari ini, segolongan besar orang Melayu, takpun bersolat. Dan, majoriti pula bersolat tetapi tidak menepati apa yang SOPnya ditetapkan oleh Allah (a.w) (sebagaimana diwahyukan kepada Nabi) dan yang ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Sedikit demi sedikit pula umat Islam mengikuti jejak langkah agama lain, terutama agama Kristian, apabila semakin banyak dan kerap ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Rasulallah (s.a.w) dijadikan ungkapan sajak dan sya'ir, dan dinyanyikan, hanyalah alat musik tidak digunakan!

Saudara, para ulama' dan ilmuwan Islam kini mendiamkan diri, kerana mereka berpendapat itulah cara yang efektif zaman ini untuk berdakwah dalam zaman moden ini - berdakwah melalui lagu dan melalui drama, melalui filem, dan sebagainya, kononnya orang-orang yang terlibat dalam menulis, mengarahkan dan melakunkan drama dan lagu ini mendapat ganjaran pahala. Maka dengan itulah terdapatlah semakin ramai orang Islam yang jahil ilmu Islam dan cetek kefahaman Islamnya berpandangan bahawa melakunkan babak berunsurkan dakwah tentang sesuatu prinsip agama itu mendatangkan pahala kepada mereka. Justeru itu kalau bersentuhan tangan atau berpelukan, pegang memegang, dll kalau digambarkan scene tak bertudung bagi pelakun wanitapun tak apa, keran akhirnya dalam drama atau filem itu terjadilah contoh dan simbul umat Islam yang baik sebagaimana yang dinukilkan oleh penulis skrip, pembuat atau pengarang cerita, atau dilakunkan oleh pelakun, namun matlamat cerita adalah bertemakan agama ... Bagi mereka yang faham Islam berdasarkan ilmu yang haq - al-Quran dan as-Sunnah - mereka yang teribat dalam nyanyian dan lakunan itu melakukan dosa yang besar, mempaparkan amalan yang bertentangan dengan ketetapan Islam, menghayalkan manusia, menunjukkan idola yang bertentangan dengan Islam, dsbnya. Maka, pendapatan yang dihasilkan dari usaha nyanyian dan lakunan adalah sumber yang haram, maka segala daging yang tumbuh dari bahan harap yang dimakan dan diminum, api nerakalah yang paling utama berhak terhadapnya. Justeru itu, waspadalah bagi merka yang terliba. Janganlah kerana caka-cakap dan kerana ikt-ikutan, mengiyakan sesuatu yang tidak. Sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.
Saudara, demikian juga dalam ibadah puasa. Kita diberitahu bahawa majoriti orang Islam yang berpuasa itu mendapat hanyalah kelaparan dan kehausan kerana tak makan dan minum ketika berpuasa. Orang yang menyanyi dan berlakun dan sesiapa saja yang terlibat dalamnya juga mendapat hasil yang sama - melakukan banyak kebatilan dan kemudian berpuasa mengharapkan pahala. Maka dengan itulah kita lihat dalam post sebelum ini para malaikat berseru kepada manusia yang Islam supaya berwaspada dalam bulan Ramadhan - buatlah dan tambahlah amalan dan ibadah dan amal soleh ketika siang dan malam, dan jauhilah segala sesuatu yang membatalkan pahala dan yang menghakis pahala puasa tersebut, supaya tidaklah seseorang yang berpuasa itu mengharapkan ganjaran pahala yang gandaan pahalanya oleh Allah (a.w), tetapi sebaliknya mendapat ganjaran dosa yang digandakan. Dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) menggandakan pahala puasa dan segala amal dan ibadah yang lazim dan segala amalan baik tambahan melebihi 700 kali gandaan. Dalam perkara dosa atau perbuatan kejelikan dan kejahatan atau kemaksiatan, jika dilakukan dalam bulan Ramadhan - siang atau malamnya - balasannya adalah setimpal tidak digandakan, tetapi dalam bulan Ramadhan jika dilakukan maka digandakan pula. Rugilah orang yang membuat pelbagai kemaksiatan atau mengekalkan amalan kemaksiatan mereka sehingga berakhir Ramadhan. Beruntunglah orang yang meneruskan dan mempertingkatkan amalan kebaikan dalam jadual harian mereka terus ke bulan Ramadhan.
Seperti yang dijelaskan, pahala berpuasa itu hanyalah ditentukan oleh Allah (a.w) banyak mana dan berapa kali gandaannya pula. Tidak siapa yang tahu dan tidak siapa dapat membuat telahan. Tetapi, kita yang mengamalkannya akan merasa sejauh manakah kita berjaya atau terkandas dalam perjuangan untuk mendapat ganjaran pahala yang maksimum. Di akhirat kelak kita akan mendapat tahu ‘score’ kita dalam mengerjakan puasa itu sepanjang hidup kita. Ini diperjelaskan oleh sepotong hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan satu kebaikan menjadi sepuluh kebaikan (yakni pahala) yang serupa dengan amalan tersebut sehingga 700 kali gandaan atas apa-apa yang dikehendaki oleh Allah (a.w), kecuali puasa. Telah berfirman Allah (a.w):‘ Sesungguhnya bagi puasa Aku (Allah (a.w)) membalasnya, dengan berpuasa (hambaku) meninggalkan syahawatnya dan makanannya, dariKu bagi orang yang berpuasa Aku (Allah (a.w)) kurniakan dua saat kesenangan (yakni, kemenangan): (satu kurniaan) dari saat berbukanya (yakni apabila dia berbuka dan kemudian apabila dia merayakan Aidil Fitri) dan (kurniaan kedua) dari saat bertemu Tuhannya (di akhirat kelak balasan syurga), dan nescaya busuknya mulut orang yang berpuasa di sisi Tuhannya (bau mulut mereka itu) lebih harum atau wangi daripada bau minyak kesturi.' [Hadith Qudsi sahih Ibn Majah]
Sepotong hadith lain pula telah diriwayatkan oleh seorang sahabat yang lain pula seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Saad (r.a.) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Sesungguhnya pada syurga ada beberapa pintu (yang dinamakan pintu riyan), maka dikatakan bagi pintu bertanya ia pada hari Qiamat (yakni, memanggil pintu-pintu syurga itu dengan panggilan): ‘Dimanakah orang-orang yang berpuasa?’ maka barangsiapa ada dari kalangan orang-orang yang berpuasa, maka masuklah mereka ke dalam pintu-pintu (tersebut) (di akhirat kelak), maka tiada haus mereka selama-lamanya.’ [Hadith Ibn Majah, Kitab as-Siam].
Hadith tersebut menjelaskan bahawa begitu suka Allah (a.w) terhadap orang yang berpuasa itu. Diwujudkan pintu-pintu syurga yang khus bagi Ahli Puasa, yakni disediakan pintu khusus bagi mereka yang suka dan rajin berpeuasa. Dan, para malaikat yang menjaga syurga menyambut ketibaan mereka dan mengalu-alukan mereka dengan menyeru mereka di pintu-pintu syurga mempelawa dan mempersilakan mereka masuk ke dalamnya.
Diriwayatkan hadith daripada seorang yang boleh dipercayaai, iaitu Said Abi Mujahid at-Ta’i, bahawa hadith ini daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia (yakni, Abu Hurairah (r.a)): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga golongan tidak ditolak do’a mereka: (pertama) Imam (pemimpin umat Islam) yang ‘adil, (kedua) orang yang berpuasa hingga mereka berbuka, dan (ketiga) do’a orang yang dianianyai (atau dizalimi); mengangkat pada do’a dari bawah awan (yakni, tidak dilindungi do’a mereka) pada hari Qiamat, dan kerana do’a tersebut dibuka beberapa pintu langit dan berfirman Allah (a.w): ‘Demi kemuliaanKu nescaya sungguh menolong Aku (Allah (a.w)) padamu walaupun sudah lewat tempoh do’a tersebut.’ [Hadith Ibn Majah]
Di dalam hadith ini disebut ungkapan ‘dari seorang yang boleh dipercayai’ kerana perawi hadith ini jarang-jarang meriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w), tetapi beliau merupakan seorang yang ikhlas dan benar dan tidak pernah berbohong, maka semua cakapnya, mengikut ulama’ hadith, diterima sebagai benar. Maka hadith yang diriwatkannya adalah sahih.
Saudara, di dalam hadith-hadith di atas diperjelaskan ketetapan as-Sunnah bahawa segala ‘amal makruf’ (kebaikan) yang dilakukan dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala antara 10 hinggalah 700 kali ganda atau lebih kebaikan tersebut. Namun, amalan puasa tidak ditetapkan gandaan pahalanya. Kerana Allah (a.w) sendiri akan memberikan ganjaran pahalanya dan gandaan pahalanya. Ini bergantung kepada tahap keikhlasan serta keimanan mereka yang berpuasa itu. Maka dengan itulah disebutkan di dalam sepotong hadith sebelum ini, sesiapa yang berpuasa kerana mencari keredaan dan kerahmatan Allah(a.w) semata-mata, maka terhapuslah dosa-dosanya yang terdahulu.

Saudara, bagaimanakah hendak mendapatkan pahala maksimum ketika berpuasa? Kita teliti selanjutnya apakah perkara-perkara yang menghakis pahala puasa di bawah ini.
Ada banyak larangan dan pantang larang semasa berpuasa itu, selain tidak makan dan minum siang hari, jika seseorang itu inginkan ganjaran pahala yang maksimum. Orang yang berpuasa itu wajiblah menjaga pancainderanya daripada melakukan sebarang kemaksiatan, antara yang utama, perbuatan bercakap-cakap kosong, mencaci dan mengumpat sangat-sangat ditegah semasa berpuasa. Perbuatan tersebut dengan sendirinya menimbulkan pelbagai dosa:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas ini menyatakan bahawa tiada gunanya seseorang itu meninggalkan makan minum, yakni berpuasa, jika bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, sama ada pada malamnya atau pada siangnya. Maksudnya, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, semata-mata sia-sia berlapar dan berdahaga. Mengikut para ulama’ seseorang yang berpuasa wajiblah dia menjaga enam perkara:

§ Menjaga matanya;
§ Menjaga lidahnya (kata-katanya);
§ Menjaga telinganya;
§ Menjaga tangan dan kakinya;
§ Menjaga anggota kelaminnya;
§ Tidak membanyakkan makan apabila berbuka; dan
§ Hatinya adalah ikhlas dengan perasaan penuh taqwa (niat yang betul - Ayat 57, Surah al-Isra').
Oleh yang demikian rugilah barangsiapa berpuasa tetapi melakukan kemaksiatan dengan anggota-anggotanya, sama ada pada siang harinya ataupun malamnya.
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Kita wajib mengambil peringatan daripada mesej hadith di atas itu. Implikasinya berat. Tidak mendapat sebarang pahala jika berpuasa tetapi kita bercakap bohong dan dusta dan membuat perkara-perkara yang ditegah syariat. Yakni, berpenatlah kita tidak mendapat ganjaran apa-apa, malah mendapat dosa pula kerana berbohong dan membuat maksiat.
Diriwayatkan hadith dariada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas ini menasihatkan umat Islam yang berpuasa supaya kekal sabar dan tidak bertindak terhadap orang lain yang mencaci cela atau mengata akan dirinya. Lebih baik dia beredar atau berpindah ke tempat lain tanpa respons apa-apa selain kata-kata yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.
No comments:
Post a Comment