Thursday, January 24, 2013

Mengagungkan Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Saudara. hari ini 24 Januari 2013 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1434 hijriah adalah ulangtahun harikeputraan nabi Muhammad, Rasulallah (s.a.w). Di Malaysia, pagi ni di Putrajaya - Ibu dan usat pemerintahan negara, diadakan perbarisan sambil menyanyi-nyanyi dan membaca pelbagai lagu-agu yg ianggap budaya Islam sebagai menghormati dan merayaan kelahiran Rasulallah (s.a.w)! Soalnya? Adakah itu caranya meghormati dan mengagungkan Rasulallah (s.a.w)? Adakah itu yg Allah (a.w) perintahkan uma Islam lakukan? 
Saudara, upacara merayakan hari-hari seumpama Hari Kelahiran atau Hari Kekasih (Valentine Day), Hari Bapa, Hari Ibu, Hari Guru danlain-lain hari adalah amalan dan budaya masyarakat Barat atau amalam masyarakat yg beragama Kristian. Begitu jugalah dalam perkara agama menyanyi dan seumpamanya adalah budaya Barat, malah budaya Black American atau budaya gereja di Barat. Sekarang budaya dan amalan sedemikian itu telah diimport oleh umat dan pemimpin Islam serta para ulama' Islam, sebagai satu-satunya persembahan atau pennjolan dalam agama Islam. Sekarang di gereja diadakan program menyanyi dan menari. Kini di Malaysia dalam upacara keagamaan akan diselikan dengan nyanyian dan pementasan atau lakunan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya. Akan tiba masanya kelak di masa depan generasi umat Islam Melayu dll akan menganggapkan program atau nyanyian atau pementasan atau pembacaan sajak dan sebagainya seolah-olah tuntutan agama Islam! Wal iyazubillah. 
Saudara, adakah perbuatan sedemikian itu adalah perbuatan yg termasuk dalam istilah 'bid'ah'? Bid'ah hanyalah perkara-perkara yg melibatkan secara langsung isu-isu atau perkara agama - aqidah dan syari'ah, dan termasuklah perkara-perkara muamalah yg terkait dngan ketetapan dan peraturan Islam. Yg pasti, program sambutan'Maulidur Rasul' itu adalah tak lebih dari budaya Melayu Islam, bukan budaya Islam. Mereka yg terlibat dalamnya dan trkait dngannya tidak mendapat sebarang kebaikan dalam bentuk pahala, malah kemungkinan besar mendatangkan dosa, jika terungkit akidah dan tercemar syariat Islam. 
Saudara, kalau begitu, bagaimanakah umat Islam itu wajar menghormati dan mengagungkan Rasulallah (s.a.w)? Kita kembali kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. 
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu ati’ullaha wa-ati’urrasula.' [Yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah panduan as-Sunnah).]’ [Ayat 59, Surah an-Nisa’]
Dan Allah (a.w) berfirman: ‘Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud:  ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (mengikut as-Sunnah) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr] Firman Allah (a.w): ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …' [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran].
Saudara, Rasulallah (s.a.w) berpesan kepada kita, umat Islam, dalam sabdanya dalam hadith berikut. Utamakan al-Quran dan as-Sunnah: 
Sabda Nabi (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi.' [Yg bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamuselama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni mendapatkan syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi]
[Nota: Pesanan ini disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah terakhir beliau ketika mengerjakan haji wida’ tahun 9Hijrah. Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Surah-surah al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2). Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.] 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengingatkan umat beliau dalam hadith berikut bahawa yg beliau inginka umatnya lakukan dan kerjkan tanpa pengecualian adalah disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’ [Hadith Bukhari] 
[Nota: Dalam Blog ini seringkali kita telah diberi penjelsan tentag apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman yang cukup tentang hakikat berjema’ah dan kepimpinan dalam Islam itu amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat, Ayat 13 Surah an-Nisa’, Ayat 103, Surah ali-Imran, Ayat 59, Surah an-Nisa' dll]
Saudara, dalam perkara ibadah yg terutama dalam Islam iaitu solat, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita ikuti cara dan kaedah beliau bersolat.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik menceritakan kepada kami, katanya: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perasaannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi bersabda:’ Kembalilah kepada keluarga kamu dan tinggallah berama mereka. Ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ Disebutkan oleh beliau beberapa hal. Ada yang aku ingat dan ada yang tidak. Diantara sabda beliau ‘Sollu kama ra aitumui usalli’ (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat (i.e. berpandukan as-Sunnah)). Apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang diantara kamu, dan yang paling tua dikalangan kamu menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Jadi? Hari ini adakah kita umat Islam yg berbaris dan menyanyi di dalam upacara sambutan yg takpun beliau dan Allah (a.w) sudah lakukan apa yg beliau suruh? Iaitu: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu (mengikuti) sebagaimana kamu melihat aku bersolat (i.e. ikuti ketetapan dan panduan as-Sunnah)? Kita takpun ikut as-Sunnah kalau kita membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh!
Saudara, cara kita merayakan dan menghormati dan mengagungkan Rasulallah (s.a.w) adalah mematuhi perintah Allah (a.w) dalam ayat berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Katakanlah (olehmu wahai Muhammad (s.a.w))! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w) maka ikutilah aku (Muhammad (s.a.w)) (nescaya) akan kasih akan kamu oleh Allah (a.w) dan mengampunkanNya akan dosa-dosa kamu; dan Allah (a.w) itu zat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).’ [Ayat 31, Surah ali-Imran]
Saudara, inilah intipati apa yang patut kita umat Islam yg inginkan kejayaan dunia dan kejayaan akhirat lakukan iaitu, taatilah segala sesuatu yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Inilah caranya kita mengagungkan Rasulallah (s.a.w) dengan merayakan hari kelahiran beliau dengan menjadikan beliau contoh atau model ikutan dalam dunia, demi mencari kejayaan akhrat! Lebih baik. Kerana diampunkan Allah (a.w) dosa-dosa kita jika kita taat. Malah, Allah (a.w) pasti kasihkan kita dan dengan kasih Allah (a.w) itu, kita mendapat ganjaran syurga dan selamat dari neraka. Alangkah hebatnya kalau kita merayakan kelahiran Nabi (s.a.w) dengan mempertingkatkan pengamalan kita yg menepati tunjuk ajar Rasul? Tapi, malangnya hari ini majoriti kita yg Islam 'menentang' beliau apabila kita penuh yain wujudnya 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) secara terang-terang memberitahu kita 'semua' atau 'setiap' pembaharuan dalam perkara agama dalam bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah adalah bid'ah! Apakah kita benar-benar mengagungkan beliau? Apakah kita bersyukur bahawa beliau diangkat Allah (a.w) sebagai Rasul dan Nabi penamat dan 'uswatun hasanah' (AYat 21, Surah al-Ahzab)? Saudara, tanya diri sendiri.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau memberitahu manusia, khususnya umat beliau, umat Islam, bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) pastilah dia taatkan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Rasulallah (s.a.w) bersabda sejajar dengan firman Allah (a.w) terebut spt berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Muqotil (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa mengasihi aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah (a.w). Dan, sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia mentaati Allah (a.w).’ [Hadith Bukhari]
Saudara, yg Rasulallah (s.a.w) utamakan kita lakukan kalaulah kita sayangi dan kasihi beliau adalah mentaati beliau - yakni ikuti sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidi al-mahdiyin. Malangnya, hari ini 'sunnah' siapakah yg kita ikuti sekarang? Apakah kita benar-benar hormati atau kasihi Rasulallah (s.a.w)?
Saudara, kita yakin bahawa kita adalah seorang yg beriman. Tapi, kalaulah kita engarkan sesuatu yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), maka tercemar keimanan kita. Malah menolak satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. menolak ketetapan as-Sunnah), kita terkeluar dari keimanan. Terkeluar dari keimanan maka kita terkeluar dari Islam. Terkeluar dari islam kita jadi apa? Maka Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih engkau kasihi daripada anak-anak kamu, kedua ibu bapa kamu, dan manusia seluruhnya.’ [Hadith Ibnu Majah, juga Bukhari dan Muslim]
Malangnya hari ini kita sayangi sesetengah ulama'; dan menolak ketetapan as-Sunnah - a comlete opposite of atau bercanggah dari apa yg - Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w) perintahkan kepada kita. Apakah kita sebenarnya bencikan Rasulallah (s.a.w) tanpa sedari? Tepok dada tanya hati dan aqidah kita selama ini.
Saudara, firman Allah (a.w) berikut merumuskan apakah yg wajib kita lakukan kalau inginkan kejayaan dalam menhormati dan mensyukuri Allah (a.w) kerana mengutus Rasulallah (s.a.w) untuk mengajarkan kita agamaNya: 
Firman Allah (a.w): 'Wamai yutiillaha wa-rasulahu faqad faza fauzan ‘aziman. ' [Maksud: Barangsiapa mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan (mentaati) RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah), maka nescaya sungguh-sungguh dia mendapat kemenangan (suatu) kemenangan (atau keuntungan) yang paling besar (yakni, syurga)][Ayat 71, Surah al-Ahzab]
Saudara, oleh itu wajiblah kita semak diri kita, tanggapan kita terhadap Rasulallah (s.a.w), cara dan kaedah kita menghormati dan mengagungkan Rasulallah (s.a.w), kerana akibatnya kita yg untung atau rugi.  Kalau kita benar-benar Islam dan beriman maka wajiblah kita semak amalan dan ibadah kita serta segala sesuatu yg melibatkan tanggapan dan penerimaan kita terhadap al-Quran dan as-Sunnah dan terhadap peranan dan tanggungjawab kita terhadap Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yang menghidupkan satu sunanha Rasulallah (s.a.w) maka kita membuktikan kita kasihi beliau.
Jazakallahu khairah 
 
 











No comments:

Post a Comment