Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post sebelum ini kita telah maklum betapa besarnya pahala Ramadhan kalaulah kita mberpuasa menetapi SOP atau ketenuan Allah (a.w) dan RasulNya, iaitu kita diselamat dari neraka dan kita diberikan syurga oleh Allah (a.w). Selain itu, ada beberapa amalan lain yang juga membawakan pahala yang begitu banyak pula kalau kita kerjakan menepati preskripsi al-Quran dan as-Sunnah.

Besarnya Pahala Berpuasa dan Qiamul-lail Ramadhan
(a) Pahala Puasa Allah (a.w) Tentukan Gandaannya
Saudara, hadith ini menyebutkan pahala puasa yang amat besar nilainya bagi orang yang benar-benar berpuasa menepato spesiofikasi Allah (a.w) dan RasulNya. Apa dia speksnya. Dia berpuasa tanpa mengiringi puasa hari itu dengan segala perkara yang mendatangkan dosa dari panca ifderanya - mulutnya dari berkata dusta, mencaci, maki hamun, mencela, mengadu dumba dsbnya, matanya dari melihat perkara-perkara yng diharamkan mata melihatnya; hidung dari menghidu perkara-perkara yang dharamkan atas hidungnya, mata dari melihat apa-apa yang menjadikan mata melakukan zina mata, dan hati yang lupakan Allah (a.w) kerana tak mau baca al-Quan , berzikir dan memuji-muji Allah (a.w) dan membanyakkan amalan sunat.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi, wa-man qama lailata imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yang bermaksud: ‘Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yang telah mendahuluinya dari dosa-dosanya; dan barangsiapa berdiri (yakni, menetapi ibadah) pada malam qadar kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya (i.e dosa-dosanya)). [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
[Nota: Tidak termasuk dosa-dosa yang dikenakan hukum had atau hudud, perlu ditaubatkan. Hukum hudud perlu dikifarahkan dengan melakukan ketetapan hudud yang khusus.]
(b) Pahala Solat Malam bulan Ramadhan Allah (a.w) Tentutkan
Saudara, demikian jugalah pahala berqiamul-lail dan menjaga dirinya dan panca inderanya dari pelbagai kemaksiatan, maka mendapat ganjaran pahala yang hebat, maka terhakislah segala dosa-dosanya yang terdahulu. Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man qama Ramadhana imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqqaddama min zanbihi.’ (Yang bermaksud: Barangsaipa yang berdiri (i.e. bangun malam menetapi atau mengerjakan ibadah dan amalan, spt solat Terawih dan solat Qiam) pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) apa-apa yang mendahuluinya (i.e. dosa-dosanya) (yang lalu).) [Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih]
[Nota: Amalan dan ibadah yang boleh mendatangkan pahala yang menghapuskan dosa adalah amalan dan ibadah yang menepati spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 13, Surah an-Nisa dan Ayat 7, Surah al-Haysr - iaitu menepati al-Quran dan s-Sunnah, bentu, cara dan kaedahnya menepati as-Sunnah - yang dicotohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kalau tidak atau kalau lari dari spesifikasi as-Sunnah, tak diterima Allah (a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Man 'amila amalan laisa fhi amruna fahua raddun' (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang amalan itu tidak didatangkan dari (atau didasari oleh) sunnahku (Nabi), maka amalan itu ditolak). Rugi sahaja. Di akhirat kosong catatan pahalanya, wal iya zubillah.]
(c) Pahala Memberi Makan dan Minum Pada Orang Berpuasa
(c) Pahala Memberi Makan dan Minum Pada Orang Berpuasa
Diriwayatkan hadith dari Ubaidillah b Abdillah b ‘Utbah sesungguhnya ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘An-Nabi ajwadan-nasi bil-khairi wa-kana ajwadu ma yakunu fi Ramadhana hina yalqahu Jibrilu wa-kana Jibrilu (a.s) yalqahu kulla lailatin fi Ramadhana hatta yansalikha ya’ridu ‘alaihin-Nabiyu (s.a.w) al-Qurana faiza laqiyahu Jibrilu (a.s) kana ajwada bil-khairi minar-rihil-musalati.’ (Yang bermaksud: Adapun Nabi (s.a.w) lebih dermawan dari manusia dengan kebaikan dan adapun dia lebih dermawan di bulan Ramadhan sehingga habis (i.e. berakhir Ramadhan) ketika bertemu bertemu pada Nabi (s.a.w) Jibril (a.s) dan adapun Jibril (a.s) bertemu dengan Nabi (s.a.w) setiap malam dalam bulan Ramadhan sehingga habis (i.e. berakhir Ramadhan) mendatangkan atas Jibril (a.s) Nabi (s.a.w) pada al-Quran, maka ketika bertemu pada Nabi (s.a.w) ada Nabi (s.a.w) lebih dermawan dari angin yang dilepaskan (i.e. bertiup).) [Hadith Bukhari, Kitab Puasa]
[Nota: Orang memberi
makan dan minum kepada orang yang puasa mendapat ganjaran pahala,
seumpama pahala puasa orang yang berpuasa tanpa menjejaskan paha
orang-orang berpuasa (yang diberi makan dan minum).
Diriwayatkan hadith dari Zaid b Khalid al-Juhanni berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Fattara soiman kana lahu ajrihi ghaira annahu la yanqusu min ajris-soimi syai-a.’ (Yang bermaksud: Barangsipa yang memberi makan (dan minum) orang-orang yang berpuasa, ada baginya seumpama pahala selain, tidak mengurangi dari orang-orang berpuasa sedikitpun.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Puasa]
[Nota: Di dalam hadith lain disebutkan bahawa sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa makan (berbuka atau bersahur), maka dia mendapat ganjaran pahala seumpama pahala orang yang dijamunya makanan tanpa sedikitpun mengurangkan pahala orang yang berpuasa yang dijamunya makan dan minum tersebut.]

Saudara, alangkah beruntungnya orang yang dermawan - orang yang sentiasa suka memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa. Kerana, dia mendapat pahala tambahan - pahala puasa orang yang berpuasa yang dijamunya ketika berbuka atau ketika bersahur. Sudahlah dia mendapat pahala kerana puasanya sendiri, dia pula mendapat pahala amalan menginfaqkan sebahagian hartanya demi fi sabilillah dan dia mendapat pahala kerana memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa. Kalau 1,000 orang dijamunya maka dia dapat pahala puasa 1,000 orang itu. Maka dapatlah dia tingkat syurga yang terbaik, masya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment