Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas itu, kerana akhirat kita bergantung kpd kefahaman kita tentang perkara ini.
Saudara, kita beruntung berada di zaman akhir ini. Umat-umat terdahulu tak beruntung. Kerana? Kalau mereka diajarkan syariat dan risalah agama Allah (a.w) yg diwajibkan para rasul dan nabi sampaikan kpd umatnya, mereka ingkar dan menentang rasul atau nabi mereka, mereka akan mendapat siksaan kerana para nabi dan rasul mereka akan mendoakan supaya Allah (a.w) hancurkan mereka. Ini berlaku zaman Nuh (a.s) - setelah berdakwah selama 950 tahun, majoiti umat beliau tak terima, malah menghina dan mencaci beliau, maka Nuh berdoa kemusnahan umatnya. Maka banjir dunia apakala hujan turun tanpa henti-hentinya selama 8 hari 7 malam dan permukaan bumi mengeluarkan air juga tak henti-hentinya selama 8 hari 7 malam. Maka mati kesemuanya kecuali yg mau iman atau ikuti Nuh (a.s) dalam bahteranya. Demikian juga umat Nabi Saleh (a.s) yg ditiupi angin yg teramat sejuk mematikan semua orang kafir zamannya. Begitu juga zaman Musa (a.s) kerana menentang Musa (a.s), ditenggelamkan Allah (a.w) di lautan Merah ketika menyeberanginya untuk menangkap Musa (a.s) dan Bani Israil (orang iman zamannya). Umat Nabi Lut (a.s) yg melakukan hubungan seks di luar tabi'i - lesbianisma dan homseksualisma dihapuskan oleh tiga malaikat dengan menelangkupkan negerinya (sekarang the Black Sea). Hari ini ada golongan yg ingin kerajaan legalisekan hubungan transgender, homoseks dan lebianisma di Malaysia. Andainya kerajaan setujui, kerana kerajaan tak indahkan ketetapan Allah (a.w), tetap mereka yg terlibat dalam perkara kemaksiatan tersebut selamat. Kerana apa?
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam sampai akhir zaman kekal ditangguhkan siksaan terhadap kesemua dosa mereka sehingga kiamat, dan di akhirat akan dibalas segala kemungkaran dan dosa mereka. Kerana memandang jauh kedepan dan kasihkan manusia, Rasulallah (s.a.w) sahaja yg tidak mendoakan kehancuran kpd umatnya walaupun menentang Allah (a.w). Kerana kebijaksanaan beliau. Dan, Allah (a.w) perkenankan permintaan Rasulallah (s.a.w) tersebut, bagi membolehkan umatnya kembali kpd Allah (a.w) - yg tak Islam masuk Islam, yg Islam dan berdosa bertaubat, dan yg Islam tapi anuti Islam yg silap, kembali kpd Islam yg benar (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) dan yg lupa menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Allah (a.w) boleh kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, jagan lepaskan peluang untuk masuk Islam, jadi orang Islam yg terpandu dan perbetulkan keIslaman kita dgn mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah, fahami dan amalkan mengikut spesifikasi Rasulallah (s.a.w), i.e. as-Sunnah. Di dalam ayat di bawah ini pula Allah (a.w) memerintahkan bahawa Rasulallah (s.a.w) hendaklah ditaati dan diikuti, yakni, hendaklah ditaati segala sesuatu yang diperintah atau disuruhnya dan tinggalkan segala yang ditegah atau dilarangnya. Tujuan Rasul diutuskan adalah untuk ditaati oleh manusia, terutama mereka yang mengakui diri mereka Islam:
Firman Allah (a.w):'Wama arsalna mir-rasulin illa liyuta’al bi-iznillahi.' [Yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) utuskan seorang Rasul kecuali supaya ditaati dengan izin Allah (a.w)] [Ayat 64, Surah an-Nisa’]
Di dalam ayat di atas Allah (a.w) memerintah kita supaya taatkan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) telah memberi pengiktirafan kepada Rasulallah (s.a.w) pula di dalam ayat berikut ini, iaitu jika manusia mentaati beliau bererti manusia itu mentaati Allah (a.w). Sebaliknya, sesiapa yang mengingkarinya maka mereka mengingkari Allah (a.w). Jika demikian, sebagai seorang Islam hendaklah dia sentiasa akur dengan perintah dan suruhan serta larangan atau tegahan Rasulallah (s.a.w).
Apakah yang disuruh atau diperintah dan apakah yang ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w)? Bagaimanakah kita tahu perintah dan suruhan serta tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) sudah tiada lagi bersama kita?
Kita perlu mencari (yakni, meneliti dan belajar) segala perintah dan suruhan serta tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w) supaya membolehkan kita mentaati beliau. Dalam kejahilan atau tanpa ilmu, tak mungkin kita tahu dan tak mungkin kita dapat menilai sejauh manakah kita taat atau kita engkar. Sebagai seorang Islam kita tidak diajarkan oleh ibu bapa, para ulama’ dan cerdik pandai Islam, segala perintah dan suruhan serta segala tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w) itu! Selain apa yang terdapat di dalam al-Quran, kita wajib mencari pula melalui sumber lain mengenai perintah dan tegahan yang datangnya dari Rasulallah (s.a.w) pula. Malangnya, sekarang ini, mungkin kerana kejahilan umat Islam itu atau kerana pertimbangan-pertimbangan lain, ramai umat Islam tidak patuh dan taat, malah dalam diam-diam atau tanpa disedari tidak mengendahkan atau ambil peduli perintah dan suruhan serta tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w).

[Nota: Sebahagian daripada amalan atau ibadat yang menunjukkan umat Islam itu tidak ikut perintah Allah (a.w) dan RasulNya adalah disebutkan sebagai contoh dalam blog ini. Antaranya: membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh. Membaca kalimah-kalimah tambahan dalam Tasbih Rukuk dan Sujud, membaca Yaasin beramai-ramai, berzikir beramai-ramai, mensolatkan secara jema'ah solat-solat sunat yg tidak dijema'ajhkan oleh Rasulallah (s.a.w), menyanyi-menyanyi melagukan kalimah-kalimah al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dan sebagainya.]
Allah (a.w) berfirman: ‘Mai-yuti’ir-rasula faqad ato’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w)’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Berpandukan ayat ini, jika kita jahil tentang suruhan dan perintah serta tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w), besar kemungkinan kita, tanpa sengaja atau dalam kejahilan, telah derhaka terhadap Allah (a.w)! Ayat ini, yang telahpun kita rujuk di atas, memberikan nas dan dalil bahawa taraf perintah Rasulallah (s.a.w) itu sama dengan perintah Allah (a.w). Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w), bukanlah perintah atau suruhan peribadinya. Tetapi, jika kita jahil mengenai perintah dan suruhan serta tegahan dan larangan Rasulallah (s.a.w) itu sudah pasti kita ingkar atau derhaka terhadap Allah (a.w). Justeru itu wajib kita mendapatkan ilmu mengenainya supaya kita pasti tidak mengingkari Rasulallah (s.a.w) dan dengan kerana itu kita tidak mengingkari Allah (a.w).
Perintah Allah (a.w) dalam Ayat 80, Surah an-Nisa di atas itu memang jelas. Umat Islam wajib mengikuti as-Sunnah atau ketetapan al-Hadith dalam segala sesuatu, terutama dalam urusan amalan dan ibadah. Untuk lebih jelas dan bagi menunjukkan taraf perintah itu sama, Rasulallah (s.a.w) sendiri membuat deklarasi melalui hadithnya di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’[Hadith Bukhari]
Hadith di atas itu adalah penting dalam beberapa segi, termasuklah memberikan nas dan dalil yang haq mengenai hubungan antara rakyat dengan pemimpin dalam sistem syariat Islam: Pertama, Hadith ini menunjukkan taraf al-Hadith sama dengan taraf al-Quran dari segi ketetapan syariat Islam, kerana ia mengulangi perintah Allah (a.w) di dalam al-Quran (Ayat 80, Surah an-Nisa); Kedua, Jelas wujud persamaan antara perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya (yakni, perintah Rasulallah (s.a.w) juga adalah sebahagian daripada perintah Allah (a.w)); Ketiga, Pada bahagian kedua hadith ini menyebutkan perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa pemerintah atau pemimpin (atau amir atau imam) yang dilantik untuk mentadbirkan umat atau jemaah Islam itu hendaklah dipatuhi perintahnya; dan Keempat, Mematuhi perintah pemimpin seumpama mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) sendiri.
Tugas Rasulallah (s.a.w) adalah menyampaikan segala sesuatu yang diperintah oleh Allah (a.w) disampaikan dalam bentuk perintah dan suruhan serta tegahan dan larangan. Dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut, Rasulallah (s.a.w) bukanlah bertanggung jawab terhadap manusia. Terpulanglah kepada manusia membuat pilihan, jika taat dan patuh dibalas dengan syurga dan jika engkar dibalas dengan azab di neraka kelak:

[Nota: Firman Allah (a.w) adalah nas dan dalil al-Quran bahawa orang Islam wajib terima dan amalkan ketetapan al-Hadith atau as-Sunnah. Kita telahpun lihat ketetapan Allah (a.w) dalam urusan 'berjema'ah' dalam Islam. Kita telah teliti beberapa nas dan dalil yg fundamental apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman yang cukup tentang hakikat berjema’ah dan kepimpinan dalam Islam itu amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat dan Ayat 13 Surah an-Nisa’ tersebu. Di dalam hadith-hadith lain disebutkan bahwa pemerintah atau amir atau imam umat Islam itu dipatuhi segala perintahnya selain perintah yang bertentangan dengan syariat Islam atau apabila diperintahnya membuat maksiat terhadap Allah (a.w) atau melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam.]
Al-Quran menentukan apa yang wajar dilakukan oleh manusia dan apa yang tidak wajar dilakukan oleh mereka. Rasulallah (s.a.w) menyampaikan isi al-Quran yang mengandungi peringaran-peringatan tentang khabar gembira (iaitu, balasan jika taat mendapat syurga) dan khabar dukacita atau ancaman menakutkan (iaitu, jika engkar mereka diazab di neraka). Tertakluk kepada ketetapan tersebut, manusia bebas membuat pilihan sendiri:
Firman Allah (a.w): 'Wama arsalnaka illa mubasyiran wa naziran ...) [Yg bermaksud: ‘Dan tiadalah mengutus Aku (Allah (a.w)) akan engkau (Muhammad (s.a.w) kepada manusia dan jinn) kecuali untuk memberi khabar gembira (yakni, memberitahu mereka bahawa jika mereka Islam dan taat mereka akan Allah (a.w) dan RasulNya, mendapat balasan syurga) dan khabar ancaman (atau dukacita) (yakni, jika mereka tidak Islam, engkar dan tidak patuhi perintah dan suruhan serta larangan Allah (a.w) dan RasulNya, akan mendapat balasan seksaan dalam neraka).’ [Ayat 56, Surah al-Furqan]
Di dalam ayat ini diulangi sekali lagi misi Rasulallah (s.a.w) itu. Rasulallah (s.a.w) itu hanyalah menyampai, memberitahu serta menjelaskan kepada manusia perintah Allah (a.w) dan menyuruh mereka taat dan patuh. Jika tidak patuh, bukanlah tugasnya untuk mengawal manusia supaya mematuhinya. Manusia diberikan ilmu dan dikurniakan Allah (a.w) akal dan fikiran, maka hendaklah dia memilih sendiri. Apabila membuat pilihan, manusia bertanggung jawab terhadap pilihan mereka buat. Manusia itu diberitahu awal-awal lagi akibat pilihan mereka. Hukumannya jelas iaitu sesiapa yang derhaka, yakni engkar atau tidak ikut perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya, balasannya neraka jahanam di akhirat kelak. Yang patuh mendapat syurga. Ini adalah sebahagian Rukun Iman, percayakan balasan syurga dan neraka apabila dibangkitkan semula selepas Qiamat dunia.
Firman Allah (a.w): 'Illa balagham-minallahi warisalatihi; wamai ya’sillaha warasulahu fainna lahu nara jahannama khalidina fiha abadan.' [Yg bermaksud: ‘Katakanlah (Ya Muhammad (s.a.w)) bahawa aku (yakni, tugasku) hanyalah menyampaikan (keterangan dan perintah) dari Allah (a.w) dan (aku) (memikul tanggungjawab sebagai) utusanNya (yakni, penyampaikan khabar gembira mendapat syurga dan ancaman dukacita dibalas dengan seksaan di neraka), dan barangsiapa yang derhaka kepada Allah (a.w) (maksud, tidak ikuti al-Quran) dan RasulNya (maksud, tidak ikuti as-Sunnah), maka sesungguhnya bagi mereka (disediakan) neraka jahannam (untuk mereka disksa di dalamnya) kekal mereka di dalamnya selama-lamanya.] [Ayat 23, Surah al-Jinn]
Ayat ini jelas memberikan hukuman mereka yang engkar akan Rasulallah (s.a.w) – iaitu tidak akan masuk syurga dan akan dicampakkan ke dalam neraka! Semua umat Islam wajib ambil peringatan bahawa tidak taatkan Rasulallah (s.a.w) akan masuk neraka dan tidak mendapat syurga! Di sini jelas apabila disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) maka seseorang yang mengakui dirinya Islam dan beriman itu hendaklah patuh dan taat. Tidak boleh engkar. Jika engkar dibalas dengan siksaan dalam neraka. Soalnya, mengapakan manusia, termasuk para ulama’ dan ilmuwan Islam, masih berdegil membuat sesuatu yang tidak disuruh dan meninggalkan apa-apa yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w)?
[Nota: Segala sesuatu di dalam dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat mempunyai dimensi ‘ghaib’. Yang berbentuk fisikal dapat dilihat manusia dan yang bersifat ‘ghaib’ manusia tidak mungkin dapat lihat dan mengetahui. Maka dengan itulah manusia itu lebih cenderung kepada perkara yang mereka boleh nampak dan tidak mengendahkan perkara-perkara ‘ghaib’, terutama Allah (a.w). Taatkan perintah mendapat ganjaran pahala yang bersifat ghaib, kerana belum dapat dilihat dan dengan itu tidak dapat dinilai nilainya. Dalam alam dunia sesuatu yang boleh dilihat lebih menarik minat manusia. Seseorang yang dapat ‘melihat’ yang ‘ghaib’ melalui hatinya dan fikirannya akan yakin dan patuh dengan perintah Allah (a.w) dan RasulNYa.
Pahala itu ghaib - maksudnya disimpan oleh Allah (a.w) utnuk diberikan di akhirat, bukan semasa di dunia. Kalau diserahkan kpd kita di dunia nak letak pahala itu kat mana? Contoh: Kalau kita habiskan masa sedikit masa pagi hari atau petang hari untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita diberi gajaran pahala brnilai seumpama nila dunia dan isinya! Mana nak kita letakkan kalau diberi edemikian banyaknya? Maka segala pahala akan diberikan di akhirat bilamana 'taman-taman syurga' itu luasa beberap kali ganda dunia dan langit!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment