Sunday, June 23, 2013

Ramadhan: bulan Barokah

Assalamualaikum,
Saudara, mulai post hari ini, sempena menyambut bulan Ramadhan, yang amat berkat bagi orang Islam yang beriman, kita akan teliti beberapa keberkatan bulan Ramadhan - keberkatan mengerjakaan amalan dan ibadh - terutama ibadah sunat - dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya kita wajib tah bahawa jika kita diberi kesempatan hidup lagi dalam bulan Ramadhan, itu adalah kurniaan Allah (a.w) yang amat tinggi nilainya.
Saudara, sebenarnya kita dahpun mulakan perbicaraan kita tentang tajuk/topik ini dalam post sebelum ini apakala kita meneliti tiga peringatan Jibril (a.s) kepada umat Islam, iaitu: pertama, rugilah seseorang yang akui dirinya Islam apakala dia mendengar kalimah 'Rasulallah' atau 'Nabi' atau nama 'Muhammad' disebut oleh seseorang, maka dia dia tidak menyambutnya dengan berselawat atas Nabi, i.e. menyebut paling minima kalimah ''.Sallahu 'alaihi wa-sallam (s.aw) Allah (a.w) perintahkan kita menyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah (.w) kepada kita - nikmat yang tak mungkin dapat dihitung dan dinilai kalaulah kita ingin menghitung dan menilainya. Kita juga disuruh bersyukur kepada Rasulallah (s.a.w) kerana beliaulah yang membawakan agama Islam kepada manusia, khususnya kita yang Islam, yang sanggup dan bersedia menerimanya. Rasulallah (s.a.w) orang yang memberi pertolongan dan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Menerima dan mengikut segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) - buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegahnya - melayakkan kita benar-benar Islam dan melayakkan kita menghampiri dan minum ait telaga al-Kauthar di padang makhsyar kelak. Dalam Surah al-Kauthar kita diberitahu bahawa sesiapa yang tidak mengikut kesemua ajaran Rasulallah (s.a.w), maksudnya dia mengamalkan sesuatu yang tidak dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) - tidak akan dibenarkan oleh ara malaikat meminum air telaga al-Kauthar. Jika kita tergolong dari kalangan orang yang dilarang oleh malaikat minum air telaga al-Kauthar di padang makhsyar, maka kita tidak dapat menghilangkan rasa haus kita ketika menunggu diberikan Kitab Catatan Amalan Amalan kita. Kita menunggu selama 50,000 tahun - setiap hari di sana nanti lamanya adalah 1,000 tahun kiraan waktu di dunia.Minum airnya akan menghapuskan ehausan kita sepanjang perhimpunan aung ini, sehinggalah kita diserahkan Kitab kita dan dimasukkan kita ke dalam syurga. Hanya orang yang berpeluang minum air telaga al-Kauthar itu akan dapay syurga. Fikirkanlah.
Kedua, Jibril (a.s) memberitahu bahawa rugilah orang Islam itu kalau ketika dia masih hidup, dia menemui blan Ramadhan, tetapi ketika berakhirnya Ramadhan, masuk Syawal, dia tidak mendapat keampunan Allah (a.w) kerana amalannya, termasuk puasanya dalam bulan Ramadhan, tidak membolehkan dia dihakis oleh Allah (a.w) segala dosanya. Orang yang berjaya dalam bulan Ramadhan adalah orang yang dihapuskan atau diampunkan dosanya sepanjang tahun sebelumnya, seolah-olah dia dilahirkan dalam keadaan fitrah, i.e. takda dosa. Insya Allah dalam beberapa post yang akan menjelma dalam blog ini kita akan teliti apakah syarat-syarat untuk membolehkan kita mendapat keampunan Allah (a.w) menjelang berakhirnya Ramadhan. Mudah-mudahan Allah (a.w) panjangkan umur kita sempat menemui Ramadhan dan kekal hidup sepanjang Ramadhan dan dapat bergembira merayakan kejayaan kita pada 1 Syawal kelak, insya Allah.
Ketiga, Jibril (a.s) memberitahu kita bahawa rugilah serugi-ruginya bagi seorang anak yang ketika dia hidup kedua ibubapanya atau salah seorang keduanya masih hidup, dan dia sempat melayani secara terbaiuk dan berbuat baik terhadap mereka, menjaga mereka ketika mereka dalam kedhaifan tua dan sudah lemah, maka dijaganya sebaik mungkin, menyayangi mereka lebih dari dia menyayangi isteri dan anak-anaknya, dan memudahkan kehidupan mereka dalam saki baki umur mereka. Mereka yang menyukakan hati kedua ibubapa mereka dan menjaga dengan baik sehingga kedua-duanya atau, kalau seorang sudah kembali kerahamatullah, ridha terhadapnya maka dengan keridhaan mereka itu mereka menghantarkannya ke syurga. Beruntunglah anak-anak yang sedemikian itu. Syurga hanya kita perolehi sebagai anak kalaulah kedua ibubapa kita atau salah seorang dari keduanya ridha terhadap kita. Masyarakat Melayu faham perkara ini sehinggakan ada bidalan menyebut 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Dalam Islam, syurga bagi seorang anak itu terletak di atas keridhaan kedua bapanya.
Saudara, demikianlah ruginya umat Islam kalau mereka mengabaikan pemberian Allah (a.w) yang disebutan oleh Jibril (a.s) itu.
Saudara, kita lihat pula hadith berikut sebelum kita teliti beberapa ketetapan mengeai puasa Ranadhan dan fedhilatnya. Ramai orang Islam - termasuklah orang Melayu - yang berwang akan berusaha sama ada pergi ke Mekah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan di sana atau pada 10 hari terakhir Ramadhan di sana, kerana ingin meraih sebanyak mungkin gandaan pahala berpuasa Ramadhan di Mekah dan mengerjakan pelbagai amalan di Masjidil Haram. Antara fadhilatnya disebutkan dalam hadith berikut:

Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah

Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa seseorang yang berpuasa di Mekah dan seringlah berada di dalam Masjidil Haram melakukan pelbagai amal ibadah mendapat 6 keuntungan atau pahaa yang besar. Namun, wajib kita ingat peringatan Allah (a.w) dalam al-Quran, Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yang bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.). Dan, pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Al-Ilmu qabla 'amal.' (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum kamu buata amalan.). Dan, lebih utama adalah 'niat' yang betul sejajar dengan firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra': 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafu 'azabahu' (Yang bermaksud: Kerana mencari kerahamatan (i.e. syurga) Allah (a.w) dan kerana takutkan siksaan (neraka) Allah (a.w)). Itulah niat dalam kita mengerjakan kebaikan (amal makruf nahi mungkar) dan ibadah. Tiada niat lain yang diterima Allah (a.w). 
Selain itu, hendaklah kita mengerjakan amalan dan ibadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mencontohi atau menyamai segala bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal menepati as-Sunnah. Kalau tidak, takda gunanya kita berpuasa sebulan di Mekah atau 10 hari terakhir Ramadhan di Mekah. Demikianlah utamanya ilmu dalam Islam. Maka dengan itulah kita diberitahu: 'Talabul imi faridatun 'ala kulli Muslim' (yang bermaksud: Belajar ilmu itu adalah wajib atas setiap orang yang Islam.). Inilah mukaddimah yang sering kita diperingatkan dalam perkara urusan agama Islam.
Menceritakan hadith oleh Abdul Rahim b Zaid al-‘Amiyu hadith dari bapanya hadith dari Said b Jubairin hadith dari Ibni Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Man adraka Ramadhana bi-Makkata fa-soma wa-qoma minhu ma tayassara lahu kataballahu lahu miata alfa syahri Ramadhana fima siwaha wa-kataballahu lahu bi-kulli yaumin ‘itqa raqabatin wa-kulli lailatin ‘itqa raqabatin wa-kulli yaumin humlana farasin fi sabilillahi wa-fi kulli yaumin hasanatan wa-fi kulli lailatin hasanat.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) yang berkehendakkan (berpuasa) Ramadhan di Mekah, maka berpuasa dia dan berdiri dia (yakni, mengerjakan solat serta berzikir dan beramal dengan pelbagai amalan ketika berada di dalam di Masjidil Haram) darinya apa-apa yang mudah baginya, ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 bulan Ramadhan di dalam selain (Mekah), dan ditulis Allah (a.w) baginya bagi setiap hari memerdekakan (hamba) dan bagi setiap malamnya memerdekakan (hamba), dan bagi setiap harinya menyerahkan seekor kuda untuk sabilillah dan bagi di dalam (i.e. setiap) hari satu kebaikan dan di dalam (i.e. setiap) harinya satu kebaikan.) [Hadith ibnu Majah, Kitab Peraturan Ibadah]
Nota: Hadith ini menyebutkan tentang kefadhalan yang diperolehi oleh seorang yang berpuasa Ramadhan di Mekah dan mengerjakan solat-solat sunat sepanjang Ramadhan itu. Ada enam keuntungan (yakni, pahala besar untuk kehidupan akhiratnya), iaitu: pertama, digandakan pahala puasa Ramadhannya sebanyak 100,000 gandaan Ramadhan. Maksudnya, sebulan Ramadhan di Mekah mendapat pahala sebanyak 100,000 Ramadhan pula - yakni berapa tahun hidup di dunia? Kedua, ditulis Allah (a.w) pahala seumpama memerdekakan seorang hamba setiap hari; ketiga, memerdekakan seorang hamba seorang setiap malamnya; keempat, (ditulis) seumpama menyerahkan seekor kuda untuk peperangan seekor setiap hari untuk fi sabilillah; kelima, (ditulis) setiap sehari satu kebaikan; dan keenam, (ditulis) setiap malamnya satu kebaikan.
Selain itu, setiap solat fardu dan sunat yang dikerjakan dalam Masjidil Haram dan segala amalan sunat - berzikir dan membaca al-Quran digandakan pahala yang serupa pula, i.e. 100,000 gandaan (apabila dijema'ahkan mendapat 27 x 100,000 gandaan pahala pula). Tapi, harus ingat setiap kemaksiatan dan perbuatan kejahatan atau kejelikan spt mencaci hamun, menceritakan keburukan orang lain atau memfitnah dsbnya, yang dilakukan dalam bulan Ramadhan juga digandakan dan di sana juga digandakan pula). Dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa satu umrah dalam bulan Ramadhan pula mendapat ganjara pahala seumpama pahala haji atau ahala mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.aw). Kalau berada di dalam Masjidil Haram, diberikan pahala semata-mata kalau melihat Ka'abah - 20 kerahamatan. Kalau dapat pula Tawaf mengelilingi Ka'abah sebanyak 50 kali, mendapat pahala seumpama satu umrah dan digandakan pula 100,000 umrah. Fikirkanlah betapa banyaknya dividen akhirat kepada kita yang berkesempatan melakukan sedemikian itu! Duduk di dalam Masjidil Haram siangnya dan malamnya pula dapat 60 kerahamatan siang dan 60 kerahmatan malamnya. Jelaslah begitu banyak kemurahan dan kurniaan Allah (a.w) kalaulah kita tahu, i.e. kalaulah kita belajar ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) dan sanggup dan mampu amalkan/kerjakan.
Saudara, Allah (a.w) mnyediakan begitu banyak peluang untuk manusia, terutama yang Islam dan beriman itu, mendapat kejayaan di akhirat (i.e. syurga), tapi kita lalai dan tak rajin dan kekal cintakan dunia ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment