Assalamualaikum,
Saudara, kita wajib sentiasa peringatkan diri kita setiap hari tentang utama dan pentingnya ilmu dalam persediaan kita untuk mendapat kejayaan akhirat. Kita sentiasalah berdepan dengan syaitan tanpa kita ketahui. Syaitan itu melihat kita dan ada bersama-sama kita kecualilah pada waktu-waktu tertentu (spt ketika azan dilaungkan syaitan akan lari sekuat-kuatnya terkentut-kentut, sambil berkata, manusia taatkan panggilan tuhannya walhal aku ingkarkan perintah tuhanku, dia lari tidak mendakati kita). Namun, kalau manusia itu lebih maksiatnya dan kurag amal ibadahnya, syaitan akan sentiasa menghampiri kita, dan menghiasi segala keinginan nafsu kita sebaik-baiknya. Allah (a.w) memberitahu manusia (yg Islam dan beriman) ' ... innahu yarakum hua wa-qabiluhu min haisu la taraunahum' (Yg bermaksud: Sesungguhnya syaitan melihat kamu dan dia (syaitan) dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat (atau arah) yg kamu tidak melihat mereka.') [Ayat 27, Surah al-A'raf]. Syaitan sentiasa dapat melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Syaitan itu banyak bala tenterannya dari golongan jin dan manusia. Manusia yg mengajak kpd kemaksiatan adalah termasuk tentera syaitan. Orang Islam yg tidak menunaikan tanggungjawabnya juga adalah 'volunteer reserves' syaitan. [Nota: Syaitan tak risaukan orang kafir, kerana sememangnya mereka akan masuk neraka, tak perlu dipengaruhi. Yg perlu dipesongkan oleh syaitan adalah orang yg Islam dan beriman. Lagi hebat ketaqwaan dan keimanan seseorang yg Islam itu lagi kuat syaitan berusaha untuk memesong dan menggelincirkan mereka supaya kufur dan kafir dan menentang Allah (a.w) dan melanggar ketetapan dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya.]
Ilmu dan Pengaruh Syaitan
Saudara, kita teliti dan fahami hadith berikut:
Menceritakan Rauha b Janahin, Abu Said, hadith dari Mujahid hadith dari Ibnu Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Faqihun wahidun asyaddu ‘alas-sayaitani min alfi ‘abidin.’ (Yang bermaksud: Orang yang faqih (i.e faham) seorang lebih berat atas syaitan (mempengaruhinya atau menyesatkannya) daripada 1,000 orang ahli ibadah (= orang yang amat rajin lagi istiqamah mengerjakan ibadah yang fardu dan yang sunat siang dan malam, tetapi tak faham)). [Hadith Ibnu Majah]
[Nota: Siapakah orang yang ‘faqih’ = faham? Orang yang faham dalam Islam itu adalah orang yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang sempurna. Dengan ilmu itu dia tahu apakah tuntutan Islam terhadap dirinya – tuntutan yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan tuntutan yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah, kerana ketetapan as-Sunnah itu menjelaskan tuntutan Allah (a.w) dan bagaimana melaksanakan tuntutan tersebut dalam bentuk ibadah dan amalan dan dalam memandu hidup di dunia. Orang yang fakih itu mempunyai ilmu dan dia faham perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan bagaimana melaksanakan tanggung jawab tersebut. Seseorang itu ‘faham’ Islam dan syariatnya kalau dia faham bahawa panduan hakiki hidup orang iman hanyalah al-Quran dan s-Sunnah – sejajar dengan firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa’, bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w), i.e. menerima panduan as-Sunnah, membuktikan ketaatan kita kepada Allah (a.w) – Ayat 80, Surah an-Nisa’, dan mengambil segala sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan meninggalkan segala sesuatu yang ditegahnya, atau mengikuti ketetapan as-Sunnah adalah kewajipan – Ayat 7, Surah a-Haysr, bahawa berjema’ah dalam Islam atau dalam menganuti Islam itu adalah kemestian – Ayat 103, Surah ali-Imran, bahawa imam atau amir, i.e. orang yang diangkat memimpin jema’ah umat Islam itu, wajib ditaati – didengar ijtihadnya dan ditaati - adalah ketetapan fundamental Islam – Ayat 59, Surah an-Nisa’, dll.
Hadith ini menyebutkan bahawa seorang yang faham = faqih tentang Islam dan syariatnya – tuntutan dan kaedah mengerjakannya – lebih payah dan lebih sulit pada syaitan mempengaruhi atau memesongkannya berbanding dengan 1,000 orang ‘ahli ibadah’. ‘Ahli ibadah’ adalah orang yang memenuhi masa yang terluang padanya mengerjakan sebanyak-banyak ibadah – solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan melibatkan diri dalam kerja-kerja fi sabilillah. Namun, kerana dia tak faham tuntutan Islam, maka dia akan mengerjakan pelbagai amalan yang tidak sejajar dengan ketetapan syariat Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Contoh dalam hidupnya dia masih melakukan pelbagai perkara yang bersifat syirik samar. Dia mempercayai perkara-perkara yang kurafat spt ada penunggu di sesuatu tempat, menyakini perkara-perkaya yang tahayul, mengamalkan tambahan-tambahan atau mengubah bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah yang tidak dicontohkan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) (= bid'ah) dan khalifah. Amalan dan ibadahnya dicemari oleh bid’ah kerana kejahilannya dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam Surah al-A’raf, Ayat 14 – 18 Allah (a.w) diberitahu dendam jahat syaitan apakah angkara syaitan setelah dimurkai Allah (a.w) dan diperintah keluar dari syurga kerana sombong dan engkar mentaati perintah Allah (a.w) supaya tunduk hormat kepada Adam (a.s) yang dijadikan oleh Allah (a.w). Syaitan sombong kerana berbangga dengan kejadiannya yang (kerana dijadikan dari api) dia fikirkan lebih baik dan mulia dari Adam (a.s) (yang dijadikan dari tanah), maka dia ingkar perintah Allah (a.w) supaya menghormati Adam (a.s). Dia tidak akur dengan perintah Allah (a.w).
Syaitan berazam untuk merosakkan manusia yang Islam supaya kufur kepada Allah (a.w) dan supaya bersamanya terjerumus ke dalam neraka, walaupun Islam dan mengerjakan amal dan ibadah sebaik mungkin, tetapi tetap dapat dipengaruhi oleh syaitan sekiranya jahil terhadap Islam dan tuntutannya. Jahil, maka umat Islam itu lakukan yang diperintah tetapi silap dan menyimpang dari ketetapan atau peraturan sebenarnya, maka sia-sia segala amalan. Jahil melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana kelihatan baik pada kaca mata manusia. Maka dengan itu orang yang berilmu dan faham ilmunya dan mengamalkannya berpandukan ilmu yang betul, sukar bagi syaitan mempengaruhi mereka. Kalau jahil nampak alim dan istiqamah beramal dan beribadah, namun hakikatnya melakukan pebagai kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan amalan dan ibadah tak mendapat sebarang ganjaran pahala, malah mendapat dosa pula.
Ayat 15: Syaitan atau iblis berkata: ‘Tangguhkanlah untukku sampai hari mereka (manusia) dibangkitkan (i.e. kiamat).
Ayat 16: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya kamu dari kalangan mereka yang diberi tempoh.’
Ayat 17: ‘Berkata iblis atau syaitan: ‘Maka dengan apa-apa yang Engkau hukumi aku tersesat sungguh-sungguh aku akan halangi mereka dari jalanMu yang lurus.’
Ayat 18: (Sambung syaitan) ‘Kemudian nescaya aku datangi mereka dari depan mereka (i.e. walaupun mereka taatkan Allah dan RasulNya tetap akan diusahakan supaya menyimpang) dan dari belakang mereka (i.e. kalau melakukan segala kemaksiatan dan dosa, spt menghalang umat Islam belajar ilmu mengenai Islam, dihiasai oleh syaitan supaya kelihatan baik) dan dari kanan mereka (i.e. perbuatan baik yg dilakukan tidak mendapat ahala kerana dihiasi oleh syaitan dgn rasa jub dan bangga diri, riak dan sebagainya) dan dari kiri mereka (i.e. segala perbuatan dan percakapan yg mendatangkan dosa diiasai oleh syaitan baik dikerjakan sebagai perigatan kpd manusia lain) , dan tidaklah Engkau (Allah) dapati (kecuali) kebanyakan mereka orang-orang yang tidak bersyukur.’
Ayat 19: Berfirman Allah (a.w): ‘Keluarlah engkau darinya (i.e. syurga) tercelan/terhina terbuang/terusir; nescaya sungguh-sungguh sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka nescaya sungguh Aku (Allah (a.w) akan penuhi neraka jahannam dari kalangan mereka semuanya.’
Ayat 15: Syaitan atau iblis berkata: ‘Tangguhkanlah untukku sampai hari mereka (manusia) dibangkitkan (i.e. kiamat).
Ayat 16: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya kamu dari kalangan mereka yang diberi tempoh.’
Ayat 17: ‘Berkata iblis atau syaitan: ‘Maka dengan apa-apa yang Engkau hukumi aku tersesat sungguh-sungguh aku akan halangi mereka dari jalanMu yang lurus.’
Ayat 18: (Sambung syaitan) ‘Kemudian nescaya aku datangi mereka dari depan mereka (i.e. walaupun mereka taatkan Allah dan RasulNya tetap akan diusahakan supaya menyimpang) dan dari belakang mereka (i.e. kalau melakukan segala kemaksiatan dan dosa, spt menghalang umat Islam belajar ilmu mengenai Islam, dihiasai oleh syaitan supaya kelihatan baik) dan dari kanan mereka (i.e. perbuatan baik yg dilakukan tidak mendapat ahala kerana dihiasi oleh syaitan dgn rasa jub dan bangga diri, riak dan sebagainya) dan dari kiri mereka (i.e. segala perbuatan dan percakapan yg mendatangkan dosa diiasai oleh syaitan baik dikerjakan sebagai perigatan kpd manusia lain) , dan tidaklah Engkau (Allah) dapati (kecuali) kebanyakan mereka orang-orang yang tidak bersyukur.’
Ayat 19: Berfirman Allah (a.w): ‘Keluarlah engkau darinya (i.e. syurga) tercelan/terhina terbuang/terusir; nescaya sungguh-sungguh sesiapa yang mengikuti engkau dari kalangan mereka nescaya sungguh Aku (Allah (a.w) akan penuhi neraka jahannam dari kalangan mereka semuanya.’
Yang wajib kita perhatikan adalah Ayat 18, Surah al-A’raf yang menyebutkan azam syaitan menyesatkan umat Islam dari pelbagai sudut dan keadaan, iaitu, dari depannya (=amalan dan ibadahnya untuk mendapat syurga di akhirat kelak, tergelincir kerana hasutan dan tipu helah syaitan), dari belakangnya (=dari jalan kejahatan dan kemaksiatan yang dihiasi oleh syaitan supaya dilihat dan dirasai oleh pelakunya, spt pelakun dan penyanyi merasa baik kerana melakunkan watak dan penampilan yg baik, walhal berlakun dan menyanyi adalah melakukan dosa yg besar), dari kanan (=kebaikan yang dilakukan oleh manusia itu batal dan batil kerana sifat-sifat riak, ujub dan bangga diri, takbur dll bercakap menyebabkan dosa kerana irihati dan dengki, dan memandang rendah terhadap orang lain) dan dari kiri (=memandang perbuatan yang dlakukan walaupun batil tetapi dirasai baik oleh pelakunya spt menubuhkan pusat-pusat perlindungan bagi anak dara terlanjur dgn menguruskan kehidupannya, menggalakkan secara tak langsung lebih ramai terlanjur dan kalau terlanjur ada orang yg tolong). Demikianlah, angkara syaitan itu semakin kufur dan semakin menentang Allah (a.w). Tidak seorangpun yang akan berjaya tidak dipengaruhi oleh syiatan kecualilah orang yang berilmu.
Apakah syaitan berjaya, seperti yang diharapkan olehnya? Syaitan amat berjaya. Pertama, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dari zaman Adam (a.s) hinggalah terjadinya kiamat, daripada 1,000 yang akui diri mereka Islam (= ikuti syariat agama yang dibawakan oleh para rasul dan para nabi sampailah dari zaman Rasulallah (s.a.w), 999 orang terjerumus ke dalam neraka kerana angkara terpengaruh oleh syaitan. Kedua, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan, selepas dia wafat, bahawa Islam dan umatnya akan berpecah mengikuti 73 jalan Islam, 72 jalan walaupun Islam masuk neraka, dan hanya satu jalan yang berjaya mendapat syurga. Yang berjaya mendapat syurga itu adalah orang yang mengikuti as-Sunnah dan berjema’ah, kerana dengan ilmu mereka tahu dan faham bahawa dua pra-syarat untuk berjaya mendapat syurga adalah ikuti as-Sunnah (=contohi Rasulallah (s.a.w)) dan berjema’ah dalam Islam. Dalam mengerjakan amal solehpun syaitan berjaya mengelirukan umat Islam dalam perkara ‘bid’ah', contohnya. Umat Islam arus perdana begitu yakin dengan wujudnya ‘bid’ah hasanah’, walhal Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberitahu bahawa setiap pembaharuan dalam perkara agama adalah bid’ah! Jelaslah syaitan berjaya memesongkan umat Islam dari arah depan mereka – beramal dan beribadah dengan istiqamah tetapi tetap tersesat kerana syaitah meyakinkan mereka bahawa ‘bid’ah hasanah’ it benar-benar wujud. Mereka yakin walaupun batil keyakinan mereka.
Segala-galanya bergantung kepada hidayah sebagaimana Allah (a.w) beri kita tahu pada Ayat 125, Surah al-An’am: ‘Faman (-ai) yuridillahu an yahdiyahu yasyrahu sodrahu lil-Islam, wa-man(-ai) yurid an yudillahu yaj’aj sodrahu doyikan harajan ka-annama yasso’adu fis-sama’ …’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang dikehendaki Allah (a.w) bahawa diberinya hidayahNya, maka lapang dadanya terhadap Islam (yakni, mudah menerima sesuatu yang diberitahu tentang peraturan Islam yang haq itu); dan barangsiapa yang Allah (a.w) berkehendakkan bahawa kekal sesat dia, menjadikan Allah (a.w) sempit dadanya seumpama apa-apa yang menjadikan dadanya sempit (ketika naik) ke langit). Inilah perumpamaan atau bidalan orang-orang yang sukar menerima nasihat dan pengajaran yang haq tentang Islam.]
Ramai orang yg akui dirinya Islam tetapi apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia meremehkan dan menolak tak mau terima. Mereka diistilahkan 'zolimi li-nafsihi' = menzalimi dirinya sendiri. Siapa? Orang yg menolak yg haq dan meremehkan nasihat yg benar dari orang lain yg tahu).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment