Friday, January 4, 2013

Komentar Hari Ini

Assalamualaikum, 
Saudara, hari ini kita temui semula satu lagi hari Jum'at. Alhamdulillah, Allah (a.w) berikan kita kesempatan untuk hidup sehari lagi. Dan, hari ini insya Allah kiamat belum terjadi lagi - kerana kiamat itu akan berlaku pada hari Jum'at. Kita diberitahu dalam al-Quran bahawa azab besr dunia yg dikenakan kepada umat manusia itu berlaku pada pagi hari. Inilah yg berlaku kepada umat Nbai Lut ketika negara Nabi Lut yg didiami oleh umatnya yang mengamalkan seks (=persetubuhan di luar tabi-'i = homosexualism dan lesbianism.- amaln yg amat dimurkai Allah (a.w). Hari ini di dunia, semakin ramai manusia yg ingin menyemarakkan semula kelakuan ata maksiat ini, sehinggakan di Malaysia sendiri, yg kononnya negara Islam contoh di dunia Islam semasa sudah ramai pengikut apa yg mereka sebutkan 'transgender relationship' ( = sebenarnya amalan umat Nabi Lut (a.s). Kita juga tahu bahawa kiamat itu akan berlaku pada hari Jum'at sehinggakan kesemua makhluk dunia, kecuali manusia, yg takutkan tibanya hari Jum'at. Tapi, manusialah ketika malam Jum'at melakukan pelbagai kemaksiatan. Anihnya, walaupun Malaysia adalah negara Islam dan majoriti kepimpinan kerjaan dan politik adalah orang Islam, tidak pula melakukan sesuatupun untuk membenteras perbuatan maksiat melampau golongan Sodom dan Gomorah ini! Mengapa? Adakah mereka takutkan reperkasi politik mereka-mereka itu? 
Saudara, kita selitkan sedikit komen di atas itu kerana hari ini hari Jum'at. Komen yg hendak diutarakan hari ini adalah terhadap 'fatwa' atau jawapan yg diberikan oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri - agaknya lulusan Ph D dalam bidang agama atau yg terkait dengan agama Islam terhadap beberapa pertanyan pembaca akhbar Metro setiap Jum'at. Saudara boleh rujuk ruangan 'fikrah Dr Salam' dalam akhbar tersebut hari ini (4 Januari 2013) ruangan soal jawab setiap Jum'at. 
Hari ini (4 Januari 2013) ada dua perkara yg kita terpaksa komen. Dalam post ini kita komen satu, dan dalam post akan datang kita komen satu lagi.
Nampaknya, Dr Salam membelakangkan as-Sunnah tanpa segan silu, walhal kita telahun tahu bahawa seseorang Islam yg meragui sesuatu yg terdapat dalam al-Quran jatuh kafir orang tersebut. Itu al-Quran, bagaimana pula kalau al-Hadith? Mungkin ada orang bertanya. Meragui ketetapan as-Sunnah (setelah diketahui kesahihan sesuatu hadith itu) sama juga akibatnya. Kerana, Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa', Allah (a.w) juga perintahkan manusia supaya ambil pakai, terima dan amalkan segala sesuatu yg dibawakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yg disuruh buat sekuat mampu dan yg ditegah tinggalkan - Ayat 7, Surah al-Haysr, dan Allah (a.w) beritahu bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Jadi kalau sesuatu itu datangnya dari Rasulallah (s.a.w) maka pasti benar dan wajib diterima dan tidak boleh diperdebatkan atau diremehkan atau ditolak tepi dan tidak diterima sebagai panduan ilmu dan amalan dalam Islam. Itulah ketetapan fundamental alam Islam. Sesiapa yg menolak sesuatu dalam al-Quran dan menolak sesuatu dalam as-Sunnah dikira sudah keluar dari Islam dan menjadi kafir, sama ada disedari atau tanpa disedari. Jadi mungkin Dr Salam orang yg lebih luas ilmunya atau dia sememangnya jahil dalam perkara agama sehinggakan menolak ketetapan as-Sunnah. 
Saudara, seorang pembaca bertanya tentang seorang isteri yg bersentuhan suaminya sedangkan dia dalam wudu', apakah batal wudu'nya? Yg bertanya juga menyebutkan tentang sepotongh adith yg menyebut Rasulallah (s.a.w) ketika nak ke masjid mencium isterinya, Aisyah. Rasulallah (s.a.w) kemudian masuk masjid dan terus bersolat tanpa berwudu' semula. Dr Salam menjawab dalam masyarakat Melayu yg mengikuti fahaman Mazhab as-Suafie, dianggap batal. Hadith yg menyebutkan tperistiwa Rasulallah (s.a.w) dan Aisyah itu tidak cukup dijadikan hujjah menidakkan ketetapan mazhab! Beliau seterusnya menyebutkan wujudnya perbezaan di dalam ulamak fiq mengenai perkara ini. Tapi, yg jelas katanya tetap batal wudu'. Kemudian dia menyebut pula wajib berwudu' bagi orang yg menyentuh bukan orang yg disentuh! Beliau menyebut pegangan mazhab as-Syafie adalah lebih selamat berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 6, Surah al-Maidah, katanya. 
Saudara, jelas Dr Salam sanggup mendahuukan pendapat mazhab dan membelakangkan ketetaan as-Sunnah! Siapakah yg lebih wajib diikuti mengenai sesuatu dalam Islam? Pastinya Rasulallah (s.a.w). Malangnya beliau menombor-satukan ketetapan mazhab dan menombor duakan ketetapan as-Sunnah. Jelaslah beliau telah menidakkan as-Sunnah dan menerima pendapat mansuai, kalaulah itu pendapat Imam as-Syafie. Sebenarnya, kalau diteliti kitab Imam as-Syafie, kerana dia juga seorang ulamak hadith (muhadithin), tetai tidaklah sehebat Bukhari, Muslim, an-Nasa'i dan lain-lainnay dalam perkara hadith, namun daam 'al-Umm' kita hadith besar as-Syafie, beliau tidak pun menyangkal ketetapan as-Sunnah tersebut. Yg menyangkalnya adalah mereka yg taksub dengan fahaman mazhab. 
Saudara, dalam perkara hukum hakam Islam, kita sebagai orang Islam wajib faham ketetapan Allah (a.w) berikut tentang as-Sunnah:
(a) Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah ketetapan as-Sunnah)…’ [Ayat 59, Surah an-Nisa’]. Orang Islam itu diwajibkan mentaati Allah (a.w) dengan mengikuti kesemua ketetapan al-Quran. Orang juga diwajibkan mentaati Rasulallah (s.a.w) dengan mengikuti segala ketetapan as-Sunnah. 
(b)  Perintah Allah (a.w) berikut pula memberikan kita jaminan bahawa jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) maka kita taatkan Allah (a.w). Sebaliknya, jika kita engkarkan Rasulallah (s.a.w), bererti kita engkar kepada Allah (a.w):
Allah (a.w) berfirman: 'Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’]
Kelebihan Rasulallah (s.a.w) berbanding dengan rasul-rasul yang diutus Allah (a.w) sebelumnya adalah hakikat bahawa setiap kali Allah (a.w) merujuk kepada diriNya Dia juga merujuk kepada Rasulallah (s.a.w). Ini jelas apabila teliti al-Quran akan terdapat sebutan ‘Allah (a.w)’ itu disusuli dengan sebutan ‘Rasulallah (s.a.w)’ atau ‘Rasul’. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengistiharkan bahawa sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, mengikuti ketetapan as-Sunnah) adalah pada waktu yang sama mentaati Allah (a.w) (yakni, mengikuti ketetapan al-Quran).
(c) Allah (a.w) memerintahkan kita manusia, khususnya orang Islam, bahawa apa sahaja yang disampaikan (yakni, disuruh, diajarkan, ditunjukkan, atau diamal dan diibadatkan oleh Rasulallah (s.a.w)) hendaklah kita juga buat, terima, tiru dan contohi tanpa ragu-ragu. Demikian firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Dan apa-apa yang didatangkan (atau dibawakan kepada kamu) oleh Rasulallah (s.a.w) maka hendaklah kamu sekelian ambil, dan apa-apa yang ditegah olehnya (terhadap kamu sekelian) darinya (sesuatu) maka tinggalkan’][Ayat 7, Surah al-Haysr]
Ada dua hazanah ilmu dan panduan amalan yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada manusia, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. As-Sunnah disebutkan sebagai ‘al-Hikmah’ di dalam al-Quran. As-Sunnah adalah juga petunjuk kepada manusia bagaimana hendak mengabdikan diri kepada Allah (a.w) mengikuti spesifikasi yang betul. 
(d) Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh atau model terbaik bagi manusia, khususnya bagi umat Islam. Oleh itu wajiblah manusia itu, dalam beramal dan beribadah, berpandukan dua sumber ilmu dan panduan tersebut. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengistiharkan bahawa umat Islam wajib menjadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan mereka, kerana Rasulallah (s.a.w) adalah ‘uswatul hasanat’ (model terbaik).
 Firman Allah (a.w): 'Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab] 
Ayat ini menyebut bahawa sesiapa yang menjadikan Rasulallah (s.a.w) ikutannya, orang itu adalah orang yang mengharapkan ganjaran pahala dan kebaikan untuk akhiratnya dan orang yang inginkan ksejahteraan akhirat baginya, dan mereka juga orang yang dianggap sentiasa mengingati Allah (a.w) dalam kehidupannya.
Saudara, ada banyak perkara yang dikatakan membatalkan wudu’, antaranya kita diajarkan oleh guru-guru ugama, adalah: 
(a) Bersetubuh dan berjunub; 
(b) Keluar mazi dengan banyaknya; 
(c) Keluar mani; 
(d) Kencing dan berak; 
(e) Terkentut; 
(f)Terkena najis; 
(g) Ada wudu’ kemudian tertidur; dan 
(h) terkena kencing  (melainkan kanak-kanak mumaiz = Kanak-kanak yg masih menyusu dan belum makanan yg pejal (solid), kecingnya bukan dianggap najis yg serisu. Dengan itu mudah diberisihkan). 
Namun begitu, ada tiga perkara lagi yang disebutkan oleh para ulama’ juga membatalkan wudu’, iaitu: 
(a) Menyentuh wanita (termasuk orang yang menjadi makhram kita); 
(b) Menyentuh kemaluan (sendiri ataupun kemaluan orang lain); dan 
(c) Makan daging unta dan minum susu unta
Mengikut Islam, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak batal wudu' jika berlaku perkara berikut:) 
(a) Menyentuh isteri dan mencium isteri; dan 
(b)  Menyentuh zakar (atau kemaluan) sendiri
Dalam perkara menyentuh kemaluan itu, ada dua ketetapan Rasulallah (s.a.w): satu, batal wudu' sebagaimana yg kita diberitahu dalam fahaman mazhab; dan satu lagi tidak batal wudu' spt yg dijelaskan dalam hadith berikut
Diriwayatkan hadith daripada Zuhri berkata: ‘Memberitahu kepadaku Abdullah bin Abi Bakri bin ‘Amru bin Hazam bahawasanya dia mendengar ‘Urwat bin Zubeir berkata menyebutkan Marwan di dalam keamirannya (zaman pemerintahannya) di Madinah bahawasanya berwudu’ kerana menyentuh zakar (kemaluan) ketika tersentuh (atau menyentuh) atasnya atas seorang lelaki dengan tangannya, maka engkar (yakni, tidak bersetuju Urwat) dengan demikian ketetapan, dan berkata aku (Urwat): ‘Tidak perlu berwudu’ bagi orang yang tersentuh (atau menyentuh) zakarnya.’ Maka berkata Marwan: ‘Telah memberitahu kepadaku Busrah binti Safuan bahawasanya dia mendengar Rasulallah (s.a.w) mengkhabarkan tentang apa yang berwudu’ (yakni, perlu berwudu’ semula) daripadanya (yakni, meneyentuh zakar). Berkata Urwat: ‘Maka tidak bersetuju (atau membantah ketetapan tersebut) aku dalam zaman pemerintahan Marwan. Sehinggalah di panggil seorang lelaki daripada kalangan pembantu rumah (Marwan). Maka diutus baginya (yakni, untuk mendapat pengesahan daripada) Busrah, maka ditanya kepadanya (perkara itu) dari hadith Marwan tersebut, maka diutus dia atas Busrah (dan diberitahu) seumpama hadith yang disebutkan oleh Marwan (yakni, Busrah mengesahkan hadith Marwan tersebut, yakni menyentuh kemaluan tidak membatalkan wudu’).’ [Hadith an-Nasa’i] 
Jelaslah Islam memberikan kita dua pilihan yg mana satu kita ingin berpegang, kedua-dua betul dan sahih dijadikan amalan. Namun, orang Islam tu sentiasalah disuruh ambil yg mana mudah dari dua pilihan.
Saudara, dalam perkara menyentuh isteri - soalan yg diajukan kpd Dr Salam dan yg dijawabnya itu - Islam menetapkan bahawa tidak batal wudu'. Kalau ada orang lain menyebut batal wudu' maka dia membelakangkan ketetapan as-Sunnah. Kita lihat hadith berikut: 
Diriwatakan hadith darpada ‘Urwah bin Zubairin, daripada Aisyah (r.ah) mengatakan bahawasanya Rasulallah (s.a.w) mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian keluar dia bersolat dan tidak berwudu’ dia.’ Berkata aku (‘Urwah): ‘Siapa dia (yang diciumnya itu) kecuali engkau!’ Maka ketawa dia (yakni, Aisyah).’ [Hadith ibnu Majah]
Diriwayatkan hadith daripada Zainab Sahmiah, daripada Aisyah (r.ah) menyatakan bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada dia berwudu’ kemudian mencium dia (akan isterinya), dan bersolat dia dan tidak berwudu’ dia. Kadang-kadang berbuat Nabi (s.a.w) akan aku.’ [Hadith ibnu Majah] 
Mengikut dua hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) setelah mencium isteri (atau isteri-isterinya) tidak pula beliau berwudu’. Jelasnya, mencium isteri atau menyentuh isteri tidak membatalkan wudu’ suami. Cuba kita lihat sepotong hadith lain pula, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Imam an-Nasa’i:
Diriwayatkan hadith daripada Laith berkata: ‘Memberitahu kepada aku ibnu Lahad, hadith daripada Abdul Rahaman bin Qasim, hadith daripada ‘Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya ada Rasulallah (s.a.w) ada bersolat, dan aku tidur melintang di antara depannya seperti terbujurlah jenazah, sehingga ketika berkehendakkan dia (bersolat) Witir disentuhnya aku dengan kakinya (yakni, Rasulallah (s.a.w) mencuit kaki Aisyah (r.ah) dengan kakinya supaya beralih sedikit untuk dia solat).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bersuci (Wudu’)] 
[Nota: Malah menyentuh kulit perempuan yang ajnabi, sengaja atau tidak sengaja, tidak membatalkan wudu’. Kita harus ingat bahawa sentuhan lelaki dan perempuan adalah haram jika bukan makhram, Itu adalah ketetapan Islam. Itu adalah ketetapan halal haram dan bukannya ketetapan mengenai wudu’. Wudu’ tidak batal tetapi dosa tetap berdosa!
Saudara, hakikatnya seorang lelaki menyentuh seorang perempuan yg boleh dinikahinya tidak membatalkan wudu' kerana tiada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnag menegnai perkara itu. Tetapi, dia tetap berdosa. Besar dosanya lelaki menyentuh kulit prempuan yg ajnabi, kerana di akhirat kelak ditusuk dengan besi api neraka dikepalanya dan siksaan itu tidak berhenti. Jelasnya, hukumannya adalah haram dan berdoa, tetapi tidak membatalkan wudu'. Bagamana dengan ayat al-Quran yg dirujuk oleh Dr Salam itu? Kita teliti maksud perintah Allah (a.w) dalam ayat tersebut. Kekeliruan mentafsirkan ayat tersebut menyebabkan para ulama' mazhab, membuat ketetapan yg sama sekali tidak betul mengikut Islam. Maksud yat tersebut adalah spt berikut: 
Berfirman Allah (a.w):' Ya aiyuhallazina amanu iza kumtum ilas-solati … (hingga) … layallakum tasykuruna.' [Yg bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman apabila berdiri kamu untuk bersolat, maka hendaklah kamu membasuh muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan usaplah (yakni, sapulah) kepala kamu dan kaki kamu hingga ke dua mata kaki (yakni, buku lali); dan jika kamu berjunub maka bersucilah kamu (yakni, mandi junublah sebelum mengambil wudu’); dan jika ada kamu sakit atau dalam musafir atau datang salahsatu kamu dari berak atau menyentuh kamu (yakni berjimak atau menyetubuhi) akan perempuan (yakni, isteri kamu) maka tidak didapati (atau tidak ketemu dengan) air, maka bertayamumlah dengan tanah (atau debu) yang baik (yakni, bersih), maka usaplah dengan (debu) muka kamu dan tangan kamu dengannya (yakni, tanah atau debu itu); tidaklah memberati oleh Allah (a.w) untuk dikerjakan oleh sekelian kamu dan akan tetapi berkehendakkan Allah (a.w) mensucikan kamu sekelian dan menyempurnakan ni’matNya atas kamu sekelian, mudah-mudahan kamu bersyukur (kepadaNya).]’ [Ayat 6, Surah al-Maidah] 
Saudara, kalimah 'lamastumun-nisa-a' merujuk kepada persetubuhan atau jimak bukan sentuhan. Kalaimah itu adalah bahasa halus Allah (a.w) merujuk kepada perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, mukan sentuhan. Seorang isteri yg dinikahi itu halal untuk disetubuhi, dan mengapakah pula haram untuk disentuhi? Majoriti ulam' yg tidak faham tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah telah mengubah peraturan Islam. Demikian jugalah - kita telah perjelaskan dalam blog ini - kerana silap tafsiran majoriti ulama' tentag kalimah 'jami'an' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Mereka terjemahkan atau tafsirkan sebagai berkumpul atau kesemuanya atau keseuruhannya, walhal maksud kalimah 'jami'an' adalah 'berjema'ah'. Oleh kerana silap tafsiran itulah berkecamuknya amalan dan ibadah sehinggakan majoriti umat Islam gagal mendapat syurga, terjerumus ke dalam neraka, kerana menolak ketetapan Allah (a.w) dan meremehkan ketetapan as-Sunnah dan menombor satukan ketetapan manusia yg tarafnya tidakpun setanding dengan taraf Rasul, masya Allah.
Saudara, mudah-mudahan saudara faham dan tidaklah bersekongkol menombor duakan al-Quran dan as-Sunnah dan menombor-satukan pendapat manusia.

Jazakallahu khairah



 

No comments:

Post a Comment