Monday, June 24, 2013

Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, tegahan yang paling penting dalam bulan Ramadhan adalah hubungan suami isteri yang boleh membatalkan puasa. Waktu puasa itu adalah dari tibanya atau masuknya waktu Subuh (kita diwajibkan mula berpuasa) sampailah masuk waktu Maghrib (kita dibolehkan berbuka). Kita dibolehkan makan minum selepas Maghrib dan berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu Subuh. Begitu jugalah hubungan suami isteri yang mukaddimahnya adalah bergurau senda dan bercumbu-cumbuan dan penyudahnya adalah persetubuhan. Walaupun Islam menghalalkan persetubuhan antara suami dan isteri tetapi diharamkan persetubuhan tersebut ketika waktu berpuasa Ramadhan (malah apa jua puasa yang dikerjakan). Inilah ketetapan al-Quran dalam ayat berikut dan ketetapan as-Sunnah mengenainya.

(a) Peraturan mengenai hubungan suami isteri

Saudara, pada awal syariat puasa, umat Islam dibolehkan makan dan minum dalam masa yang singkat, iaitu bermula ketika masuknya waktu Maghrib dan tamat waktu makan minum dan hubungan suami isteri, apabila masuk waktu Isya'. Maka diceritakan zaman awal Islam bahawa ada sahabat yang tertidur kerana kepenatan di siang harinya bekerja, takda pula makan untuk berbuka, maka tertidur. Apabila bangun sudah masuk waktu Isya', maka trlepaslah peluang untuk berbuka, dan terpaksa berpuasa pula sehinggalah boleh berbuka semula, waktu Maghrib esok harinya.
Dalam suatu cerita lain pula ada para sahabat yang mengumpuli (i.e. menjimak isterinya) selepas masuk waktu Isya', maka dia telah melanggar peraturan berpuasa, maka perlu membayar fidyah kerana pelanggaran tersebut. Justeru itulah dalam Ayat ini Allah (a.w) mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh orang Islam zaman itu. Maka Allah (a.w) kemudiannya memberi kemurahanNya dengan membolekan makan minum mulai waktu Maghrib dan tamat ketika masuk waktu Subuh.
Firman Allah (a.w): 'Uhilla lakum lailatas siamir rafatha ila nisaikum … (sehingga akhir ayat) la’allahum yattaquna.' [Ayat 187, Surah al-Baqarah][Yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam berpuasa (Ramadhan) menyetubuhi atas isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah (a.w) mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dengan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam. Tetapi, jangan kamu kumpuli (yakni, setubuhi mereka), ketika kamu beriktikaf dalam masjid, itulah ketentuan Allah (a.w) maka janganlah kamu mendekatinya (yakni, mendekati tegahan Allah (a.w) bercumbuan-cumbuan dengan isteri). Demikianlah Allah (a.w) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bertaqwa (yakni, takutkan Allah (a.w))] [Ayat 187, Surah al-Baqarah] 
Dalam ayat ini disebutkan tempoh boleh makan dan minum itu dengan menyebut 'benang putih' (i.e. waktu siang hari) dan 'benang hitam' (i.e. waktu malam, ketika sudah gelap).

(b) Kemurahan Allah (a.w) - hubungan Suami isteri

Saudara, sehubungan itulah dalam hadith berikut diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa waktu boleh makan minum dan hubungan suami isteri itu dilanjutkan.

Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Ketika turun firman Allah (a.w) (yakni, ayat al-Quran): 'Ya aiyuhal-lazina amanu kutiba alaikumus-siam kama kutiba ‘ala-lazina min qablikum’[Ayat 183, Surah al-Baqarah] [Maksud ayat: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan atas kamu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu …’], maka ada manusia pada zaman Nabi (s.a.w) ketika solat ‘Isya’ diharamkan atas mereka makan dan minum dan menjimak isterinya, dan berpuasa sehingga esoknya. Maka melanggar seorang lelaki akan (ketetapan tersebut oleh) dirinya maka dijimaknya perempuan (yakni, isterinya) dan sungguh-sungguh (selepas masuk waktu) solat Isya’ dan tidak berbuka dia (yakni, meneruskan puasanya), maka mengkehendaki Allah (a.w) bahawa menjadikan demikian (yakni, peristiwa sebagai asbabul nuzul (penyebab) turunnya ayat yang memberi) keringanan bagi orang-orang yang tertinggal (yakni, orang kemudian) dan satu kemurahan dan memanfaat.’ Maka berfirman Allah (a.w) yang maha lohor ’alimallahu annakum kuntum tahthanuna anfusakum ...' [Ayat 187, Surah al-Baqarah] [Maksud ayat: ‘Tahu Allah (a.w) bahawasanya kamu ada membuat pelanggaran (yakni, semasa dalam berpuasa) atas diri kamu …’] dan adapun ini (ayat ini) memberi manfaat Allah (a.w) dengannya kepada manusia dan satu kemurahan bagi mereka dan satu keringanan.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Nas as-Sunnah menyebutkan kemurahan yang sama sebagaimana disebutkan oleh al-Quran.

(c) Waktu berpuasa dan Berbuka

Saudara, dalam  hal waktu wajib dipuasakan dan waktu boleh berbuka disebutkan dalam firman Allah (a.w) ini.
Firman Allah (a.w): 'Uhilla lakum lailatas siamir rafatha ila nisaikum … (sehingga akhir ayat) la’allahum yattaquna.' [Ayat 187, Surah al-Baqarah][Yang bermaksud: Dihalalkan bagi kamu pada malam berpuasa (Ramadhan) menyetubuhi atas isteri kamu. Mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah (a.w) mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah (a.w) bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbezaan) antara benang putih dengan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (dating) malam. Tetapi, jangan kamu kumpuli (yakni, setubuhi mereka), ketika kamu beriktikaf dalam masjid, itulah ketentuan Allah (a.w) maka janganlah kamu mendekatinya (yakni, mendekati tegahan Allah (a.w) bercumbuan-cumbuan dengan isteri). Demikianlah Allah (a.w) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, mudah-mudahan mereka menjadi orang yang bertaqwa (yakni, takutkan Allah (a.w))] [Ayat 187, Surah al-Baqarah]
Saudara, disebutkan juga dalam ayat ini tentang 'iktikaf' di masjid. Islam menggalakkan umatnya dalam bulan Ramadhan beriktikaf di masjid mulai malam 10 terakhir Ramadhan. Umat Islam itu disuruh mengimarahkan malam - qiamul-lail - mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah seperti bertadarus, mengerjakan solat-solat sunat, berzikir dan seumpamanya banyk-banyak mengingati Allah (a.w). Iktikaf itu adalah berada di dalam masjid waktu malam 10 hinggalah malam terakhir Ramadhan. Tak disyaratkan melakukan apa-apa, memadai duduk diam menunggu berlakunya 'lailatul-qadr'. Laitul-qadr itu adlah menemui turunnya Allah (a.w) dengan diiringi oleh para malaikat yang diketuai oleh Jibril (a.s) untuk memperkenankan segala permintaan hambaNya yang beriktikaf. Sesiapa yang diizikan Allah (a.w) menemui lailatul-qadr ini beruntung, kerana dituliskan baginya seorang yang mengerjakan amal dan ibadah sepanjang malam selama 1,000 bulan - 83 tahun 4 bulan.
Saudara, takda orang yang boleh mengerjakn amalan dan ibadah tak henti-henti setiap malam selama 1,000 bulan atau melebihi 83 tahun. Diceritakan dalam as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu suatu kisah terdapat 4 orang Bani Israil (3 orang biasa dan seorang nabi) yang wara' mengerjakan ibadah dan amalan sepanjang umur mereka selama 80 tahun tanpa melakukan sekecil manapun perbuatan maksiat. Apabila para sahabat yang mendengar cerita tersebut teramat kagum dan berpandangan bahawa mereka tak mungkin dapat menandingi kewaraka serta keimanan mereka itu. Kerana para sahabat 'frust' tak mungkin dapat menandingi amalan 4 orang Bani Israil yang warak tersebut, maka turunlah Jibril (a.s) menemui Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Muhammad boleh mencapai kewarakan yang jauh lebih dari itu, dengan mudahnya. Maka disampaikan oleh Jibril (a.s)  Surah al-Qadr yang menyebutkan bahawa sesiapa yang berkesempatan menemui lailatul-Qadr itu mendapat pahala kebaikan kurniaan Allah (a.w) seumpama beramal dan beribadah tanpa melakukan sebarang kejahatan atau kemaksiatan selama 1,000 bulan itu - Ayat 3, Surah al-Qadr: 'lailatul qadri khairun min alfi syahrin.' (Yang bermaksud: Malam qadr itu lebih baik dari 1,000 bulan).
Saudara, mudah-mudahan kita dapat melakukan terbaik dalam bulan Ramadhan ini, insya Allah, demi akhirat kita mendapatkan kebarokan dari Allah (a.w)

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment