Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara 'berjema'ah' dalam Islam. Insya Allah hadith berikut, selain memberikan kita 5 jenis panduan, selain kita diberitahu tentang utamanya berjema'ah dalam mengamalkan aqidah dan syariat Islam.
Syurga diperolehi dengan berjema’ah
Saudara, antara perkara yang kita sebagai seorang iman fahami - berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - adalah kejayaan mendapat syurga itu hanyalah diperolehi dengan berjema'ah dalam Islam dan tidak terpengaruh oleh firqah (= perkumpulan terasing). Syaitan itu sukar mempengaruhi orang iman yang berjema'ah.
Diriwayatkan
hadith dari ibnu Omar berkata: ‘Telah berkhutbah Omar (r.a) di tanah Jahbiyah,
maka berkata dia (Omar): ‘Ya aiyuhannasi
inni qumtu fikum kamaqami Rasulillahi (s.a.w) fina, fa-qala usikum biashabi
thummal-lazina yalunahum thummal-lazina yalunahum tumma yafsyul-kazibu hatta
yahlifr-rajulu wa-la yustahlafa wa-yasyhadas-syahidu wa-la yustasyhada ala la
yahluanna rajulun bi-amra-atin illa kana thalithahumas-syaitana ‘alaikum
bl-jama’ati wa-iyakum walfirqata fainnas-syaitana ma’al wahidi wa-hua minal-ithnainiab’adu,
man arada buhbuhatal-jannatifalyalzamil-jama’ata, man sarrathu hasanatuhu
wa-sa-athu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.’ (Yang bermaksud: Wahai
sekelian manusia! Sesungguhnya berdiri aku di kalangan kamu sekelian
sebagaimana Rasulallah (s.a.w) berdiri (suatu masa dulu) di kalangan kami (di
tempat ini). Maka bersabda dia (Nabi): ‘Berwasiat aku (Nabi) pada kamu
sekelian dengan (kehadhiran) beberapa sahabatku, kemudian orang-orang yang
mendekati mereka (i.e. para tabi’in yang mengikuti para sahabat), kemudian orang-orang yang mendekati
mereka (i.e. orang-orang yang mengikuti para tabi'in); kemudian (selepas zaman itu) tersebar luas pendustaan/dusta
sehingga bersumpah seorang lelaki, dan dia tidak diminta bersumpah, dan menjadi
saksi (seorang lelaki) dan dia tidak diminta menjadi saksi, ingatlah jangan menyepi (=
menyendiri = berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada orang yang
ketiganya bersama kedua mereka itu syaitan; menetapilah jema’ah dan takutilah firqah (=perpecahan dalam Islam), maka sesungguhnya syaitan itu bersama-sama dengan seorang
(yang menyendiri = perpecahan) dan dia (=syaitan) itu dengan dua orang (=jika berdua atau
lebih) menjauhi mereka; barangsiapa (=sesiapa) yang menghendaki berada di
tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi jema’ah; barangsiapa (=sesiapa)
yang menyenangkan dia pada orang lain kebaikannya (i.e. orang itu), dan
menjelikkan/memburukkan keburukan orang, maka demikian itu (sifat-sifat) orang
yang beriman). ) [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan – Hadith hasan, sahih]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Omar (r.a) ketika itu adalah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang ke-2, suatu masa berada di tanah Jahbiyah berkhutbah di hadapan para sahabat, mencontohi khutbah Nabi (s.a.w) di tempat yang sama dengan menyampaikan amanat yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w) ketika itu. Dalam khutbah Rasulallah (s.a.w) itu beliau memberi amanat beberapa perkara yang amat penting bagi umat Islam fahami dan jadikan panduan; iaitu, pertama, Rasulallah (s.a.w) berwasiat kepada para sahabat, para tabi-in (=orang yang iman sezaman dengan Rasulallah (s.a.w), tetapi tak pernah berkesempatan bertemu dengan beliau), pengikut para tabi-in (=orang yang iman mengikuti ajaran para tabi-in kerana mereka hidup zaman sahabat atau selepas zaman khalifah, tetapi pernah menemui salah seorang daripada khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan sahabat yang lain) tentang Islam dan ketetapannya. Jelasnya nasihat dan panduan Nabi (s.a.w) itu bukan sekadar untuk panduan sahabat yang ada zamannya, tapi zaman khalifah, zaman tabi'in dan zaman pengikut tabi'in - malah sampai kepada peniut ajaran al-Quran dan as-Sunnah sampai terjadinya kiamat. Maka wasiat/pesanan Rasulallah (s.a.w) itu wajib dijadikan panduan dan peringatan sebagai panduan as-Sunnah. Zaman-zaman tersebut Islam kekal murni dan bersih dari sebarang pencemaran dan tidak dicemarkan oleh golongan-golngan yang terpandu dalam zaman-zaman tersebut. Kedua, akan tiba zaman buruk atau jelik apabila tersebarnya keburukan merta dalam masyarakat umat Islam. Dalam zaman itu akan ada orang Islam yang bersedia secara sukarela atau spontan bersumpah sesuatu walaupun dia tidakpun disuruh bersumpah. Akan wujud umat Islam yang secara sukarela dan spontan menjadi saksi terhadap sesuatu permasalahan walaupun dia tidak dimintapun menjadi saksi. Hari ini zaman keburukan ini semakin meluas dan jelas dan setiap kita tidak terlepas dari persekitaran sedemikian. Meluasnya fitnah memfitnah, caci mencaci, kata mengata, tuduh menuduh, mempercayai tohmahan tanpa asas, atau kerana pelbagai pertimbangan umat Islam sanggup ke-depan menyebut sesuatu tanpa dia sendiri melihatnya atau mengetahui apa-apa yang dikatakan olehnya. Dengan khabar angin, tanpa soal selidik terus percaya, semata-mata kerana kepentingannya atau kepentingan semangat perkumpulan. Ramai umat Islam hari ini tampil ke depan bercakap sehinggakan sanggup bersumpah atau menjadi saksi terhadap sesuatu yang batil, kerana pertimbangan pelbagai, spt pertimbangan keduniaan, perkumpulan atau keluarga dan faham atau ikutan. Termasuk berhujjah memperlekehkan orang Islam yang lain. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya yang lelaki supaya jangan menyepi atau menyendiri (= istilah sekarang 'berkhalwat') dengan wanita yang bukan makhramnya, kerana syaitan adalah orang yang ketiga yang akan menghasut mereka untuk melakukan pelbagai kejahatan, kemaksiatan dan kemungkaran, maka rosak mereka. Rosak kerana melakukan dosa atas pujukan syaitan. Keempat, Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umatnya berjema’ah dalam Islam dan takuti (=jauhi) berfirqah (=berpecah belah, menubuhkan perkumpulan berasingan atau terasing dalam Islam) kerana syaitan itu bersama-sama dengan orang yang bersendirian atau berfirqah (=tidak berjema’ah). Kerana mudah syaitan mempengaruhi orang iman yang menyendiri atau tak berjema'ah. Dia, adalah orang yang kedua bersama-sama yang menyendiri. Kalau lebih dari dua (=berjema’ah) tidak mudah dipengaruhi oleh syaitan untuk menyelewengkan aqidah dan syariat agama Islam dan mempengaruhi mereka berbuat kejahatan. Kerana dalam sistem berjema’ah itu sentiasalah anggota jema'ah mengikuti program ilmu, ingat ingat memperingatkan satu sama lain, ada sistem nasihat menasihati dan memperhatikan pergerakan jema'ah supaya tidak tergelincir, maka jema'ah berwaspada sentiasa. Kelima, ini yang amat utama diberi perhatian dalam aqidah dan syariat Islam, iaitu Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang inginkan kepastian berada di tengah-tengah syurga hendaklah dia berada di dalam jema’ah. Syurga itu hanya boleh dijamin jika umat Islam berjemaah. Kerana, berjema'ah adalah pra syarat dalam aqidah dan syariat Islam. Jema'ah menghalalkan kehidupan seorang Islam dan mengesahkan segala amalan dan ibadahnya diterima Allah (a.w). Keenam, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sifat orang iman itu, yang disebutkan dalam hadith ini iaitu senang atau sukakan kebaikan orang lain serta berbuat baik kepada orang lain, dan kedua, dia bencikan keburukan orang lain dan bencikan keburukan dirinya sendiri.
Di dalam al-Quran, beberapa tempat Allah (a.w) peringatkan manusia supaya jangan berfirqah atau berpecah belah. Antara bukti berpecah belah umat Islam adalah apabila ada perkumpulan eksklusif sama ada dalam bentuk mazhab atau tarikat atau ikutan lainnya, spt kumpulan sunnah, kumpulan syia’ah, kumpulan tablig yan berbagai bagai pula. Islam itu perkumpulan yang satu walaupun mungkin wujud beberapa jema’ah yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dari segi geografinya.
Allah (a.w) memerintahkan manusia (umat Islam) supaya mendirikan jema’ah atau anuti Islam secara berjema’ah dan jangan berfirqah (atau berpecah-belah dalam Islam) – Ayat 103, Surah ali-Imran. Dalam hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) perintahkan beliau supaya dirikan jema’ah. Maka dalam zaman Rasulallah (s.a.w), Islam itu berjema’ah. Beliau adalah pemimpin umat Islam melaksanakan hukum hakam Allah (a.w) berdasarkan ketetapan al-Quran dan al-Hikmah (=ketetapan wahyu). Dalam zaman khalifah yang 4 juga Islam dianuti secara berjema'ah, spt ketika wafat Rasulallah (s.a.w), urusan pengkebumian jenazah Nabi (s.a.w) ditangguhkan sehinggalah Abu Bakar (r.a) diangkat menjadi khalifah atas usulan Omar (r.a). Maka barulah jenazah disemadikan. Kerana apabila wafat Rasulallah (s.a.w) tiada kehalalan hidup bagi umat Islam selagi tidak dinobatkan seorang 'Imam' atau 'Amir' - pemimpin penggganti. Antara ciri sistem berjema'ah dalam Islam itu ada ikrar janji antara rukyah (=sahabat dan orang iaman) iaitu bai’at dengan kepimpinn – Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah. Dalam hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) mewajibkan setiap orang iman berjema’ah, kerana tidak halal kehidupan seseorang Islam walaupun hanya terdapat 3 orang iman di muka bumi ini atau dalam perjalanan (=musafir), kalau mereka tidak mengangkat salah seorang mereka bertiga sebagai Imam (=pemimpin mereka). Kemudian Omar (r.a) merumuskan kewajipan berjema’ah ini dengan menyatakan bahawa seseorang Islam itu belum sah dikatakan Islam tanpa berjema’ah dan tidak halal kehidupannya di dunia jika tidak berjema’ah. Tidak wujud suatu jema’ah umat Islam menepati perintah Allah (a.w) berjema’ah itu tanpa wujudnya seorang Imam/Amir (=pemimpin), dan tidak wujud Imam/Amir (=kepimpinan jema’ah) jika tidak ada bai’at (=ikrar taat setia) dan ketaatan oleh rukyah (=anggota jema’ah) terhadap Imam/Amir (=kepimpinan). Dalam post yang lalu kita telah teliti hadith ini. Ketaatan terhadap Imam atau Amir atau kepimpinan itu adalah perintah Allah (a.w) – Ayat 59, Surah an-Nisa’. Jelaslah, terdapat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai ‘jema’ah’ dan ‘berjema’ah’ dan kewujudan pemimpin jema’ah selepas zaman Rasulallah (s.a.w) dan khalifah dan kewajipan umat Islam mentaati kepimpinan jema’ah mereka. Malah sistem pemerintahan Islam itu diperincikan dalam as-Sunnah.]

Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment