Assalamualaikum,
kita teruskan penelitian kita tentang perkara-perkara yang menambah pahala kepada kita yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan mudah-mudahan kerana kita amalkan peradaban yang terbaik dalam berpusa bulan Ramadhan ini, kita berjaya mendapat kebebasan dari neraka dan mendapat syurga Allah (a.w) kerana kita diberisihkan dari dosa-dosa kita yang lampau. Tapi, kalaulah sebaliknya, seperti yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, maka benar-benarlah kita rugi! Apakah kita dapat tebus kerugian itu di Ramadhan tahun depan? Belum tentu. Kerana ajal mati kita belum tahu. Dengan itulah orang iman itu, setelah selesai Ramadhan, dia cintakan dan cita-citakan agar menemui lagi Ramadhan tahun berikutnya.

Saudara, bagi setiap amalan dan ibadah sunat dan kebaikan yang kita kerjakan dalam bulan-blan selain Ramadhan, digandakan pahala oleh Allah (a.w) 10 gandaan pahala. Dalam bulan Ramadhan digandakan 10 kali gandalagi, yakni 10x10 gandaan pahala. Selain itu pahala setiap hari pusa dalam bulan Ramadhan ditentukan oleh Allah (a.w) ganjarannya dan gandaan. maka dengan itu, kalau kita berjaya menepati apa yang disebutkan dalam hadith terdahulu itu - kita berpuasa dengan penuh keimanan dan kerana mencari semaksimum mungkin ganjaran pahala, maka kita dibersihkan dari dosa, seumpama kita baru dilahirkan ke dunia, masya Allah.
Orang yang rugi bulan Ramadhan
(Terhapus Pahala Kerana Mengumpat)
Ada banyak larangan dan pantang larang semasa berpuasa itu, selain tidak makan dan minum siang hari, jika seseorang itu inginkan ganjaran pahala yang maksimum. Orang yang berpuasa itu wajiblah menjaga pancainderanya daripada melakukan sebarang kemaksiatan, antara yang utama, perbuatan bercakap-cakap kosong, mencaci dan mengumpat sangat-sangat ditegah semasa berpuasa. Perbuatan tersebut dengan sendirinya menimbulkan pelbagai dosa: Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas ini menyatakan bahawa tiada gunanya seseorang itu meninggalkan makan minum, yakni berpuasa, jika bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, sama ada pada malamnya atau pada siangnya. Maksudnya, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, semata-mata sia-sia berlapar dan berdahaga. Mengikut para ulama’ seseorang yang berpuasa wajiblah dia menjaga enam perkara:
§ Menjaga matanya;
§ Menjaga lidahnya (kata-katanya);
§ Menjaga telinganya;
§ Menjaga tangan dan kakinya;
§ Menjaga anggota kelaminnya;
§ Tidak membanyakkan makan apabila berbuka; dan
§ Hatinya adalah ikhlas dengan perasaan penuh taqwa.
Oleh yang demikian rugilah barangsiapa berpuasa tetapi melakukan kemaksiatan dengan anggota-anggotanya, sama ada pada siang harinya ataupun malamnya. Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Kita wajib mengambil peringatan daripada mesej hadith di atas itu. Implikasinya berat. Tidak mendapat sebarang pahala jika berpuasa tetapi kita bercakap bohong dan dusta dan membuat perkara-perkara yang ditegah syariat. Yakni, berpenatlah kita tidak mendapat ganjaran apa-apa, malah mendapat dosa pula kerana berbohong dan membuat maksiat. Diriwayatkan hadith dariada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas ini menasihatkan umat Islam yang berpuasa supaya kekal sabar dan tidak bertindak terhadap orang lain yang mencaci cela atau mengata akan dirinya. Lebih baik dia beredar atau berpindah ke tempat lain tanpa respons apa-apa selain kata-kata yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment