Assalamualaikum,
Saudara, hari ini sudah berakhir 11 Sya'an 1434H dan 19 hari lagi umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan, bulan yang barokah. Insya Allah kita akan teliti beberapa ketetapan Islam yang memandu kita umat Islam sepanjang puasa. Sebelum itu elok kita lihat dan teliti serta fahami sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Saudara, hari ini sudah berakhir 11 Sya'an 1434H dan 19 hari lagi umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan, bulan yang barokah. Insya Allah kita akan teliti beberapa ketetapan Islam yang memandu kita umat Islam sepanjang puasa. Sebelum itu elok kita lihat dan teliti serta fahami sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Kefadhalan 3 Pekara:
(a) Berselawat Atas Nabi ((s.a.w)
(b) Puasa Ramadhan
(c) Berbakti Kepada Kedua Ibubapa
Saudara, sempena kedatangan Ramdhan tak lama lagi, kita teliti 3 perkara yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di bawah ini. Seperti biasa Allah (a.w) utuskan malaikat Jibril (a.s) untuk mengilmukan Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) ditugaskan oleh Allah (a.w) untuk membimbing manusia ke jalan yang diridhai Allah (a.w), iaitu mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), menomborsatuykan Akhirat dan menombor duakan dunia mereka. Dunia itu sementara saja, akhirat itu lebih lama dan lebih kekal takda batasan waktu. Manusia itu setelah matinya aan berada di alam barzah, yang tidak Islam disiksa siang dan malam, dan yang Islam juga disksa siang dan maam kalaulah mereka berosa, dan kalaulah mereka calun syurga, maka dalam alam kubur itu mereka hidup seumpama baring dan lena dalam taman syurga, sementara menunggukan syurga.
Saudara, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah as-Syura, bahawa hanya ada dua tempat kediaman manusia setelah kiamat dunia dan setelah diadili di padang makhsyar, iaitu segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka. Kehidupan sebenarnya dalah manusia yang berjaya mendapat syurga. Disana mereka diberi nikmat yang berbagai hanya untuk memenuhi kehendak hati sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah (a.w). Dalam neraka tiada kehidupan, kerana dalam kegelapan neraka, tiada makanan dan minuman dan tiada kenikmatan hanya siksaan semata-mata. Dalam hadith ini Allah (a.w) janjikan kita, calun syurga, kejayaan kalaulah kita akur dengan ketetapannya.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kepadaku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yang mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah (kata Jibril (a.s)) ‘Amin’. Maka berkata aku (Nabi): ‘Amin’. Kemudian berkata (Jibril) lagi: ‘Hina dinalah seorang yang mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibril (a.s) kepadaku: ‘Hina dinalah orang yang selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Ucapkanlah (kata Jibril (a.s)): ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar. Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ secara tiba-tiba dalam khutbah itu pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada tiga golongan umat Islam yang beruntung dalam akhirat mereka. Hadith ini menyuruh umat Islam ( = umat Muhammad) supaya menyambut dengan membaca selawat atas nabi i.e. 'sallahu'alaihi wa-sallam', setiap kali mendengar kalimah ‘Nabi’ atau 'Rasul’ atau ‘Rasulallah’ atau ‘Muhammad’ disebut oleh seseorang dan kita mendengarnya secara berdepan dengan orang yang menyebutnya. Ini adalah penghormatan terhadap Rasulallah (s.a.w). Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya berselawat atas Rasulallah (s.a.w):
[Nota: Hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar. Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ secara tiba-tiba dalam khutbah itu pada tiga ketika. Maka sahabat yang mendengarnya hairan, maka bertanyalah kepada beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada tiga golongan umat Islam yang beruntung dalam akhirat mereka. Hadith ini menyuruh umat Islam ( = umat Muhammad) supaya menyambut dengan membaca selawat atas nabi i.e. 'sallahu'alaihi wa-sallam', setiap kali mendengar kalimah ‘Nabi’ atau 'Rasul’ atau ‘Rasulallah’ atau ‘Muhammad’ disebut oleh seseorang dan kita mendengarnya secara berdepan dengan orang yang menyebutnya. Ini adalah penghormatan terhadap Rasulallah (s.a.w). Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya berselawat atas Rasulallah (s.a.w):
Firman Allah (a.w): 'Innallaha wa-malaikatahu yusolluna 'alan-nabiyi; Ya aiyuhallazina amanu sollu 'alaihi wa-sallimu taslima.' (Yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah dan para malaikat mengucapkan selawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman ucapkanlah selawat dan ucapkanlah 'salam' dengan penuh penghormatan kepadanya.' [Ayat 56, Surah al-Ahzab]. Ini adalah perintah Allah (a.w). Kalau Allah (a.w0 dan para malaikat mengucapkan 'selawa't dan 'salam', mengapa tidak manusia? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang berselawat sekali kepada beliau, maka Allah (a.w) akan berselawat atas orang yang menyebutnya 10 kali. Selawat adalah kalimah mendoakan kesejahteraan kepada Raslallah (s.a.w), maka menyebutnya seolah-olah mengurniakan kesejahteraan pula kepada kita 10 kali. Begitulah besarnya penghormatan Allah (s.a.w) kepada hambaNya yang menyanjung dan menghormati UtusanNya. Suatu kurniaan Allah (a.w) yang amat besar kepada kita. Mengapakah begitu ramai orang Islam yang lupa dan lalai, dan tidakpun mahu mengambil pengurniaan yang begitu besar?
Kurniaan kedua yang disebutkan dalam hadith di atas itu adalah datangnya bulan barokah, Ramadhan. Sesiapa yang berpuasa dan menjaga adab serta ketetapan puasanya, maka diakhir Ramadhan itu mereka diampunkan dari segala dosanya, seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya. Kalau tiada dosa maka pastilah kita berjaya mendapat syurga. Justeru itu, rugilah dan bodohlah seorang yang Islam itu tatkala datang Ramadhan dan berakhir Ramadhan, dia tidak dapat keampunan Allah (a.w). Dalam bulan Ramadhan Allah (a.w) menggandakan segala kebaikan kita suatu gandaan yang hanya Allah (a.w) yang tahu - Allah (a.w) yang tahu berpapakah gandaan kurnianNya - melebihi berlipat ganda gandaan pahala di luar bulan Ramadhan (kalau melakukan dosa, maka dosapun digandakan). Kurniaan ketiga adalah bagi anak yang kedua ibubapanya masih hidup, dan mereka tidak berjaya mendapat keridhaan kedua ibubapanya kerana membiarkan mereka, tidak menghormati mereka, tidak menjaga mereka dan tidak berbakti dan berbuat baik kepada mereka semasa mereka masih hidup. Hari ini begitu ramai anak-anak yang membiarkan dan mengabaikan kedua ibubapa mereka kerana dunia atau pertimbangann keduniaan. Ada yang langsung tidak memperdulikan ibu bapa mereka, lebih memperdulikan isteri dan anak-anak mereka atau memperdulikan ayah dan ibu mertua, sehingga membiarkan kedua ibu bapa mereka. Kita diberitahu bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu bapa. Allah (a.w) ridha kepada hambaNya yang taat kepadaNya, keridhaan itu bererti mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. Namun, kalau si anak tidak mendapat keridhaan kedua ibu bapanya, maka Allah (a.w) tidak ridha terhadapnya, walaupun mungkin si anak bertungkus lumus beramal dan beribadah. Keridhaan Allah (a.w) terletak kepada keridhaan kedua ibu bapa. Justeru itu, ketika kedua ibu bapa kita masih bernyawa, maka nomboratukanlah mereka berbanding dengan orang-orang lain, setelah kita nombor satukan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).].
Saudara, mudah-mudahan hadith ini memanfaatkan saudara. Janganlah lepaskan peluang untuk mendapatkan syurga, apabila kita abaikan ketetapan as-Sunnah ini, insya Allah.
No comments:
Post a Comment