Tuesday, January 22, 2013

A non-Malay prime minister?

Assalamualaikum,
Saudara, itulah tajuk dalam ruangan atau column 'What They Say' tulisan Zainon Ahmad dalam akhbar The Sun hari ini (22 Januari 2013) menyebut tentang satu fictitious perbualan tiga character Azman (Melayu), Chong (China) dan Mohan (India) - melambangkan masyarakat majmuk kita dan tajuk yg panas hari ini iaitu tentang PRU13 yg akan menjelang dan apakah akhirnya kelak ...
Saudara, kalau nak tau isu-isu yg ditonjolkan dalam perbualan itu, bacalah. Yg menarik ingin post ini tuliskan dua perkara; pertama, kemungkinan di Malaysia perdana menterinya orang China atau orang India, memang wujud kalaulah majoriti kerusi Parlimen dimenangi oleh parti politik yg diterajui oleh atau dimenangi oleh kaum selain Melayu secara majoriti. Tidak ada mana-mana perundangan yg melarang seorang China atau India jadi PM. Yg ada mungkin seorang China atau India tidak boleh menjawat jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar, kerana perundangan negeri mensyaratkan bahawa yg boleh jadi MB atau KM itu hendaklah orang Melayu. 'Melayu' didefinasikan oleh Perelembagaan sebagai orang yg menepati tiga criteria, iaitu (a) beragama Islam, (b) bercakap atau bertutur Bahasa Melayu secara tabi'i, dan (c) mengamalkan  budaya Melayu atau keMelayuan. [Nota: Kalau definasi in Noor Muhammad Yakcob terkecuali. Bukan lazim dia bercakap Melayu di rumah, bukan lazim dia pakai pakaian Melayu di rumah, tapi dia Islam - tak lulus dua criteria.] Tidak ada dalam definasi itu menyebut tentang warisan keturuanan atau ethnicity. Jika begitu kalau ada orang kulit putih nampak jelas kulitnya berlainan dari kulit Melayu 'sawo matang' (kata orang Jawa), tapi kalau dia beragama Islam sepreti pengacara 'Reflections' dalam TV al-Hijrah, Shuib Webb, beragama Islam, dan dia, katalah, bercakap Melayu fasih macam orang Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, boleh diistilahkan atau diterima sebagai orang Melayu, mengikut definasi tersebut. Memang orang Melayu itu berasal dari pelbagai rumpun etnik asal dari semua tempat - dari Indonesia spt Palembang, Minangkabau dan lain-lain provinsi Indonesia di Sumatrea, dari Champa, dari India dan Pakistan, dari negeri China, dari Myanmar, dari Kemboja (Champa) dan sebagainya. Kini di kalangan masyarakat pelakun atau artis pula ramai artis wanita Melayu tak suka kahwin dengan lelaki Melayu, mereka lebih suka kahwin dgn orang putih. Macam orang Melayu yg berpeluang belajar ke luar negeri atau negara tahun-tahun 30an, 40an, 50an dan 60an dulu, balik bawa mem orang putih. Mereka yg kahwin campur ini dapat anak yg handsome kalau lelaki (kacak, tinggi, kulit putih, hidung mancung, bibir nipis dsbnya) dan cantik dan cun kalau perempuan (berkulit putih tapi tak kasar halus, hidung mancung, pipi gebu, mata biru dan sebagainya). Hari ini, ramai pula wanita Melayu yg sukakan 'Mat gagak' atau orang lelaki kulit hitam dari Afrika. Taklah handsome tapi berwang, pandai memujuk rayu, lebih gentleman, sopan dan romantik dan gagah dalam perkara cinta, katanya. Jadi mereka akan dapat zuriat yg merupakan gabungan gene kedua-duanya, pasti juga yg lelakinya tak sehodoh bapanya dan tak seputih ibunya, kalau ibunya putih cerah, tapi memiliki feature fisikal yg unik pula. Mereka ini jadi Melayu kalau bapanya Melayu, layak dapat kewarga-negaraan kalau bapanya Melayu. Kalau ibunya Melayu dan bapanya orang asing, camne?
Saudara, Malaysia terkenal sebagai 'melting pot' bangsa, agama dan budaya. Tapi, dalam perkara kepimpinan politik dan kepimpnan negara, memang mungkin kalau kaum selain Melayu boleh jadi PM atau MB atau KM. Kalau seorang China atau India atau Caucasian (berketurunan Eropah) atau berdarah campuran secara tabi'i beragama Islam, bercakap Melayu dan mengamalkan sosio-budaya Melayu, boleh jagi 'Melayu' dan layak jadi MB atau KM dan PM. Sebaliknya, kalau Melayu tak Islam atau terbukti tak Islam dari segi amalan dan ibadah - tak pernahpun buat, bercakap dalam bahasa selain Melayu secara tabi'i dan mengamalkan budaya bukan Melayu tabi'i spt mengambil dan mengamalkan budaya Arab atau India, contohnya, dari segi definasi mungkin tak layak diiktiraf sebagai Melayu, walaupun dari segi etniknay Melayu - bapa dan emaknya Melayu! Menarik kan?
Saudara, perkara kedua yg ingin ditarik perhatian pengikut blog ini adalah kemungkinan orang Melayu 'terlucut' keIslamannya. Dalam blog ini kita telahpun sebutkan beberapa kali perkara ini. Orag Islam (Melayu ataupun tidak) yg meninggalkan solat fardunya walau satu waktu sahaja sudah jatuh kafir. Apatah lagi orang Islam yg sememangnya secara tabi'i atau kelaziman tak solat. Mereka kekal Melayu tapi kafir! Itulah ketetapan Islam. Orang Melayu yg menolak suatu ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran atau menolak sesuatu ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, jatuh kafir serta merta. orang yg sedemikian kekal Melayu tapi hakikatnya kafir sebagaimana orang China atau India atau bangsa-bangsa lain yang agamanya bukan Islam, adalah kafir. Kalau kafir pasti masuk neraka, kecualilah dia bertaubat dan Allah (a.w) terima taubatnya. Jelasnya, orang Melayu walaupun dari segi lahiriahnya Islam - atau dilahirkan Islam - tetapi tidak menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'buduni' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk memperhambakan diri mereka kepadaKu (Allah (a.w)). 'Memperhambakan diri' itu bermaksud mengerjakan amal dan ibadah sebagai hamba atas perintah dan suruhan Allah (a.w) dan atas perintah dan suruhan Utusan Allah (a.w) (=Rasulallah (s.a.w)) apa-apa yg disuruh amalkan atau ibadahkan dan meninggalkan apa-apa yg ditegah atau dilarang.' Kalau seseorang itu kerjakan apa yg ditegah dan tinggalkan apa yg disuruh, maka adalah orang yg ingkar. Orang yg ingkar itu adalah fasiq dan kafir kerana menentang perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya! Berapa ramaikah orang Melayu yg akui diri mereka Islam yg masih Islam? Berapa ramaikah orang Melayu yg hakikatnya kafir, takda bezanya degan orang China dan India dan lain-lain bangsa yg tak Islam? Ramai. Kenapa? Ketika Rasulallah (s.a.w) masih hidup - atas wahyu dari Allah (a.w) atau diberitahu oleh malaikat Jibril (a.s) - beliau memberitahu bahawa majoriti umat beliau akan masuk neraka - 72 golongan umat Islam akan masuk neraka daripada 73 golongan Islam di akhir zaman. Yg berjaya dapat syurga hanyalah satu golongan. Golongan orang Islam yg berjaya mendapat syurga itu adalah golongan yg menepati dua pra-syarat: pertama, golongan umat Islam yg mengabdikan diri kepada Allah (a.w) - buat atau kerjakan apa-apa yg disuruh (sekuat mampu) dan tinggalkan atau jauhi (kesemua) yg ditegah - dengan berpandukan as-Sunnah atau sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah; dan kedua, golongan umat Islam yg Islamnya adalah berjema'ah. Kita telah lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah menyebutkan dua pra-syarat ini. Seseorang Islam yg gagal menepati kedua-dua atau satu daripada pra-syarat ini tergolong dari kalangan orang yg merasai diri mereka Islam, tetapi sebenarnya bukan Islam. Islam yg sah itu hendaklah menepati kedua-dua pra-syarat tersebut. Jadi, berapa ramaikah orang Melayu atau umat Islam yg benar-benar Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah? Tak ramai.
Saudara, malangnya hari ini orang Melayu lebih utamakan dunianya. Mengapa? Kejayaan dunia itu mudah dilihat dan dinikmai mereka, tetapi kejayaan akhirat itu hanyalah suatu bayangan kepada majoriti umat Islam atau orang Melayu. Mereka tak percaya. Mereka kurang yakin. Mereka ambil mudah Islam apabila ada yg bercakap kalau Islam atau mengucap dua kalimah syahadah, pasti akan masuk syurga di akhirat kelak. Ada yg mengatakan segala kebaikan yg dikerjakan ketika kita hidup pasti mendapat ganjaran pahala, maka mereka berbuat baik walaupun tak laksanakan amalan dan ibadah yg diwajibkan. Semuanya kerana jahil ilmu. Justeru itulah, ramai cerdik pandai Melayu merasa telah menempah syurga di akhirat kerana dia seorang profesor yg mengajarkan ilmu kepada mahasiswanya sekian tahun. Ramai doktor merasa telah menghantar banyak pahala kerana menolong manusia dari kependekan umur kerana kerjanya membantu menyembuhkan penyakit dan 'melanjutkan umur' pesakit yg mereka rawat, contohnya. Orang politik merasa telah banyak mengumpul pahala kerana sebagai pemimpin mereka banyak berjasa kpd negara, bangsa, dan agama serta rakyat. Semasa berkempen - sebagaimana sekarang ini  - mereka mencaci, memfitnah, mengadu domba, membuat pembohongan dan menunjukkan kesombongan, ujub dan bangga diri dan sekian banyak lagi 'kemaksiatan' dalam istilah Islam, yg menghapuskan segala pahala yg termungkin dan menokok dosa sedikit demi sedikit, dan bukannya menghantar bekalan pahala untuk akhirat mereka! Namun, mereka merasa senang. Pastilah Allah (a.w) menolong mereka.
Saudara, Allah (a.w) menolong mereka yg ikuti perintah dan suruhannya dan perintah dan suruhan RasulNya. Inilah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa. Sebaliknya, sesiapa yg membelakangkan ketetapan tersebut iaitu mereka yg tergolong dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' pastilah gagal di akhirat kelak. Orang-orang Islam yg menolak ketetapan Ayat 80, Surah an-Nisa' tergolong orang yg menolak Islam. Orang yg tidak menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran tidak halal hidup mereka di dunia, maka amalan mereka batal walaupun betul dari segi bentuk, cara dan kaedah. Orang yg tidak mengikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa', maka belum sah keIslaman mereka. Sesiapa yg tidak mengikuti as-Sunnah pastilah mereka orang yg dibenci Allah (a.w) - Ayat 31, Surah ali-Imran - syurga takkan diperolehi kalau dibenci Allah a.w). Orang yg menolak atau tidak menyetujui ketetapan as-Sunnah menolak ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 21, Surah al-Ahzab. Orang Islam yg telah diberitahu sesuatu oleh Rasulallah (s.a.w) jangan lakukan, masih berdegil lakukan juga, adalah orang menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w), pasti masuk neraka - Ayat 36, Surah al-Ahzab, ... dan banyak lagi. 
Saudara, begitu banyaknya kemungkin orang yg akui dirinya Islam itu menjadi kafir tanpa disedari. Sebaliknya pula begitu banyaknya kerahmatan Allah (a.w) kalaulah kita akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, balasan yg baik itu sukar diyakini oleh manusia, yg terbiasa dengan melihat serta merasai nikmat dunia dan kerana terpengaruh oleh keduniaan dan majoriti manusia di dunia. Semua ini kerana jahil ilu. Kejahilan ilmulah menyebabkan majoriti orang Islam hari ini dan akan datang masuk neraka dan gagal mendapat syurga. Ilmulah yg akan membimbing umat Islam ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Tanpa ilmu pasti rosak binasa di dunia dan di akhirat...

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment