Assalamualaikum,
Saudara, hari ini adalah hari pertama tahun baru Kalender Gregory - 1 Januari 2013. Malam tadi, ramai sekali orang merayakan tibanya tahun baru di Padang Merdeka, di Putrajaya dan di merata ibu negeri di Malaysia, di hotel-hotel dan kelab-kelab eksklusif di merata-rata tempat. Mereka bergembira. Seolah-olah ada keberkatan dalam program sambutan tersebut.
Saudara, sebagai orang Islam kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tahun ini pastilah lebih buruk dari tahun lepas, dan tahun laps lebih buruk dari tahun-tahun sebelumnya. Kenapa? Semakin ramai umat Islam semakin jahil tentang agama mereka. Semakin terikut-ikut orang Islam dengan kemajuan duniawi. Dunia semakin canggih dan semakin menyeronokkan. Semakin ramai pulalah umat Islam yg sesat kerana kejahilan panduan Islam - panduan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam perkara aqidah dan keagamaan, umat Islam semakin di peluk lembayun dunia dan semakin lupakan tanggungjawab mereka terhadap Allah (a.w). Maka, semakin ramailah pula umat Islam yg nombor duakan agamanya, i.e. akhiratnya. Yang ingatkan Islamnya pula sesat dalam agamanya dan semakin menyimpang mereka dari ajaran Islam yg haq, kerana ambil mudah Islam, beramal tanpa ilmu atau beramal dalam kejahilan. Kerana tarikan dunia, semakin ramai dan berbagai pula kemaksiatan yg berlaku dan dilakukan. Pastinya dalam pandangan Islam tahun ini lebih buruk dari tahun lalu.
Saudara, dalam post pertama tahun baru ini kita ulangkaji ketetapan Islam yg, kalau kita sentiasa jadikan peringatan dan panduan harian kita, kita pasti selamat di akhirat, sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu - sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) pasti mendapat syurga. Itu janji Allah (a.w). Janji yg pasti. Sebaliknya, kalau kita abaikan dan lupa peringatan-peringatan Allah (a.w) dan RasulNya, maka pastilah kita akan celaka di akhirat, sebagaimana ditetapkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa' - masuk neraka, kecualiah sebelum ajal kita kita bertaubat terhadap segala dosa kita kpd Allah (a.w) dan manusia. Itu juga janji Allah (a.w). Kita pasti mati. Kita hanya tak tahu bila saatnya ajal kita akan sampai. Kita hanya boleh bersedia untuk mendapatkan kejayaan akhirat kalau kita menyediakan bekalan amalan dan ibadah yg benar, dan bertepatan dengan ketetapan atau kehendak Allah (a.w). Amalan dan ibadah dan segala amal makruf kita yg tidak sejajar dengan kehendak Allah (a.w) pasti tak berguna - tak diterima Allah (a.w) atau tak dapat pahala! Rasulallah (s.a.w) memberitahu amalan yang tidak dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Tapi, semakin hampir kiamat semakin ramai umat Islam lupakan Rasulallah (s.a.w), tolak sunnahnya dan buat pelbagai amalan dan ibadah yg batal dan batil, yg tidak disuruh Rasulallah (s.a.w) kita buat. Maka semakin ramailah orang Islam yg sesat, tergelincir dari 'siratul mustaqim', maka mengharap syurga, masuk neraka.
Saudara, apakah peringatan-peringatan yg wajib kita ambil perhatian dan pandu kehidupan kita ke arah mendapatkan kejayaan akhirat? Kita senaraikan, sebahagiannya, seperti berikut:
(a) Islam saja agama yg diterima Allah (a.w) kerana itulah agama yg diciptakan Allah (a.w) dan yg diperintah oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia sejagat - semua zaman dan untuk semua kaum dan bangsa;
(b) Manusia itu diberi kesempatan hidup didunia untuk mengabdikan diri - mengerjakan amalan dan ibadah - yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan dengan mengerjakan bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah menepati ketetapan as-Sunnah;
(c) Dalam menganuti Islam itu umat Islam diwajibkan berjema'ah dan sistem berjema'ah itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperincikan serta dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Ada kepimpinan 'ulil amri' (atau imam/amir), ada ikrar ikat janji (bai'at). Diperjelaskan tanggungjawab imam/amir ( = kepimpinan dalam Islam) dan tanggungjawab rukyah (= jema'ah umat Islam), mentaati 'ulil amri' (=Imam atau Amir) selagi Imam/Amir tidak memerintahkan sesuatu yg bersifat kemaksiatan (= sesuatu panduan bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah mengamalkan atau mengibahkannya berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah);
(d) Umat Islam diperigatkan supaya beramal atau kerjakan ibadah hanya dengan dasar ilmu, bukan dalam kejahilan. Umat Islam diperingatkan supaya tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan amalan syirik, tahyul, kurafat, bida'ah dan taklid. Maka ilmu (= ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib dipelajari dan difahami dan dijadikan asas atau dasar amalan dan ibadah. Amalan-amalan sedemikian membatalkan aqidah, mengeluarkan pengamalnya dari agama Islam tanpa mereka sedari. Yg amat mudah menjerumuskan umat Islam dari jalan lurus dan gagal mendapat syurga ( = siratul mustaqim) itu adalah amalan dan ibadah yg dicemari oleh bid'ah;
(e) Umat Islam diperingatkan supaya beriman dengan semua yg ghaib, sebagaimana diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah - tentang akhirat, syurga, neraka, hisaban, malaikat, nikmat syurga dan siksaan neraka dan cerita-cerita para rasul dan nabi dan lain-lainnya. Dan, sesiapa yg meremehkan al-Quran atau meragui walaupun satu ayat al-Quran atau suatu ketetapan as-Sunnah jatuh kafir;
(f) Bagi menjamin mereka tidak tergelincir dari Islam, maka umat Islam diwajibkan mengaji atau belajar ilmu ( = ilmu al-Quran dan as-Sunnah), dan mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupannya supaya segala amalannya sah dan benar dan diterima Allah (a.w);
(g) Umat Islam itu diperingatkan bahawa panduan yg haq tentang Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah dan petunjuk untuk mendapatkan syurga dan selamat dari neraka adalah petunjuk yg dicontohkan dan didemokan oleh Rasulallah (s.a.w);
(h) Umat Islam itu, dalam mengerjakan amalan dan ibadah, hendaklah berdasarkan niat yg betul iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan selamat dari siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka), itulah niat yg mengesahkan keIslaman dan keImanan umat Islam dan yang menjamin segala amalan dan ibadah diterima Allah (a.w).
Saudara, demikianlah ringkasan peringatan yg fundamental sebagai panduan beragama yg sewajarnya menjadi panduan harian kita mulai sekarang sehinggalah tamat kontrak umur kita (=sampai ajal kita). Dan, hakikatnya, sah Islam kita dan benar amalan dan ibadah kita kalaulah kita belajar ilmu ( = ilmu al-Quran dan as-Sunnah) dan janganlah kita beramal dan beribadah dalam kejahilan. Allah (a.w) perintahkan manusia - yg Islam dan tidak Islam - beramallah atau mengabdikanlah diri kepada Allah (a.w) dengan didasari ilmu. Janganlah kita beramal dan beribadah dalam kejahilan' Kerana jahil ilmu dan kerana tiada hidayahlah menyebabkan manusia tidak Islam. Malah yg Islampun tidak mengamalkan Islam yg betul kerana kejahilan dan kerana tiada hidayah.
Amalan dan ibadah yg kita kerjakan tanpa mempelajari ilmunya, walaupun betul, tetap dikira salah dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau beramal dengan ilmu kalaupun silap tetap dapat pahala, dan kalu betul dapat dua pahala! Justeru itu, adalah lebih baik belajar ilmu, fahami ilmu dan kemudian kerjakan apa yg disuruh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Panduan fundamental ini sering diperkecilkan oleh manusia, termasuklah mereka yg akui diri mereka Islam dan beriman, malah ualam' ...
Amalan dan ibadah yg kita kerjakan tanpa mempelajari ilmunya, walaupun betul, tetap dikira salah dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau beramal dengan ilmu kalaupun silap tetap dapat pahala, dan kalu betul dapat dua pahala! Justeru itu, adalah lebih baik belajar ilmu, fahami ilmu dan kemudian kerjakan apa yg disuruh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Panduan fundamental ini sering diperkecilkan oleh manusia, termasuklah mereka yg akui diri mereka Islam dan beriman, malah ualam' ...
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment