Assalamualaikum,
Saudara, daam post hari ini kita lihat sepotong firman Allah (a.w) yg amat jelas bagi orang yg diberikan Allah (a.w) hidayah. Namun, majoiriti umat Islam sangsikannya atau tidak menerimanya. Amatla buruk kesudahan orang-orang tergolong dalam golongan ini.
Menentang
atau Menolak Ketetapan Allah (a.w) & Rasulallah ((s.a.w)
Saudara, kita lihat firman Allah (a.w) berikut. Allah (a.w) peringatkan setelah diberitahu apa yang haq dan apa yang batil, kemudian diperjelaskan pula oleh Rasulallah (s.a.w), masih tak mahu terima, maka merekalah orang yang tergolong dalam golongan ini.
Ayat
36, Surah ak-Ahzab: Allah (a.w) berfirman: ‘Wa-ma kana
li-mukminin wa-la mukminatin iza qadallahu wa-rasulahu amran an yakuna
lahumulkhiayaratu min amrihim; wa-man ya’sillahawa-rasulahu faqad dalla dalalan
mubina.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah ada (i.e. patut atau wajar)
bagi orang iman lelaki dan orang iman perempuan ketika menetapkan Allah (a.w)
dan RasulNya sesuatu perkara (i.e. ketetapan) bawasanya ada bagi mereka pilihan
yang lain dari perkara mereka (bukan perkara Allah dan RasulNya); dan
barangsiapa menentang (atau menolak ketetapan) Allah (a.w) dan (ketetapan) RasulNya,
maka sungguh-sungguh sesat mereka suatu kesesatan yang nyata).
[Nota: Orang Islam yang tidak mengakui kewajipan berjema’ah dalam menganuti Islam adalah tergolong dari golongan ini. Begitu jugalah orang Islam yang tidak mengilmukan dirinya dengan ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya lebih tepat segala amalan dan ibadahnya sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan menepati apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) juga tergolong dalam golongan ini. Orang-orang yang menghalang penyebaran ilmu al-Quran dan as-Sunnah kepada umat Islam bagimembetulkan bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramala dan beribadah, juga termasuk dalam golngan ini. Pengamal ‘bid’ah hasanah’ jelas tergolong dari kalangan orang-orang yang disebutkan dalam ketetapan ini. Sudah diberitahu melalui nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, namun tetap berkeras menyatakan mereka benar, i.e. wujudnya ‘bid’ah hasanah’.]

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment