Monday, January 14, 2013

Manusia, Allah dan Akhirat

Assalamualaikum, 
Saudara, sudah hampir dua minggu kita berada di dalam tahun baru Masihi 2013. Maksudnya, kebanyakan manusia 'back to business as usual' - mereka kembali menjalani kehidupan seharian mereka secara normal, tanpa menyedari bahawa ajal mereka setahun lagi hampir sampai, dan umurnya setahun lagi sudah diambil, maka mereka adalah menghampiri kematian mereka setahun pula. Jelasnya, setiap kita telah mengambil ansuran nyawa kita setahun lagi atau sudah digunakan setahun lagi, dan bakinya kurang setahun lagi. 
Saudara, mungkin tidak terlewat kalau kita sedari beberapa hakikat yang secara langsung melibatkan diri kita dan penghujung sejarah hidup kita. Malah, semua manusia, termasuk mereka yang tidak Islam - mereka yang ingin menggunakan nama 'Allah' sebagai nama tuhan mereka, supaya mereka benar-benar faham. Takda gunanya bagi manusia menginginkan pengiktirafan nama 'Allah' pada tuhan mereka - kalau mereka sebenarnya tidak menepati apa yang kita sebutkan di bawah ini - Islam maupun tak Islam. Kita rumuskan apa yang kita telah diberitahu setakat ini.

Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) dan Manusia 

Setiap manusia - Islam ataupun tak Islam - wajib fahami beberapa hakikat yang haq atau benar. Pertama, Allah (a.w) itu Tuhan alam semesta, dunia dan selepasnya, i.e. apabila kiamat dunia. Allah (a.w) itu tuhan semua manusia (dan jin). Manusia itu adalah hambaNya. Allah (a.w) itu wujud dalam alam yang ghaib, yakni tiada siapa melihat dan mengetahui sifat-sifatnya selain sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah (a.w) sendiri di dalam al-Quran. Atau, sifat-sifat yang diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu yang disampaikan kepada kita, manusia - as-Sunnah atau al-Hadith. Apa-apa sifat yang dibayangkan oleh manusia hanyalah persangkaan dan angan-angan mereka, maka semuanya itu adalah pembohongan dan tidak benar. Antara sifat-sifat Allah (a.w) yang diberitahu sendiri oleh Allah (a.w) dan beritahu oleh Utusannya adalah nama-nama Allah Aja Wajal (a.w), iaitu Asmaul Husna. Nama-nama tersebut menunjukkan kekuasaan Allah (a.w) dalam 99 perspektif. Tapi bukan terhad kepada 99 perspektif tersebut sahaja. Tuhan, Allah (a.w), itu wujud sebelum wujudnya tujuh lapis langit dan bumi dan segala makhluk di dalamnya, hakikat al-Auwalu. Dan, Allah (a.w) juga bersifat al-Akhiru apabila semua yang ada di dunia dan di langit musnah, yakni apabila Qiamat dunia, Allah (a.w) tetap kekal. Allah (a.w) menjadikan manusia yang pertama, Nabi Adam (a.s), kemudian isterinya, Hawa (a.s), dari tulang rusuk Adam. Kemudian Allah (a.w) mengembangkan manusia melalui hubungan kedua ibu bapanya - pensenyawaan air mani dan benih wanita.
Kedua, Allah (a.w) memiliki kuasa yang sebenarnya, kerana walau apapun berlaku kepada dunia dan manusia, Allah (a.w) kekal hidup. Kerana semua yang telah, sedang dan akan berlaku atau terjadi, semuanya diatas izin atau kehendak Allah (a.w). Yang membezakan keimanan di kalangan manusia adalah keyakinan mereka tentang kewujudan Allah (a.w) dan alam ghaib, berpandukan ilmu yang mereka ada. Justeru itu, manusia yang didedahkan, diajarkan dan memahami ilmu yang haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - ilmu yang disampaikan kepada manusia daripada Allah (a.w) melalui utusan-utusan Allah (a.w) semenjak manusia pertama Adam (a.s) dan isterinya, Hawa (a.s), akan faham perbezaan siapa yang Islam dan siapa yang tidak Islam dan siapa yang Islam tetapi batil Islam mereka. Manusia yang tidak mempercayai para rasul dan para nabi, pastilah tidak  percaya kepada Allah (a.w). [Nota: Kalau tak percaya dengan kewujudan dan sifat-sifat Allah (a.w), mereka tak berhak gunakan nama 'Allah (a.w)' untuk menamakan tuhan mereka]. Manusia tidak mungkin Islam apabila mereka percaya kepada pandangan manusia bahawa manusia itu wujud melalui proses evolusi, iaitu pendapat manusia, seumpama Charles Darwin (melalui karangannya ‘The origin of the Species’). 
Ketiga, Allah (a.w) melantik manusia pilihanNya untuk menjadi Utusan = Rasul bagi menyampaikan agamaNya, Islam, syariat agama yang ditetapkan olehNya, mengandungi perintahNyadan laranganNya, dalam semua perkara, terhadap hambaNya, manusia (dan jin). Rasulallah (s.a.w) adalah orang perantaraan antara manusia dengan Tuhan mereka, Allah (a.w). Perintah Allah (a.w) itu disampaikan melalui wahyu dan melalui perantaraan Jibril (a.s), ketua atau penghulu kepada semua malaikat, yang membawakan wahyu Allah (a.w) kepada para rasul dan nabi yang dilantik llah (a.w), semenjak zaman Adam (a.s). Malaikat adalah makhluk Allah (a.w) yang tidak makan dan tidak minum dan sentiasa taat kepadaNya dan menjalankan segala perintahNya tanpa soal.[Nota: Allah (a.w) itu maha agung dan maha mulia, maha suci, dan sifat-sifat selainnya, maka tak layak bagi manusia diberi peluang melihatNya, kecualilah manusia yang berjaya menjadi penghuni syurga kelak akan diberi peluang tersebut. Para rasul dan para nabipun tidak diberi peluang melihat wajah Allah (a.w). Musa (a.s) tidak melihat Allah (a.w), dia bercaka-cakap dengan Allah (a.w), dan hanya diber kesempatan melihat suatu jelmaa/n kekuasaan Allah (a.w) berupa api di kaki gunung Sina.]
Keempat, manusia semua zaman dan semua bangsa dan keturunan itu, wajib faham bahawa agama yang Allah (a.w) ridha atau terima adalah Islam, agama yang dibawakan oleh para rasul dan para nabi semenjak zaman Adam (a.w). Bezanya, syariat agama Allah (a.w) itu adalah ditentuakan oleh Allah (a.w) untuk kaum zaman tersebut. Hanyalah, setelah Muhammad (s.a.w) diangkat menjadi Rasul, maka agama Islam itu telah disempurnakan untuk semua manusia dan semua zaman. Maka dengan itu Muhammad (s.a.w) itu Rasulallah terakhir datau Nabi penamat atau penutup, tiada nabi atau Rasul atau utusan setelah wafat beliau. Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan Allah (a.w) kepada semua bangsa dan semua zaman sebagaimana al-Quran itu adalah panduan hidup semua manusia dan semua zaman. Hakikatnya, apakala Isa (a.s) diutus sebagai Rasulallah dengan membawa Kitab Injil kepada umat beliau, maka syariat agama Allah (a.w) yang dibawakan oleh Musa (a.s) dan kitab panduan hidup umat Musa (a.s), Kitab Taurat, dimansuhkan dan digantikan dengan syariat atau peraturan dalam Kitab Injil. Demikian jugalah, selepas Nabi Isa (a.w) diangkat ke langit, maka syariat agama Allah (a.w) itu dibawakan atau disampaikan kepada manusia (dan jin) oleh Rasulallah (s.a.w) yang dilantik sebagai utusan penamat Allah (a.w) membawakan kitab al-Quran, menggantikannya. Maka syariat agama yang diasaskan atakepada Kitab Injil secara otomatis termansuh atau dimansuhkan, dan digantian oleh al-Quran dan panduan praktikalnya adalah Muhammad (s.a.w) yang mewariskan kita as-Sunnah atau al-Hadith. Justeru itu, syariat agama selain Islam itu adalah agama yang batil. Sesiapa yang tidak menerima Islam dikelompokkan sebagai musyrik atau kafir – tidak mahu terima Allah (a.w) sebagai tuhan mereka. Tidak menerima Allah (a.w) sebagai tuhan yang esa, tidak menerima hakikat Muhammad (s.a.w) adalah Rasul terakhir dan tidak menerima al-Quran adalah orang-orang yang akan menjadi penghuni neraka setelah kiamat dunia keak. [Nota: Orang yang tak mahu terima keEsaan Allah (a.w) dan tak mengakui Muhammad (s.a.w) Utusan Allah (a.w), tidak berhak mengambil kalimah 'Allah (a.w)' sebagai nama tuhan mereka]. Jelasnya, sesiapa yang menerima Islam sebagai agama dan panduan hidup mereka di dunia, ada peluang untuk masuk syurga. Kalau manusia itu menganuti agama selain Islam – apa jua bentuknya dan cara serta kaedah penyembahan mereka – maka mereka akan masuk neraka, dan sekali-kali tidak akan masuk syurga. Kerana, Allah (a.w) terima hanya Islam sebagai agama untuk manusia! Justeru itu, walau bagaimana sekalipun kejayaan mereka ketika di dunia, walau bagaimanapun kebaikan mereka sebagai manusia, di akhirat mereka pasti rugi, kerana menjadi penghuni neraka. Mereka tidak mungkin akan dapat masuk syurga. 
Kelima, orang yang menerima agama Allah (a.w) = Islam, dan mengamalkan syariat agama Islam menepati apa yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasul UtusanNya, dan dilaksanakan segala amalan dan ibadah tersebut, menepati apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), mereka dijanjikan mendapat syurga dan pasti selamat dari neraka. Sebaliknya, kalau Islam sekalipun, tetapi melanggar larangan Allah (a.w) dan RasulNya, pasti masuk neraka, walaupun dia orang yang terbaik di dunia sebagai manusia! Kalau wujud sebensar zarah atau habuk dalam hati kecilnya bahawa Allah (a.w) itu tuhan yang esa dan tuhan manusia, tuahn semesta alam, maka setelah dibersihkan dari dosa-dosa kerana pelanggaran tersebut, kecualilah ditobatkan dan taubat kita diterima Allah (a.w), akan  berpeluang dapat syurga akhirnya. Allah (a.w) dan RasulNya memberitahu pelbagai tegahan dan suruhan. Suruhan dikerjakan sekuat mampu, namun tegahan hendaklah jangan sekali-kali dibuat atau dilanggar. Kalau, seseorang yang Islam melanggar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasul utusanNya, maka dia menzalimi diri mereka sendiri – maksudnya mendapat dosa. Dan, setiap dosa itu, jika tidak diampuni oleh Allah (a.w) maka pastilah diazab dalam neraka, walaupun dia Islam. Kalau timbangan dosa orang Islam itu berat dari timbangan pahala kebaikannya di dunia, maka dia pasti dimasukkan ke dalam neraka terlebih dahulu untuk disucikan atau dibersihkan, kemudian barulah dia dapat masuk syurga. [Nota: Kalau tak Islam tidak akan dibersihkan, kekal dalam neraka].
Keenam, Islam dan syariatnya itu diperjelaskan dan dicontohkan oleh utusan Allah (a.w), yakni Rasulallah (s.a.w). Sekiranya seseorang Islam yang mengakui dirinya Islam tetapi beramal dan mengerjakan ibadah yang tidak sejajar dengan apa yang ditunjukkan atau dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w), maka Islamnya batal dan segala amalan dan ibadahnya batil. Tidak diterima Allah (a.w) amal ibadahnya. Di akhirat kelak mereka adalah tergolong dikalangan orang yang rugi, kerana segala amalan dan ibadahnya, termasuklah segala amal makrufnya, tidak diterima Allah (a.w), maka tiada pahala diberikan. Apabila ditimbang dosa pahala di akhirat kelak, mereka akan dapati dosanya begitu banyak, tetapi dia muflis, kerana tiada pahala sedikitpun. Maksudnya, catatan dalam Kitab Catatan Amalan mereka adalah kosong dalam konteks pahala, tetapi penuh dengan dosa. Kerana dosa tetap dosa, pahala kalau menepati speks yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Maka dengan itulah orang Islam itu wajib mengaji dan belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya supaya mereka beramal dengan ilmu, faham ketetapan dan tuntutan Islam, dan melaksanakan tuntutan Allah (a.w) menepati ketetapan Allah (a.w) mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Hanya dengan ilmu yang benar sahaja, segala amalan dan ibadah kita diterima dan diberi pahala. 
Ketujuh, setiap manusia itu – sama ada dia Islam ataupun tidak – wajib faham bahawa mereka mendapat nikmat yang tidak sedikit – tidakpun boleh dihitung – dari Allah (a.w). Nikmat diberikan peluang lahir di dunia dan hidup di dunia sehingga tiba ajal matinya. Kemudian Allah (a.w) kurniakan pelbagai nikmat - termasuk nikmat otak yang boleh berfikir, menerima ilmu dan memandu hidup sebagai manusia bukan sebagai haiwan -  wajib mensyukuri nikmat tersebut. Maka sebagai mensyukuri nikmat tersebut, wajib manusia itu anuti Islam sebagai agamanya, maka Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya mentaatiNya dan mentaati UtusanNya, Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, manusia yang tidak Islam dikira tidak mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah (a.w_ sepanjang hidupnya, maka kafir dia, maka nerakalah tempatnya. Kalau Islam, tetapi mengketepikan perintah Allah (a.w) dan perintah RasulNya, maka mereka juga tidak dikira mensyukuri nikmat Allah (a.w), maka akan disiksa kerana keengkara mereka mematuhi perintah Allah (a.w). Tapi, kerana aqidah tauhidnya, maka akhirnya kelak akan dapat masuk syurga juga, setelah dibersihkan dalam neraka. Kehidupan itu dan segala sesuatu yang manusia mendapat manfaat dari kehidupannya, adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah (a.w). Sebagai mensyukuri nikmat tersebut, manusia wajib melakukan segala sesuatu yang disuruhNya dan meninggalkan segala sesuatu yang ditegahNya. Jika engkar maka mereka tidak bersyukur kepada Allah (a.w). Maka wajib mendapat siksaan di akhirat kelak. 
Kedelapan, manifestasi pengabdian manusia yang Islam terhadap Allah (a.w) adalah melalui amalan dan ibadah harian ataupun berkala, yang wajib dengan sandaran niat yang betul dan dengan panduan yang betul, i.e. panduan al-Quran dan as-Sunnah. Niat adalah kerana mencari atau mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (= mencari syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. selamat dari neraka). Ibadah dan amalan yang sunat termasuk amal makruf yang dikerjakan oleh mereka, adalah tanda dan bukti kesyukuran mereka terhadap Allah (a.w). Dan, sebagai membalas kembali segala nikmat yang diterimanya sepanjang hayatnya di dunia. Sama ada manusia itu Islam ataupun tidak dan samada manusia itu mensyukuri nikmat atau tidak, Allah (a.w) tetap memberi rezki kepada manusia atas kadar yang telah ditetapkan kerana sifat ar-Rahman Allah (a.w), tetapi jika tidak Islam segala amalan dan ibadah dan segala kebaikan tidak mendapat ganjaran pahala atau tidak diakui oleh Allah (a.w), apabila mati mereka dimasukkan ke dalam neraka. Kebajikan akhirat, ditentukan oleh sifat ar-Rahim Allah (a.w), sifat itu hanya memanfaatkan orang yang Islam, yakni mereka yang Islam dan akui Allah (a.w) itu tuhan mereka dan Rasulallah (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w) yang menyampaikan agama Allah (a.w) dan syariatnya. Atas sifat Rahim itulah Allah (a.w) hanya menolong mereka yang Islam. Bukan setakat Islam. Orang Islam yang beramal dan beribadah menepati etetapan al-Quran dan as-Sunnah. Orang kafir dan orang yang berpura-pura Islam (munafiq) dan orang Islam yang ‘sesat’, yakni tidak mengerjakan amal ibadah menepati perintah Allah (a.w) dan RasuNya, tidak akan disayangi oleh Allah (a.w) sedikitpun. Maka mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. [Nota: Orang yang akui diri mereka Islam wajar faham hakikat ini, segala amalan dan ibadah hanya ada nilai kalau menepati apa yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah].
Kesembilan, manusia yang Islam itu menjalani kehidupan dalam dunianya berpandukan kepada perintah Allah (a.w), iaitu ‘taatkan Allah (a.w)’ (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’ (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), berjema'ah dalam Islam dan taatkan 'ulil amri' selagi 'uil amri' tidak perintahkan suatu yang maksiat. Dalam mengerjakan amal ibadah dan segala amal makruf atau amal soleh, manusia Muslim itu diwajibkan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan mereka juga diwajibkan berjemaah. Maka dengan itu, mereka wajib ‘taatkan ulil amri’ mereka. Ulil amri sewajarnyalah mentadbiruruskan jemaah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Tiada panduan lain. [Nota: Sah keIslaman seseorang Islam itu jika dimenjalani kehidupannya mengerjakan amalan dan ibadah menepati as-Sunnah dan dia dalam masa yang sama berjema'ah. Jika kurang salah satu dari dua ini, kekal belum diakui Islam yang sah.]
Kesepuluh, semua manusia akan mati setelah habis tempoh yang ditetapkan oleh Allah (a.w) baginya – kadar umurnya = ajalnya – dan, tertakluk kepada samada dia Islam atau tidak. Kalau manusia itu tidak Islam, maka ketika menjalani kehudpan di alam barzah = dalam kubur akan disiksa sampailah tibanya kiamat. Kemudian, setelah kiamat dunia akan dihalau masuk neraka pula, dan disana kekal selama-lamanya. Dan, jika mereka Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan menerima ganjaran pahala kerana sah segala amal soleh mereka. Kalau Islam tetapi mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, semua amalan dan ibadah serta amal makruf, tak berguna untuk akhirat mereka. Maka disiksa dalam kubur dan di akhirat dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan, sebelum diberi peluang masuk syurga. Ada dua saja kesudahan manusia setelah matinya di akhirat kelak iaitu baik amalannya masuk syurga dan buruk amalannya masuk neraka. Yang berjaya masuk syurga hanyalah mereka yang Islam yang menepati ketetapan keIslaman yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu mereka yang menepati ciri-ciri atau spesifikasi Islam ‘as-sunnah wal-jamaah’ – taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran), taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), taatkan ‘ulil amri’ (yakni, kepimpinan) jemaah mereka, dan berada dalam jemaah Islam (iaitu ahli as-sunnah wal-jamaah). Ketaatan itu merujuk kepada melakukan segala yang disuruh sekuat mampu dan meninggalkan segala larangan. 
Kesebelas, dunia ini akan qiamat dan manusia akan dibangkitkan dan berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing. Di dalam Kitab itu kesemua amalan mereka semasa didunia tertulis dan dikelompokkan sebagai amalan yang mendatangkan pahala atau dosa. Jika amalan kebaikan mengatasi amalan keburukan semasa di dunia, maka Kitab diberikan di sebelah kanan. Mereka ini adalah golongan yang berjaya mendapat syurga. Jika sebaliknya mereka menerima Kitab di sebelah kiri. Mereka ini adalah yang gagal dan akan masuk neraka. Sesiapa yang tidak Islam, yakni tidak mengakui Allah (a.w), Tuhan mereka yang esa, dan Muhammad (s.a.w), Rasul atau Utusan Allah (a.w) kepada manusia, tidak Islam, maka akan masuk neraka secara otomatis, tanpa diberikan Kitab. Orang yang syirik, yakni mengakui ada tuhan selain Allah (a.w) atau ada anak isteri, atau ada kuasa ketuhanan selain Allah (a.w), akan masuk neraka. [Nota: Orang yang sedemikian itu tidak berhak menamakan tuhan mereka 'Allah']. Mereka yang berpura-pura Islam, iaitu orang munafiq, juga akan masuk neraka. Mereka ini berada di bahagian terkebawah jurang neraka, lebih hina dari mereka yang musyrik dan kafir. Orang yang akaui dirinya Islam tetapi tidak mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, atau melakukan dosa, yang tidak ditobatkan dan tidak diampun Allah (a.w) dosa dan kesalahannya, juga akan masuk nereka menjalani hukuman untuk menghakis dosa-dosanya. Atau, mereka mengerjakan amalan dan ibadah tetapi tidak sejajar dengan ketetapan-ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah (i.e. hadith) – segala sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) – mereka juga akan masuk nerak. Sebab? Semua amalan dan ibadah dan amal mkruf atau amal soleh tak diiktiraf oleh Allah (a.w), maka batil, tak berguna. Orang Islam yang rugi di akhirat.
Keduabelas, manusia yang mengakui dirinya Islam – yakni yakin mereka bahawa Allah (a.w) yang ghaib itu Tuhan mereka yang Esa dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan atau Rasul Allah (a.w) untuk memimpin mereka dalam Islam, akan mendapat syurga, setelah dibersihkan dari dosa akibat perbuatan buruk atau dosa ketika mereka berada di dunia. Jelasnya, semua orang Islam, yang berdosa, akan masuk neraka dahulu kecuali mereka yang tidak berdosa. Segala dosa melayakkan mereka yang melakukannya disiksa dalam neraka untuk sesuatu tempoh yang lamanya hanya Allah (a.w) yang tahu dan menentukan. Dosa hanya terampun dengan kehendak Allah (a.w) apabila manusia memohon keampunan dari Allah (a.w), yakni, mereka bertaubat, dan Allah (a.w) berhaq menerima taubat manusia atau sebaliknya. Namun, Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa Dia adalah Zat yang Maha Memberi Ampun. Jika dosa kita tidak diampunkan Allah (a.w), tetap melalui tempoh siksaan dalam neraka. Namun, mereka yang yakin dengan kewujudan Allah (a.w) dan mengakui dalam hati kecilnya bahawa Allah (a.w) adalah Tuhan mereka yang esa, mereka akan mendapat syurga akhirnya
Ketigabelas, Allah (a.w) memberitahu umat Islam bahawa syurga itu hanya boleh didapati melalui amalan dan ibadah yang ditetapkan. Kalau seseorang itu Islam tetapi mengabaikan perintah dan suruhan dan mengamalkan amalan dan ibadah yang ditetapkan berlainan dari spesifikasi yang ditetapkan, maka mereka juga akan masuk neraka, dan tidak mendapat syugra, kecualilah akhirnya kelak, setelah dibersihkan dari dosa-dosanya, barulah mereka dibenarkan masuk syurga. Justeru itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umatnya bahawa di akhir zaman kelak akan wujud 73 jenis Islam, tetapi 72 jenis Islam itu gagal mendapat syurga, sebaliknya masuk nereka, kecua satu golongan umat Islam iaitu mereka yang berpandukan sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan mereka pada masa yang sama anuti Islam secara berjemaah. Kalau tidak berjema’ah batal Islamnya. Atau, tidak diakui keIslaman mereka. Kalau tidak berpandukan as-Sunnah masa batal segala amalan dan ibadahnya, manakala segala pelanggaaran terhadap ketetapan Allah (a.w) menimbulkan dosa baginya pula.
[Nota: Orang yang tidak  beragama itu adalah mereka yang sama dengan mereka yang menggolongkan diri mereka sebagai 'purist', 'naturist' atau athiests' spt Darwin yang yakin segala sesuatu wujud dengan sendiriny atau melalui evolusi. ‘ulil amri’ iaitu pemimpin (dan golongan ulama' yang menasihatkan kepimpinan hal ehwal agama Islam dan tuntutannya) yang mentadbiruruskan jemaah mereka. Konsep ‘ulil amri’ ini telahpun diperjelaskan  dalam Blog ini. Konsep ‘as-sunnah wal-jamaah’ ini akan kita huraikan dengan terperinci dalam Blog ini. Kebanyakan para ualama' arus perdana tidak menerima beberapa hakikat ketetapan Islam, antaranya, kewajipan berjema'ah dalam Islam, kebatilan semua jenis pembaharuan dalam urusan atau perkara agama (=bid'ah), tentang perintah Allah (a.w) supata umat Islam jangan berfirqah atau menubukan perkumpulan terasing dalam agama, kerana segala sesuatu peraturan agama itu hendaklah didasarkan kepada etetapan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata. Maka dengan itu kita diberitahu bahawa daripada 1,000 manusia yg berkesempatan hidup di dunia semenjak zaman Adam (a.s) sampailah kiamat dunia, hanya seorang yang dapat syurga, dan separuh dari yang masuk syurga itu adalah umat Muhammad (s.a.w). Dan, kita diberitahu bahawa di kalangan umat Muhammad (s.a.w) hanya satu daripada 73 golongan Islam yang dapat syurga, manakala, majoriti, 72/73 masuk neraka walaupun Islam! Antara sebabnya - tak terima syariat Islam yang menepati as-Sunnah, berjema'ah dalam Islam, mengamalkan beberapa perkara yang membatalkan keIslaman mereka, spt mengamalkan Islam yang dicampuradukkan dengan perkara-perkara yang syirik, tahyul, kurafat dan bid'ah. Syurga itu mudah didapati kalau kita faham Islam.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment