Thursday, January 10, 2013

Jangan Lupa Peringatan Ini ...

Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita sering diperingatkan betapa utamanya kehidupan akhirat itu berbanding dengan kehidupan duniawi. Namun majoriti manusia tidak menerima wujudnya kehidupan akhirat itu, kecualilah kalau mereka Islam. Umat Islam diperingatkan sepanjang manapun umur seseorang itu, tak lebih dari orang yg dikatakan memegang rekod dunia kini - 117 tahun. Umur sedemikian panjang takpun dapat mengalahkan umur Firaun - 400 tahun. Takpun dapat mengalahkan umur Nabi Nuh (a.s) 1,160 tahun! Namun begitu, lamanya umur Nabi Nuh (a.s) itupun dikalahkan oleh lamanya dia berada di dalam kubur (=alam barzah). Itu tak termasuk tempuh perhimpunan agung terbesar manusia ketika di padang makhsyar - 50 tahun bersamaan dengan ribuan tahun berbanding dengan kiraan masa dunia sekarang. Kerana sehari di alam akhirat itu bersamaan dengan 1,000 tahun kiraan tahun dunia. Kalau 50 tahun di padang mahsyar bererti berapa lamakah dalam kiraan tahun di dunia? Saudara boleh kira sendiri.
Saudara, kalau kita ahli syurga, maka setelah mati, kita berada di dalam taman-taman syurga - dalam alam barzah - tidur atau berehat sebagaimana rehatnya pengantin yang baru menikah - aman, seronok dan enak, tidak ada apa-apa yg difikirkan selain keseronokan hidup. Begitulah calun syurga itu ketika dalam alam barzah. Kalau kita calun neraka bagaimana? Kita akan berdepan dengan siksaan patukan ular sejumlah 99 ekor yang amat bisa, dipukul malaikat dengan pemukul besi, bersepai kepala dan hancur badan kita, kemudian kekal kepala dan badan kita kembali menjadi sediakala, diulangi pukulan sampailah tiba kiamat. Ketika kiamat, dibangkitkan dalam keadaan buta pula, lebih malang tak dapat hapuskan kehausan ketika matahari sejengkal di atas kepala, kerana tidak mengikuti as-Sunnah dalam beragama, dan di akhirat diberikan Kitab Catatan Amalan dari arah kiri atau diterima oleh kita dengan tangan kiri, bererti kita calun neraka, wal iya zubillah
Ketika dihukumi kita ahli neraka, maka di neraka tiada makan dan tiada minuman, jauh sekali makanan dan minuman yg enak, enak ...sebagaimana dihidangkan untuk ahli syurga - mereka dapat apa yg mereka ingnkan! Tidak ada waktu penamat. Kita akan hidup selama-lamanya - tiada batas waktu - tiada kesudahannya. Oleh itu, sesiapa yg pilih dunia (yakni, menganggap dunia ini kebebasan tanpa batas, seumpama syurga = syurga dunia, dan abaikan akhiratnya, pastilah mereka adalah banduan akhirat, akan dipenjarakan di dalam neraka. Mereka itulah orang yg amat bodoh lagi tidak berakal ...
Saudara, dalam konteks ini kita lihat peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Sebenarnya ramai orang yg akui diri mereka Islam pilih dunia dan abaikan akhirat mereka. Orang muda, orang tua, orang kaya dan orang miskin, majoriti memilih dunia dalam hidupnya, dan mengabaikan akhirat mereka. Mereka memilih syurga dunia dan kerana itu mereka pasti mendapat neraka di akhirat. Tidak ada seseorang yg mengutamakan dunia, kemudian mengharapkan dapat berjaya di akhirat. Mereka pilih kebebasan semasa di dunia, pastilah di akhirat akan dipenjarakan oleh Allah (a.w) dalam neraka, wal iya zubillah. 

Dunia itu penjara orang Mukmin  

Saudara, hadith yang pendek dan concise ini mudah difahami oleh sesiapa saja. Orang yang tak faham hanyalah orang yang remehkan akhiratnya. Atau, ornang yg terfikir seseorang yang Islam itu - walaupun tidak mengerjakan amalan dan ibadah dan melakukan segala bentuk maksiat sepanjang hidupnya, tetap mendapat syurga! Benar, tetapi setelah diberisihkan dalam neraka selama beberapa ahqab! Satu ahqab itu adalah selama 80 tahun dalam kiraan tahun akhirat. Sehari di akhirat, adalah 1,000 tahun waktu di dunia. Apai yg membakar ahli neraka itu panasanya atau kepapanasannya adalah 69 kali ganda api yg terpanas di dunia! Kalau api terpanas di dunia adalah 2,000 degree celcius, maka api neraka itu adalah 69 x 2,000 degree C. Fikirkanlah.
Kita pernah mendengar berita seorang pekerja kilang yg terjatuh ke dalam furnace meleburkan bes yg panasnya hanyalah 1,200 degree C. Tak sampai 10 saat, pekerja yg terjatuh tersebut sudah lenyap menjadi debu. Seseorang yg dibakar di neraka akan menjadi debu, tetapi dihidupkan semula dengan sempurna kulit, tulang dan dagingnya, kemudian dibakar semula, hancur semula, tumbuh daging dan sebagainya semula, dibakar pula, hancur ... ad infinity. Oleh itu, eloklah kita anggap ketka di dunia ini kita dalam penjaran, tak bebasa...Sakitnya? Wallahu 'alam.
Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b Muhammad hadith dari ‘Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah, berkata (Abu Hurairah): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmini wa-jannatul-kafiri.’ (Yang bermaksud: Dunia ini adalah penjara bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir.) [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu adalah penjara kepada orang iman, kerana, sebagaimana penjara bagi seorang banduan dalam penjara itu, dia tidak bebas buat sehendak hatinya - pergerakannya dan perlakukannya sentiasa diawasi dan tingkah laku serta percakapannya juga sentiasa dipantau dan tidak bebas. Dia sentiasalah berada dalam perkarangan penjara tersebut. Tidak boleh keluar. Tidak bebas bergerak. Sebaliknya, orang kafir itu kerana dia mungkar tidak mahu terima Islam, maka dia bebas buat apa saja – baik maupun buruk. Kalau baikpun tak ada gunanya dan kalau burukpun tak jadi apa-apa, kerana orang kafir atau orang yang tidak Islam itu pasti masuk neraka, tak kira apa yang dilakukannya di dunia. Sebaliknya, di akhirat kelak, ahli syurga mendapat pelbagai nikmat dalam syurga, bebas buat apa saja, malah mendapat pelbagai kenikmatan yang tidak pernah terfiki oleh otak, tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak terbayang oleh fikiran dan angan-anagan manusia, sekarang ini. 
Nikmat di akhirat itu tak sampai ke pengetahuan manusia. Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa ketika Allah (a.w) ciptakan syurga, Allah (a.w) tunujukkan kepada para malaikat dan bertanya kepada mereka apa pendapat mereka. Malaikat mengatakan bahawa sesiap yang dapat atau diberi kesempatan melihat syurga dan apa-apa yang terdapat di dalamnya, pasti semua ingin memasukinya. Apabila ditunjukkan oleh Allah (a.w) neraka, malaikat yang disuruh melihatnya, berkata kepada Allah (a.w) abhawa sesiapa yang diberi kesempatan melihatnya dan melihat isinya, maka berkata mereka bahawa sesiapa yang melihatnya pasti tidak ingin memasukinya. Kemudian diceritakan setelah diperhiasai Allah (a.w) di persekitaran syurga dan persekitaran neraka – di luarnya, maka sekali lagi disuruh Allah (a.w) melihatkedua-duanya. Maka berkata malaikat, setelah melihat perhiasan di sekeliling syurga itu, bahawa tak ramai orang yang akan dapat memasukinya. Kerana, segala yang dihiasi di sekeliling syurga itu menyusah dan menyulitkan dan tidak sekalipun menyeronokkan. Manusia disuruh taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), kerjakan solat – yang fardu dan yang sunat – bangun malam untuk berqiamul lail, berpuasa – wajib dan sunat, naik haji dalam kesesakan jutaan manusia berkumpul dalam masa yang singkat, bersedekah, mengeluarkan zakat, menginfaq harta, berbuat baik sesama manusia dan membela orang Islam yang dhaif – ibu tunggal, anak yatim, orang-orang tua/lanjut umur yang tiada waris, menghiasi diri dengan adab yang mulia dan sebagainya. Manakala melihat perhiasan di persekitaran atau luar neraka itu, malaikat berkata pasti ramai manusia yang masuk ke dalam neraka itu. Apakah perhiasan yang ada persekitaran neraka itu? Iaitu segala larangan Allah (a.w) dan larangan Rasulallah (s.a.w), walhal yang ditegah dan dilarang itu amat menyeronokkan manusia. Perhiasan di sekeliling neraka itu amat disukai manusia dan mudah dikerjakan atau diamalkan, ramai pula manusia yang menjadi pelopor dan promoternya, yang dapat memuaskan keinginan rohani dan jasmani manusia. Contohnya, segala sesuatu yang haram dan menyeronokkan tetapi ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) – hiburan malam dan siang, wanita-wanita yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas, makanan dan minuman yang terlarang, perjudian dan segala sesuatu yang merangsang nafsu, kemaksiatan dan sebagainya. 
Segala kegiatan yang menjadi tumpuan serta matlamat hidup manusia – kekayaan, kemewahan, kedudukan, pengaruh, idola manusia, kuasa dan segala kemudahan untuk mendapatkan 1,001 kehendak hati dan nafsu manusia, segala sesuatu yang boleh membezakan kedudukan dan taraf manusia, sifat-sifat keji spt kesombongan, riak, ujub diri, pujian-pujinan orang sekeliling dan seumpamanya yang membuatkan manusia terlupa kepada tanggungjawab terhadap Allah (a.w) dan membolehkan manusia mendapatkan ramai pengikut dan penyokong serta tarikan dari orang lain terhadapnya – wanita kepada lelaki dan lelaki kepada perempuan, serta amalan-amalan yang diluar tabi’I manusia seperti perbuatan atau amalan umat Nabi Lut – homoseks, lesbiansm dan sebagainya. Maka kerana itu kata malaikat, sudah pasti siapa saja yang melihat perhiasan Allah (a.w) disekeliling neraka itu akan tertarik kepadanya dan pasti ingin melibatkan diri mereka untuk menikmatinya. Perhiasan yang diadakan disekeliling neraka itu adalah kesemua yang menyeronokkan nafsu, yakni yang dilarang dan ditegah oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Maka, apabila mereka melibatkan diri, maka pasti akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka itu.] 
Hari ini jelas apa yang diberitahu oleh Allah (a.w) itu. Keseronokan duniawi itu sudah canggih dan berbagai dan mudah diakses dan didapati dan dikuasi oleh manusia, pada setiap masa, sangat menyeronokkan, mudah memuaskan segala keinginan nafsu. Keseronokkan dunia itu boleh didapati oleh yang miskin dan yang kaya, di mana-mana dan 1001 macam kesenokan yang boleh memuaskan keinginan nafsu/diri.].
Saudara, mudah-mudahan peringatan Rasulallah (s.a.w) ini mengingatkan kita supaya membuat pilihan yg betul, dan jangan ikuti perasaan , insya Allah.

Jazakallahu khairah 


No comments:

Post a Comment