Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa ada manusia yang panjang umurnya. Iaitu, Jiroemon Kimura, mati dengan umur 116 tahun. (Rujuk muka depan akhbar the Sun terbitan 13 Jun 2013) Berapa umur saudara sekarang? Agaknya, sempatkah saudara hidup sampai 40han atau 50han atau 60han atau 70han atau 80han? Mantan PM Dr Mahathir Mohamed dan isterinya, Siti Asmah, sudah melebhi 88 tahun sekarang. Alangkah beruntungnya mereka berdua. Sudahlah panjang umur, dikurniakan Allah (a.w) kesihatan pula. Mereka wajib bersyuur teradap pemberian Allah (a.w) yang jarang-jarang diperolehi oleh kebanayakan kita yang masih hdup ini.
Saudara, siapakah orang yang baik dalam kacamata Islam? Siapakah orang yang beruntung dalam kacamata Islam? Kita telah lihat hadithya dalam post terdahulu itu. Cuba kita elaboratekan lagi mesej hadith tersebut.

Orang Islam yg Baik/Buruk
Saudara, Kimura beruntung kerana Allah (a.w) kurniakan dia hidup lama, tapi dia pasti rugi dalam kehidupan akhiratnya! Kenapa? Dia sempat melihat dunia sekian lama berbanding dengan ramai manusia lain yang tak sempatpun mencecah umur 3o tahun sudah mati! Kemudian, dalam perkara akhirat pula, manusia yang panjang umurnya itu beruntung di akhiratnya kalau dia Islam - orang iman. Kalau dia panjang umur untuk di dunia, tapi pasti rugi di akhirat. Kenapa? Akhirat itu boleh menguntungkan atau merugikan manusia. Manusia yang tidak Islam pasti rugi - 100% rugi. Di akhirat kelak orang yang tidak Islam, yakni kafir, apabila mati disiksa dalam kubur dan apabila kiamat dunia, dimasukkan ke dalam neraka, tanpa dihisab! Orang yang Islam pula, setelah mati mungkin beruntung dan mungkin rugi sebagaimana ruginya orang kafir.
Cuba, kita lihat mengapakan orang kafir tak masuk syurga dan mengapa pula orang Islam juga tak dapat masuk syurga? Sebelum itu, cuba kita lihat semula hadith yang kita rujuk dalam post yang lalu, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Abi Bakrah hadith dari bapanya (i.e. Abi Bakrah): ‘Bahawasanya seorang lelaki berkata (i.e. bertanya) kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Rasullallah! Aiyuhan-nasi khairun?’ (Yang bermaksud: Wahai Rasulallah! Siapakah manusia yang baik?) Qala: ‘Man tola ‘umuruhu wa-hasuna ‘amaluhu.’ (Yang bermaksud: Bersabda (Rasulallah): Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya). Qala: ‘Fa-aiyun-nasi syarrun?’ (Yang bermaksud: Berkata (Bertanya) (lagi lelaki tersebut): ‘Maka siapakah manusia yang buruk/jelek). Qala: ‘Man tola ‘umuruhu wa-sa-a amaluhu.’ (Yang bermaksud: Bersabda (Rasulallah) (menjawab): ‘Orang yang panjang umurnya dan buruk/jelek amalannya]. [Hadith at-Termidzi, dalam Kitab Zuhud (Hadith hasan sahih)]
[Nota: Hadith ini tidak merujuk kepada orang kafir, tetapi kepada orang Islam. Kerana, sesiapa yang tidak Islam, segala amal baiknya seumpama debu di atas batu yang licin, apabila ditiup angin beterbangan habu tersebut, tidak meninggalkan apa-apa bekas di batu.
Dalam hadith ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yang baik disisi Allah (a.w) itu adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. Siapa yang baik amalannya? Orang yang terbaik amalannya adalah orang Islam yang beriman dan dia mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) dan akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan meninggalkan apa yang ditegah atau menjauhi apa-apa yang ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Orang yang mengabdikan dirinya menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Dia menganjurkan orang Islam lain supaya berbuat baik (amal makruf) dan mencegah kepada kemungkaran (nahi mungkar). Dia membantu menghapuskan kejahilan agama di kalangan umat Islam. Dia menggalakkan usaha kearah menerapkan kefahaman Islam yang haq kepada saudara sesama Islam dan tidaklah pula dia menghalang-halang atau membatasi usaha fi sablillah asalkan sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Supaya dia tahu dan faham apa yang membolehkan seseorang itu baik amalan dan perlakuan adalah dia wajib menghapuskan kejahilannya sendiri dengan mengilmukan dirinya supaya lebih faham tentang ketetapan Islam berdasarkan perintah Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).
Sebaliknya orang yang buruk atau jelik itu melakukan segala sesuatu yang bertentangan dengan sifat-sifat dan ciri-ciri di atas itu. Contoh: dalam pergaulan sesama Islam (bahkan manusia) dia tidaklah orang yang suka mengadu dumba, memfitnah, memburuk-burukkan orang, mencaci cela, membuka dan menghebahkan rahsia orang lain, mengeluarkan kata-kata buruk, menyombong diri dan angkuh, buruk perangai dan kelakuan, mulut capui, bercakap dalam kejahilan, apatah lagi melakukan pelanggaran dan kemaksiatan yang ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Contoh lagi: Kalau dia pegawai agama dia akan berusaha menyemarakkan syariat Islam yang benar, membuka pelang kepada umat Islam mengaji ilmu yang haq supaya terhapus kejahilan lmu di kalangan mereka, membantu usaha kebaikan dalam pengilmuan. Sebagai contoh, tidakah dia mengutamakan perkara-perka yang remeh temeh atau yang tidak berkeutamaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Dan banyak lagi.]
Saudara, kehidupan di syurga itu haya disediakan atau diberikan kepada orang yang memenuhi syarat-syarat berikut: pertama, dia adalah beragama Islam. Sebab? Hanya Islam agama yang dicipta Allah (a.w) sebagai agama manusia - semua zaman dan semua bangsa. Agama yang diridhai Allah (a.w) adalah agama Islam. Inilah ketetapan Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Sesungguhnya agama di sisi Allah (a.w) itu adalah agama Islam.' dan Ayat 3, Surah al-Maidah: '...dan Aku (Allah) ridha bagi kalian (i.e. kamu sekelian) Islam sebagai agama kalian.'. Kedua, kalau anuti agama selain Islam tak ada gunanya untuk akhirat. Ini ketetapan Firman Allah (a.w): ‘Barangsiapa mengikuti (i.e. berkehendakkan/menghendaki atau menganuti) selain Islam agamanya maka tidak sekali-kali diterima darinya (apa saja amalan, ibadah dan kebaikan yang dilakukannya), dan dia di akhirat adalah dari kalangan orang yang rugi (i.e. masuk neraka)). [Ayat 75, Surah ali-Imran. Ketiga, kalau tak Islam dan kaya dan dermawan macam mana sekalipun tidak akan dapat menebus dosanya sebagai orang kafir, supaya diberikan syurga. Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu kalaulah bahawasanya bagi mereka apa-apa yang di bumi kesemuanya dan semisal itu pula besertanya (i.e. miliknya) untuk menebus dengannya (i.e. apa-apa yang dimilikinya) dari (terkena) siksaan pada hari kiamat, tidak dimakbulkan (i.e. diterima) dari mereka; dan bagi mereka siksaan yang pedih (i.e. masuk neraka).) [Ayat 36, Surah al-Maidah (Mesej yang sama)]. Dan, firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tidak sekali-kali akan mencukupi dari mereka hartabenda mereka dan tidak juga anak-anak mereka (untuk menebus diri) dari (siksaan dalam neraka) Allah (a.w) sedikitpun; dan mereka itu adalah penghuni neraka; mereka di dalamnya kekal.) [Ayat 116, Surah ali-Imran]. Keempat, kalau tak Islam pasti rugi di akhirat. Inilah ketetapan firman Allah (a.w): 'Sesiapa yang mengambil agama selain Islam sebagai agama pilihannya, maka tidak diterima segala kebaikannya, dan dia orang yang pasti rugi (i.e. masuk neraka).) [Ayat 85, Surah ali-Imran]. Maka dengan itulah Allah (a.w) perngatkan manusia dalam al-Quran supaya jangan mati kecuali mati sebagai seorang Islam. Firman Allah (a.w): 'Nabi Ibrahim (a.s) berwasiat kepada anak-anaknya, dan Nabi Yaakub (a.s) kepada anak cucunya: 'Wahai anak dan cucu cicitku! Sesungguhnya Allah (a.w) itu telah memilih bagi kamu agama (yakni, agama Islam), maka janganlah kamu mati kecuali ada kamu mati sebagai orang Islam'- Ayat 132, Surah al-Baqarah. Kenapa? Kalau mati ta Islam pasti tak dapat syurga dan pasti masuk neraka. Kelima, firman Allah (a.w): 'Balasan akhirat atas mereka (yang tidak Islam) itu adalah kekal di dalamnya (i.e. neraka), tidak akan diringankan azabnya dan tidak akan ditangguhkan (azabnya).) [Ayat 88, Surah ali-Imran]. Tapi, Allah (a.w) memberi peluang kepada mereka - yang tidak Islam - supaya meninggalkan agama asal mereka dan kembali kepada Islam, maksudnya jadi orang Islam. Inilah yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) ayat berikutnya, Ayat 89, Surah ali-Imran, - firman Allah (a.w): 'Kecuali mereka bertaubat (i.e. meninggalkan agama asalnya dan ikuti Islam) dan mengerjakan kebaikan (selepas menjadi orang Islam), Allah (a.w) maha pengampun.) [Ayat 89, Surah ali-Imran]. Malah orang yang kafir kemudian sedar bahawa agama yang benar itu adalah agama Islam, maka mereka masuk Islam, menjadi orang Islam, mereka beruntung. Kenapa? Segala dosa yang dilakukannya semasa alam kekafiran, dikikis dan dalam Kitab Catatan Amalan ditulis pahala segala kebaikan mereka semasa kafir dulu, kerana segala kebaikan yang mereka lakukan semasa kafir tetap diberi pahala dan dibawa ke depan (brought-forward atau carried-forward) sebagai amalan baik baginya. Kalau dulu dia muflis, kini dia mendapat saham akhirat yang percuma terhadap segala kebaikannya dahulu. Alangkah beruntungnya dia.
Keenam, orang yang kafir itu tidak guna segala kebaikan yang dilakukannya semasa hidup di dunia untuk menempatkan mereka dalam syurga. Kesemua kebaikan yang dilakukan semasa hidupnya - termasuklah segala sumbangan ikhlas (yang seumpama infaq kepada charity) yang diberikan sebagai khidmat amal takda gunanya untuk akhiratnya. Apabila mati tetap disiksa dalam kubur. Dan, apabila kiamat dunia, dihalau oleh malaikat ke neraka tanpa perlu menunggu Kitab Catatan Amalan mereka. Kerana apa? Segala amalan, ibadah dan kebaikan yang dilakukan tak diterima Allah (a.w), tak dapat pahala, maka takda apa yang nak dicatitkan oleh malaikat, dan ditimbang. Timbangan pahala dan dosa hanya bagi mereka yang Islam sahaja. Kecualilah ... Firman Allah (a.w): ‘Illal-lazina tabu min ba’di zalika wa-aslahu; …’ (Yang bermaksud: Kecuali mereka bertaubat (i.e. meninggalkan agamanya dan ikuti Islam) dan mengerjakan kebaikan (selepas menjadi orang Islam), Allah (a.w) maha pengampun.) [Ayat 89, Surah ali-Imran]. Orang yang tidak Islam kemudian sebelum mati dia masuk Islam, adalah orang yang amat beruntung.
Maka dengan itu umat Islam ada dua pilihan dalam hidupnya, iaitu hendak berjaya di akhirat atau hendak menjadi orang yang gaagl dan rugi di akhirat, terpulang kepada amal dan ibadahnya dan segala perbuatan dan pertuturannya semasa hidupnya. Kalau Islam ada peluang dan harapan untuk dapatkan syurga. Tapi, ada lebih banyak kemungkinan tak dapat syurga, sebaliknya masuk neraka, walaupun Islam. Insya Allah kita akan teliti dalam post akan datang kenapa.

No comments:
Post a Comment