Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun lihat nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai jawapan Dr Abdul Salam dalam ruangan 'fikrah Dr Salam' yg tersiar dalam akhbar Harian Metro hari ini (4 Januari 2013) menyentuh perkara membatalkan wudu' kerana persentuhan antara suami isteri. Beliau berhujjah bahawa batal wudu' jika berlaku persentuhan kulit antara suami dan isteri. Walaupun beliau menyentuh - secara sambil lalu - wujudnya hadith menyebutkan Rasulallah (s.a.w) mencium isterinya, kemudian terus mengerjakan solat tanpa berwudu' semula. Dalam komentar kita telah lihat beberapa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini. Keputusannya adalah mengikut syariat Islam berdasarkan dalil dan nas al-Quran dan as-Sunnah, sentuhan antara suami dan isteri dan mahram, tidak membatalkan wudu'. Namun beliau yg jelas adalah pengikut mazhab as-Syafie, bertegas menyatakan batal wudu'. Jelasnya beliau menobor-satukan ketetapan mazhab dan menombor-duakan ketetapan as-Sunnah.
Saudara, kita berjanji untuk mengulas ketetapan atau jawapan Dr Salam menyentuh doa qunut dalam Solat Subuh. Dr Salam menyebutkan bahawa Doa Qunut dalam Solat Subuh itu adalah 'sunat ab'adh,' iaitu walaupun sunat tetapi wajib dilakukan. Maksudnya wajib baca pada Solat Subuh. Jika tidak dibaca diwajibkan membuat Sujud Sahwi (=Sujud kerana lupa). Cuba kita lihat nas dan dalil as-Sunnah mengenai isu ini.
Saudara, bagi mereka yg belajar dan faham ketetapan as-Sunnah, mereka akan tahu bahawa ada 2 perkara yg mewajibkan seseorang yg solat itu mengerjakan Sujud Sahwi; iaitu, pertama, terlupa membaca Tahiyat Awal pada akhir rakaat kedua solat; kedua, apabila terlupa berapa rakaat disolatkan, maka menambah satu rakaat lagi, dan selepas tamat membaca Tahiyat Akhir, mengerjakan Sujud Sahwi. Kita tidak diperlukan Sujud Sahwi kalau 'terlupa' atau tidak membaca Doa Qunut. Dalam syariat Islam sebagaimana yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak ada Doa qunut dalam Solat Subuh.
Saudara, dalam perkara solat, kita waji berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) (dan ketetapan as-Sunnah), khususnya hadith berikut:
Diriwayatkan
hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik menceritakan kepada kami,
katanya: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) sedangkan kami pemuda-pemuda yang
hamper sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama dua puluh malam. Rasulallah
(s.a.w) sangat halus perasaannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa
kami ingin bertemu dengan (i.e. rindukan) keluarga kami, beliau menanyakan
kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada
beliau. Nabi bersabda: ‘Kembalilah kepada keluarga kamu dan tinggallah berama
mereka. Ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ Disebutkan oleh beliau beberapa hal.
Ada yang aku ingat dan ada yang tidak (ingat aku). Diantara sabda beliau ‘Sollu
kama ra aitumui usalli’ [Maksud:
Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat]. Apabila
tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang diantara kamu, dan yang paling
tua dikalangan kamu menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Prinsip
utama yang terdapat dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith tersebut
adalah: ‘Sollu
kama ra aitumui usalli’. Hendaklah
kita bersolat sebagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, bukan kita bersolat
sebagaimana orang lain bersolat. Dalam konteks solat
Subuh dan membaca doa Qunut semasa solat
Subuh itu, kita wajib teliti
adakah Rasulallah (s.a.w) membuatnya.
Hadith
berikut menyatakan bahawa Qunut yang kita baca sekarang ini tidak menjadi
amalan Rasulallah (s.a.w) dan kesemua empat khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin selepas wafat beliau:
Diriwayatkan
hadith daripada Said bin Tariq (r.a), yang berkata: ‘Telah berkata aku kepada
bapaku: ‘Wahai bapaku, sesungguhnya engkau ada bersolat di belakang Rasulallah
(s.a.w), dan di belakang Abu Bakar (r.a), dan di belakang Omar (r.a), dan di
belakang Othman (r.a), dan dibelakang Ali (r.a) semasa engkau berada di Kufah
selama lima tahun. Maka adakah mereka membaca (doa) qunut pada solat Subuh?’
Maka berkata bapakku: ‘Wahai anakku! Itu adalah pembaharuan (bida’ah).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membaca Qunut (tetapi bukan qunut yg kita disuruh baca sekarang ini) selama sebulan setia solat fardu kerana mendoakan kehancuran kepada penduduk 4 wilayah Arab zaman itu, kerana penduduk 'Islam' di wilayah atau perkampungan tersebut telah meminta Nabi (s.a.w) menghantarkan 70 orang mubaligh untuk mengajarkan pada mereka syariat Islam. Setelah sampai para mubaligh tersebut, kesemuanya di bunuh oleh mereka, kecuali seorang yg selamat, sempat melapurkan kepada Rasulallah (s.a.w). Maka kerana itu Rasulallah (s.a.w) bersolat membaca Doa Qunut Nazilah (dan beliau juga memerintahkan umat Islam melakukannya) pada setiap solat fardu selama sebulan. Qunut Nazilah itu mengandungi doa melaknat orang-orang di perkampungan tersebut meminta Allah (a.w) turunkan bala ke atas mereka sebagaimana bala yang menimpa umat Nabi Yusuf (a.s) dahulu. Ini Qunut Nazilah bukan qunut yg kita disuruh baca sekarang ini. Tiada nas dan dalil as-Sunnah menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Qunut pada Solat Subuh yg dijadikan amalan kekal sebagaimana sekarang. Menambah Doa Qunut pada Solat Subuh jelaslah suatu pebaharuan dalam ibadah Solat Subuh atau bid'ah. Maka kerana itu pelakunya tertakluk kpd ketetapan Islam menyentuh amalan 'bid'ah'.
Dalam hadith di bawah ini disebutkan 2 daripada kampung yg terlibat.
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Nabi (s.a.w) pernah
berqunut (qunut nazilah) sebulan mendoakan dia (akan musibah)
atas Ri’lin dan Zakwan.’ [Hadith Bukhari]
Di
dalam hadith yang diriwayatkan pula oleh ibnu Majah, disebutkan secara umum
mendoakan musibah kepada desa-desa Arab. Doa Qunut ini juga selama sebulan dan
dibuat sewaktu solat Subuh: Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a): ‘Sesungguhnya Rasulallah
(s.a.w) ada membaca qunut pada solat Subuh, mendoa dia pada desa-desa Arab (yang
membunuh mubaligh-mubaligh Islam) perkara-perkara keburukan, selama sebulan.
Kemudian beliau memberhentikannya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, kalimah Doa Qunut Nazilah yg dibaca (dan disurh baca oleh Nabi (s.a.w) adalah disebutkan dalam hadith berikut. Empat perkampungan yg didoakan kehancuran tersebut disebutkan. Kalimah-kalimah doa tersebut (yg diterjemahkan) juga disebutkan dalam hadith tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman
bin Auf berkata mendengar hadith daripada Abu Hurairah yang berkata: ‘Rasulallah
(s.a.w) berdoa semasa solat Subuh (doa Qunut Nazilah) ketika sudah
takbir selepas Ruku’ dengan bersabda (yakni, membaca): ‘Sami-allahu
liman hamidah’[Maksud: Sesungguhnya telah mendengar Allah (a.w) orang-orang
yang memujinya], kemudian semasa berdiri (Iktidal) dia berdoa: ‘Selamatkanlah
al-Walid bin Walid, Salama bin Hisyam, Ayasy bin Rabia’, dan orang-orang yang
lemah di kalangan umat Islam. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Engkau azablah
(kaum) Mudar dan turunkanlah kemarau panjang sebagaimana Engkau turunkan
kepada kaum Nabi Yusof (a.s). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Engkau laknatlah
(kaum) Lihyan, Ri’lin, Zakwan dan Usyaya kerana
mereka derhaka kepada Allah (a.w) dan RasulNya.’ [Hadith ibnu Majah]. Doanya adalah:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) menceritakan bahawasanya Nabi
(s.a.w) berqunut selepas Ruku’ di dalam solat selama sebulan, ketika berkata
(yakni, membaca Tasbih) ‘samiallahu liman hamidah’, berkata (yakni, membaca) ia
di dalam qunutnya: 'Allahumma
najji Walidadnil-Walid, allahumma najji Salamah bin Hisyam, allahumma najjil mustad’afina
minal mukminina, allahummasy-dud wat’ataka ‘ala Mudara, allahummaj-‘alha
‘alaihim sinina kasini Yusofa).'[Maksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkanlah Walid bin Walid, ya
Allah (a.w) ya Tuhan kami! Selamatkan Selamat bin Hisyam. Ya Allah (a.w) ya
Tuhanku! Selamatkanlah ‘Aiyasy bin Abi Rabi’ah. Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami!
Selamatkanlah orang-orang yang lemah dari kalangan orang yang beriman. Ya Allah
(a.w) ya Tuhan kami! Engkau kuatkanlah seksaanMu atas kaum Mudar. Ya Allah
(a.w) ya Tuhan kami! Engkau jadikanlah atas mereka tahun-tahun yang kemarau
seumpama (kemarau) zaman Yusof (a.s).’ Berkata Abi Hurairah (r.a):
‘Meninggalkan doa (tersebut) selepas (sebulan).’ [Hadith Muslim, Kitab Solat
& Hadith Abu Daud]
Saudara, hadith berikut pula merumuskan bahawa Nabi (s.a.w) dan kahlifah-khalifah selepas beliau wafat, tidak membaca Doa Qunut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Malik al-Asyja’i (r.a) hadith daripada
bapanya, berkata (bapanya): ‘Solat aku dibelakang Rasulallah (s.a.w), maka
tidak membaca Qunut dia (Nabi), dan solat aku di belakang Abu Bakar (r.a), maka
tidak membaca Qunut dia, dan solat aku di belakang Omar (r.a) maka tidak
membaca Qunut dia, dan solat aku di belakang Othman (r.a) maka tidak membaca
Qunut dia, dan solat aku di belakang Ali (r.a), maka tidak membaca Qunut dia.’
Kemudian berkata bapa Abi Malik (r.a)(menyambung cakapnya): ‘Wahai
anakku, bahawasanya (membaca Qunut itu) satu bida’ah.’ [Hadith sahih
an-Nasa’i]
Saudara, kalau kita terus kaji amalan Rasulallah (s.a.w) kita juga akan tahu bahawa Doa Qunut yg sering dibaca oleh majoriti umat Islam sekarang ini dalam Solat Subuh sebenarnya adalah Doa Qunut yg disuruh Raulallah (s.a.w) baca pada Solat Terawih pada 15 hari Ramadhan dan seterusnya setiap malam sampailah ke penghujung Ramadhan. Ini dijelaskan dalam hadith berikut bilamana Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kalimah-kalimah yg dibaca kepada cucunya, Hussein:
Diriwayatkan hadith daripada Husin bin Ali (r.a) berkata:
‘Mengajar akan aku oleh datukku (yakni, Rasulallah (s.a.w)) beberapa kalimah yang dibacanya pada qunut
solat witir ‘Allahumma ‘afini fiman ‘afait,
watawallani fiman tawallait, wahdini fiman hadait, waqini syarama qadait,
wabarikli fima ‘atait. Innaka taqdi wala uqda ‘alaik. Innahu la yazillu man
walait. Subhanaka rababana tabarakta wata’alait.' [Maksud doa:
Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami semoga memberi kesihatan Engkau atas aku dengan
orang yang Engkau kurniakan kesihatan, dan semoga mengatur Engkau akan daku
dalam orang-orang yang mengaturkan akan Engkau, dan semoa memberi petunjuk
Engkau padaku dalam orang-orang yang Engkau beri petunjuk (hidayah), dan semoa
menjauhkan Engkau keburukan yang Engkau hukumkan, dan semoga memberkati Engkau
akan daku dalam apa-apa yang Engkau berikan, sesungguhnya Engkau menghukumi dan
tidaklah Engkau menghukumi daku, sesungguhnya tidak menjatuhkan Engkau
orang-orang yang Engkau sayangi, maha suci Engkau Tuhanku dan memberi berkat
Engkau dan maha luhur Engkau.] [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud]
[Nota: Hadith ini diriwayatkan oleh Husain, iaitu anak Ali Abi Thalib
(r.a), yakani cucunda Rasulallah (s.a.w).]
Saudara, alhamdulillah kita telahpun tahu ilmunya mengenai dua isu yg berbangkit dari jawapan Dr Salam dalam ruangan 'fikrah Dr Salam' dalam Harian Metro hari ini. Wajib kita ingatkan diri kita bahawa janganlah kita terikut-ikut dengan pendapat atau panduan orang-orang yg, apabila kita semak dengan ilmunya, jelas bersalahan dengan amalan dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Jika kita amalkan maka kita terlibat dalam sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amala 'amilan laisa amruna fahua raddun.' (Yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan suatu amalan yg tidak didatangkan dari perkaraku (Nabi), maka amalannya ditolak (= tak diterima Allah (a.w)). Maka sia-sia sajalah amalan kita. Malah lebih serius lagi kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu mengamalkan bid'ah - tokok tambah atau pengurangan kepada syariat Islam yg dibawakan oleh beliau, menyebabkan kita dikira syirik atau terkeluar Islam atau menjadi kafir tanpa kita sedari, dan ada juga ketetapan yg menyebutkan doa serta taubat orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah. Oleh itu berwaspadalah dalam menerima bulat-bulat pandangan dan ajaran seseorang itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment