Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang topik ini, insya Allah 16 atau 17 hari lagi - insya Allah, 10 Julai 2013 - kita akan menemui Ramadhan, insya Allah. Kita sering diberitahu bahawa beruntunglah seseorang Islam itu apabila dia dipanjangkan umur dan sempat menemui Ramadhan tahun berikutnya, setelah selesai Ramadhan tahun sebelumnya. Berbahagialah seorang Islam itu apakala di akhir Ramadhan dia dibebaskan dari neraka, yakni terhakis segala dosanya tahun sebelumnya, dan seolah-olah dia dialahirkan semula. Inilah peringatan dalam hadith berikut:

Orang Islam yang berjaya di akhir Ramadhan
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita melalui wahyu bahawa Allah (a.w) mempermudahkan kita untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dalam ibadh puasa. Kita diperingatkan oleh malaikat setiap malam supaya mengubah SOP hidup kita dalam buan Ramadhan - tinggalkan kejahatan dan perbuatan melalikan dan perbuatan yang melupakan Allah (a.w). Orang Islam yang belajar ilmu as-Sunnah tahu perkara ini, orang yang jahil sunnah akan mengikuti sikap 'back to business as usual'.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan jauhkanlah (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan (amal makruf) itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Di dalam hadith di atas itu kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) membukakan pintu syurga, yakni pintu rahmatNya, kepada umat Islam yang berpuasa dan rajin pula mengerjakan amalan dan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan. Para malaikat menyeru kepada umat Islam supaya meninggalkan kemaksiatan dan mengerjakan pelbagai amalan kebaikan dan amal soleh, kerana keberkatan dan gandaan pahalanya dalam bulan tersebut. Hadith ini dibaca dengan hadith berikutnya menyebutkan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan sepenuh ketakwaan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah (a.w) semata-mata dan bukan tujuan selainnya seperti untuk mendemokan kepada manusia (yakni, riak) atau terasa syok sendiri (yakni, wujub dan bangga diri), mereka mendapat keampunan segala dosa mereka setahun yang lalu. Selain itu, dalam bulan Ramadhanlah berlakunya malam ‘Lailatul Qadar’ yang amat berkat dan amat menguntungkan sesiapa yang menemuinya:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) (yakni, semata-mata niatnya hendak mendapat kerahamatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w), menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya (yakni, mendapat syurga), tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya (dan, kerana itu dia mendapat syurga).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mencapai tahap ketaqwaan ibadah yang tinggi, seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas itu, mereka mendapat keampunan segala dosanya yang terdahulu. Maka kembalilah dia dalam keadaan fitrah (=bersih dari dosa), seumpama bayi yang baru dilahirkan. Apakah syaratnya? Iaitu:

§ Berpuasa siang harinya dan menjaga segala ketetapan fardu dan sunat berpuasa, yakni menjaga pantang larang puasa yang wajib dan sunat;
§ Mengerjakan Qiamul-lail pada malamnya dengan membanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersolat sunat, dsbnya;
§ Dikerjakan kesemua itu demi untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni dengan harapan mendapat ganjaran pahala yang maksimum dan terhindar daripada seksaNya di neraka, yakni dengan penuh keikhlasan dan keinsafan; dan
§ Merasa amalan dan ibadahnya itu bukan kerana keterpaksaan tetapi semata-mata membuktikan ketaatan kepada Allah (a.w).
Maka ganjaran pahala yang diperolehinya adalah terhapus segala dosa-dosa yang terdahulu. Maka dengan itulah dalam post sebelum ini kita diberitahu peringatan Jibril (a.s) kepada manusia tentang 3 perkara, yang umat Islam itu boleh laksanakan dengan mudah dan diberi kesempatan, tetapi terabai, maka rugilah serugi-ruginya.
Selanjutnya, ayat-ayat berikutnya menjelaskan larangan-larangan kepada orang yang berpuasa. Telah dijelaskan di atas bahawa pada awal Islam, amat ketat larangan Allah (a.w), iaitu:
§ Puasa bermula apakala bermulanya waktu solat Isya’, yakni tidak boleh makan minum selepas masuk Isya’; dan
§ Tidak dibenarkan bersama dengan (yakni, menyetubuhi) isteri dan jariah (hamba sahaya perempuan) mereka apabila masuk waktu solat Isya’.
Maksudnya, puasa menahan makan dan minum dan segala pantang larang lainnya bermula apabila masuk waktu Isya’ sehinggalah berbuka esok harinya selepas masuk waktu Maghrib. Allah (a.w) kemudiannya telah memberi kelonggaran, iaitu membenarkan makan minum dan bersama dengan isteri dan jariah mereka, sehinggalah terbit fajar. Kelonggaran ini diberikan kepada umat Islam melalui Ayat 187, Surah al-Baqarah, iaitu:
Firman Allah (a.w):'Uhilla lakum lailatas siamir rafatha ila nisaikum … (sehingga akhir ayat) la’allahum yattaquna.' [Ayat 187, Surah al-Baqarah][Yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam berpuasa (Ramadhan) menyetubuhi atas isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah (a.w) mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dengan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (dating) malam. Tetapi, jangan kamu kumpuli (yakni, setubuhi mereka), ketika kamu beriktikaf dalam masjid, itulah ketentuan Allah (a.w) maka janganlah kamu mendekatinya (yakni, mendekati tegahan Allah (a.w) bercumbuan-cumbuan dengan isteri). Demikianlah Allah (a.w) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bertaqwa (yakni, takutkan Allah (a.w))] [Ayat 187, Surah al-Baqarah]
Ayat tersebut turun sebagi penyelesaian kepada isu umat Islam yang melanggar ketetapan puasa yang tidak membenarkan makan, minum dan menyetubuhi isteri selepas masuk waktu Isya’, kerana puasa bermula ketika itu dan beberapa orang sahabat Rasulallah (s.a.w) terlibat. Maka mereka memohon keampunan Allah (a.w) dan Allah (a.w) mengampunkan mereka. Ayat 187 tersebut membenarkan semua itu dilakukan sehinggalah jelas terbit fajr dan waktu berpuasa itu ditetapkan bermula terbit fajr dan sehingga tenggelam matahari, yakni masuk waktu Maghrib.
Saudara, walaupun begitu, wajib diingatkan bahawa larangan menjimak isteri ketika berpuasa itu amat penting kita, yang sudah beristeri/bersuami, ambil ingatan. Insya Allah dalam post yang akan datang kita akan teliti perkara ini. Dalam post ini memadailah kita ingatkan diri kita bahawa seseorang yang menjimak isteri/bersetubuh waktu berpuasa - mulai masuk waktu Subuh ebelum masuk waktu Maghrib, dikenakan kifarah (=enda yang berat), iaitu samada membebaskan seorang hamda (namun, kini tiada lagi hamba) atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang fakir miskin, dan puasa pada hari yang dia imak isterinya itu tetap wajib diteruskan. Kifarah ini dikenakan kepada lelaki (=sisuami) sahaja, isterinya bebas dari kifarah. Mengapa? Suamilah yang sewajibnya menjaga tatasusila adab puasa, dan dialah wajib memimpin sisterinya, dan isteri pula diwajibkan penuhi kehendak suaminya, maka kesalahan melanggar peradaban puasa itu dikenakan kepada si suami sahaja.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment