Monday, January 21, 2013

Kalimah 'Allah' dan Agama Kristian: Komen

Assalamualaikum,
Saudara, dalam dua post sebelum ini kita telah jelaskan hakikat kalimah 'Allah' (dalam Bahasa Inggersis) dengan tujuan supaya pembaca blog ini yg beragama selain Islam, terutama yg Kristian, dan orang Islam sendiri faham bahawa nama 'Allah' itu tidak wajar dan tidak boleh digunakan oleh masyarakat agama lain, termasuk Kristian, sebagai nama tuhan mereka. Sebab-sebabnya telahpun diberikan. 'Allah' adalah nama tuhan yang satu - yg esa - dan permintaan kaum Kristian di Malaysia inginkan nama tuhan mereka juga dinamakan 'Allah' dan tidak sekali-kali wajar menamakan tuhan yang banyak bilangannya seperti kaum Kristian yang mempercayai bahawa tuhan mereka itu tiga! Malah dalam Kitab Bible versi Bahasa Inggeris atau versi apapun tidak pernah dirujuk sebagai 'Allah' tuhan yang mereka sembah.
Saudara, sebenarnya isu ini berbagkit kerana majoriti rakyat pribui di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian inginkan supaya tuhan mereka disamtarafkan dengan tuhan umat Islam, Allah (a.w). Walaupun mereka tidak pernah menggunakan kalimah 'Allah' selama ini, namun kini mereka berpendapat wajar mereka juga menggunakan nama tersebut.
Dalam hubungan ini amat menarik pengakuan seorang Padri Kristian Indonesia, Jahya Iskandar, yg menyebutkan hakikat bahawa penganut Kristian tidakpun menggunakan nama Allah tersebut dalam kitab mereka selama ini di Indonesia. Sebagi seorang yg berilmu dalam ilmu agama Kristian dia menyebutkan bahawa nama-nama tuhan penganut Kristian disebut dengan berbagai-bagai nama semenjak dulu dalan kitab-kitab Bible versi mereka. Ini dilapurkan oleh Saharudin Musthafa (seorang columnist Utusan Malaysia) yg dilapurkan menulis dari Jakarta dalam segmen 'Dalam Negeri' akhbar Utusan Malaysia terbitan hari ini (21 Januari 2013) dengan tajuk: 'Penganut Kristian Harus Bersikap Toleransi - Paderi Jahya'. Padri tersebut benar dalam pengakuannya. Malangnya di Malaysia orang Kristian yg tidakpun 'warak' dalam konteks Kristianiti sengaga membangkitkan perkara tersebut semata-mata ingin merendahkan taraf Islam sebagai agama di Malysia atau ingin menyamatarafkan agama selain Islam supaya setanding dengan Islam. Umat Islam yg memiliki ilmu mengenai agama Islam - Ilmu al-Quran dan as-Sunnah - pasti faham bahawa agama Islam itu adalah agama yg dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia sejagat semua bangsa dan keturunan dan semua zaman anuti, jika mereka inginkan peluang ntuk mendapatkan syurga di akhirat kelak. Semua bangsa dan keturunan boleh menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka, jika mereka Islam. Kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan  yg esa itu boleh digunakan oleh semua bangsa dan keturunan semua zaman jika mereka Islam. Dalam dua post yg kita telahpun muatkan dalam blog ini kita telah sebutkan beberapa perkara; iaitu: pertama, nama 'Allah' itu merujuk kepada tuhan yg esa - tidak diberanakkan dan tidak memberanakkan; kedua, Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) - seorang Rasul dan juga Nabi - yg membawakan dan mengajarkan manusia agama Islam; Ketiga, Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Rasul dan Nabi untuk manusia sejagat, bukan Rasul dan Nabi untuk orang Arab atau Melayu ataupun Indon, kerana beliau membawakan agama Islam yg universal yg wajib dianuti oleh semua manusia semua bangsa dan keturunan dan semua zaman; keempat, agama Islam itu tidak terhad kepada mana-mana bangsa atau zaman, tetapi untuk semua manusia anuti kalaulah mereka ingin masuk syurga, kerana kalau anuti agama selain Islam, pasti masuk neraka, kerana Allah (a.w) tidak akan terima penyembahan atau menyembahNya atau mengabdikan diri kepadaNya melalui wadah selain agama Islam; Kelima, Islam dan syariatnya adalah ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka dengan itulah diwajibkan umat Islam mempelajari al_Quran dan as-Sunnah, memahaminya dan jadikan al-Quran panduan hidup semasa di dunia; dan keenam, umat Islam yg berpandukan sebagai panduan hidup selain al-Quran dan as-Sunnah, tidak diakui keIslaman mereka. Tambahan pula sesiapa yg Islam berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat dan dia tidak akan menemui atau berada di atas 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga.
Saudara, itulah dia perkara yg wajib yg seorang Islam yg mengharapkan kejayaan akhirat - masuk syurga dan selamat dari neraka - jadikan peringatan yg hakiki dalam hidup mereka.
Saudara, kalau saudara nak tahu lebih lanjut apakah pandangan padri Jahya, silalah rujuk kepada tulisan tersebut dalam Utusan Malaysia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment