Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang kefadhalan dan keberkatan bulan Ramadahan, dengan meneliti beberapa hadith berikut:
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang kefadhalan dan keberkatan bulan Ramadahan, dengan meneliti beberapa hadith berikut:
(a) Dibebaskan dari neraka Allah (a.w)
Saudara, dalam post yang terdahulu kiat sebutkan seuatu hadith bahawa Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) ketika beliau sedang berkhutbah bahawa rugilah seorang yang Islam dan beriman dia, ketika menemui Ramadhan, kemudian berakhirnya Ramadhan, namun dia tidak dibebaskan dari neraka. Dalam hadith ini diperjelaskan perkara yang sama dalam kata-kata yang lain, yakni dibebaskan dari neraka. Kita dipermudahkan untuk berpuasa Ramadhan dari gangguan iblis dan syaitan, tapi mengepakansesetengah kita masih membuat kejahatan dan kemaksiatan dalam bulan Ramadhan? Syaitan dan iblis telag dipaung Allah (a.w) untuk memudahkan kita berpuasa dan mengerjakan serta mempertingkatkan amalan, tapi kita sendiri yang melakukan kejahatan dan kemaksiatan telah menerima sifat-sifat kesyaitanan syaitan dalam diri kita, maka sesetengah kita telah menjadi syaitan untuk diri kita dan terhadap orang lain. Maka dengan itulah juga kita disuruh Baca Surah al-Nas - memohon berlindung dari syaita di kalangan jin dan iblis dan syaitan di kalangan manusia.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan jauhkanlah (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan (amal makruf) itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Saudara, hadith ini menyebutkan kalaulah kita akur denga panduan hadith ini, Allah (a.w) akan membebsakan kita dari siksaan neraka. Para malaikat sentiasalah menyeru kepada manusia yang Islam dan beriman supaya bertungkus lumuslah sepanjang Ramadhan utnuk memperbanyakkan amalan dan ibadah, yakni mebuat sebanyak mungkin pelaburan akhirat.
(b) Keampunan dari segala dosanya yang terdahulu
Saudara, dalam hadith ni pula matlamt yang sama dianjurkan kepada kita, iaitu berjaya di akhirat kerana di akhir Ramadhan terhapus atau terhakis segala dosa kita yang lalu, kalaulah kita lakukan apa yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini.
Apakah yang perlu kita buat untuk mendapatkan kurniaan Allah (a.w) ini? Kita lihat dua hadith berikut sebagai panduan kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) (yakni, semata-mata niatnya hendak mendapat kerahamatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w), menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya, tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya (dan, kerana itu dia mendapat syurga).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Kalau kita lakukan perkara-perkara yang disebutkan oleh Rasulallah itu, kita berjaya. Apa dia? Pertama, kita berpuasa. Kalau tak puasa tak dapat apa-pa, malah mendapat dosa dan dosa itu digandakan. Dosa dalam bulan selain Ramadhan tidak digandakan. Tapi, dosa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan digandakan. Kedua, mendirikan malanya, i.e. berqiamul-lail - mengerjakan Solat Terawih 8 rakaat, dibuat empat empat rakaat disudahi dengan satu salam. Solat Terawih itu adalah 8 rakaat mengikut sunnah. Adapaun 20 rakaan itu bukan Solat Terawih tetapi Solat Qiam dbuat dua dua rakaat disudahi dengan salam. Inilah yang diamalkan dalam zaman sahabat selepas khalifah. Solat itu betul, tetapi bukanlah Solat Terawih. Ada perbezaan antara Solat Terawih dengan Solat Qiam. Tapi, ingatlah bahawa Solat Witir itu adalah 3 rakaat atau satu rakaat disudahi dengan satu salam. Solat yang menjadi amalan umat Islam sekarang ini dibuat dua + satu sebagai Solat Witir tak betul, tak mengikuti as-Sunnah. Solat Witir itu ganjil - sama ada satu rakaat atau 3 rakaat atau 5 rakaat terus dibuat dan diakhirai dengan salam. Dalam mengimarahkan malam itu termasuklah amalan atau ibadah bertadarus - membaca al-Quran - sama ada bersendirian atau secara berkumpulan. Berzikir dalam bulan Ramadhan. Kemudian ketika tiba 10 malam terakhir berI'tikaf di masjid - i.e. berjaga malam. Iktikaf ini sah walaupun tak buat apa-apa amalan atau ibadah, cukup berjaga sahaja sehingga tiba waktu Subuh. Ketiga, niat hendaklah betul - niat yang ditetapkan oleh Allah (a.w) 'wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna 'azabahu' (Yang bermaksud: Mengharapkan kerahamatan (syurga) Allah (a.w), dan takutkan siksaan (neraka) Allah (a.w)) - Ayat 57, Surah al-Isra' dan kita mengimarahkan malam Ramadhan dengan penuh keyakinan bahawa kita ada ilmunya, i.e. dahpun belajar ilmu mengenai amalan-amalan ini - Ayat 36, Surah al-Isra'.
Saudara, mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan oleh Allah (a.w) untuk mencari dan mendapatkan keampuan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment