Friday, January 11, 2013

Sinario Akhir Zaman

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini har Jum'at - hari Jum'atlah akan berlakunya kiamat dunia. Apabila malaikat Israfil (a.s) meniukan sangkala kali pertama, pada hari Jum'at, semua yang hidup akan mati, kecualilah mereka mati lebih awal. Kemudian, setelah berlalu 40 tahun kemudian, tiupan kedua serling sangkala akan berlaku, dan semua manusia akan dihidupkan semula, bangun dalam keadaan telanjang bogel, berjalan menuju ke padang mahsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing. Orang yag kafir dan orang yang kufur (=Islam tetapi tidak mengamalkan syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) akan dihidupkan dalam keadaan buta.
Saudara, orang kafir tidak perlu menunggu Kitab mereka, kerana tiada apa yg baik boleh dituiska oleh para malaikat. Mereka terus dihalau oleh malaikat ke pintu neraka. Begitu jugalah orang munafiq. Hanya orang Islamyang dalam hati kecilnya ikhlas percaya dan yakin wujudnya tuhan yang esa, walaupun di dunia dahulu, mereka tidak mengerjakan sebarang amalan, dan mengerjakan pelbagai kemaksiatan yang menyebabkan mereka berdosa besar dan kecil, maka Kitabnya penuh dengan catitan dosa, akan kekal diadili di padang mahsyar.
Saudara, di akhir zaman kelak, syariat Islam akan menjadi kucar kacir apabila ilmu al-Quran dan as-Sunnah sudah sedikit demi sedikit dianak-tirikan oleh orang Islam. Dalam masa yang sama akan timbul para ulama' yang mengajarkan umat Islam kebatilan kerana mereka sendiri jahil - kerana tidak mempelajari ilmu yang hak iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dan para cerdik pandai yag mengakuidirimereka ulama' mengajarkan syariat Islam atas kebijaksanaan pendapat atau akal fikiran masing-masing. Di zaman itu umat Islam yang mengketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sama ada kerana kejahilan atau kerana ketaksuban kepada personaliti yang menyerlah walaupun hakikatnya mereka sendiri jahil. Maka yang mengajarkan sesat dan mereka pula menyesatkan orang lain yang mengikuti mereka.
Saudara, berkali-kali dalam blog ini kita menyebut tentanghakikat Islam itu di dasari dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, cara melaksanakan Islam itu adalah dengan mencontohi Rasulallah (s.a.w), kerana beliau adalah 'uswatun hasanah' (=contoh terbaik), dan agama Islam itu wajib dijema'ahkan, satu-satu pra-syarat sahnya keIslaman seseorang dan satu-satunya pra-syarat menghalalkan kehidupan di dunia sebagai orang Islam. Malah hanya dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah sahaja amalan dan ibadah seseorang Islam itu diterima Allah (a.w), maka diberi Allah (a.w) ganjaran pahala. Hakikat ini bukanlah pendapat tetapi adalah ketetapan dan ketentuan yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah. Di akhir zaman kelak kemungkinan besar umat Islam tidak langsung mengekalkan institusi keImaman, kecualilah golongan umat Islam yg sentiasalah dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah sebagai seorang Islam di zaman itu, tidak menjumpai atau menemui sistem berjema'ah, bagaimanakah seorang Islam boleh mengekalkan bahawa amalan dan ibadah mereka diterima Allah (a.w)? Kita lihat hadith berikut:

Kalau Tiada Jema’ah apa nak buat?

Saudara, dalam keadaan zaman keburukan yg disebutkan itu, Khuzaifah (dan kita semua) di nasihatkan supaya jangan melibatkan diri dengan golongan yang mengajarkan atau mengajak kepada agama Islam tanpa mengikuti as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Busru b ‘Ubaidillah al-Hadramiyu bahawa dia mendengar Aba Idri al-Khaulani bahawasanya dia (Aba Idirs) mendengar Khuzaifah b Yaman berkata: ‘Adapun manusia (i.e. para sahabat) bertayakan kepada Rasulallah (s.a.w) dari perkara-perkara yang baik-baik, (akan tetapi) adapun aku bertanya kepadanya dari perkara keburukan (atau kerosakan) kerana takut/khusatir aku bahawa menjumpai keadaan atau situasi sedemikian (dalam hidupku). Maka berkata aku (Khuzaifah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Ada aku dahuunya dalam zaman jahiliah dan zaman buruk (atau rosak), maka didatangkan aku oleh Allah (a.w) dengan ini kebaikan. Maka apakah/adakah selepas atau setelah zaman kebaikan ini zaman keburukan (atau kerosakan)?’ Bersabda (Nabi): ‘Na’am’ (Ya)’. Berkata aku (Khuzaifah): ‘Dan adakah (atau, apakah) selepas atau setelah zaman keburukan (atau kerosakan) itu dari (i.e. aka nada) zaman kebaikan?’ Bersabda (Nabi): ‘Na’am! Wa-fihi dakhanun.’ (Yang bermaksud: ‘Ya! Dan, di dalam zaman kebaikan itu ada ‘asap’. Berkata aku (Khuzaifah): ‘Dan, apakah ‘dakhanun’ (=asap itu)?’ Bersabda (Nabi): ‘Qaumun yahduna bi-ngairi hadyi ta’rifu minhum wa-tunkiru.’ (Yang bermaksud: (Adanya) beberapa kaum yang mengambil petunjuk dengan selain petunjukku, mengetahui kamu dari mereka itu dan mengingkari (atau ingkar) kamu (akan ajakan mereka).’ Berkata aku (Khuzaifah): ‘Maka adakah/apakah selepas (atau setelah) demikian zaman (kebaikan) dari zaman keburukan (atau kerosakan (pula)?’ Bersabda Nabi: ‘Na-‘am. Du’atun’ala abwabi jahannama man ajabahum ilaiha qazafuhu fiha.’ (Yang bermaksud: Ya!. Orang-orang yang mengajak kepada pintu-pintu neraka jahannam. Barangsiapa mengkabulkan (atau mengikuti) ajakan mereka, maka menjatuhkan (=menjerumuskan) mereka ke dalamnya (i.e. neraka jahanannam).) Berkata aku (Khuzaifah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Terangkanlah kepadaku (siapa atau ciri-ciri) mereka itu (i.e. sifat-sifat golongan tersebut).’ Bersabda (Nabi): ‘Hom min jildatina wa-yatakallamuna bi-alsinatina.’ (Yang bermaksud: ‘Mereka itu dari (=seperti) kulitku (i.e. bangsaku) dan berkata-kata mereka dengan lidahku (=bahasaku).’ Berkata aku (Khuzaifah): ‘Maka apakah perintah engkau kepadaku jika menjumpai aku demikian (golongan orang)?’ Bersabda (Nabi): ‘Talzamu jama’atal-muslimina wa-imamahum.’ (Yang bermaksud: Menetapailah (=tetaplah) dalam jema’ah orang-orang Islam dan imam-imam mereka.) Berkata aku (Khuzaifah): ‘Maka jika tidak ada bagi mereka jema’ah dan tidak (juga) ada bagi mereka imam?’ Bersabda (Nabi): ‘Fa’tazil tilkal-firaqa kullaha walau an ta’adda bi-asli syajaratin hatta yudrikakal-mautu wa-anta ‘ala zalika.’ (Yang bermaksud: Maka memisahilah mereka kesemuanya walaupun (-sekalipun) bahawa engkau menggigit (=makan) akar-akar kayu sehinggalah menjumpai engkau kematian dan engkau atas demikian (keadaan) (yakni, tidak mengikuti mereka dan kekal menyendiri mengamalkan ibadah-ibadah yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah).) [Hadith Bukhari, Kitab Fitan (Fitnah Dunia)] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan sinario zaman selepas ketiiadaan Rasulallah (s.a.w). Hadith ini menceritakan perbezaan personailiti Khizaifah berbanding dengan para sahabat lainnya. Sahabat-sahabat lain mengikut Khuzaifah ingin tahu apa-apakah kebaikan yang meeka tak tahu supaya mereka faham segala amalan dan sinario kebaikan dalam kehidupan mereka. Khuzaifah lebih merupakan orang yang sentiasa berwaspada kerana beliau curiga dan khuatir kalau-kalau wujud sinario yang akan menyusahkan umat Islam mengerjakan amalan dan ibadah untuk mencari kejayaan akhirat.
Dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa zaman akan berubah, zaman baik silih berganti dengan zaman buruk yang akan menguji kekentalan keimanan umat Islam dalam menyediakan diri mereka untuk kahirat mereka. Khuzaifah memberitahu bahawa dulu sebelum datangnya Islam atau sebelum beliau menjadi Islam, manusia dalam zaman jahiliah atau zaman kegelapan, manusia menyembah patung dan berhala. Kemudian belau menjadi Islam, maka dia berada dalam zaman kebaikan. Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa akan datang pula zaman keburukan yang akan mencabar keimanan umat Islam. Zaman itu ada ‘asap’ yang dimaksudkan bahawa aka nada golongan manusia yang mengajar umat Islam mengenai Islam tanpa berpandukan hidayah Raulallah (s.a.w) – tanpa berpandukan ketetapan dan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka menggunakan panduan sebagai petunjuk yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa mereka tahu bahawa yang diajarkan oleh golongan tersebut adalah batil tidak menepati ketetapan as-Sunnah dan para sahabat atau orang iman tahu perkara tersebut dan ingkar dengan ajakan atau ajaran tersebut. Mereka kekal selamat dalam agama Islam.Kemudia, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan akan disusuli pula oleh zaman yang buruk. Dalam zaman itu akan ramai golongan yang mengajarkan atau mengajak umat Islam ke pintu neraka (=ajakan yang batil, menyimpang dari petujuk Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan Allah (a.w) yang akan menjerumuskan mereka kedalam neraka). Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang menemui zaman tersebut dan mendengarkan ajaran dan ajakan mereka, dan mengikuti mereka atau mengiyakan atau bersetuju dengan mereka dan mengikuti mereka, maka pasti mereka yang mengikuti golongan-goongan tersebut terjerumus masuk neraka. Apabila ditanya oleh Khuzaifah sifat-sifat atau ciri-ciri mereka itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa golongan tersebut adalah sebangsa dengan umat Islam dan mereka juga bertutur kata dengan bahasa orang Islam sendiri. Yakni, bukan orang lain, tetapi orang Islam sendiri – bangsa yang sama dan bahasa yang sama. Menjawab pertanyaan Khuzaifah tentang apakah tindakan yang perlu diambil oleh umat Islam ketika berada dalam zaman yang sedemikian atau dikelilingi oleh mereka yang sedemikian itu, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan supaya umat Islam kekallah dengan system berjema’ah umat Islam dan system keimaman zaman tersebut, yakni jema’ah umat Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan mentaati ketetapan atau ijtihad keimaman zaman tersebut. Apabila disebutkan oleh Khuzaifah jikalah tiada jema’ah umat Islam, atau wujud jema’ah tetapi tiada keimaman dalam jema’ah tersebut, bagaimana pula? Maka Rasulallah (s.a.w) memeritahkan supaya umat Islam yang hidup dalam zaman sedemikian memisahi atau tidak mengikuti mereka, walaupun terpaksa berhijrah ke dalam hutan sekalipun dan kerana itu hidup dalam keadaan sangsara makan akar dan daun kayu, tetap tidak mengubah amalan dan ibadah serta pegangan agama Islam yang haq, sehinggalah sampai ajal mati masing-masing. Itu lebih baik dari mengikuti ajaran atau ajakan golongan-golongan tersebut.
Hadith ini jelas memberitahu kepada kita bahawa jema’ah Islam yang berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang wujud system jema’ah yang menepati syariat Islam, dengan wujudnya imam/pemimpin, ada bai’at dengan Imam/pemimpin itu penting dikekalkan demi kejayaan akhirat umat Islam. Di zaman-zaman akhir akan timbul golongan-golongan umat Islam yang mengajarkan syariat Islam tanpa merujuk epada atau mengikuti ketetaa as-Sunnah, kesemua ajaran mereka akan menjerumuskan yang mengajar/mengajak dan yang mengikut ke dalam kesesatan, maka masuk neraka. Demi kesejahteraan akhirat umat Islam mereka dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dan dipengaruhi oleh golongan serta ajaran sedemikian itu.]
Saudara, hadith ini adalah nas dan dalil hadith memperkuatkan lagi hakikat bahawa berjema'ah dalam Islam itu adalah suatu kemestian. Malah kita dinasihatkan dalam keadaan apa sekalipun, untuk mempastikan kita berada dilandasan Islam yang benar, kita wajib menjauhi kumpulan atau golongan Islam yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, jika kita mengikuti golongan tersebut, kita akan sama-sama sesat dan menyimpang dari landasan agama Islam yang benar. 
Sebenarnya hari ini kita mua melihat realiti apa yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Kerana majoriti umat Islam hari ini - termasuk pemimpin dan para ulama' perkumpulan tersebut - mengajarkan umat Islam yang menjadi pengikut mereka ajaran yang tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunah tetapi menobor-satukan pendapat dan pemikiran manusia, dan menombor-duakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini adalah suatu kebatilan. Kerana, kita telah sebutkan bahawa kesempurnaan tuntutan agama Islam itu adalah ditetapkan spesifikasinya oleh Allah (a.w) dan diterjemahkan dalam realiti pengamalan dan pengibadatan oleh Utusan Allah, i.e. Rasulallah (s.a.w). Kalau ada manusia lain yang mengatakan bahawa mereka lebih arif tentang tuntutan islam, maka pasti batil. kalau mereka mengajar syariat Islam dengan membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah pasti batil dan menyesatkan. Oleh itu berwaspadalah, demi kesejahteraan kehidupan ahirat kita. Jangan jadi sebagaimana pengikut agama Yahudi yang mengatakan Uzir anak tuhan atau agama Kristian yang mengatakan tuhan itu adalah 'triniti' - tiga, ada tuhan, ada mary dan ada Jesus, dan Jesus itu adalah anak tuhan. Mereka tidakpun diberitahu oleh Kitan Taurat atau Kitab Injil sedemikian itu, tapi kepimpnan masyarakat dan agama di kalangan mereka sengaja mereka-reka sesuatu yang batil. Mudah-mudahan tidaklah kita terpengaruh dengan pendirian sedemikian. Mudah-mudahan kita tidak terpengaruh bahaw syariat Islam yang diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w) it boleh diubahsuai supaya Islam 'bersesuaian' dengan temadun dan pemikiran manusia, wa iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment