Saturday, June 29, 2013

Ramadhan bulan yang Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, ada beberapa perkara yang dibolehkan kita lakukan dalam bulan Ramadhan (di siang harinya). Rengksnya adalah: pertama, boleh berkumur-kumur membersihkan mulut ketika memulakan proses mengambil wudu'; kedua, termuntah kerana tak sengaja. Kalau disengajakan maka batal puasa. Ketiga, berbekam; keempat, keluar mani bagi lelaki tanpa disengajai, spt terkeluar kerana mimpi ketika tidur di siang hari; kelima, bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan dengan isteri bagi orang tua (i.e. orang yang sudah tiada nafsu lagi); keenam, keluar haid bagi wanita; dan ketujuh, wanita melahirkan anak. Kita perincikan seterusnya perkara-perkara ini seterusnya.


Perbuatan yang dibolehkan siang Ramadhan
(c) Menguatkan Menghisap Air ke Dalam Hidung

Di dalam post-post yang lalu, kita mendapat tahu tentang beberapa perlakuan yang digalakkan semasa berwudu’. Antara sunnah utama yang diberatkan atau antara perbuatan atau amalan yang digesa dikerjakan adalah memperbaiki atau menyempurnakan wudu’ dengan menghisap air ke dalam hidung dan mulut (istisqa’) dan kemudian menghembuskannya keluar dengan kuat. Hadith ini menjelaskan di semasa berpuasa dibolehkan ‘istinsyaq’ (yakni, memasukkan air ke dalam hidung dan berkumur-kumur semasa berwudu’), tetapi jangan terlalu diberatkan, yakni sikit sahaja memadai:
Menceritakan hadith oleh Yahya bin Sulaimin, menceritakan hadith oleh Ismail bin Kathir berkata: ‘Aku mendengar ‘Asim bin Laqit bin Sobrah, hadith daripada bapanya berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Berilah khabar kepadaku dari urusan berwudu’.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sempurnakanlah wudu’, dan selah-selahkanlah (yakni, sisih-sisihkanlah) antara jari-jari kamu, dan menguatkanlah istinsyaq’ (memasukkan air ke dalam hidung dan mulut dan kemudian menghembuskannya dengan kuat keluar dari mulut dan hidung) kecuali bahawa ada engkau berpuasa.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
‘Istisqa’ ini dibolehkan dibuat semasa berwudu’ sambil berpuasa. Maksudnya, memasukkan air ke dalam mulut dan hidung untuk berkumur-kumur dan mencuci hidung, dan kemudian mengeluarkannya semula dengan menghembuskan air keluar. Tetapi, Rasulallah (s.a.w) menyuruh supaya jangan bersangatan melakukannya.

(d) Muntah Orang Berpuasa

Telah dijelaskan di atas bahawa jika muntah tanpa sengaja tidak membatalkan puasa. Jelas, antara perkara-perkara yang membatalkan puasa ditetapkan dalam as-Sunnah, adalah muntah yang disengajakan. Cuba kita teliti semula hadith tersebut untuk meneliti prinsipnya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga perkara tiada (memerlukan orang berpuasa) berbuka (yakni, membatalkan) puasa: (Pertama) berbekam, (kedua) dan muntah (tidak sengaja), dan (ketiga) mimpi (keluar mani).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab saum]
Hadith di atas menjelaskan bahawa tiga perkara, jika berlaku ketika berpuasa, tidak membatalkan puasa, iaitu:

§ Berbekam;
§ Muntah tanpa disengajai; dan
§ Keluar mani yang tidak disengajai (kerana mimpi)

Berhubung dengan aspek ketiga, keluar mani kerana persetubuhan membatalkan puasa dan menyebabkan kifarah yang berat (kita telah teliti perkara ini).
Di dalam hadith berikut disebutkan bahawa muntah dengan sengaja membatalkan puasa dan hendaklah diqada’kan, tetapi jika tanpa disengajai, maka termuntah, maka tidak perlu diqada’kan (yakni, teruskan puasa).
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memaksakan akan dirinya muntah (yakni, tidak disengajakan), maka tiada atasnya qada’, dan barangsiapa muntah ia dengan sengaja, maka hendaklah qada’ (puasanya). [Hadith hasan gharib at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith daripada Hisham Ibnu Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengalahkan padanya muntah, dan dia berpuasa, maka tiada atasnya qada’, dan jika inginkan muntah (yakni, disengajai) maka hendaklah membayarnya.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]

Tiga hadith di atas memberikan nas dan dalil mengapa muntah yang disengajakan membatalkan puasa. Jika, muntah itu disengajakan maka batal puasa, dan wajib dibayar atau diqada’kan. Jika tidak disengajai, maka puasa tidak batal. Maka teruskan berpuasa dan tak perlu menggantinya kerana tak batal dan kita telah teruskan berpuasa.

(e) Berbekam dan Puasa

Mengikut syariat Islam berbekam itu dibolehkan semasa seseorang itu berpuasa. Yakni, berbekam tidak membatalkan puasa. Dan, kita diberitahu oleh para ulama’ bahawa menerima suntikan membatalkan puasa. Pada zaman Rasulallah (s.a.w) perkhidmatan perubatan tidaklah secanggih sekarang ini. Banyak rawatan melibatkan suntikan. Dalam kes ini, para ulama’ menggunakan ijtihad untuk memutuskan sama ada suntikan dan memakan ubat semasa berpuasa dibolehkan, yakni tidak membatalkan puasa atau tidak.
Cuba kita rujuk sandaran nas dan dalil as-Sunnah mengenai penggunaan ubat dalam konteks seseorang yang berpuasa. Berbekam dibolehkan semasa berpuasa, yakni tidak membatalkan puasa.
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Berbekam Nabi (s.a.w) dan dia berpuasa.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ ibni Yasar hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga perkara tidak boleh berbuka (yakni, tidak membatalkan puasa, dan hendaklah terus berpuasa dan jangan berbuka): (pertama) orang puasa berbekam, dan (kedua) muntah (yakni, tidak disengajakan), dan (ketiga) mimpi (yakni, keluar mani).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Di dalam hadith diatas juga diberikan hukum dalam Islam orang muntah yang tak disengajakan dan keluar mani kerana bermimpi semasa tidur siang hari tidak membatalkan puasanya. Tetapi, mengikut hadith kemudian ini pula, jika muntah disengajakan, maka batal puasa.

(f) Menggosok Gigi

Syariat Islam itu terperinci dalam meneliti sesuatu perkara, termasuklah bagaimana menjaga kesihatan. Justeru itu, di dalam hadith-hadith berikut prinsip menjaga kebersihan dalam bulan Ramadhan itu disebutkan:
Disebutkan hadith daripada ‘Amir bin Rabia’ (r.a) berkata: ‘Melihat aku Nabi (s.a.w) bersiwak (yakni, menggosok gigi) dan dia berpuasa apa (berapa kali dia bersugi) tidak terhitung aku.’
Dan berkata Abu Hurairah (r.a): ‘Daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Seandainya tidak memberatkan aku atas umatku nescaya memerintah aku dengan bersiwak (yakni, menggosok gigi) ketika tiap-tiap kali berwudu’.’
Dan diriwayatkan seperti hadith ini daripada Jabir, dan daripada Zaid bin Khalid hadith daripada Nabi (s.a.w): ‘Dan tidak mengkhususkan (bersiwak atau menggosok gigi) bagi orang puasa sahaja daripada selainnya’.
Dan berkata Aisyah (r.ah) hadith daripada Nabi (s.a.w): ‘Adapun bersiwak mensucikan mulut dan disenangi (disukai) oleh Allah (a.w).’
Dan berkata ‘Ata’ (r.a) dan Qatadah (r.a): ‘Menelan air liur (yakni, jika berpuasa tidak apa-apa jika menelannya).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Di dalam lima potongan hadith pendek di atas itu, terdapat beberapa ketentuan syariat Islam, iaitu:

§ Menggosok gigi, walau berapa kali sekalipun, tidak menjejaskan atau membatalkan puasa;

§ Menggosok gigi itu diberatkan sebagai amalan umat Islam (yakni, jika dibuat dapat pahala), tetapi tidak diwajibkan kerana supaya tidak menyusahkan umat Islam;

§ Menggosok gigi itu digalakkan sebagai amalan utama umat Islam pada mana-mana waktu, tidak semata-mata semasa berpuasa;

§ Menggosok gigi itu suatu amalan yang disukai Allah (a.w) (yakni, mendapat ganjaran pahala melakukannya); dan

§ Menelan air liur semasa berpuasa itu tidak menjejaskan atau membatalkan puasa.

Begitulah beberapa ketetapan peradaban berpuasa yang digesa oleh as-Sunnah. Seperti biasa ketetapan as-Sunnah itu adalah ketetapan yang diredhai Allah (a.w), kerana segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) wajib umat Islam ambil dan terima sebagai panduan amalan dan ibadah serta perjalanan hidup dunia mereka.

(g) Mandi Dalam Bulan Puasa

Kita diberitahu ada beberapa perbuatan atau perlakuan yang dikatakan oleh para ulama’ sebagai makruh, atau mengurangkan pahala berpuasa. Cuba kita lihat nas dan dalil hadith mengenai perkara-perkara tersebut. Di bawah ini diturunkan beberapa hadith pendek yang menjelaskan beberapa prinsip utama mengenai beberapa perbuatan semasa berpuasa: contoh, mandi, berkumur-kumur semasa berwudu’, menggosok gigi, berendam dalam air, dan sebagainya bagi seseorang yang sedang berpuasa. Antaranya, potongan hadith-hadith berikut:
‘Membasahi oleh Ibnu Omar (r.a) pakaiannya maka meletakkan atasnya (yakni, memakainya) dan dia berpuasa. Dan masuk Sya’biu bilik mandi (dan mandi) dia dan dia berpuasa. Dan berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Tidak apa-apa apabila merasa makanan dalam periuk atau dalam sesuatu (bekas).’
Hadith di atas memberitahu kita bahawa tiga perbuatan yang dibolehkan semasa berpuasa: pertama, membasahkan pakaian dan kemudian memakainya untuk mendinginkan badan ketika berpuasa; kedua, mandi siang hari; ketiga, merasa masin pedas makanan di dalam periok masakan.
Dan berkata Hassan (r.a): ‘Tidak apa-apa berkumur-berkumur dan bersejuk (i.e. berendam) bagi orang yang berpuasa.
Di dalam hadith ini pula dibolehkan berkumur-kumur, yakni tidak membatalkan puasa. Kita diberitahu bahawa memasukkan sesuatu ke dalam rongga membatalkan puasa. Tetapi, dalam kes berkumur-kumur dibolehkan. Manakala, hadith berikut pula memberitahu kita bahawa dibolehkan menghias diri semasa berpuasa.
Dan berkata Ibnu Mas’ud (r.a): ‘Ketika ada bulan puasa salah seorang kamu berpagi-pagi berminyak menyikat rambut (yakni, berhias).’
Di dalam (petikan) hadith berikut pula bahawa berenang di dalam kolam tidak membatalkan puasa. Begitu jugalah menggosok gigi tidak membatalkan puasa:
Dan berkata Anas (r.a): ‘Sesungguhnya bagiku ada kolam menyelam aku di dalamnya dan aku berpuasa dan menyebutkan daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersiwak (menggosok gigi) dan (i.e. sedangkan) dia berpuasa.’
Dan berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Bersiwak (menggosok gigi) awal siang dan akhir siang (i.e. petang hari) dan tidak menelan air liurnya.’
Di dalam hadith berikut pula disebutkan bahawa menelan air liur itu tidak membatalkan puasa. Begitu jugalah, seperti disebutkan dalam hadith sebelumnya, menggosok gigi tidak mengapa.
Berkata ‘Ata’ (r.a): ‘Jika menelan air liur tidak berkata aku berbuka.’ Dan berkata Ibnu Sirin (r.a): ‘Tidak apa-apa dengan siwak (menggosok gigi) dengan kayu muda, dikatakan baginya ‘makan’.
Berkata Ibnu Sirin: ‘Dan adapun airpun ada rasa dan engkau berkumur-kumur dengannya, dan tidak berpandangan Anas dan Hassan dan Ibrahim dengan bercelak bagi orang yang berpuasa berdosa.’

Dalam hadith di atas dijelaskan bahawa memasukkan air ke dalam mulut tidak membatalkan puasa. Dan pada hadith dibawah ini pula berjunub dan belum mandi ketika hari sudah siangpun tidak membatalkan puasa.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Urwat dan Abi Bakrin berkata Aisyah (r.ah): ‘Adapun Nabi (s.a.w) menjumpai fajr (subuh) di dalam Ramadhan dari selain mimpi (yakni, kerana berjimak), maka mandi dia dan (sedangkan) dia berpuasa.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Begitulah pelbagai perlakuan yang tidak dianggap membatalkan puasa. Hadith-hadith tersebut juga memberikan nas dan dalil bahawa tidak ada ketetapan makruh dalam kesemua perbuatan tersebut. Jelaslah syariatnya berbeza daripada pandangan sesetengah ulama’ di Malaysia, yang mengatakan kesemua tersebut perbuatan ‘makruh’. Bagi kita yang biasa dengan ajaran para ustaz dan guru-guru agama, kita diberitahu bahawa memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka, membatalkan puasa. Tidak ada sandaran nas dan dalil as-Sunnah menyatakan sedemikian itu. Jika as-Sunnah membolehkan, maka dibolehkan. Tiada siapa boleh mengadakan pertauran atau ketetapan lain.

Jazakallahu khairah


Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telah lihat betapa utamanya puasa Ramadhan dan bagaimanakah kita boleh mendapat ganjaran ahala yang terbaik, iaitu lepas dari siksaan neraka dan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Kita dah tahu apapakah perkara-perkara yang menghapuskan pahala kita dan apakah perkara yang tidak memungkinkan kita mendapat ganjaran pahala maksimum dan apakah kelonggaran yang diberikan oleh Allah (a.w) yang membolehkan kita tak berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Saudara, dalam post ini kita lihat pula nas dan dalil hadith tentang perkara-perkara yang dibolehkan dalam bulan Ramadhan.

Perbuatan yang tidak digalakkan siang Ramadhan

Saudara, di dalam hadith-hadith berikut dijelaskan beberapa prinsip yang wajar seorang yang berpuasa ingat dan ambil maklum, supaya tidak berjebak. Kerana kalau terjebak, kemungkinan besar berlaku persetubuhan di siang hari. Jika berlaku, maka habislah peluang untuk mendapat pahala yang diharapkan dalam bulan Ramadhan - kebebasan dari azab neraka.
Dalam hadith berikut disebutkan bahawa walaupun hubungan suami itu tidak ada batas dan had, namun dalam bulan Ramadhan farji isteri itu yang halal pada si suami menjadi haram pada siang hari bulan Ramadhan. Maka dengan itulah kifarah bersetubhb di siang hari itu berat.
Dan berkata Aisyah (r.ah): ‘Haram atasnya (lelaki) faraj (isterinya siang hari semasa berpuasa). Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim bin Aswad, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) mencium dan memeluk isterinya, dan dia berpuasa dan adalah dia (yakni, Rasulallah (s.a.w)) lebih menguasai (dirinya) dari kamu sekelian atas syahawatnya (yakni, Rasulallah (s.a.w) mampu mengawal dirinya dari meneruskan perlakuan sehingga terjadi hubungan suami isteri).’ Berkata Aswad: ‘Berkata Ibnu Abbas (r.a) (ungkapan) ‘Ma aribu’ [Ayat 18, Surah Taha], bermaksud ‘hajat’. Berkata Taus: (kalimah) ‘Ghairi ulil irbati’ [Ayat 31, Surah an-Nur] bermaksud ‘Orang yang tidak ada hajat (yakni, nafsu) baginya di dalam perempuan (yakni, tiada nafsu atau mati pucuk bagi lelaki).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada mencium dan bercumbu-cumbu dengan isteri-isterinya di siang hari ramadhan. Tetapi, beliau lebih menguasai dirinya, yakni tidak akan sanmpai ke puncah sehingga menyetubuhi mereka di siang hari. Oleh itu, tidak digalakkan orang Islam bercengkerama dengan isteri, kerana dikhuatir tidak dapat menahan keinginan untuk bersetubuh. Jika berlaku persetubuhan di siang hari, maka kifarahnya berat. Maka dengan itulah dalam hadith berikut ditetapkan bahawa orang muda tidak digalakkan bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika siang.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) ada dia mengucup (isteri-isterinya) di dalam bulan puasa (Ramadhan).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith menyebutkan bahawa tidak membatalkan puasa jika bercium atau mengkucupi isteri.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Rasulallah (s.a.w) bersentuh-sentuhan kulit aku (yakni, bercumbu-bercumbu) dan dia puasa dan adalah dia lebih kuat daripada kamu sekelian menahan shawayat dirinya.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada bercumbu-cumbuan dengan isterinya (sehingga bersentuhan kulit, yakni tanpa berlapik) sedangkan dia sedang berpuasa. Namun Rasulallah (s.a.w) kuat menahan kemahuan syahawatnya dan tidaklah berlaku persetubuhan. Namun, orang-orang yang tidak dapat megawal dirinya dianjurkan supaya tidak melakukannya kerana dikhuatir melanggar larangan bersetubuh siang hari.
Diriwayatkan hadith dariada Hisyam berkata mengkhabarkan kepada bapanya hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Jika ada Rasulallah (s.a.w) nescaya mencium sebahagian daripada isteri-isterinya, dan dia berpuasa’, kemudian tertawa dia (Aisyah (r.ah)) [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Jelas di dalam hadith-hadith diatas disebutkan bahawa tidak membatalkan puasa seseorang itu apabila dia bercumbu-cumbu atau bergurau senda dengan isterinya di siang hari ketika dia puasa. Yang diharamkan hanyalah bersetubuh. Namun begitu, haruslah berjaga-jaga kerana kita tidak sampai ke mertabat Rasulallah (s.a.w) dalam mengawal dirinya, kemungkinan akan terlanjur sehingga mengadakan persetubuhan yang mendatangkan kifarah yang berat. Namun begitu, hadith-hadith ini menunjukkan bahawa seorang suami itu hendaklah dia sentiasa bermesra dengan isterinya, dan begitulah sebaliknya, demi kebaikan dan kesejahteraan rumah tangganya, walaupun dalam bulan Ramadhan atau semasa berpuasa.

Yang dibolehkan ketika berpuasa Ramadhan

Saudara, ada beberapa perkara atau perlakuan atau perbuatan yang dibolehkan ketika kita berpuasa Ramadhan - tidak membatalkan puasa dan tidak mengurnagkan pahalanya.

(a) Berjunub tak sempat/lupa mandi hadath besar

Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu sebaga as-Sunnah bahawa seseorang yang bersetubuh d malam Ramadhan kemudian, mungkin kerana sesuatu sebab, spt keletihan atau elesuan, tertidur tak sempat mandi junub sehinggalah masuk waktu Subuh - bermulanya waktu puasa - baru mandi. Dibolehkan. Tidak membatalkan puasanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Bakrin bin Abdil Rahman berkata bahawasanya Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), berkata: ‘Menjumpai Nabi (s.a.w) fajr di dalam Ramadhan, dan dia sedang junub daripada selain mimpi (yakni, kerana berjimak), maka mandi dia dan berpuasa dia.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Hadith di atas menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) masih belum mandi junub ketika siang hari. Beliau terus berpuasa. Jelasnya, jika tidak sempat mandi junub, maka boleh berpuasa walaupun sudah kesiangan.
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Ka’ab al-Himyari berkata bahawasanya Aba Bakar menceritakan hadith bahawasanya Marwan [Khalifah] mengutus dia (Abdillah) kepada Ummu Salamah (r.ah) bertanyakan tentang urusan seorang lelaki paginya berjunub, adakah berpuasa (perlu dia teruskan puasanya)? Maka berkata Ummu Salamah (r.ah): ‘Ada Rasulallah (s.a.w) berpagi berjunub daripada menjimak (isterinya) tidak daripada mimpi, berpuasa dia dan petang kemudian berbuka dan tidak mengganti (puasanya).’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]

Jelaslah, berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah di atas itu memberikan ketentuan syariat Islam bahawa berjimak waktu malam hari puasa tidak mengapa, yakni dibolehkan. Dan jika berjunub sampai ke pagipun tidak mandi junubpun tidak menghalang seseorang berpuasa.

(b) Bercumbu-cumbuan siang Ramadhan

Saudara, masih menceritakan hukumnya mengenai bercengkerama dengan isteri itu, dijelaskan bahawa adalah dibolehkan bagi orang tua bercumbu-cumbuan dan berpelokan dengan isterinya. Namun bagi orang mudah, terutama, yang baru menikah sebelum tibanya Ramadhan, hendaklah jangan melakukannya, kerana dikhuatiri akan terjebak dan terlanjur. Orang tua kerana mampu dia mengawal nafsunya dan tambahan pula mungkin sudah lemah syahawatnya. Tetapi, bagi orang muda Rasulallah (s.a.w) melarangnya kerana ditakuti melampaui batas-batas kerana tidak mampu menjaga syahawatnya, dan dikhuatiri berlangsung atau berakhir dengan persetubuhan pula.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Anbasin daripada Aghari hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w) daripada urusan memeluk (dia akan isterinya) bagi yang berpuasa, maka memberi kemurahan baginya (yakni, Nabi (s.a.w) menyatakan tidak mengapa baginya berbuat sedemikian), dan datang pula yang lain (seorang lelaki yanga lain), maka bertanyakan (perkara yang sama), maka melarang atasnya (yakni, Nabi (s.a.w) melarangnya berbuat sedemikian), maka ketika orang yang diberi kemurahan baginya adalah seorang tua, dan orang yang mencegah baginya (yakni, yang dilarang Rasulallah (s.a.w)) adalah pemuda.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Walaupun hadith-hadith sebelum ini menceritakan bahawa tidak mengapa bercumbu-cumbu dan mengucup isteri sebagaimana dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), hadith di atas itu memberikan ketetapan syariat Islam mengikut as-Sunnah bahawa bahawa orang tua dibolehkan bercumbu-cumbu dengan isterinya dalam bulan puasa (yakni, siang) kerana dia lebih mampu mengawal keadaan. Tetapi, orang muda dilarang Islam, kerana besar kemungkinannya terlanjur, sehingga terjadi persetubuhan siang hari puasa.

Jazakallahu khairah




Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kta teruskan melihat nas dan dalil as-Sunnah untuk membolehkan kita berpuasa pada tahap yang membolehkan kita dibersihkan dari dosa di akhira Ramadhan nanti - seperti yang Allah (a.w) janjikan.

Orang yang rugi di bulan Ramadhan
(Membatalkan Puasa Dengan Sengaja)

Puasa dalam bulan Ramadhan itu salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Maka dengan itulah diberatkan akan puasa fardu itu, sebagaimana diberatkan juga solat. Dua ibadah utama orang iman adalah solat dan puasa. Kita sudahpun tahu mengikut nas as-Sunnah yang kita telahpun semak daam blog ini, bahawa seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, namun dengan sengajar meninggalkan satu waktu solat fardu, dia secara otomatik jadi kafir. Dalam tempoh kekafiran kita itu, kita akan dimasukkan ke dalam neraka, entah berapa lama, untuk dibersihkan.Baru boleh masuk syurga kalaulah tiada lagi dosa yang perlu dibersihkan, wal iya zubillah.
Di dalam hadith di bawah ini diberikan satu hadith yang menyatakan betapa beratnya akibat perlakuan seseorang yang dengan sengaja membatalkan puasanya atau berbuka:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka puasanya satu hari pada Ramadhan daripada selain rukhsah (yakni, kebenaran atau keringanan yang dibenarkan oleh syara’ kerana keuzuran terlalu tua, perempuan sedang sarat mengandung atau menyusu bayinya, orang yang musafir, orang yang sakit yang kemungkinan besar sakitnya akan meruncing jika dia berpuasa, wanita haid dan wanita yang bersalin) dan tiada sakit, tiada faedah baginya puasa sepanjang hayatnya kesemua puasanya dan jika berpuasa dia akan puasanya.’ [Hadith gharib at-Termidzi]
Hadith di atas itu memberikan nas dan dalil bahawa seseorang yang yang tidak ada asas syara’ berbuka (yakni, membatalkan puasa wajibnya), tidak diterima puasanya sepanjang hayatnya selepas itu! Dengan lain perkataan tidak mendapat pahala dia berpuasa sepanjang hayatnya sekalipun tanpa henti-henti. Begitu beratnya hukuman atas mereka yang sengaja tidak berpuasa atau berbuka setelah berpuasa tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syara’. Walaupun demikian, puasa tetap wajib baginya dan tidak boleh ditinggalkan!
Ada para ulama’ mazhab berpendapat bahawa bukanlah hadith ini bermaksud ‘tidak guna puasanya sepanjang hayatnya selepas itu’. Sebenarnya, hadith itu memberi peringatan bahawa amat serius perbuatan berbuka dengan sengaja sehari puasa fardu itu. Itu adalah pandangan ‘jumhur ulama’. Namun begitu hadith itu jelas. Apabila jelas tidak wajarlah mencari jalan keluar untuk mentakwilkan secara berlainan semata-mata untuk meringankan hukuman daripada ketetapan tersebut, wallahu ‘alam. Namun begitu, sepotong hadith lain meringankan sedikit ketetapan as-Sunnah. 

Diriwayatkan hadith daripada ‘Umarah bin ‘Umairin, hadith daripada Ibni Mutawasin, hadith daripada bapanya berkata Ibnu Kathir (juga seorang ulama’ muhadithin), hadith daripada Abi Mutawasi, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain kemurahan atau memberi kemurahan atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, yang tak mampu berkuasa kerana keuzurannya, atau yang sakit teruk, yang sakitnya tidak membolehkan dia berpuasa kecuali memudaratkan kesihatannya, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya, wanita haid, dan wanita melahirkan anaknya, boleh tak berpuasa tapi kena membayar fidyah atau menggantikan puasa yang tertinggal - Sila rujuk post yang lalu) tidak membayar (mengganti) daripadanya puasa sepanjang tahun! (Maksudnya, jika dia berpuasa setahun sekalipun pahala yang diterimanya tidak dapat menggantikan dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai mengimbangi pahala yang dia terlepas kerana tak berpuasa sehari itu)’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas itu menghukumkan bahawa sesiapa yang dengan sengaja tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan, dosanya besar kerana tidak boleh ditebus walaupun mengerjakan atau mengqada’kannya sehari yang dia tidak berpuasa itu dipuasakan dengan berpuasa setahun. Ketetapan dalam hadith ini lebih ringan daripada yang disebutkan di dalam hadith yang terdahulu itu. Oleh itu berwaspadalah! Kita telah teliti hadith riwayat lain mengenai perkara yang sama di awal blog ini.
Jelaslah amat berat implikasi seseorang yang berpuasa itu dengan sengaja berbuka atau tidak berpuasa atau menghentikan puasanya kerana selain sebab-sebab yang dibolehkan oleh syara’, iaitu kerana tua, kerana curigakan kesihatan anak yang dikandung oleh wanita yang mengandung atau anak yang disusui oleh seorang ibu atau kerana dalam musafir. Jika dengan sengaja berbuka, maka tidak bergunalah segala puasa yang dipuasakannya sepanjang tahun tersebut. Ini adalah keringanan yang diberikan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana ketetapan as-Sunnah yang asalnya adalah tidak mendapat pahala puasa yang dipuasakan olehnya seumur hidupnya.
[Nota: Pengikut pengikut mazhab as-Shafie mereka berpendapat sedemikian (Imam as-Syafie adalah seorang muhadithin, daripada seramai 49 atau 51 orang ualama' muhadithin, maka dengan itu sudah pasti dia tidaklah menyalahi ketetapan as-Sunnah. Tambahan pula Imam as-Syafie sebagaimana para ulama' muhadithin yang lain telah berkata bahawa jkalah pendapat beliau bertentangan dengan as-Sunnah, maka buanglah pendapat beliau dan ambil as-Sunnah. Yang wajib diikuti dan dijadikan panduan mutak orang iman adalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan pendapat ulama').
Meninggalkan puasa tanpa keringanan yang dibolehkan oleh syara’ itu berdosa, dan perlu diqada’kan sahaja. Bukanlah bermaksud orang telah melakukan sedemikian itu, iaitu sengaja meninggalkan seharai puasanya, tidak diterima amalan puasa fardunya sepanjang baqi hayatnya. Yang utama diperhatikan bahawa larangan Rasulallah (s.a.w) tentang meninggalkan puasa dengan sengaja itu amat berat. Tetapi, terdapat hadith lain yang ketetapannya lebih ringan.]

Jazakallahu khairah

Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu bahawa bercakap dusta, berbohong dan mengupat itu membatalkan pahala puasa Ramadhan, dalam post yang lalu. Kerana itu, tak dapat dibebaskan kita dari neraka, sbagaimana yang dijanjijan oleh Allah (a.w) bagi mereka yang berpuasa terbaik. Dalam post ini kita lihat satu lagi perkara yang menghapuska segala pahaa puasa kita dalam bulan Ramadhan, amaka gagal mendapat kebebasan dari neraka yang dijanjikan itu.

Orang yang rugi bulan Ramadhan
Beratnya Keharaman Jimak Siang Hari

Seperti dijelaskan secara sambil lalu sebelum ini, kita tahu bahawa pada awal Islam, umat Islam tidak dibolehkan makan dan minum dan mengadakan hubungan suami isteri sebelum atau selagi belum tidur. Oleh itu berlaku beberapa peristiwa yang menjadi penyebab turunnya ayat al-Quran yang memberi keringanan kepada umat Islam dalam bulan Ramadhan.
Cuba kita lihat beberapa kes yang menjadikan sebab turunnya ayat al-Quran yang memberi keringanan kepada umat Islam. Suatu kes: Peristiwa seorang Ansar bernama Syirmah, pada pagi harinya dia bekerja dikebunnya dan ketika Maghrib kembali ke isterinya untuk berbuka, tetapi tiada makanan, maka isterinya keluar rumah mencari makanan, sebelum sempat isterinya pulang dengan sedikit makanan dia tertidur, maka dia terpaksa berpuasa pula sesok harinya. Maka ketika terlihat oleh Rasulallah (s.a.w) sangat payah maka ditanya oleh Nabi (s.a.w) ‘Mengapakah keadaanmu sangat payah?’ Jawabnya: ‘Ya Rasulallah (s.a.w)! Kelmarin seharian aku bekerja di kebun dan ketika akan berbuka tiba-tiba aku tertidur sehingga maka aku terus berpuasa kembali.’ Kes kedua: Omar ibni Khattab (r.a) menjimak isterinya sesudah tidur, maka datang dia memberitahu Nabi (s.a.w) perkara tersebut. Maka turunlah Ayat 187, Surah al-Baqarah:
Firman Allah (a.w): 'Uhilla lakum lalatas siamir rafathu ila nisa akum hunna libasun lakum wa antum libathul lahun, ‘alimul Allahu annakum kuntum tathtanuna anfusakum fataba ‘alaikum wa ‘afa’ankum … (hingga akhir ayat) … linnasi la’;allakum yattaquna.’) [Maksud: Telah dihalalkan bagi kamu sekelian (bersetubuh dengan) wanita (yakni, isteri) kamu pada malam puasa, mereka adalah pakaian untukmu dan kamu juga pakaian untuk mereka. Allah (a.w) telah mengetahui bahawa kamu sekelian mengkhianati dirimu sendiri, maka Allah (a.w) berkenan memberi maaf dan (menerima) taubat atas kamu. Maka sekarang bersuka-sukalah kamu sekelian dengan mereka sambil mengharap apa yang diberikan oleh Allah (a.w) bagimu’; makan minumlah kamu sekelian sehingga nyata bagimu perbedaan antara benang putih (i.e. cahaya siang hari) dari benang hitam (i.e. cahaya gelap malam), lalu lanjutkanlah (i.e.teruskan) berpuasa hingga malam (yakni, Maghrib) dan jangan kamu sekelian bersuka-suka (i.e. bercumbu-cumbuan) dengan isteri di waktu kamu niat I’tikaf di masjid. Itulah batasan hukum Allah (a.w), maka janganlah kamu sekelian melanggarnya, demikianlah Allah (a.w) menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka bertaqwa.’] [Ayat 187, Surah al-Baqarah]
Ayat 187 ini memberikan beberapa ketetapan hukum kepada umat Islam dalam bulan Ramadhan (berpuasa):

§ Umat Islam dibenarkan bersama (yakni, menyetubuhi) isterinya pada malam Ramadhan selepas berbuka (waktu Maghrib) sehingga waktu sahur (terbit fajr)’;

§ (Lebih relevan kepada peraturan perhubungan antara suami dan isteri) iaitu isteri seumpama pakaian kepada suami, dan suami seumpama pakaian kepada isteri dalam pergaulan dan perhubungan suami isteri’;

§ Waktu berbuka, makan dan minum dan pergaulan suami isteri (yakni, persetubuhan) itu dilanjutkan dari waktu terbenam matahari (waktu Maghrib) hingga terbit fajr (masuk waktu Subuh)’ dan

§ Sewaktu beri’tikaf di masjid (sepuluh malam terakhir Ramadhan) tidak dibolehkan berguruau senda dan mengadakan hubungan kelamin antara suami-isteri.

Ayat 187 tersebut mengubah ketetapan hokum dalam Islam mengenai berpuasa. Umat Islam kini dibolehkan makan dan minum dan bersetubuh pada bila-bila waktu selepas hilang ‘khaitu abyaddu’ (benang putih) (yakni, siang) dan sebelum hilang ‘khaitu aswaddu’ (benang hitam) (yakni, mula siang).
Islam mengenakan kifarah (denda) yang berat bagi mereka yang bersetubuh semasa berpuasa (khususnya, siang hari). Hadith di bawah ini memberikan hukuman bahawa bersetubuh siang hari itu mendatangkan dosa yang besar, selain membatalkan puasa, iaitu dikenakan kifarah yang berat, iaitu, sama ada:

§ Memerdekakan seorang hamba (seorang setiap kali melakukannya dalam siang hari berpuasa); atau

§ Berpuasa dua bulan berturut-turut (setiap kali berlaku satu pertubuhan); atau

§ Memberi makan enam puluh (60) orang miskin (setiap kali berlaku persetubuhan).

Jika berlaku persetubuhan empat kali pada waktu siang hari dalam bulan Ramadhan, jika pilihan (b) hendaklah berpuasa berturut-turut delapan (8) bulan! Oleh itu hendaklah berhati-hati supaya tidak melakukannya. 
[Nota: Zaman awal Islam, khususnya selepas hijrah ke Madinah, terjadilah beberapa peristiwa dalam kes hubungan suami isteri (yakni, hubungan kelamin). Orang-orang Madinah (Ansar) mengamalkan persetubuhan dengan cara mengerengkan isterinya manakala isteri orang-orang Mekah yang berhijrah (Muhajirin) hanya mengadakan persetubuhan satu cara sahaja, iaitu melentang (cara konvensional). Maka apabila lelaki Muhajirin ingin mengikuti cara perkelaminan orang-orang Ansar, isteri mereka enggan kerana tidak biasa, maka jadilah kelam kabut masyarakat Islam kalangan Muhajirin. Maka turunlah ayat ini iaitu ‘... nisaikum hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna’; (Yang bermaksud: isteri kamu adalah pakaian kamu, dan kamu (suami) adalah pakaian isteri kamu), maksudnya dibolehkan bersetubuh apa cara dan kaedahpun keciali meliwat (i.e. di bahagian dubur isteri). Jelaslah syariat Islam membolehkan apa saja kaedah persetubuhan itu; kecuali melalui dubur isteri.
Semasa turunnya ayat 187 tersebut ada para sahabat yang keliru seperti kes Adi bin Hatim (r.a) yang mengambil dua urat benang satu putih dan satu hitam dan diletaknya di bawah bantalnya, maka apabila dia bangun melihat benang itu untuk mencari perbedaannya dan dia terus berpuasa. Sesudah Subuh dia menemui Rasulallah (s.a.w) memberitahu apa yang dilakukannya. Maka Nabi (s.aw) bersabda”: ‘;Jika demikian maka bantalmu amat luas, sebab yang dimaksudkan dalam ayat itu putihnya siang dan hitamnya (gelapnya) malam. [Hadith Bukhari dan Muslim]
Kifarah ini dikenakan terhadap si suami sahaja, manakala isteri dikehendaki mengqada’;kan puasanya bagi hari-hari berlaku persetubuhan]

Jazakallahu khairah

Ramadhan bulan Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
kita teruskan penelitian kita tentang perkara-perkara yang menambah pahala kepada kita yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan mudah-mudahan kerana kita amalkan peradaban yang terbaik dalam berpusa bulan Ramadhan ini, kita berjaya mendapat kebebasan dari neraka dan mendapat syurga Allah (a.w) kerana kita diberisihkan dari dosa-dosa kita yang lampau. Tapi, kalaulah sebaliknya, seperti yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut, maka benar-benarlah kita rugi! Apakah kita dapat tebus kerugian itu di Ramadhan tahun depan? Belum tentu. Kerana ajal mati kita belum tahu. Dengan itulah orang iman itu, setelah selesai Ramadhan, dia cintakan dan cita-citakan agar menemui lagi Ramadhan tahun berikutnya.
Saudara, bagi setiap amalan dan ibadah sunat dan kebaikan yang kita kerjakan dalam bulan-blan selain Ramadhan, digandakan pahala oleh Allah (a.w) 10 gandaan pahala. Dalam bulan Ramadhan digandakan 10 kali gandalagi, yakni 10x10 gandaan pahala. Selain itu pahala setiap hari pusa dalam bulan Ramadhan ditentukan oleh Allah (a.w) ganjarannya dan gandaan. maka dengan itu, kalau kita berjaya menepati apa yang disebutkan dalam hadith terdahulu itu - kita berpuasa dengan penuh keimanan dan kerana mencari semaksimum mungkin ganjaran pahala, maka kita dibersihkan dari dosa, seumpama kita baru dilahirkan ke dunia, masya Allah.

Orang yang rugi bulan Ramadhan
(Terhapus Pahala Kerana Mengumpat)

Ada banyak larangan dan pantang larang semasa berpuasa itu, selain tidak makan dan minum siang hari, jika seseorang itu inginkan ganjaran pahala yang maksimum. Orang yang berpuasa itu wajiblah menjaga pancainderanya daripada melakukan sebarang kemaksiatan, antara yang utama, perbuatan bercakap-cakap kosong, mencaci dan mengumpat sangat-sangat ditegah semasa berpuasa. Perbuatan tersebut dengan sendirinya menimbulkan pelbagai dosa:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas ini menyatakan bahawa tiada gunanya seseorang itu meninggalkan makan minum, yakni berpuasa, jika bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, sama ada pada malamnya atau pada siangnya. Maksudnya, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala, semata-mata sia-sia berlapar dan berdahaga. Mengikut para ulama’ seseorang yang berpuasa wajiblah dia menjaga enam perkara:

§ Menjaga matanya;
§ Menjaga lidahnya (kata-katanya);
§ Menjaga telinganya;
§ Menjaga tangan dan kakinya;
§ Menjaga anggota kelaminnya;
§ Tidak membanyakkan makan apabila berbuka; dan
§ Hatinya adalah ikhlas dengan perasaan penuh taqwa.

Oleh yang demikian rugilah barangsiapa berpuasa tetapi melakukan kemaksiatan dengan anggota-anggotanya, sama ada pada siang harinya ataupun malamnya.
Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Kita wajib mengambil peringatan daripada mesej hadith di atas itu. Implikasinya berat. Tidak mendapat sebarang pahala jika berpuasa tetapi kita bercakap bohong dan dusta dan membuat perkara-perkara yang ditegah syariat. Yakni, berpenatlah kita tidak mendapat ganjaran apa-apa, malah mendapat dosa pula kerana berbohong dan membuat maksiat. Diriwayatkan hadith dariada A’raj, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa adalah perisai ketika ada salah seorang daripada kamu berpuasa, maka jangan melanggar, dan jangan mengerjakan (pekerjaan bodoh, yakni perbuatan jahiliah seperti berbual-bual kosong, mengata, mencaci, mengumpat, bercakap bohong, menghina orang, melihat dan berbuat maksiat, dan seumpamanya), maka sesungguhnya (jika ada orang) mempermainkan atau mencaci cela akan kamu, maka katalah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Hadith di atas ini menasihatkan umat Islam yang berpuasa supaya kekal sabar dan tidak bertindak terhadap orang lain yang mencaci cela atau mengata akan dirinya. Lebih baik dia beredar atau berpindah ke tempat lain tanpa respons apa-apa selain kata-kata yang dianjurkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut.

Jazakallahu khairah

Ramadhan yang Barokah (Samb.)

Assalamualaikum, 
dalam post kali ini kita lihat nas dan dalil as-Sunnah menegnai bonos tambahan dalam bulan Ramadhan.

Pahala-pahala Sunat Puasa

Saudara, wajiblah kita ingat bahawa dalam apa jua perbuatan kita, hendaklah kita melafazkan kesyukuran kita terhadap Allah (a.w), termasuklah dalam perkara makan dan minum, mendahuluinya dengan menyebut 'Bismillah. Kemudan berdoa, selepas makan/minum dengan doa: 'Alhamdulillahil-lazi at-amana wa-sakona waj'alna Muslimina' (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Aku bersyukur kepada Engkau kerana memberikan makan dan minuman dan menjadikan aku rang Islam.' Dan, dalam bulan Ramadhan ada beberapa amalan sunat khusus pula. Kita rujuk seterusnya.
Antara doa yang disuruh/diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah: 'Allahumma bariklana fi razaqtana waqina ‘azaban nar) [Yang beraksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Engkau berkatilah rezkiku dan jauhkan aku dari azab neraka]. Dan, dalam bulan puasa pula umat Islam digalakkan menambah do’a ketika hendak berbuka pula, iaitu selepas membaca 'Bismillah' membaca: 'Allahuma lakasumtu wabika amantu wabirizqika afatartu.' [Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Kerana Engkau berpuasa aku dan dengan Engkau beriman aku dan dengan rezki Engkau berbuka aku.] 

 
(a) Berbuka dengan Tamar (Kurma)  

Pahala as-Sunnah yang pertama adalah ketika berbuka. Jika kita berbuka dengan buah tamar (atau kurma), kita mendapat pahala.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (mensucikan perut kamu).’[Hadith at-Termidzi] Justeru itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadith berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunat apabila berbuka dengan memulakan makan kurma (tamar):
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin ‘Amir ad-Dhabii (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila berbuka puasa seseorang daripada kamu maka hendaklah berbuka atas (yakni, dengan) tamar (kurma), maka bahawasanya barakah (yakni, berkat), maka barangsiapa tidak dapat (menjumpai)(tamar), maka berbukalah atas (yakni, dengan) air, bahawasanya air itu mensucikan perut kamu).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Justeru itu mendapat berkat atau barakah berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma hendaklah dengan air, disamping mendapat pahala sunnah. Juga, mengikut hadith dibawah ini pula, kita diberitahu amalan sunnahnya iaitu hendaklah berbuka dahulu barulah mengerjakan solat:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adalah Nabi (s.a.w) berbuka puasa dia dahulu daripada solat atas beberapa (biji) rotab (iaitu buah kurma yang baru masak belum kering), maka jika tidak ada beberapa (biji) rotab, beberapa biji tamar (kurma kering) menghirup dia beberapa hirupan air.’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]
Orang-orang yang berbuka puasa dengan memulakan makan tamar mendapat pahala as-Sunnah. Jika tiada tamar dimulakan dengan air manis atau air biasa.

(b) Waktu Berbuka dan Menyegerakan Berbuka

Di dalam al-Quran diberitahu oleh Allah (a.w) dalam firmanNya waktu boleh berbuka puasa itu seperti firmanNya berikut:
Berfirman Allah (a.w): ‘Wakulu wasyrabu hatta yatabaiyana lakumul-haitul-abyadu minal-haiti aswadi minal fajri thumma atimmus-siama ilal-lail …' [Maksud ayat: ‘Dan makanlah dan minumlah kamu sehingga telah jelas bagi kamu benang putih (yakni, waktu siang) dari benang hitam (yakni, waktu malam) daripada fajr (subuh) kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam (i.e. waktu Maghrib)...’][Ayat 187, Surah al-Baqarah] Di dalam ayat tersebut diibaratkan siang dan malam dengan benang putih (siang hari) dan benang hitam (malam hari). Apanila hilang benang hitam (lenyap malam) maka bermulalah berpuasa dan apakala datang malam, maka berbukalah. Di dalam hadith berikut diperjelaskan kekeliruan yang dialami oleh umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) mengenai ‘benang putih’ dan ‘benang hitam’ itu. Cerita ini melucukan, tetapi peristiwa tersebut menjadi penyebab kepada turunnya ayat al-Quran.
Menceritakan hadith oleh Abu Ghassan, iaitu Muhammad bin Mutarrif, berkata: ‘Menceritakan kepadaku hadith oleh Abu Hazim daripada Sahil bin Saad berkata: ‘Diturunkan (bahagian) ayat al-Quran (iaitu Ayat 187, Surah al-Baqarah) ‘Wakulu wasyrabu hatta yatabaiyana lakumul-haitul-abyadu min haitil-aswadu’) [Maksud ayat: ‘Dan makanlah dan minumlah kamu sehingga jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam’, dan belum diturunkan (bahagian ayat) ‘minal fajri’ [Maksud ungkapan: ‘Dari fajar (atau subuh)’]. Maka ada beberapa lelaki ketika mengkehendaki kepada puasa mengikat salah seorang daripada mereka tali (benang) di kakinya (kanan) dan tali (benang) hitam dikai (kiri), dan tidak henti-hentilah mereka makan sehingga jelas bagi mereka penglihatan mereka, maka diturunkan Allah (a.w) sesudah itu ‘minal fajri’ [Maksud ungkapan: ‘Dari waktu fajr atau subuh’], maka mengerti (faham) mereka bahawasanya sesungguhnya apa-apa, yakni malam dan siang.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Hadith di atas itu menjelaskan kekeliruan di kalangan para sahabat apakala mentakrifkan ayat 187 Surah al-Baqarah itu. Ada sahabat yang mentakrifkan maksud ‘literal’ semata-mata tentang ‘benang putih’ dan ‘benang hitam’ yang disebutkan itu apabila dua kalimah dalam ayat itu belum diturunkan Allah (a.w). Oleh kerana kekeliruan itulah ditambah dengan ungkapan ‘minal-fajr’ (dari waktu fajr) itu supaya lebih jelas.
Islam memberikan pahala bonos kepada umat Islam yang berpuasa dan kemudian segera atau menyegerakan berbuka apabila tiba waktu berbuka:
Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ [Hadith Imam Ahmad] Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Maksud: HambaKu yang amat Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] [Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi]
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] Kemurahan syariat Islam itu juga terserlah apakala kita teliti hadith berikut yang menyuruh seseorang yang hendak berbuka itu menyegerakannya dan apakala bersahur itu hendaklah melambatkannya. Orang-orang Islam digalakkan bersegera berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Menyegerakan berbuka mendapat pahala as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Said (r.a) berkata: ‘telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak henti-henti (yakni, sentiasalah) manusia (orang) (dalam) kebaikan apa-apa (yakni, bila) bersegera mereka itu berbuka puasa.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Orang-orang Islam digalakkan bersegera berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Menyegerakan berbuka mendapat pahala as-Sunnah. Nas dan dalil di dalam hadith di atas diperkuatkan lagi oleh hadith qudsi berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ [Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi]
Juga, menjadi sunnah (atau mendapat pahala sunnah), menyegerakan berbuka dan menyegerakan bersolat:
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Atayah (r.a) berkata: ‘Masuk aku dan Masyruq atas (yakni, ke rumah) Aisyah (r.ah), maka berkata kami: ‘Wahai Ummul Mukminin! Ada dua lelaki (dari kalangan) sahabat Nabi (s.a.w) salah seorang daripadanya menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat, dan yang lainnya melambatkan berbuka dan melambatkan solat.’ Bertanya Aisyah (r.ah): ‘Siapa kedua-duanya yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat?’ Berkata kami: ‘Abdullah bin Masud (r.a).’ Berkata Aisyah (r.a): ‘Begitulah berbuat Rasulallah (s.a.w).’ (Apabila ditanya siapa yang) melambatkan berbuka dan lambat bersolat. Dijawab oleh mereka) ‘Abi Musa asy-Sya’ari (r.a).’[Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Jelasnya, dalam bulan Ramadhan, menyegerakan berbua itu enhasilkan pahala tambahan.Dalam bulan-bulan biasa itu, mendapat pahala tambahan mempercepatkan solat ketika sudah diazankan masuk waktunya.

(c) Melambatkan Bersahur

Adalah juga menjadi amalan sunnah, yakni mendapat pahala pula, apakala melambatkan bersahur:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bin Thabit (r.a) berkata: ‘Makan sahur kami berserta Nabi (s.a.w), kemudian bangun kami kepada solat. Berkata Zaid: ‘Berkata aku: ‘Berapa ada kadar (kira-kira) demikian (antara sahur dengan solat subuh)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kadar (yakni, kira-kira membaca) lima puluh ayat al-Quran.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi] Sampai waktu manakah boleh bersahur? Di dalam hadith di atas dijelaskan bahawa kita boleh bersahur sampai kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh, yakni lamanya kira-kira membaca alat al-Quran 50 ayat. Sesungguhnya prinsip-prinsip dan peraturan dalam syariat Islam itu ada garispanduan yang terperinci di dalam al-Hadith. Contohnya menentukan waktu atau saat berakhir sahur:
Diriwayatkan hadith daripada Samrah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada menegah sekelian kamu daripada sahur kamu sekelian oleh bang (azan) Bilal dan tidak (menegah bersahur oleh) fajr yang menyorong tinggi (kelihatan terbit terus ke tengah langit), dan akan tetapi (berhenti bersahur pada) fajr yang berselerak (cahayanya) di kaki (ufuk) langit.’ [Hadith hasan at-Termidzi] Hadith di atas menjelaskan bahawa lebih afdhal melambatkan bersahur, iaitu dibolehkan makan minum sehingga ke saat kira-kira 10 minit (atau membaca 50 ayat al-Quran sebelum azan solat Subuh). Apakah pula fadhilat bersahur itu? Ada umat Islam yang sengaja tidak bersahur, tetapi berpuasa dia. Bersahur itu tidaklah wajib, tetapi digalakkan oleh Islam. Maka jika kita bersahur maka kita mendapat pahala pula:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘(Makan) sahur kamu sekelian, maka sesungguhnya di dalam sahur itu barakah (keberkatan).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi, Bukhari, Muslim, an-Nasa’i dan Ibnu Majah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa berSahur itu mendatangkan keberkatan. Keberkatan menghasilkan pahala bonos kerana melakukannya.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda dia: ‘Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) itu ialah makan sahur.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi, Muslim, an-Nasa’i, dll] 
Hadith ini menyebutkan bahawa orang beragama lain - khususnya Yahudi dan Nesrani - ada amalan puasa mereka, tetapi puasa Islam adalah berSahur.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qais, hamba merdeka, ‘Amru bin ‘Ass, hadith daripada ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya perbezaan apa-apa antara puasa umat kami dan puasa ahli-ahli kitab (Yahudi dan Nesrani)(adalah) makan sahur.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum] 
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berSahur kerana keberkatannya. Mengikuti segala sesuatu yang disuruh dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) menghasilkan pahala bonos, pahala sunnah, untuk kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Aziz bin Syuhaibin berkata: ‘Aku mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w); ‘Bersahurlah kamu, maka sesungguhnya di dalam bersahur itu ada barakah.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Empat hadith di atas menjelaskan bahawa bersahur itu membawa fadhilat tambahan bagi mereka yang berpuasa. Apakah fadhilatnya?  Pertama, bersahur mendatangkan berkat atau barakah (yakni, keberkatan dalam puasa dan kehidupan kita); dan kedua, amalan bersahur itu dapat membezakan umat Islam dengan orang Yahudi dan Nesrani (kerana mereka juga berpuasa tetapi tidak makan sahur).

Saudara, dalam perkara berSahur ini kita lihat sepotong hadith lagi yang enyatakandengan jelas bahawa Rasulallah (s.a.w) menggalakkan kiya bersahur.
Diriwayatkan hadith daripada Syu’bah hadith daripada Abdil Hamid, ketua kampong Ziadi, berkata: ‘Aku mendengar Abdullah bin Harith menceritakan hadith daripada seorang lelaki daripada sahabat Nabi (s.a.w) berkata: ‘Masuk aku atas (yakni, ke rumah) Nabi (s.a.w), dan dia sedang bersahur, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya bersahur itu barakah (kerana) memberi makan kepada kamu Allah (a.w) pada sahur, maka jangan meninggalkannya.’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Saum]

Jelaslah dapat kita rumuskan bahawa pahala bonos berpuasa itu disebutkan di dalam hadith-hadith di atas, ada empat. Pertama, berbuka dengan tamar (kurma); kedua, bersegera berbuka apakala tiba waktunya; ketiga, melambatkan bersahur; dan keempat, berbuka dahulu kemudian barulah bersolat Maghrib. Begitulah banyaknya pula pahala bonos dalam berpuasa.

(d) Mempercepatkan Berbuka

Di dalam hadith-hadith berikut dijelaskan bahawa umat Islam yang berpuasa itu digesa supaya segera berbuka (yakni, mencepatkan berbuka) apakala sampai waktunya untuk berbuka. Atau, apakala matahari terbenam, ketika diazanakan Maghrib, cepat-cepat berbuka. Mendapat lebih pahala apakala mencepatkan berbuka. Sebaliknya, mendapat pahala pula apakala melambatkan bersahur:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hazim hadith daripada Sahil bin Saad (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak henti-hentilah manusia dengan kebaikan sesiapa yang mempercepatkan berbuka.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] Hadith berikut juga menyebut perkara yang sama, bahawa mempercepatkan berbuka.
Menceritakan hadith daripada Hisyam bin ‘Urwat berkata: ‘Mendengar aku bapanya berkata: ‘Aku mendengar ‘Asim bin Omar Ibni Khattab, hadith daripada bapanya (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika menghadap (tiba) malam dari arah sana (barat) dan membelakangkan (lenyap) siang dari arah sana (timur), dan tenggelam (yakni, terbenam) matahari, maka sungguh-sungguh berbuka puasa orang yang berpuasa.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
Di dalam hadith bawah ini diceritakan kes apabila berbuka tersilap kerana waktu berbuka belum jelas atau sampai, maka terbatallah puasa orang yang berbuat sedemikian. Maka dia perlu mengqada’kan puasa tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin ‘Urwat daripada Fatimah daripada Asma’ binti Abu Bakar as-Siddiq (r.a) berkata: ‘Berbuka kami zaman Nabi (s.a.w) suatu hari mendung, kemudian (setelah berbuka) terbit matahari, dikatakan oleh Hisyam: ‘Maka diperintahkan dengan mengqada’ (puasa)?’ Berkata Hisyam: ‘Tidak boleh tidak dari mengqada’kan (puasa).’ Dan berkata Ma’mar: ‘Aku mendengar Hisyam (berkata): ‘Tidak tahu adakah mengganti atau tidak (mengganti puasa).’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum] [Nota: Mengikut ijtihad ulama’ muhadithin, perlu diqada’kan puasa tersebut].
Hadith di atas menceritakan kes bilamana disebabkan mendung, berbuka Asma’, kemudian awan beredar maka kelihatan matahari masih ada, maka perlulah diqada’kan puasa tersebut. Peristiwa ini berlaku zaman Rasulallah (s.a.w), kerana zaman itu tiada jam untuk dirujuk waktu terbit dan terbenam matahari sebagaimana sekarang. 
Saudara, demikianlah sebahagian daripada nas dan dalil as-Sunnah mengenai beberapa amalan sunat yang membolehkan kita mendapat bonos pahala tambahan dalam berpuasa/bulan Ramadhan. Insya Allah kita akan semak dimensi-dimensi lain kemudian kelak, termasuklah: adab berIktikaf ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan.

Jazakallahu khairah

Ramadhan yang Berokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun dapat ilmunya yang paling asas tentang ibadah puasa Ramadhan. Kita tahu siapakah yang bersh dari dosa setelah tamat Ramadhan. Dan siapa yang rugi. Kita dah tahu bahawa puasa Ramadhan hendaklah diniatkan ketika malam hari sebelum tibanya/masuknya waktu Subuh.
Saudara, yang utama sebagai tambahan kepada ilmu kita mengenai Ramadhan, kita perlu tahu beberapa perkara: pertama, telah kita sebutkan bahawa niat puasa Ramadhan wajib, dan hendaklah diniatkan ketika malam - selepas berbuka - sebelum masuknya waktu Subuh. Kalau tidak diniatkan, maka tak sahlah puasa esok harinya. Niat adalah syarat penting sahnya puasa Ramadhan. Tidak ada kalimah niat yang khusus disebutkan dalam al-Quran ataupun as-Sunnah, seperti 'Nawaitu sauma ...' dan seumpamanya. Kenapa, kerana 'niat' itu adalah lintasan hati seseorang apakala hendak melakukan sesuatu secara otomatis.Jadi, tak perlu baca apa-apa kalimah. Kedua, waktu masuknya berbuka adalah ketika masuk waktu Maghrib. Apabila azan Maghrib dikumandangkan, i.e. masuknya waktu Maghrib, maka afdhal, yakni mendapat tambahan pahala dan kebarokahan, apabila segera berbuka. Dan, mendapat pahala as-Sunnah pula apabila dimulakan berbuka dengan buah kurma beberapa biji atau kalau takda buah kurma, dengan air manis, kemudian barulah makan. Wajib sebagai menandakan kesykuruan kepada nikmat yang dikurniakan Allah (a.w), kita mulakan makan atau minum dengan membaca 'Bismillah' (bukan 'Basmalah') dan memegang makanan dengan tangan kanan atau memegang bekas minuman dengan tangan kanan.Dan, mendapat keberkatan as-Sunnah pula apakala kita berhenti makan sebelum betul-betuk kenayang, supaya tidaklah kita menjadi malas dan berat untuk mengerjakan ibadah spt solat dan bangun malam. Ketiga, waktu berSahur pula adalah pada bila-bila masa di waktu malam, sebelum tibanya/masuknya waktu Subuh pagi esoknya. Kita mendapat pahala as-Sunnah dan kenerkatan pula apabila kita bangun untuk berSahur dan berSahur selewat-lewat yang mungkin, asalkan sebelum tamat waktunya, iaitu masuk waktu Subuh.
Saudara, janganlah lupa berdoa setiap kali selepas kita makan atau minum. Doa yang utama adalah: 'Alhamdulillahil-lazi at-amana wa-sakona waj'alna muslimina' (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku! Segala puji atas Engkau yang memberi aku makanan dan minuman dan menjadikan aku orang Mukmin). Sebagai panduan umum orang iman itu digalakkan makan sebelum lapar dan disuruh berhenti makan sebelum kenyang. Dengan itu tidaklah kita menjadi gelojoh dan dapatlah kita mengunyah makanan kita selumat-lumatnya supaya tidaklah perut kita dibebankan oleh kerja berlebihan kerana makanan yang sukar dihazamkan oleh perut.
Saudara, untuk mendapatkan keampuan dari dosa-dosa yang lalu itu - sebagaimana yang disebutkan oleh hadith yang telah kita lihat dalam post-post terdahulu itu - kerana membuktikan keimanan kita mencari pahala sebanyak mungkin dengan penuh ketulusan dan keikhlasan menghrapkan kerahmaan Allah (a.w) dibebaskan dari neraka dan diberikan ganjaran syurga - hendaklah kita melakukan beberapa perkara, antaranya: pertama, ketika berpuasa di siang hari tidak membatalkan puasa kita kerana makan atau minum, dan menjimak isteri siang hari, dan membatalkan pahala puasa kita kerana melakukan sesuatu yang ditegah oleh Islam berhubungan dengan mulut (i.e. bercakap atau berkata dusta,cuck mencucuk, fitnah memfitnah, kata-mengata, mengadu dumba, mengaibkan orang, membuka rahsia orang, atau segala macam percakapan yang tak berfaedah dan berguna), mata (i.e. melihat perkara-perkara yang tidak dibolehkan oleh Islam, spt melihat perempuan), teliga (i.e. mendengar cerita-cerita yang dusta atau kotor atau tidak berfaedah), kaki dan tangan (i.e. melakukan segala sesuatu ke arah kemaksiatan yang melibatkan mulut, telinga dan mata dan anggota sulit) dan kemaluan. Jimak disiang hari - sebagaimana yang kita sudahpun tahu ilmunya - adalah perbuatan dosa yang besar dalam bulan Ramadhan, maka batal puasa, dan dikenakan kifarah, iaitu meneruskan berpuasa tanpa makan dan minum kedua-duanya - lelaki dan perempuan, lelaki membayar kifarah samada membebaskan seorang hamba shaya (sekarang takda) atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang miskin. Puasa ini wajib dibuat selepas Ramadhan yang perbuatan itu berlaku sebelum tiba Ramadhan tahun depan. Oleh kerana seseorang itu tidak tahu bila sampai ajalnya, maka hendklah disegerakan membayar puasa gantinya. Kedua, hendaklah dia memperbanyakkan amal dan ibadah sunat ketika siang harinya, spt mengerjakan Solat Duha (sekurang-kurangnya 2 rakaat dan semaksimumnya 12 rakaat), dan Solat Taubat, Solat-solat Rawatib (solat mengiringi solat-solat fardu - 12 rakaat jumlahnya), membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Ketiga, mengerjakan amal dan ibadah sunat ketika malamnya, iaitu Solat Terawih dan ditambah dengan Solat Witir, dan kemudian Solat Qiam pula sepertiga malam sebelum Subuh, membaca al-Quran, berzikir dan bedoa. Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali) membuat Solat Terawih 8 rakaat, dibuat dua solat 4 rakaat satu salam dan kemudian diakhir dengan Solat Witir 3 rakaat). Ketiga, berIktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan menunggu/mencari Lailatul-Qadr. Keempat, memberi makan atau menjamu makanan kepada orang yang berpuasa ketka berbuka mereka. Kelima, memperbanyak sedekah dan infaq (i.e. membelanjakan sebahagian kekayaan kita untuk membela agama Islam dan membantu orang iman yang dhaif) fi sabilillah dalam bulan Ramadhan.
Saudara, dalam perkara memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika mereka berbuka itu adalah satu-satu tanda kesungguhan kita untuk mendapat pahala terbanyak mungkin dalam bulan Ramadhan, kerana kita telahpun tahu bahawa memberi makan kepada orang-orang yang berbuka itu memberikan kita 'bonos' pahala seumpama pala orang yang berbuka itu. (Counter factualnya: kalau orang yang kita beri makan itu berpuasa sebaik mungkin dan mendapat pahala pula sebanyak mungkin, maka lebih baiklah kalau orang yang sedemikian itu kita jamu makan/berbuka.).
Insya Allah, kita akan teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai pelbagai dimensi kebaikan dan pahala yang kita sebutkan dalam post ini dalam post yang akan datang.

Jazakallahu khairah

Thursday, June 27, 2013

Ramadhan yang Barokah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita teliti beberapa peringatan dan panduan sebagai persediaan untuk mendapat kejayaan akhirat melalui ibadah puasa yang cemerlang dalam bulan Ramadhan akan datang ini.
Kita telahpun diberitahu bahawa ada tiga peluang keemasan bagi kita untuk berjaya mendapat syurga, iaitu: pertama, mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w) dengan menghormati beliau dengan menyebut 'Sallahau 'alaihi wa-sallam' setiap kali kita mendengar kalimah atau nama Muhammad (s.a.w) atau Nabi (s.a.w) atau Rasulallah (s.a.w) disebut oleh sesiapa sahaja; kedua, anak yang mendapat keridhaan kedua ibu bapanya kerana si anak itu berbakti dan mengasihi dan menjaga dan melayani sebaik mungkin kedua ibu bapanya, maka kerana itu ridha mereka, dan kerana ridha ibu bapa terhadap anaknya, maka ridhalah Allah (a.w) terhadapnya; dan ketiga, orang yang menemui Ramadhan dan mengerjakan amalan sepanjang Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan mengharapkan diberikan ganjaran syurga - terampun dosanya oleh Allah (a.w) dan berjaya mendapat syurga. Kalau kita berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan dan ketaqwaan, pastilah dosa kita terampun di akhir Ramadhan. Kita berjaya, seumpama bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.

Panduan Hidup Orang Iman ketika Ramadhan
(a) Mengikhlaskan Niat Kerana Allah (a.w)
(ikhlasun-niati lillahi) 
 
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man soma Ramadhan imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqaddama min zanbihi, wa-man qama lailatal-Qadri imanan wahtisaban ghufira lahu ma taqaddama min zanbihi’. (Yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kerana keimanan dan kerana mencari pahala maka diampuni baginya oleh Allah (a.w) apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya, dan barangsiapa berdiri (yakni, mengerjakan solat-solat di malam lailtul-Qadr dngan keimanan dan kerana mencari pahala diampunkan baginya oleh Allah (a.w) apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. [Hadith Bukhari, Kitab Kefadhalan Lailatul-Qadr]
[Nota: Ungkapan ‘kerana keimanan dan mencari pahala’ itu samalah dengan niat dalam setiap amalan dan ibadah serta setiap amal soleh yang difirmankan oleh Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah a-Isra’: ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu;(Yang bermaksud: Mencari kerahmatan (i.e. syurga) Allah (a.w), dan takutkan siksaan (i.e. neraka) Allah). Syurga hanya boleh kita dapati atas kerahmatan Allah (a.w) semata-mata. Tanpa amalan yang murni takkan dapat kerahmatanNya. Hadith ini menyebutkan orang iman yang amat beruntung dalam bulan Ramadhan itu, kerana dia mendapat pahala yang maksimum iaitu dihapuskikis dosanya tahun yang lalu, dan dia seumpama dilahirkan sebagai bayi, bersih dari sebarang dosa. Golongan ini yang disebutkan oleh Rasullallah (s.a.w) golongan yang dibebaskan dari siksaan neraka.]
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Rubba saimin laisa lahu min siamihi illal-ju’u wa-rubba qaimun laisa lahu min qiamihi illas-saharu’. (Yang bermaksud: Kadang-kadang orang yang berpuasa tiada baginya (dari berpuasa itu apa-apa ganjaran pahala) dari puasanya kecuali kelaparan (dan kehausan), dan kadang-kadang orang yang berdiri (yakni, bersolat qiam = malam dan mengerjakan pelbagai amalan) tiada baginya dari solatnya (mendapat apa-apa ganjaran pahala) kecuali tidak tidur. [Hadith ibnu Majah, Kitab Siam (hasan sahih)]
[Nota: Hadith ini menyebutkan golongan orang Islam yang rugi dalam bulan Ramadhan, walaupun dia berpuasa dia hanya memperolehi kepalaparan dan kehausan kerana berpuasa, tidak mendapat sebarang pahala sedikit. Orang-orang yang sedemikian itu tidak terampun dosanya oleh Allah (a.w). Merekalah golongan yang rugi yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut. Kerana, dia tidak memaksmumkan amalan dan ibdah dalam bulan Ramadhan – ketika siang maupun malam, ebaliknya menghabiskan masanya dalam kelalaian, dan lebih teruk lagi kekal dalam perbuatan maksiat yang beraneka pula.] 

(b) Meninggalkan Perbuatan Lahan, Persetubuhan dan Syahawat dan Kebodohan, Berbantahan, dan Berkata-kata Dusta dan Mengamalkannya
(Tarku laghwi, wal-rafthi, was-syahawati, wal-jahli, wal-jidali, wa-qaulizzuri wa-‘amalabihi) 

Diriwayatkan hadith Abi Hurairah (r.) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innas-siama laisa minal akli was-syurbi faqat innama siamu minal-laghwi war-rafathi fain sabbaka ahadun au jahila ‘alaika faqul inni saimun’. (Yang bermaksud: Sesungguhnya puasa itu tiada dari (yakni, bukanlah) meninggalkan makan dan minum semata-mata, sesungguhnya puasa itu (meninggalkan) dari kelahanan (yakni, perbuatan sia-sia, membazir waktu) dan (meninggalkan) persetubuhan, maka jika mencela (atau, mencaci) akan kamu oleh seseorang atau membuat sesuatu kebodohan oleh seseroang terhadapmu, maka katalah (kepadanya): ‘Sesungguhnya aku berpuasa.’ [Hadith ibnu Hibban (sahih)]
[Nota: Hadith ini menyebutkan apakah sebenarnya puasa itu dalam Islam, iaitu bukan setakat tak makan dan minum siang hari, tetapi meningkatkan dan mempelbagaikan amalan dan ibadah spt melaksanakan solat-solat sunat, siang dan malam, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, dan meminta keampunan kepada Allah (a.w), dan meninggalkan segala perbuatan sia-sia yang melalaikan dan menghabiskan masa dengan tanpa manfaat apa-apa.
Yang paling mudah dalam ibadah berpuasa adalah berlapar – tak makan dan minum. Yang paling susah dalam bulan Ramadhan itu adalah meninggalkan kebiasaan yang telah dirutinkan dalam kehidupan zaman moden – perbuatan lahan dan membuang masa, mensia-siakan waktu, melekakan dan meremehkan tanggung jawab terhadap dan kepada Allah (a.w), berseronok tanpa had, tanpa batas waktu dsbnya. Satu cara untuk mengurangkan lahan adalah tidur. Maka dengan itulah mendapat keampunan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan itu tak semua orang iman dapat.]
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah bersabda: ‘As-siamu junnatun fala yarfuth wala-yahal, wa-inimru-un qatalahu ausyatamahu fal-yaqul’Inni saimun’ marrataini. Wal-lazi nafsi biayadihi khulufu famis-soimi atyabu ‘indllahi ta-‘ala min rihil-miski yatruku to-amahu wa-syarabahu wa-syahwatuhu min ajli, as-siamu li, wa-ana ajzi bihi wal-hasanatu bi’asyri amthaluha’. (Yang bermaksud: Puasa itu adalah perisai (atau pendinding) maka janganlah bersetubuh dan janganlah membuat kebodohan, dan jika ada seseorang mengingkarinya atau mencerca kamu, maka katalah: ‘Sesungguhnya aku ni berpuasa’ dua kali. Demi zat yang diriku di tanganNya (atau, dalam genggamanNya), nescaya bau (busuk mulut) orang yang berpuasa itu lebih baik baunya di sisi Allah (a.w) dari bau (minyak wangi) miski, kerana meninggalkan makan dan minum dan meninggalkan shahawatnya dari arahKu (yakni, keranaKu), (ganjaran pahala) puasa adalah bagiKu (Allah), dan Aku (Allah) membalas puasanya seseorang dengan suatu kebaikan dengan 10 semithal kebaikan.’ [Hadith Bukhari, Kitan Saum]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa puasa yang bernilai itu adalah apabila ia menjadi pendidnding atau perisai terhadap segala keburukan dan kemaksiatan. Kemaksiatan itu timbul dari dorongan dan keinginan hawa nafsu manusia terhadap keseronokan duniawi. Kemaksiatan itu timbul dari panca indera seseorang itu – mata, telinga, mulut, anggotanya spt tangan dan kaki dan anggota kelaminnya. Larangan khusus disebutkan adalah persetubuhan di siang hari. Jika berlaku kifarahnya (i.e. denda untuk menebus dosa kerana melakukannya) adalah sama ada memerdekakan seorang hamba sekarang sudah tak relevan lagi, kerana tada perhabaan) atau puasa 2 bulan (i.e. 60 hari) berturut-turut atau memberi makan kenyang kepada 60 orang miskin. Kemudian pada hari berlaknya persetubuhan itu, wajib diteruska puasanya.]
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man lam yada’ qauluzuri wal-‘amala bihi fa-laisallahi hajataun fi’an yada’ to-‘amahu wa-syarabahu’. (Yang bermaksud: Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata atau ucapan dusta dan beramal dengannya (i.e. kata-kata dusta tersebut) maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat (atau keperluan) di dalam apa-apa yang meninggalkan seseorang itu makanannya dan minumannya.) [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
[Nota: Allah (a.w) tidak menerima puasa seseorang yang berdusta atau membuat pelbagai cakap-cakap atau kata-kata jelik spt mencaci hamun, mencerca, memfitnah, mengadu domba,menyiarkan keaiban orang lain, dan lain-lain perbuatan yang ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan RaslNya.] 

(c) Memperbanyakkan dari Bangun Malam, dan Membaca al-Quran, dan Berzikir, dan Beristighfar, dan Berdoa, dan Bersedekah dan Memberi Makan (al-iktharu min qiamil-laili wa-qiara-‘atil Qurani, waz-zikri, wal-istighfari, wad-du’ai, was-sodaqati wat-taftiri) 

(ca) Solat Terawih Rasulallah (s.a.w) 4 dan 4 Rakaat, ditutup dengan Witir 3 Rakaat 

Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah bin Abdil Rahman bahawasanya dia bertanya kpd Aisyah (r.ah): Kaifa kanat solatu Rasulallah (s.a.w) fi Ramadhana?’ (Yang bermaksud: Bagaimana adanya Rasulallah (s.a.w) ada dia bersolat dalam bulan Ramadhan?). Maka berkata (Aisyah) menjawab: ‘Ma kana yazidu fi Ramadhana wa-la fi gharihi ‘ala ihda ‘asratan raka’atan, yusollai arba’a, fala tas-al ‘an husnihinna wa-tulihinna, thumma yusolli arba’an fala tas-al ‘an husnihinna wa-tulihinna, thumma yusolli thalathan.’ (Yang bermaksud: Tidak ada Nabi (s.a.w) menambah di dalam bulan Ramadhan dan tidak juga pada bulan-bulan selainnya selain atas sebelas rakaat, bersolat dia empat rakaat, maka jangan engkau tanyakan dari baiknya dan lamanya (atau panjangnya) (solatnya itu), kemudian bersolat dia empat rakaat, maka jangan engau tanyakan baiknya dan lamanya (atau panjangnya) (solatnya itu), kemudian bersolat dia tiga rakaat.’) [Hadith Bukhari dalam Kitab Solat Terawih]
[Nota: Hadith ini adalah dalil yang menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu bersolat solat malam sebanyak tiga solat, iaitu solat (Terawih) empat rakaat, dua solat yang disudahi dengan satu salam, kemudian ditutup dengan satu solat (Witir) tiga rakaat pula. Ini dilakukannya dalam bulan Ramadhan atau dalam bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Jika bukan bulan Ramadhan beliau mensolatkan dua solat Tahajjud malam setiap satu 4 rakaat satu salam dan disudahi dengan satu Solat Witir 3 rakaat satu salam. Di dalam hadith yang lain disebutkan, walaupun sedikit jumlah solat Nabi (s.a.w), namun dia membaca surah-surah yang panjang sehingga bengkak kakinya kerana lama berdiri. Dalam hadith lain pula disebutkan pula bahawa Nabi bersolat solat sunat di rumahnya. Dalam bulan Ramadhan, pada malam-malam ganjil akhir 10 Ramadhan dia ke masjid bersolat, maka diikuti sebagai makmum oleh para sahabat.] 

(cb) Solat Terawih Zaman Omar al-Khattab 8 Rakaat, ditutup dengan Witir 3 Rakaat 

Diriwayatkan hadith dari Saib bin Yazid bahawasanya berkata: ‘Berkata memerintah Omar bin Khattab akan Ubai bin Ka’ab dan Tamim ad-Dariyi supaya berdiri keduanya (yakni, menjadi imam solat) untuk manusia (i.e. para sahabat) dengan sebelas rakaat.’ Berkata Saib: ‘Maka sungguh-sungguh ada qari (yakni, imam tersebut) membaca (surah-surah al-Quran yang) mengandungi 100 ayat atau lebih, sehingga ada dikalangan kami berpegangan (yakni, berpaut) atas tungkat kami dari lamanya berdiri (atau panjangnya bacaan surah), dan tidaklah ada kami beredar (yakni, meninggalkan solat) kecuali setelah tiba waktu fajr (yang menandakan akan masuk Subuh).’ [Hadith Imam Malik, dalam al-Muatto’ (sahih)] 

(cc) Solat Malam (Qiamul-lail) itu Solat Dua-dua Rakaat salam

Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Bertanya seorang lelaki akan Nabi (s.a.w) dan dia (Nabi) atas mimbar (sedang memberi nasihat): ‘Ma tara fi solatil-laili?’ Qala: ‘Mathna, mathna’, faiza khasiyas-subhi solla wahidatan fa-autarat lahu solla …’ (Yang bermaksud: Apakah pandangan engkau (yakni, apakah pendapat atau keputusan engkau) di dalam perkara solat malam? Bersabda (Nabi): ‘Dua, dua rakaat. Maka ketika khuatr engkau waktu Subuh (udah masuk), maka solatlah engkau dengan serakaat Witir bagi apa-apa yang telah bersolat akan dia (solat malam itu) … hingga akhir hadith.’ [Hadith Bukhari, Kitab Solat]
[Nota: Hadith ini menceritakan satu prinsip umum bahawa solat malam itu dibuat dua-dua rakaat satu salam dan diakhiri dengan serakaat Solat Witir. Justeru itu, kalau seseorang mengerjakan solat-solat malam hendaklah dibuat dua-dua rakaat dan akhirnya ditutup dengan satu akaat Witir. Justeru itu, solat Terawih yng dibuat empat empat rakaat hendaklah disudahi dengan 3 rakaat Witir dan kalau dibuat Terawih dua-dua rakaat hendaklah ditutup dengan serakaat Witir.] 

(cd) Digalakkan di bulan Ramadhan Membanyakkan Sedekah 

Diriwayatkan hadith dai Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) orang yang paling dermawan dikalangan manusia dengan kebaikan da nada dia cepat apa-apa ada di dalam bulan Ramadhan, kemudian menjumpai (i.e. menemui) Jibil (a.s) dan adapun Jibril (a.s) menjumpai (i.e. menemuinya) setiap malam di dalam Ramadhan sehingga selesai Ramadhan mendatangkan atas Nabi (s.a.w) al-Quran, maka menjumpai padanya Jibril (a.s) maka adalah dia lebih cepat dengan kebaikan (berbanding dengan) angin yang dilepaskan.’ [Hadith Bukhari, Kitab Saum]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah orang yang paling dermawan di kalangan manusia zamannya. Ketika bulan Ramadhan Jibril (a.s) menemuinya setiap malam bertadarus dengan Rasulallah (s.a.w) dan mengajarkan al-Quran, Nabi (a.s) lebih dermawan, malah kedermawannya dia menghulur bantuan dengan pantas mengalahkan tiupan angin yang kencang sekalipun.] 

(ce) Ancaman Terhadap tiga Golongan Orang Iman 

Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima au rajulin zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya, wa-raghima anfu rajulin dakhala ‘alaihi Ramadhanu thuman-salakha qabla an yughfaralahu, wa-raghima anfu rajulin adraka abawahul-kibara falam yudkhilahul-jannata.’ [Yang bermaksud: Keropong (atau kerompong) hidung (yakni, teramat rugilah) seorang lelaki yang disebutkan namaku di sisinya tidak menyebut dia (ucapan) selawat dia atasku, dan keropong (atau kerompong) hidung (i.e. teramat rugilah) seorang lelaki yang masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian selesai (i.e. berlalu bulan itu) sebelum bahawa diampuni baginya (oleh Allah) dosa-dosanya; dan keropong (atau kerompong) hidung (i.e.teramat rugilah) seorang lelaki yang menjumpai di sisinya kedua ibubapanya yang sudah tua, maka tidak memasukkan padanya k dalam syurga.] [Hadith at-Termidzi, Kitab Do’a, hasan sahih]
[Nota: Kesemua calun syurga atau penghuni syurga itu tidak cacat tubuh badannya. Maka sesiapa kerompong hidungnya bermaksud orang itu di akhirat kelak dcacatkan oleh Allah (a.w) rupa mukanya kerna berlaku salah satu daripada tiga insiden atau situasi yag disebutkan itu. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) perintahkan manusia supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) kerana Allah (a.w) dan para malaikat sentiasalah berselawat atas Nabi (s.a.w). Dan sesiapa yang berslawat atas Nabi (s.a.w), Allah (a.w) balas pula 10 kali selawat. Selawat adalah ucapa menghormati Nabi (s.a.w) dan ucaak kesejahteraan terhadap beliau. Kaau Allah (a.w) ucapkan kesejahteraan atas kita, amatlah untugnya kita diberi penghormatan oleh Allah (a.w).] 

(cf) Keuntungan Menemui Malam Qadr 

Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Berkta aku kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Rasulallah! Ara-aita in ‘alimta aiyu lailatin lailatul-Qadri, ma aqulu fiha? (Yang bermaksud: Melihat aku dan jika mengetahui aku manakah malam Malam Qadr itu, apakah berkata aku pada malam agung itu?) Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Quli ‘Allahumma innaka ‘afu-un tuhibbul-‘afwa fa’fua’anni” (Yang bermaksud: Engkau katalah (atau sebutlah): ‘Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya Enkau zat yang maha pemaaf, dan suka Engkau akan pengampunan, maka Engkau ampuni aku.’) [Hadith at-Termidzi, Kitab Do’a, hasan sahih.]
[Nota: Dan di dalam Kitab lain ada penambahan iaitu kalimah ‘karim’ selepas kalimah ‘afu-un’ menjadi ‘afu-un karim’ yang bermaksud: Zat yang maha pemaaf dan maha mulia. Inilah doa yang disuruh kita baca ketika beriktikaf di masjid pada malam-malam sepuluh malam terakhir Ramadhan, mudah-mudahan bertemu dengan Malam Qadr itu. Kebaikan malam Qadr itu adalah melebihi 1,000 bulan amalan atau 83 tahun amalan yang terbaik. Rujuk Surah al-Qadr.] 

(cg) Tiga Golongan Yang Do’anya dikabulkan 

Diriwayatkan hadith dari Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Thalathu da’awatin la turasddu da’watul-walidi, wa-da’watus-siami, wa-da’watul-musafiri.’ (Yang bermaksud: Tiga golongan yang do’anya tidak tertolak (atau terhalang, yakni dimakbulkan Allah (a.w)), (golongan pertama) doa orang tua (yakni, ibu bapa terhadap anak-anaknya); (golongan kedua) do’a orang yang berpuasa; dan (golongan ketiga) doa orang berpergian (yakni, bermusafir). [Hadith al-Baihaqi, di dalam Sunan Kubra (sahih)]
[Nota: Kalau kita inginkan sesuatu pertolongan dari seseorang yang iman itu, eloklah kita pohon tiga golongan yang disebutkan dalam hadith itu mendoakan apa kehendak kita. Jika kita tergolong dalam tiga golongan tersebut, maka eloklah kita doakan untuk diri sendiri dan untuk kebajikan orang lain.] 

(ch) Allah (a.w) memerdekakan (dari siksaan) setiap Malam Orang Yang berpuasa 

Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha tabaraka wa-ta’ala ‘utaqa-a fi kulli yaumin wa-lailatin, yakni fi Ramadhana wa-innalikulli muslimin fi kulli yaumin wa-lailatin da’watan mustajabatan.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) zat yang berkat dan lagi maha agung, yang memerdekakan di dalam setiap malam dan setiap siang, yakni dalam bulan Ramadhan, dan sesungguhnya bagi setiap orang Islam di dalam setiap malam do’anya yang dia dikabulkan (Allah)) [Hadith Riwat al-Bazar (Sahih)]
[Nota: Dalam bulan Ramadhan itu Allah (a.w) mengampunkan dan membebaskan orang iman dari neraka, setiap malam dan setiap siang, yang dia berdoa memohon keampunnNya.]

(ci) Pahala Menjamu Orang Berbuka Puasa 

Diriwayatkan hadith dari Zaib bin Khalid al-Juhanni berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man fattara saiman kana lahu mithlu ajrahu ghaira annahu layanqusu min ajris-saimi syaian.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa berbuka (yakni, memberi makan untuk berbuka) pada orang yang berpuasa ada baginya seperti pahala orang yang berpusa hanya saja dianya tidak mengurangi dari pahala orang yang beruasa sesuatupun.) [Hadith at-Termidzi, di dalam Kitab Saum]
[Nota: Hadith adalah dalil bahawa sesiapa yang menjamu orang puasa berbuka, maka dia mendapat pahala seumpama pahala orang berpuasa tersebut, tanpa sedikitpun mengurangkan pahala yang didapati oleh orang yang berpuasa tersebut. Dalam Islam setiap kebaikan yang dilakukan mendapat ganjaran pahala. Dalam perkara ilmu kita diberiahu bahawa sesiapa yang mengajarkan ilmu yang benar – ilmu-al-Quran dan as-Sunnah – kepada orang lain, dan orang itu mengamalkan apa-apa ilmu yang kita ajarkan (i.e. dapati dari kita yang memberi dia tahu), maka dia mendapat pahala mengamalkan ilmu tersebut, dan dia juga mengirimkan pahala seumpama pahala yang diperolehinya, kepada kita yang memberitahu/mengajarkannya, tanpa sedikitpun menjejaskan pahala baginya sendiri. Dalam perkara menjamu orang berpuas dalam bulan Ramadhan, kita mendapat pahala sebanyak mna pahala yang didapati oleh orang yang berpuasa yang ita jamu itu, tanpa mengurangkan pahala puasanya sendiri.] 

(d) Mempersungguh di dalam Mencari Malam Qadr di dalam 10 Hari Terakhir Ramadhan 

Saudara, dalam perkara menyediakan diri dan mencari 'lailtul-qadr ini, kita teliti dua hadith, brikut:
(1) Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) mempersungguh (mengerjakan amalan dan ibadah) di dalam 10 malam terkahir pada apa-apa yang tidak mempersungguh dia di dalam sepuluh malam terakhir. [Hadith Muslim, Kitab Iktikaf]
(2) Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) ketika masuk 10 hari yang terakhir maka mengikat dia sarungnya, dan bangun dia pada malamnya dan membangunkan pada keluarganya (untuk mempersungguh beramal dan mengerjakan amalan). [Hadith Bukhari, di dalam Kitab Kefadhalan Lailatul-Qadr] 
Jazakallahu khairah






Bila puasa Ramadhan?

Assalamualaikum,
Saudara, 
hari ini 27 Jun 2013 atau bersamaan dengan  18 Sya'ban 1434H. Insya Allah umat Islam di Malaysia akan bermula berpuasa Ramadhan yang akan diumumkan oleh Kerajaan pada 10 Julai 2013. Pihak berkuasa agama Islam di Malaysia akan berkumpul untuk melihat anak bulan (hilal) Ramadhan pada 8 Julai 13. Pada senja itu telah dikira melalui ilmu astronomi bahawa anak bulan Ramadhan akan berada di ufuk Barat langit ketika nak senja selama 8 jam sahaja, maka sudah pasti tidak akan kelihatan. Anak bulan boleh dilihat dengan jelas - walaupun seketika sahaja - kalau ianya berada diufuk langit selama 16 jam atau lebih. Oleh kerana anak bulan Ramadhan tak kelihatan ketika ditengok/diteropong pada 8 Julai ini, maka dicukupkanlah bulan Sya'ban menjadi 30 hari (kerana bulan Islam adalah 29 atau 30 hari). Maka kerajaan - Pemegang Mohor Di-Raja - akan mengumumkan pada 8 Julai 13, bahawa umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 10 Julai 2013.
Selamat menyambut puasa Ramadhan. Semoga kita berjaya dalam Ramadhan kali ini mendapat kerahmatan dan diampun oleh Allah (a.w) dosa kita yang lalu kerana kita benar-benar berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan mencari kerahmatan Allah (a.w) dan diselamatkan dari azab neraka di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah

Wednesday, June 26, 2013

Ramadhan di Tanah Suci

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini tidak mudah untuk mendapat tempat untuk menunaikan haji di Mekah. Kerana begitu ramai orang yang mampu menunaikan haji sehinggakan giliran untuk menunaikan haji begitu sukar. Tidak mustahil seorang yang hanya berkesempatan diberi peluang menunaikan haji setelah umur mereka lanjut. Lebih menimbulkan rasa kehampaan apakala seorang yang berumur, katalah melebihi 70 tahun, terpaksa menunggu pula 10 lagi bari boleh menunaikan haji.
Saudara, Islam mewajibkan umatnya menunaikan haji ketika telah mampu. Namun, masih ramai orang Islam yang hanya sempat mengumpulkan wang untuk menunaikan haji setelah lanjut usia. Maka kemungkinan besar tidak dapat menunaikannya walaupun sudah diwajibkan dkerana sudah mampu. Tambahan pula hari ini ramai anak-anak muda yang faham mengenai ketetapan as-Sunnah bahawa sesiapa yang sudah mampu tapi tidak mengerjakan haji, jika mati ketika belum sempat menunaikan haji, mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah! Justeru itu, bagi generasi uda yang faham dan kini mereka mempunyai pendapatan yang lumayan mampu menyediakan wang untuk mengerjakan haji awal dalam hidua mereka. Maka yang tua terpaksa pula bersaing dengan yang muda pula. Kemungkinan besar amat sulit untuk menunaikan haji dalam situasi semasa. Namun, kalau tidak dapat menunaikan haji kerana dasar dan peraturan kerajaan, jika ditakdirkan mati belum kesempatan, Allah (a.w) itu maha mengetahui kedudukan hamba-hambaNya.
Saudara, sehubungan itu, apakah yang boleh dilakukan? Kita lihat ketetapan as-Sunnah berikut yang menyebutkan bahawa seseorang yang belum berkesempatan diberi peluang menunaikan ibadah haji, wajarlah mereka menyempatkan diri menunaikan ibadah umrah, maka terbaik adalah mereka mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya amat hebat. Bukanlah bererti bahawa seseorang tak diperlukan mengerjakan haji. Hanyalah Allah (a.w) memberikan pahala yang banyak dalam menunaikan umrah dalam buan Ramadhan.

Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah 

Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Islam menyentuk puasa wajib bulan Ramadhan. Jikalah kita tidak diberi kesempatan untuk menunaikan haji, maka ramai di kalangan umat Islam yang berusaha menunaikan ibadah Umrah. Bukan sahaja kos mengerjakn umrah itu tidak sebanyak kos mengerjakan haji, umrah memakan masa yang sengkat. Setelah memakai ikhram dan beriniat di miqat, kita hanya diperlukan mengerjakan Tawaf mengelilingi Ka'abah 7 pusingan, kemudian Sai tujuh pusingan pula, kemudian bertahlul (i.e. menggondolkan kepala atau memotong beberapa urat rambut), seelesai umrah. 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi kita dalam hadith berikut bahawa mengerjakan umrah dalam bulan puasa (Ramadhan) dianugerahkan oleh Allah (a.w) seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Demikianlah banyaknya kurniaan Allah (a.w). Dalam hadith berikut pula, betapa banyaknya pula ganjaran pahala berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan di Mekah.
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela agama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik]
Hadith di atas menyebutkan bahawa sesiapa yang berkesempatan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan di Mekah, dan dia juga istiqamah mengerjakan solat-solat sunat Terawih dan solat-solat malam yang lain, maka dia mendapat ganjaran pahala yang amat banyak. Hadith tersebut menyebutkan 6 kurniaan Allah (a.w) kepada sesiapa yang berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan di Mekah, iaitu: 

(a) Ditulis Allah (a.w) baginya seumpama dia berpuasa 100,000 bulan Ramadhan; 

(b) Dituliskan oleh Allah (a.w) pahala baginya memerdekakan seorang hamba setiap siangnya dan seorang setiap malamnya; 

(c) Dituliskan Allah (a.w) baginya setiap siangnya dia menyumbang sedekah seekor unta untuk fi sabilillah; dan 

(d) Ditulis baginya setiap siangnya dan setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan gandaan pahala Masjidil Haram, iaitu 100,000 gandaan kebaikan). 

Demikianlah pemurahnya Allah (a.w). Demikianlah keuntungan yang kita dapati sekiranya kita berkesempatan berpuasa sebulan di Mekah dalam bulan Ramadhan, dengan syarat kita dengan penuh ikhlas juga mengerjakan solat-solat sunat pada malam Ramadhan di Masjidil Haram.
Saudara, selain itu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan amat besar pahalanya pula. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘’Umratun fi Ramadhana ta’dilu hajjatan.’ (Yang bermaksud: ‘Satu umrah dalam bulan Ramadhan membandingi (yakni, sama pahalanya dengan) satu haji.) [Hadith Ibnu Majah, Kitab Manasik (Peraturan Haji)]
Umrah dalam bulan Ramadhan itu mendapat pahala sama dengan satu pahala haji. Dalam sepotong hadith lain pula disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa umrah dalam bulan Ramadhan seumpama mengerjakan haji bersama-sama Rasulallah (s.a.w). 

Mudah-mudahan kita diberikan kefadhalan rezki yang membolehkan kita mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan, insya Allah.

Jazakallahu khairah