Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini banyak kali kita merujuk kepada beberapa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan lupa bahawa kita sebenarnya ada kontrak hayat dengan Allah (a.w) yg tidak seharusnya kita sentiasa sedari setiap saat. Sebagaimana orang yg bekerja di dunia dengan mana-mana majikan, ada kontrak perkhidmatan untuk sekian tahun atau tempoh. Kita ada kontrak hayat dengan Allah (a.w) iaitu uur kita. Bezanya antara kontrak duniawi dengan kontrak ukhrawi (=akhirat) hanyalah kita tak tahu berapa lama tempohnya... mungkin kontrak itu tamat sebentar lagi. Mungkin 10 atau 20 tahun lagi. Munkgin lebih lama lagi 30 atau 40 tahun sehingga menjangkau umur 110 tahun ...

Saudara, dalam perkara agama itu, Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita umatnya dan mereka yg akan hidup sampaiah akhir zaman bahawa hendaklah dijadikan matlamat hidup: carilah dunia seolah-olah kita tidak akan mati atau seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya, tapi dalam masa yg sama, usahakanlah mencari dan menyediakan untuk akhirat atau bekalan akhirat sebanyak mungkin, seolah-olah kita akan mati esok. Kita tak tahu bila kita akan temui ajal kita. Dimana kita temui ajal kita. Bagaimana kita temui ajal kita itu. Tapi yg pasti ajal kita akan menemui kita. Justeru itu, kalau kita faham Islam, amatlah bodoh seseorang itu bergembira merayakan sambutan tahun baru 2013 baru-baru ini! Kenapa? Setiap kali tahun baru menjelang, kita didekatkan setahun lagi kepada ajal mati kita. Atau, kontrak hayat kita dipendekkan lagi setahun. Kalau kita akan hidup pada 1 Januari 2012 yg lalu selama 40 tahun lagi, pada 1 Januari 2013 dulu habis setahun lagi tinggal 39 tahun. Maksudnya kita menghampiri mati kita dalam 39 tahun nanti.
Saudara, maka dengan itulah panduan dan pedoman hidup yg wajar kita jadikan peringatan harian - malah setiap detik dan saat - adalah kita mencari dunia seolah-olah kita tidak mati, dan mencari akhirat seolah-olah kita akan mati esok. Kalau kita hidup selama-lamanya maka kita perlu cari sebanyak mungkin bekalan dunia untuk kesenangan kita dan keluarga kita. Kenapa? Dalam Islam dengan kejayaan dunia dalam apa jua bidang, terutama dalam bidang mengumpul kekayaan, kita memiliki sumber yg banyak untuk digunakan untuk berbekal untuk akhirat melalui zakat, infaq dan sedekah serta membelanjakan kekayaan kita sebanyak mungkin untuk membeli tempat tinggal di akhirat. Orang yg kayalah yg memiliki kesempatan yg banyak untuk mendapat tahap syurga yg tertinggi bersama-sama para nabi, solehin, syuhada. Maka dgn itulah dalam sepotong hadith qudsi, Rasullah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) melalui lisannya, yg bermaksud: 'Harta itu hartaKu, syurga itu syrgaKu, maka belilah syurgaKu dengan hartaKu.' Saudara, apa saja harta yg kita dapati dalam kehidupan kita bukanlah milik kita sebenarnya. Semuanya kurniaan Allah (a.w). Kerana sifat ar-Rahman Allah (a.w) itu, rezki diberikan atas qadar yg telah ditetapkan 50,000 tahun sebelum dunia dicipta Allah (a.w). Semua manusia yg berkesempatan hidup di dunia sampailah kiamat kelak akan mendapat rezki masing-masing atas kadar Qada' dan Qadar itu - tak kira manusia itu Islam atau kafir. Siapa yg berusaha, insya Allah, mendapatinya. Itulah kejayaan dunia, berjaya mengumpulkan harta dan hidup senang, kalau ditaqdirkan kita menjadi billioner atau millioner dan orang kaya berharta dan berwang. Syurga itu dapat di beli oleh orang yg kaya dan mewah melalui infaq fi sabilillahnya (=membelanjakan wang ringgit dan harta benda serta usaha diri demi membela dan mengimarahkan agama Allah (a.w)). Itu suatu kepastian. Tapi, sebaliknya pula. Kalau kita billioner atau millioner, kita belanjakan harta kekayaan kita ke arah kebatilan, kita pasti rugi. Apabila manusia dibangkitkan setelah Malaikat Israfil meniupkan seruling sangkala kali keduanya - selepas 40 tahun tiupan pertama yg mematikan manusia - sebelum menapak, setiap seorang akan ditanya beberapa perkara, tentang umurnya, tentang ksihatannya bagaimana dimanfaatkan olehnya demi akhiratnya. Dan, tentang kekayaan (hartanya) diperolehi dari mana, sumbernya, caranya dan bagaimana pula dihabiskan. Kalau silap jawapan kita atau batil sumber dan caranya, atau membazir atau batil cara membelanjakannya, maka malaikat akan menghalau kita ke neraka, tanpa dihisabpun. Kalau betul jawapannya maka kita terus berjalan menuju Telaga al-Kauthar untuk minum airnya. Disebutkan dalam al-Hadith air al-Kauthar itu lebih putih dari susu dan lebh manis dan enak dari madu. Sesiapa yg dibenarkan minumnya, tidak akan haus menungg selama 50 tahun di padang makhsyar untuk diserahkan Kitab Catatan Amalan kita. Umat Islam dari zaman Nabi Adam (a.s) manusia pertama sampailah Rasulallah (s.a.w) di utuskan sebagai Rasul akan dinilai atau dihisab berdasarkan kepatuhan mereka kepada syariat agama Islam yg dibawakan oleh para rasul dan nabi zaman mereka. Umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) akan dinilai atau dihisab berdasarkan kepatuhan mereka kepada syariat agama Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yg Islam dan mengamalkan tuntutan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yg benar (i.e. tanpa diubahsuai), maka mereka dibenarkan oleh Malaikat yg menjaga Telaga al-Kauthar minum airnya. Umat Islam yg mengamalkan Islam dengan syariat yg berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak diakui Allah (a.w) sebagai umat Muhammad (s.a.w), walaupun Islam, maka tidak dibenarkan minum air Telaga al-Kauthar - Surah al-Kauthar! Kemudian ketika diberikan Kitab Catatan Amalan mereka, mereka akan dapati tiada sedikitpun catatan amalan dan ibadah di alam Kitab mereka! Kosong isinya dalam perkara pahala tetapi penuh isinya dalam perkara dosa! Masya Allah. Mudah-mudahan semoga Allah (a.w) selamatan kita dari golongan ini... insya Allah.
Saudara, kita diberitahu bahawa sesiapa yg diserahkan Kitab Catatan Amalannya dari sebelah kirinya atau sebelah belakangnya, maka mereka akan dihalau oleh malaikat dengan diikat dengan besi yg diperbuat dari api neraka ke neraka, untuk menjalani hukuman pembersihan, sehinggalah bersih dosa-dosa yg ada, baru diberi kesempatan masuk syurga. [Nota: Bergantung kepada banyak sedikitnya dosa seseorang itu, mereka berada dalam neraka untuk proses pembersihan berahqab ( = satu ahqab itu adalah selama 80 tahun waktu akhirat, setiap hari di akhirat lamanya adalah 1,000 tahun kiraan tahun dunia!]. Mereka yg diberikan Kitabnya dari sebelah kanan - mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan tersebut - akan terus dibawa malaikat ke syurga, masuk ke dalamnya, selamat dan bahagia. Demikianlah sinario ahirat secara rengkas. [Nota: Orang yg kafir (=tidak Islam) tidak diberikan apa-apa kitab, kerana terus dihalau oleh malaikat ke neraka setelah dibangkitkan. Soal jawab tentang aqidah dan agama dibuat di depan pintu neraka. Malaikat menyoal, tapi malaikat tak menjawab pertanyaan manusia ketika itu.]
Saudara, peringatan yg wajib kita jadikan panduan setiap saat adalah firman Allah (a.w), antara lain, berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Mathalul-jannatil-lati urithtumuha ...’ (Yang bermaksud: Semithal syurga yang dijanjikan kepada (atau diberikan atau dikurniakan) kepada orang yang bertaqwa (i.e. yang takutkan Allah (a.w).) [Ayat 15, Surah Muhammad]
[Nota: Firman Allah (a.w) ini menyebutkan syuga itu diwarisi atau diwariskan kepada orang yang bertaqwa. Dalam ayat yang lain pula, Allah (a.w) menyebutkan bahawa syurga itu bagi orang yang Islam, beriman dan mengerjakan amal soleh (terutamanya yang amalan dan ibadah yang sunat-sunat). Dalam firman yang lain pula Allah (a.w) berfirman bahawa syurga itu diwarisi atau diwariskan kepada orang iman berdasarkan apa yang diamalkannya dalam hidupnya (i.e. amal ibadah yang dikerjakannya). Jusetru itu, tidak ada syurga orang yang Islam yang tidak mengerjakan apa yang diperintahkan – amalan dan ibadah serta menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan RasulNya. Kalau tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat dan zakat fitrah, tidak menginfaq, tidak menunaikan haji ketika sudah mampu, tidak akan mendapat syurga.]

Dan, firman berikut. Orang bertaqwa (=takutkan Allah (a.w) itu adalah orang yg menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' - buat apa yg disuruh dan tinggalkan apa yg ditegah.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-tilkal jannatul-lati urithtumuha bima kuntum ta’maluna.’ (Yang bermaksud: Dan demikianlah syurga, yang diwarithkan syurga itu kerana apa-apa ada kamu sekelian (= manusia) amalkan (i.e. kerjakan) (kebaikan – yang disuruh atau diperintah dibuat dan yang ditegah dijauhi dan ditinggalkan). [Ayat 72, Surah az-Zuhruf]
[Nota: Syurga itu takkan dapat hanya dengan angan-angan atau keyakinan tanpa amalan/ibadah. Pendeknya tak solat, tak puasa, tak keluar zakat, tak infaq, tak kerjakan haji, tak taatkan ibu-bapa, isteri tak taatkan suami, dll lagi, pasti tah dapat syurga. Dan, amalan itu hendaklah menepati al-Quran dan as-Sunnah. dan, menepati spesifikasinya dalam perkara bentuk, kaedah dan cara serta rukun-rukunnya. Apa yang diamal itu hendaklah dengan ilmu - Ayat 36, Surah al-Isra' dan niatnya hendaklah menepati perintah Allah (a.w) - Ayat 56, Surah al-Isra', dan mencontohi Rasulallah (s.a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan mengambil sebagai panduan praktikalnya dari as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr, seboleh-bolehnya umat Islam itu contohi Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara agama - Ayat 21, Surah al-Ahzab, dll lagi]

Saudara, mudah-mudahan peringatan pagi ini memberi manfaat kepada saudara semua, insya Allah. Islam itu jelas dan amat mudah bagi mereka yg tahu. Mendapatkan syurga itu amat mudah bagi orang yg berilmu ( = orang yag belajar, faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan amalkan ilmunya).
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment