Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog kita sentiasa peringatkan diri kita bahawa janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti - akan dan pasti berlaku. Kalau Allah (a.w) beritahu kita pada Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa jika kita taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti dan patuth dengan ketetapan al-Quran) dan pada masa yg sama jika kita taatkan suruhan dan perintah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti dan patuhi ketetapan as-Sunnah), Allah (a.w) pasti masukkan kita ke dalam syurga. Kita juga diperingatkan sentiaasa dalam blob ini ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa' bahawa jikalah kita tolak atau ingkari Allah (a.w) (yakni, kita tak patuh dengan atau tidak ikuti ketetapan al-Quran) dan kita tidak patuh atau ingkar dengan ketetapan dan perintah Rasulallah (s.a.w) dan kita juga lenaggar had atau sempadan perbuatan dan amakan yang ditetapankan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka pasti Allah (a.w) masukkan kita ke dalam neraka. Ini juga adalah janji benar atau janji pasti. Dalam menyebut hukum 'had' ramai ulama; tersilap tafsir apabila mereka mengatakan ia terhad kepada 'hukum hudud' - seperti hukuman membunuh orang, mencuri, berzina dan seumpamanya. Tidak terhad kepada itu saja. 'Had' yg dimaksudkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa itu, lebih luas. Ia merangkumi batasan-batasan dalam amalan dan ibadah. Kalau syirik, meyakini perkara yg kurafat dan tahyul, dalam kejahilan bertaklid kpd pendapat dan amalan seseorang tanpan sandaran ilmu, membaharui atau menokok-tambah kepada bentuk-bentuk amalan dan ibadah (bid'ah), cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah, adalah melanggar batasan atau had yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, juga wajib masuk neraka.
Saudara, justeru itulah kita sebutkan dalam post sebelum ini beberapa contoh perkara yg menyebabkan atau mengakibatkan kita masuk neraka dan gagal mendapat syurga di akhirat kelak. Insya Allah, dalam post-post brkut kita akan lihat ketetapan-ketetapan penting Allah (a.w) menyentuh ketaatan kepada dan terhadap Rasulallah (s.a.w). Ini akan menunjukkan kepada kita bahawa sebagai eorang Islam kita jangan abaikan atau remehkan atau nombr-duakan ketetapan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita alam septoong hadith (telahpun kita masukkan dalam suatu post dulu) bahawa beliau diberi Allah (a.w) dua perkara atau hazanah panduan, iaitu satu Kitab Allah (a.w) dan satu yg menyerupai al-Quran iaitu al-Hkmah atau as-Sunnah (i.e. al-Hadith). Maka dengan itu umat Islam itu sempurna ilmunya dan amalannya kalau dia berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak cacat ilmunya, cacat amalannya dan cacat Islamnya, maka tidak mendapat syurga dia.
Firman Allah (a.w): 'Inna arsalnaka bilhaqqi basirau wa naziran.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mengutuskan engkau (Muhammad (s.a.w)) dengan haq (atau kebenaran) untuk menyampaikan berita gembira (yakni, siapa taatkan Allah (a.w), yakni ikuti al-Quran, dan taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah, dibalas dengan syurga) dan (Aku (Allah (a.w)) utuskan engkau Muhammad (s.a.w)) untuk menyampaikan ancaman (yakni, siapa yang tidak taatkan Allah (a.w), yakni tidak ikuti al-Quran, dan tidak taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni tidak ikuti as-Sunnah, diseksa dalam neraka)] [Ayat 119, Surah al-Baqarah]
Demikianlah tugas dan tanggung jawab Rasulallah (s.a.w). Semua rasul dan para nabi diberi Allah (a.w) tugas yg ama, iaitu menyampaikan risalah agama Allah (a.w) kepada manusia supaya mereka akui bahawa Allah (a.w) it tuhan mereka, tiada tuhan yg lain atau tidak ada sesuatu itu wujud tanpa izin Allah (a.w). Maka dgn itulah di dalam khutbah wada' (selamat tinggal) Rasulallah (s.a.w) beliau mengangkat kedua-dua tangannya ke langit sambil bertanyakan kepada jema'ah haji keika itu apakah beliau telah sampaikan perintah Allah (a.w), i.e. syariat Islam, tiga kali, dan para sahabat menyaksikan dan mengesahkan. Tugas-tugas tersebut diperincikan dalam al-Quran sebagaimana yang tersebut dalam doa Nabi Ibrahim (a.s) kepada Allah (a.w) ketika membina Kaabah (Mekah). Dalam ayat berikut Allah (a.w) memberitahu kita bahawa setelah Nabi Ibrahim (a.s) dan anaknya Nabi Ismail (a.s) membangukan Ka'abah, beliau berdoa:
Firman Allah (a.w): 'Rabbana wab’ath fihim rasulan minhum yatlu ‘alaihim ayatika wa yu’allimuhuml kitaba wal hikmata wa yuzakkihim innaka antal ‘azizil hakim.' [Yg bermaksud: (Nabi Ibrahim (a.s) berdoa) Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Utuslah di tengah-tengah mereka seorang Rasul (yakni, Muhammad (s.a.w)) yang dapat membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau dan mengajarkan kepada mereka Kitab (yakni, al-Quran) dan Hikmah (yakni, as-Sunnah) dan mensucikan mereka (daripada kekufuran dan kejahilan kerana tidak memperhambakan diri mereka kepada Allah (a.w)); sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Mulia, Maka Perkasa dan Maha Bijaksana] [Ayat 129, Surah al-Baqarah]
Peranan dan tanggung jawab yang disebutkan dalam doa Nabi Ibrahim (a.s) itu disebut semula dalam ayat Ayat 2, Surah al-Jumat:
Firman Allah (a.w): 'Hual lazi ba’atha fil ummiyina rasulan minhum yatlu ‘alaihim ayatihi wa yuzakkiham wa u’allimuhumul kitaba wal hikmata wain kanu min qablu lafi dolalim mubin.' [Yg bermaksud: Dialah (Allah (a.w)) zat yang melantik seorang yang ummiyin (yakni, orang yang tidak pandai menulis)sebagai Rasul dari kalangan mereka (untuk) membacakan atas mereka ayat-ayatNya (i.e. al-Quran) dan mensucikan mereka (daripada kekufuran dan kejahilan tentang tanggung jawab mereka terhadap Tuhan mereka) dan mengajarkan mereka al-Kitab (yakni, al-Quran) dan al-Hikmah (yakni, as-Sunnah) dan sesungguhnya adapun mereka dari sebelum tersebut (yakni, sebelum Islam dan sebelum diturunkan al-Quran dan as-Sunnah) nescaya dalam kesesatan yang nyata (yakni, kafir dan kaum jahiliah)] [Ayat 2, Surah al-Jumuah]
[Nota: Istilah ‘ummiyin’ ini tidak bererti seorang yang buta hurup atau tidak tahu membaca dan menulis, kerana Rasulallah (s.a.w) boleh membaca dan menulis tetapi bukanlah dia seorang yang terpelajar sehingga mampu menghasilkan penulisan seumpama kalimah-kalimah Allah (a.w) dalam al-Quran. Dalam konvensyen di kalangan para ilmuwan Islam dan para ulama’, ‘ummiyin’ diterjemahkan sebagai seorang yang buta hurup. Ini adalah kesilapan. Di dalam hadith disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bukanlah buta hurup mengikut fahaman konvensyen manusia.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) diberi tanggungjawab mengIslamkan manusia sejagat dan semua zaman. Kalau manusia tidak ikuti perintah dan suruhan beliau, dia tidah disola. Yg disoal nanti manusia - ketika di dalam kubur akan ditanya oleh malikat Mungkar Nakir 'Apakah tidak disampaikan perintah Allah (a.w) supaya anuti agama yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan dibawakan oleh Muhammad (s.a.w), RasulNya? Di akhirat, ketika penghuni neraka dikumpukan berbaris di depan neraka untuk masuk ke dalam neraka, ditanya oleh malaikat Malik Zabaniah 'Apakah tidak datang seorang Rasul memberi kamu tahu tentang risalah agama Allah (a.w)?' Atau 'Apakah engkau tidak mendengar tentang agama yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), agama Allah (a.w) untuk manusia?' Di dalam neraka penghuni neraka yg meminta-minta kpd malaikat Malik Zabaniah untuk berdoa atau merapak sembah kpd Allah (a.w) minta ringankan dosa kerana tak tahan siksaan neraka. Maka selepas 1,000 tahun dijawabnya 'Apakah kamu tidak diberitahu tentang Islam yg dibawakan oleh Muhmammad (s.a.w), Utusan Allah (a.w)?'
Saudara, kita telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa kalau kita taati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti Allah (a.w) akui bahawa kita telah mentaati Allah (a.w). Itu satu pengiktirafan. Tapi? Majoriti umat Islam bila Rasulallah (s.a.w) sebut tiada bid'ah yg baik, mereka tolak ketetapan Rasulallah (s.a.w). Maka mereka ingkarkan perintah Allah (a.w). Tanpa mereka sedari, masya Allah!
Dan Allah (a.w) berfirman: ‘Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’].
Kita pula ikut cakap-cakap atau pendapat mereka tentang wujudnya bid'ah hasanah', maka kita sama-sama mengingkar perintah Allah (a.w) dalam kejahilan, kerana kita tak semak ilmu mengenainya! Mereka sesat. Mereka menyesatkan kita. Dan, kita pula rela sesat dan disesatkan. Alangkah dungunya kita! Sekali lagi kita diperingatkan dalam ayat berikut, kita baca tapi kita tak faham. Maka kita langgar ketetapan Allah (a.w) trsebut. Maka ini satu pelanggaran 'had' dalam Islam.
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (mengikut as-Sunnah) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr]
Saudara, kita tahu bahawa kita hanya dapat syurga atas kerahmatan Allah (a.w) atau atas sifat 'ar-rahim' Allah (a.w), yakni kita disayangiNya. Bagaimana hendak mendapat 'kesayangan Allah (a.w)' terebut? Kita dahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam ayat berikut. Tapi, malangnya kita tersasar juga. Tak dapat kesayangan Allah (a.w)! Kenapa? Kita tak ikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kita nombor-satukan kasih sayang manusia kpd kita - maka kita terima pendapat dan pandangan ulama' dan kita ketepikan perintah Allah (a.w) dan RasulNya? Sekali lagi alangkah dungunya kita!
Firman Allah (a.w): ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …' [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran].
Ayat di atas menyebutkan bahawa Allah (a.w) menyuruh Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia bahawa jika mereka kasihkan Allah (a.w) (yakni, mengharapkan Allah (a.w) memberikan kasih sayangNya kepada mereka –merestui mereka, ridha akan mereka dan kemudian kurniakan syurgaNya – maka hendaklah mereka ikuti Rasulallah (s.a.w) (yakni, taatkan perintah Rasulallah (s.a.w) atau ikuti ketetapan as-Sunnah), maka jika mereka berbuat sedemikian, dosa-dosa mereka akan diampunkan dan mereka berada di jalan syariat Islam yang haq. Ini adalah suatu pemberian Allah (a.w) yang amat berharga. Tetapi, mengapakah begitu ramai orang Islam yang tidak ambil kisah pemberian ini? Sehinggakan sanggup mengamalkan sesuatu yang bukan sahaja menyalahi ketetapan Rasulallah (s.a.w) tetapi menentang ketetapan Allah (a.w) juga? Adakah mereka fikirkan bahawa di akhirat hanya Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang boleh menolong mereka?
Saudara, Allah (a.w) tidak akan menolong hambaNya yg kafir (=tak Islam) dan kufur (=tak terima ketetapanNya, juga hakikatnya kafir), masakan pula Rasulallah (s.a.w) dapat menolong, kerana Allah (a.w) sebutkan berkali-kali dalam al-Quran tiada siapa yg dapat menolong kecuali Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi liyuzhirahu ‘alad-dini kullihi walau karihal-musyrikuna.' [Yg bermaksud: ‘Dialah (Allah (a.w)) yang mengutuskan RasulNya dengan (membawa) petunjuk (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) dan agama yang benar (yakni, Islam) supaya menjadikannya (yakni, agama Islam itu) mengatasi lain-lain (agama) kesemuanya, walaupun dibenci (atau tidak disukai oleh) orang-orang musyrik (yakni, kafir)].’ [Ayat 9, Surah as-Sof]
Ayat ini menyebutkan beberapa perkara atau prinsip yang wajib mendapat perhatian kita yang Islam, iaitu: Pertama, bahawa Rasulallah (s.a.w), sebagaimana rasul-rasul yang terdahulu, diutuskan untuk memberi petunjuk kepada manusia tentang agama Allah (a.w), agama Islam, iaitu jalan yang lurus, yakni siratul mustaqim, yang akan membolehkan manusia mendapat keredaan Allah (a.w) dan kerana itu mendapat balasan syurga; Kedua, Rasulallah (s.a.w) itu membawa agama yang benar di sisi Allah (a.w), agama yang diterima dan diredai oleh Allah (a.w), agama Islam. Kita telah teliti di dalam Bab 1 Kitab ini, bahawa agama selain Islam tidak sekali-kali akan diterimaNya. Juga, Allah (a.w) berfirman, di akhirat kelak, orang yang tidak Islam tidak sekali-kali mendapat syurga; dan Ketiga, Rasulallah (s.a.w) membawakan agama Islam yang mengatasi agama-agama lain yang ada di dunia. Oleh itu agama Islam tidak boleh disamatarafkan dengan lain-lain bentuk agama.
Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi liyuzhirahu ‘alad-dini kullihi walau karihal-musyrikuna.' [Yg bermaksud: ‘Dialah (Allah (a.w)) yang mengutuskan RasulNya dengan (membawa) petunjuk (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) dan agama yang benar (yakni, Islam) supaya menjadikannya (yakni, agama Islam itu) mengatasi lain-lain (agama) kesemuanya, walaupun dibenci (atau tidak disukai oleh) orang-orang musyrik (yakni, kafir)].’ [Ayat 9, Surah as-Sof]
Ayat ini menyebutkan beberapa perkara atau prinsip yang wajib mendapat perhatian kita yang Islam, iaitu: Pertama, bahawa Rasulallah (s.a.w), sebagaimana rasul-rasul yang terdahulu, diutuskan untuk memberi petunjuk kepada manusia tentang agama Allah (a.w), agama Islam, iaitu jalan yang lurus, yakni siratul mustaqim, yang akan membolehkan manusia mendapat keredaan Allah (a.w) dan kerana itu mendapat balasan syurga; Kedua, Rasulallah (s.a.w) itu membawa agama yang benar di sisi Allah (a.w), agama yang diterima dan diredai oleh Allah (a.w), agama Islam. Kita telah teliti di dalam Bab 1 Kitab ini, bahawa agama selain Islam tidak sekali-kali akan diterimaNya. Juga, Allah (a.w) berfirman, di akhirat kelak, orang yang tidak Islam tidak sekali-kali mendapat syurga; dan Ketiga, Rasulallah (s.a.w) membawakan agama Islam yang mengatasi agama-agama lain yang ada di dunia. Oleh itu agama Islam tidak boleh disamatarafkan dengan lain-lain bentuk agama.
Adalah menyalahi atau bertentangan dengan perintah Allah (a.w) sekiranya ada orang Islam, terutama para ulama’, apabila bersetuju untuk melibatkan diri dalam sebarang musyawarah ke arah menyamatarafkan agama Islam dengan lain-lain agama. Adalah lebih berat lagi apabila ada golongan Islam memberi kepercayaan kepada seseorang yang bukan Islam menerajui atau menguruskan sesuatu badan yang ada kaitan dengan Islam dan syariat Islam!
[Nota: Allah (a.w) telah membuat ketetapan bahawa orang yang tidak Islam hanya akan mendapat syurga jika bolehlah seekor unta lalu atau masuk ke dalam lubang jarum. Ayat ini menjadi nas dan dalil yang haq bahawa kita tidak boleh samakan agama lain dengan agama Islam. Mertabat agama Islam jauh lebih tinggi, mengatasi taraf mana-mana agama. Tambahan pula agama Islam sahaja agama yang diterima, agama lain tidak diterima. Dan, Allah (a.w) menyatakan mereka yang menganuti agama lain jika bagaimana banyak sekalipun amalan dan ibadat dan sumbangannya kepada manusia (sedekah dllnya), tidak diterima Allah (a.w), yakni tidak mendapat ganjaran pahala. Juga, Allah (a.w) menyatakan bahawa jikapun manusia yang tidak Islam itu memiliki harta seumpama emas sebanyak dunia dan isinyapun, tidak dapat menbus dosa-dosa mereka kerana kufur, yakni keran tidak mengambil agama Allah (a.w) untuk dianuti mereka. Ayat ini memberikan nas dan dalil mengapa sebarang usaha untuk bekerjasama dengan penganjur agama lain tidak dibolehkan dalam Islam. Akhir-akhir ini ada umat Islam yang cenderung untuk bekrjasama dengan penganjur ‘Interfaith Commission of Malaysia’ yang dipelopori mubaligh Kristian (Nesrani)]
Saudara, mudah-mudahan saudara tidaklah meremehkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau berpandangan bahawa as-Sunnah itu perintah 'optional' - boleh buat atau boleh tinggalkan! Al-Quran dan as-Sunnah tetap dua kompendium peraturan dan ketetapan yg wajib diterima pakai dan dijadikan panduan manusia - semua bangsa, semua zaman, Islam ataupun tak Islam - dan bukanlah diambil hanya al-Quran dan ditinggalkan as-Sunnah atau as-Sunnah itu optional sebagaimana majoriti para ulama' dan umat Islam berpendapat dewasa in. Sempurna Islam dan diterima Islam seeorang yg Islam itu jika dia terima dan jadikan panduan hidup dan panduan beramal dan beribadah menepati al-Quran dan as-Sunnah. Jangan keliru, berat padahnya pada kita. Kita tidak diakui umat Muhammad (s.a.w) di akhirat kelak. Ketika manusia berduyun-duyun menghampiri Telaga al-Kauthar untuk minu airnya supaya hilang kehausan selama-lamanya, kita dihalang oleh malaikat yg menjaga kerana kita tidak diakui Islam atau tidak diakui umat Muhammad (s.a.w) kerana kita remehkan as-Sunnah. 'as-Sunnah' adalah panduan wajib, 'sunat' adalah amalan yg optional, bukan 'as-Sunnah'.
Saudara, sebagaimana al-Quran, ada amalan dan ibadah yg diwajibkan dan ada yg diberi pilihan, i.e. sunat. Demikian juga as-Sunnah. Ada amalan dan ibadah atau perlakuan wajib dan ada yg sunat = optional. Bukan 'as-Sunnah' itu yg optional.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment