Tuesday, June 25, 2013

Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang yang Islam dan beriman, kita tahu bahawa hubungan kelamin itu dhalalkan bagi sepasang suami isteri, pada bila-bila masa dan ketikan mana dan dalam keadaan dan cara manapun. Tetapi, dalam bulan Ramadhan, hubungan itu dihadkan hanya ketika ibolehkan berbuka dan makan minum, iaitu ketika masuk waktu Maghrib dan sebelum masuk waktu ubuh. Jika dilakukan dalam waktu selain itu, kita dikenakan kifarah. Dan, kifarahnya itu berat. Cuba kita lihat:

Kifarah besetubuh bulan Ramadhan

Islam mengenakan kifarah (denda) yang berat bagi mereka yang bersetubuh semasa berpuasa (khususnya, siang hari). Hadith di bawah ini memberikan hukuman bahawa bersetubuh siang hari itu mendatangkan dosa yang besar, selain membatalkan puasa, iaitu dikenakan kifarah yang berat, iaitu, sama ada:

§ Memerdekakan seorang hamba (seorang setiap kali melakukannya dalam siang hari berpuasa); atau

§ Berpuasa dua bulan berturut-turut (setiap kali berlaku satu pertubuhan); atau

§ Memberi makan enam puluh (60) orang miskin (setiap kali berlakunya persetubuhan).

Jika berlaku persetubuhan empat kali pada waktu siang hari dalam bulan Ramadhan, jika pilihan (b) hendaklah berpuasa berturut-turut delapan (8) bulan! Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya tidak melakukannya.
Meriwayatkan hadith daripada Sufian bin ‘Uyainah, hadith daripada Zuhri, hadith daripada Humaidi bin Abdil Rahman, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datanglah seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia: ‘Rosaklah aku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apa yang merosakkan engkau?’ Berkata lelaki: ‘Menjimak atas isteriku di dalam bulan Ramadhan.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah menjumpai engkau apa-apa untuk memerdekakan seorang hamba?’ Jawab lelaki: ‘Tiada.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Maka adakah mampu engkau bahawa berpuasa engkau dua bulan berturut-turut?’ Menjawab lelaki: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah memjumpai engkau apa-apa (untuk) memberi makan 60 orang miskin?’ Menjawab lelaki: ‘Tiada.’ Berkata Abi Hurarirah (r.a)(perawi hadith): ‘Kemudian duduk dia. Maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) sebuah bekas yang didalamnya berisi kurma. (Saat itu datanglah orang membayar zakat kepada Rasulallah (s.a.w)) Maka (diberikan kepadanya zakat yang diterimanya dan) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bersedekahlah engkau dengan ini.’ Berkata lelaki: ‘Apakah ada orang yang lebih fakir daripada aku? Maka tidak ada antara tanah lapang ahli Madinah yang lebih memerlukan atas (ini pemberian) lebih dari aku!’ Maka tertawa Nabi (s.a.w) (mendengar cakap lelaki itu) sehingga ternampak gigi taringnya, kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Pergilah, maka memberi makanlah engkau akan ahli rumah engkau.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Hadith ini menyebutkan satu kelonggaran bagi seorang yang menjimak isterinya ketika siang dan dia adalah dalam kategori orang yang miskin, maka dilepaskan kifarahnya oleh Rasulallah (s.a.w). Hadith mengenai peristiwa yang sama juga diriwayatkan oleh at-Termidzi, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Binasalah aku!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Apakah yang membinasakan engkau?’ Berkata lelaki itu: ‘Menjimak aku akan isteriku di dalam Ramadhan.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah berkuasa (atau mampu) engkau bahawa memerdekakan hamba?’ Berkata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka adakah berkuasa (atau mampu) engkau puasa dua bulan berturut-turut.’ Kata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah berkuasa (atau mampu) engkau bahawa memberi makan engkau enam puluh orang miskin?’ Berkata lelaki itu: ‘Tidak.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Duduklah engkau!’ Maka duduk lelaki itu, maka didatangkan kepada Nabi (s.a.w) dengan ‘araq di dalamnya kurma. [‘Araq’ itu sebuah raga besar]. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berilah oleh kamu sedekah dengan kurma ini.’ Maka berkata lelaki itu: ‘Apa-apa diantara dua sempadannya seseorang itu lebih fakir daripada kami.’ Maka tertawa Rasulallah (s.a.w) sehingga nyata (yakni, nampak) gigi gerahamnya. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka ambillah oleh kamu akan dia, memberi makan akan dia akan ahli (yakni, keluarga) engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Saudara, jelaslah kifarah orang yang berjimak pada siang hari puasa itu berat, iaitu sama ada memerdekakan seorang hamba atau berpuasa berturut-turut enam puluh (60) hari atau memberi makan faqir miskin seramai enam puluh (60) orang. Wajib diingat bahawa kifarah ini dikenakan hanya kepada si suami dan tidak atas si isteri. Suami isteri yang melakukan hubungan kelamin ketika waktu berpuasa batal pusanya dan akan tetapi perlu meneruskan puasanya dan membayar kifarahnya sebelum munculnya Ramadhan tahun berikutnya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment