Saturday, January 12, 2013

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Berjema'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita sebutkan sebagai 'peringatan ...', namun hadith yang kita teliti itu juga merujuk kepada dimensi berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) - atas menjelaskan kemusykilan atau pertanyaan Khuzaifah b Yaman, seorang sahabat yang hebat keimanan dan ketawaannya zaman khalifah, menyebut bahawa jikalah kita temui zaman buruk atau zaman kebaikan tetapi terdapat juga keburukan, dalam bentuk ajakan atau ajaran manusia yang tidak berpedomankan as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w). Atau, golongan yang mengajarkan agama yang menyimpang dari atau berbeza dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka hendaklah kita menjaga diri kita dari mengiyakan ajaran atau ajakan mereka, yakni hendaklah kita jangan ikuti mereka. kalau kita ikuti mereka maka mereka sebenarnya sudah sesat dan mereka akan menyesatkan kita pula. Semua kesesatan penghujungnya adalah neraka atau masuk neraka.Rasulallah (s.a.w) menasihatkan Khuzaifah (yakni, kita semua sekarang) supaya kekal berjema'ah dan kalau belum berjema'ah, maka carilah jema'ah umat Islam yang sedia wujud dan ikuti ketetapan imam jema'ah tersebut. Kalau tak ada jema'ah atau tak jumpa jema'ah, maka hendaklah kita mengasingkan diri, walaupun dengan berbuat sedemikian kita dipinggirkan oleh masyarakat majoriti, sehinggakan kita terpaksa bersusah payak sampai tiada kehidupan yang selesa dan makanpun sulit, lebih baik dari mengikuti mereka yang sesat dan menyimpang. Kerana mengikuti mereka pasti kita akan terjerumus ke dalam neraka.
Saudara, kali ini kita lihat pula sepotong hadith lain yang Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita tentang jema'ah.  

Bersolat dan berpuasa tak guna jika meninggalkan jema’ahnya 

Saudara, hadith ii wajib menyedarkan kita bahawa hakikat berjema'ah itu adalah ketetapan mutlak Islam - ketetapan yang ditetapkan oleh Allah (a.w) - Ayat 103, Surah ali-Imran. Malangnya hari ini majriti umat Islam tidakpun ajarkan kita ilmu menegnai hakikat berjema'ah ini, apa lagi menyuruh kita berjema'ah, kerana mereka sendiripun tak berusaha untuk melaksanakan perintah Allah (a.w) ini. Namn, kita adalah manusia Islam biasa, mereka yang berimulah yang bertanggungjawab apa yang berlaku dalam realiti dunia sekarang. Mudh-mudahan Allah (a.w) mapunkan kita kerana kita tidak berkuasa melakukan sesuatu.
 Diriwayatkan hadith dari Harith al-Asy’ari berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Wa-ana amurukum bi-khamsin allahu amarani bihinna al-jama’at was-sam’u wat-toatu walhijratu wal-jihadu fi sabilillahi, fa-innahu man kharaja minal-jama’ati qida syibran faqad khala-‘a ibqatal-Islami min ‘unuqihi illa an yuraji’u wa-man da-‘a bida’wa jahiliatin fahua min jutha jahannama.’ (Yang bermaksud: Dan aku (Nabi) memerintahkan atas kamu 5 perkara, Allah (a.w) perintahkan atasku dengan ini 5 perkara. (pertama) berjema’ah (kedua) mendengar, (ketiga) taat, (keempat) berhijrah, (kelima) berjihadlah dalam agama Allah (a.w); maka sesungguhnya sesiapa yang keluar dari jema’ahnya kira-kira sejengkal maka sungguh-sungguh dia telah mencabut tali Islam dari lehernya, kecuali kembali dia (i.e. bertabat dia). Dan sesiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliah maka dia di tengah-tengah neraka jahannam). Berkata (mereka sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan, jikapun dia bersolat dan berpuasa?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wa-in solla wa-soma, wa-za’ama annahu Muslimun. Fad’ul-Muslimina bi-asmaihim ‘ala ma sammahumullahu ‘aza waj’al Muslimna wal-mukminuna ‘ibadallahi.’ (Yang bermaksud: Dan jikapun dia bersolat dan berpuasa dan menyangka dia bahawasanya orang Islam. Maka panggillah orang-orang iman lelaki dan orang iman perempuan dengan nama-namanya yang telahpun diberikan oleh Allah (a.w) demikianlah sifat-sifat hamba Allah (a.w)). [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menyebutkan ketetapan Allah (a.w) terhadap orang iman. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith ini bahawa dia diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya melaksanakan 5 perkara terhadap umat Islam zamannya. Dan, beliau memberitahu dalam hadith itu bahawa 5 perkara tersebut wajib dilaksanakan oleh beliau supaya umat Islam laksanakan dalam kehidupan mereka. Lima perkara yang diwajibkan itu adalah (a) umat Islam wajib berjema’ah. Dalam hadith lain disebutkan kalaupun di dalam dunia ini hanya ada 3 orang sahaja yang Islam dan beriman bermestautin di atas muka bumi atau sedang dalam urusan musafir, wajib dirikan jema’ah dengan melantik salah seorang dari mereka menjadi imam mereka bertiga. Hanya dengan berbuat sedemikian sahaja kehidupan mereka halal. Dalam hadith Omar b Khattab (r.a), Omar merumuskan hakikat berjema’ah ini dengan menyebutkan bahawa tidak halal hidup orang Islam yang beriman itu di sisi Allah (a.w) kalau dia tidak berada dalam jema’ah; (b) umat Islam yang berjema’ah itu wajib mendengar nasihat atau ketetapan atau ijtihad Imam/Amir, selagi Imam/Amir tidak memerintahkan sesuatu yang bersifat maksiat, yakni memerintahkan rukyahnya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; (c) umat Islam yang beriman itu wajib mentaati (perintah atau ketetapan atau ketetapan atau ijtihad) Imam/Amir yang dimusyawarahkan, selagi ketetapan atau ijtihad itu tidak maksiat, yakni tidak menentang atau bertentangan dengan atau lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; (d) umat Islam itu wajib berhijrah jika dengan berhijrah itu lebih memudahkan dia beramal dan berbadah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan lebih terjaga keimanannya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, (e) umat Islam yang beriman itu wajib berjihad atau membela agama Islam dengan dirinya dan hartanya. Antara jihad yang paling minima adalah mencari dan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencari dan mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya terjamin segala amaan dan ibadahnya sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sejajar dengan praktikalnya mengikut apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. menepati as-Sunnah). Hanya dengan ilmu kejahilan umat Islam tentang tutntuan Islamnya akan hapus dan dia lebih faham tuntutan agama Islam dan syariatnya, dan dengan terpandu dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan kerana beramal dan beribadah dengan panduan ilmu yang haq, maka segala amalan dan ibadahnya sah dan diterima Allah (a.w). Selain itu dia akan menjalani kehidupan dunianya berpandukan kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Kemudian, setelah memberitahu 5 perkara yang beliau diperintahkan Allah (a.w) laksanakan untuk umatnya, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setelah berjema’ah – berbai’at kepada Imam/Amir – dinasihatkan supaya jangan keluar dari jema’ah. Di dalam jema’ah Islam itu ada sistem dan hirarki kepimpinannya seperti ada imam dan orang-orang yang dilantik oleh beliau mewakili urusan jema’ah ditempat-tempat lain, ada ikrar janji setia (bai’at) antara rukyah dengan imam dengan kata-kata ‘sami’na, wa-ato’na, mastota’na’ (yang bermaksud: ‘Aku dengar, aku taat sekuat mampuku’), da nada system menasihati jema’ah dalam perkara agama dan syariatnya dan pengamalannya. Maka wujud ‘tali ikatan’ antara anggota jema’ah dengan imam jema’ah. Maka dengan itu dalam hadith ini disebutkan bahawa sesiapa yang sudah menjadi anggota jema’ah, tidak sekali-kali digalakkan meninggalkan atau keluar dari jema’ah. Keluar jema’ah sama dengan keluar dari agama Islam (=murtad). Malah jangan sekali-kali menentang atau tidak taatkan sesuatu perkara yang ditetapkan oleh Imam/Amir, walaupun kecil, kerana kalau ingkar, walaupun sedikit, tetap dikira telah melucutkan tali agama Islam yang dikalungkan di lehernya. Dia keluar dari Islam walaupun dia bersolat dan berpuasa dan dia menyangka bahawa dirinya masih beragama Islam. Begitulah utamanya perintah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu. 
Hadith ini jelas memberitahu kita betapa amat utamakan dalam Islam hakikat berjema’ah itu. Kenapa? Kerana berjema’ah adalah perintah Allah (a.w) sebagaimana yang disebutkan di awal hadith ini. Allah (a.w) perintah umat Islam supaya berjema’ah dan jangan sekali-kali berpecah belah atau menubuhkan perkumpulan yang berasingan sehingga mengakibatkan pelabagai firqah atau perkumpulan terasing dalam Islam. Ini perintah Ayat 103, Surah ali-Imran. Dalam hadith ini, selain menyampaikan perintah Allah (a.w) yang 5 itu, Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) supaya umat Islam itu berjema’ah. Dalam  hadith-hadith lain – dalam tajuk atau perkara atau bab keimaman dalam Islam – Rasulallah (s.a.w) perincikan pula system dan peraturan terperinci mengenai hakikat berjema’ah ini. Antaranya, hadith inimenyebtkan bahawa sesiapa yang keluar dari jema’ah (termasuk, umat Islam yang tidak berjema’ah), walaupun dia bersolat dan berpuasa, tetap tidak akan mendapat syurga. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sahnya Islam seseorang itu hanya kalau dia berjema’ah dalam Islam.]
Saudara, insya Allah suat masa kita akan ditemukan kepada suatu jema'ah. Namun, yang utama sekarang adalah kita menimba sebanyak mungkin ilmu - lmu al-Quran dan as-Sunnah - supaya kita tahu dan faham tuntutan Islam. Insya Allah apabila ramai umat Islam tahu dan faham tuntutan agamanya, maka syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah (a.w) dan dilaksanakan oleh Rasulallah (s.a.w) akan terbangun dan dibangunkan, insya Allah.

Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment