Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita rumuskan beberapa perkara; iaitu, pertama umat Islam ada dua pilihan sama ada ingin berjaya di akhirat - selamat dari neraka dan mendapat syurga, atau gagal dan rugi di akhiratnya - masuk neraka tak dapat syurga; kedua, berjaya atau gagal itu adalah pilihan mereka sendiri bergantung kepada apa yang dilakukan dan dikatakan semasa hidupnya. Ketiga, setiap orang Islam itu berpeluang berjaya - mendapat syurga dan selamat dari neraka- kalaulah dia memenuhi beberapa ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam menjalani kehidupan duniawinya. Keempat, walaupun seorang yang Islam itu berpeluang mendapat kejayaan di akhirat - mendapat syurga - namun besar juga kemungkinannya dia Islam tapi tak dapat syurga, maka masuk neraka, maka gagal dia di akhirat. Insya Allah, dalam post kali ini kita jelaskan hakikat ini dan jelaskan mengapa boleh terjadi, Islam tapi tak dapat syurga malah dapat neraka!
spt berikut:
'Saudara, dalam post kali ini kita akan jelaskan apakah maksud rumusan kita itu. Yang pasti adalah hakikat berikut: pertama, ada dua golongan manusia di dunia sejak zaman Adam (a.s), manusia pertama, dan sehinggalah tibanya kiamat dunia, iaitu ada golongan manusia yang mahu menerima ketetapan Allah (a.w), iaitu percaya bahawa Allah (a.w) itu saja tuhan yang berhak disembah dan manusia wajib mengabdikan diri mereka kepadaNya - mengerjakan amalan dan ibadah, yakni buat apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa yang ditegah - kerana segala sesuatu yang dilakukan dan diucapkannya semasa hidup ada implikasi akhirat. Selepas matinya ada kehidupan yang lebih kekal dari kehidupan dunia. Dan golongan kedua yang diistilahkan 'sesat' kerana tidak megakui Allah (a.w) itu Tuhan mereka, mereka wajib akur ketetapan Allah (a.w) (dan RasulNya), dan Allah (a.w) berkuasa terhadap segala sesuatu. Kedua, Islam adalah agama untuk manusia bukan semata-mata untuk orang Arab atau Melayu atau untuk orang yang akui diri mereka Islam. Dan, Islam itu adalah agama untuk semua zaman, bukan agama untuk manusia zaman hayat Rasulallah (s.a.w) semata-mata. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w) dan dia diutus sebagai Rasul penamat atau Rasul akhir zaman - memberi peringatan kepada manusia bagaimana hendak berjaya di akhirat dan bagaimana boleh gagal di akhirat dan apa yang perlu manusia lakukan, maka dia membawakan syariat agama Allah (a.w) untuk dianuti oleh manusia. Dia, membawa peringatan dan janji Allah (a.w) kepada manusia. Oleh itu walaupun dia dimatikan - kerana setiap orang yang hidup pasti akan mati - tetapi syariat Islam yang dibawakan olehnya kepada manusia tetap kekal hingga tibanya kiamat. Maka syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu valid untuk semua zaman dan semua bangsa tak kira di mana dan bila dia hidup. Keempat, al-Quran itu adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan hidup mereka di dunia. Al-Quran adalah panduan Islam semua zaman, semua bangsa dan semua manusia. Kelima, as-Sunnah - segala sesuatu yang diajarkan, ditunjukkan dan diiyakan oleh Rasulallah (s.a.w) terhadap apa jua perkara adalah huraian dan penjelasan kepada ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dalam realiti pemakaiannya di dunia semua zaman. Keenam, panduan hidup manusia di dunia adalah al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, manusia itu wajib akur dengan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah adalah panduan amalan dan ibadah. Maka kalau manusia beramal dan beribadah menyalahi ketetapan atau preskripsi al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dia 'sesat', tergelincir dari berada di atas 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga dan berjaya mendapatkan syurga itu.
Saudara,
berdasarkan hakikat yang fundamental ini, manusia yang Islam wajib wajib faham beberapa ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Pertama, Allah (a.w) jadikan manusia itu adalah semata-mata untuk mengabdikan diri atau memperhambakan diri mereka hanya kepada Allah (a.w) - Ayat 56, Surah az-Zariat. Ini bukan bererti manusia itu hanya disuruh mengerjakan amalan dan ibadah, tetapimanusia wajib menombor-satukan tanggungjawab mengabdikan diri kepda Allah (a.w) dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan atau tidak melakukan apa yang ditegah atau dilaang. Manusia menomborkan-duakan urusan dunia. Kedua, orang Islam yang taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa'. Sebaliknya, kalau tidak akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan melanggar pula batasan-batasan yang dtetapkan oleh Allah (w.) dan Rasulallah (s.a.w) dalam setiap perkara, pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'. Justeru itu, kalau Islam tetapi melanggar ketetapan Ayat 13 dan termasuk dalam kalangan orang yang tergolong dalam Ayat 14, pasti masuk neraka dan tak dapat syurga. Orang Islam itu wajib taatkan Rasulallah (s.a.w) - sekarang ini kerana Rasulallah (s.a.w) sudah wafat - akur dengan dan patuh terhadap ketetapan as-Sunnah - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Ketiga, orang Islam itu wajib patuh dengan ketetapan Allah (a.w) supaya berjema'ah dalam menganuti dan mengamalkan Islam. Maksudnya, Islam itu panduannya al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan Islam itu berjema'ah atau secara berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Maksudnya, kalau tak berjema'ah tak diakui Islam. Islam bentuknya adalah berjema'ah. Hakikat ini diperjelaskan dan diperincikan lagi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Keempat, jema'h dalam Islam itu adalah perkumpulan yang formal sebagaimana zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah, yang memimpin jema'ah. Ada strukur dan sistem yang formal mengenai jema'ah tersebut. Ada pemimpinnya dan pemimpin tersebut dikelompokkan sebagai 'ulil amri' dan wajib ditaati selagi dia tidak perintahkan atau buat ijtihad atau keluarkan fatwa yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kalau tidak taat maka tidak diakui Islam. Kalau tidak taat dikira keluar dari Islam. kalau meninggalkan jema'ah, maka dikira terkeluar dari Islam. Kalau keluar Islam pasti tak dapat syurga. Kelima, sistem dan organisasi kepimpinan Islam berjema'ah itu berpaksikan suatu ikrar janji setia oleh anggota jema'ah kepada, dan terhadap, kepimpinan jema'ah, yakni Imam atau Amir, melalui bai'at - Ayat 10 dan 12, Surah al-Fath, Ayat 8, Surah al-Mumtahannah dan hadith. kalau melnaggar ikra, maka terkeluar dari sistem jema'ah, dan jika kelua dari jema'ah, pasti tak dapat syurga. Keenam, kalau seseorang itu Islam, maka wajib dia ambil dan ikuti as-Sunnah sebagai panduan beragama - Ayat 7, Surah al-Haysr. Kalau tak terima as-Sunnah - walaupun suatu ketetapan kecil as-Sunnah, sebagaimana tidak menerima sebahagian kecil ketetapan al-Quran, menjadikan seseorang yang Islam itu jatuh kafir secara otomatik. Sekali lagi, seseorang itu Islam tapi gagal dapat syurga. Ketujuh, seseorang yang Islam itu hendaklah jangan menduakan Allah (a.w), yakni beranggapan bahawa ada kuasa lain selain Allah (a.w), kerana kuasa Allah (a.w) itu mutlak. Tidak berlaku sesuatu kecuali dengan izin Allah (a.w). Kedelapan, syariat Islam yang dijadikan panduan amalan dan ibadah itu hendaklah 'murni', yakni tidak dicemari atau tercemar oleh sesuau yang bersifat syirik, kurafat, tahyul, taklid dan bid'ah, - Ayat 13, Surah as-Syura. Kalau terlibat dalam salah satu dimensi itu, maka terbatallah keIslaman seseorang yang Islam. Maka kerana itu terbatal segala amalan dan ibadah, muflis di akhirat, terkeluar dari Islam. Kesembilan, kepercayaan seperti syirik, tahyul dan kurafat itu melibatkan akidah ketauhidan Allah (a.w). kalau orang islam percayakan sedemikian, samalah tarafnya dengan orang kafir yang percayakan pelbagai perntaraan antara Allah (a.w) dengan manusia spt berhala, roh nenek moyang (ancestors), Jesus anak tuhan dan seumpamanya. Kepercayaan sedemikian menyebabkan seorang yang Islam itu terkeluar dari Islam, wal iya zubillah. Jadi, Islam tapi hakikatnya kafir. Kesepuluh, syariat Islam itu wajib dimurnikan dan jangan dicemarkan dengan sesuatu yang bersifat taklid - iaitu membuat sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu, tapi mengikuti seseorang yang mengerjakan ibadah atau amalan tersebut. Beramal dan beribadah tanpa didasari oleh ilmu, tidak diterima oleh Allah (a.w) amalan atau ibadah tersebut - Ayat 36, Surah al-Isra'. Justeru itu, mengerjakan amalan tanpa ilmu atau dalam kejahilan adalah perbuatan yang sia-sia bagi umat Islam. Maka dengan itulah umat Islm diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya menuntut atau mengaji ilmu. Dan, ilmu yang wajib dipelajari itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Jangan buat amalan atas dasar ikut-ikutan - orang buat kita buat, orang kata itu dan ini kita yakin dan akur, kita amalkan, tanpa menyemak asas kata-kata tersebut apakah ada dalam ketetapan al-Quran atau as-Sunnah. Kesebelas, kemurniaan Islam itu hendaklah jangan kita buat amalan dan ibadah yang dicemari oleh bid'ah. Bid'ah adalah amalan dan ibadah yang dicemari oleh sesuatu yang baru diada-adakan oleh manusia, walhal tiada dalam ketetapan al-Quran dan tiada dalam as-Sunnah, yakni tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Syariat Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan - Ayat 3, Surah al-Maidah. Syariat Islam itu dicipta oleh Allah (a.w) - yang ilmuNya melangkauwi segala sesuatu dan segala zaman. Ilmu Allah (a.w) meliputi segala sesuatu sebelum terhadinya alam - langit dan bumi dan segala sesuatu antara keduanya, dan meliputi segala sesuatu selepas hancurnya dunia (kiamat). Maka Allah (a.w) telah sempurnakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jusrteru itu, segala pembaharuan dalam urusan keagamaan adalah pencemaran dan kebatilan dan tergolong sebagai bid'ah. Sesiapakan yang amalkan bid'ah dalam sesuatu amalan dan ibadah - dari segi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, dari segi cara dan kaedah beramal dan beribadah - telah mencemari amalan dan ibadah yang murni tersebut, maka tanpa dia sedari, telah membatalkan pahala amalan dan ibadahnya, tidak diterima Allah (a.w) amalan dan ibadahnya, dan dia dihukumi dalam Islam terkeluar dari Islam. Jika terkeluar dari Islam, pastilah tak dapat syurga. Pastilah, walaupun dia rasa dia tetap Islam, tapi terkeluar dari Islam, menjadi kafir tanpa disedari, wal iya zubillah. Oleh itu, wajiblah kita yang Islam itu berwaspada. Jangan perdagangkan akhirat kerana ketaksuban, kerana kejahilan dan kerana kita fikir kita lebih pintar dalam perkara agama berbanding dengan Allah (a.w) yang mencipta Islam dan Rasulallah (s.a.w) yang menyampaikannya kepada kita.
Saudara, maka dengan itulah Allah (a.w) sebutkan dalam Ayat 153, Surah al-An'am, ikuti al-Quran dan as-Sunnah dan janganlah ikuti lain-lain panduan dalam urusan agama, pasti kita selamat mencari dan mendapatkan syurga.
Saudara, maka dengan itulah Allah (a.w) sebutkan dalam Ayat 153, Surah al-An'am, ikuti al-Quran dan as-Sunnah dan janganlah ikuti lain-lain panduan dalam urusan agama, pasti kita selamat mencari dan mendapatkan syurga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment