Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini akan sering diulang-ulangi peringatan bahawa sesorang yg akui dirinya Islam - bersyahadah dia bahawa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w), dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan dan Hambanya Allah (a.w), yakni menjadi orang Islam, tidak akan mendapat syurga tanpa menunaikan tanggungjawab yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sepanjang hayatnya, setelah baligh dia - Ayat 72, Surah az-Zuhruf. Syurga itu hanya diberikan kepada orang Islam. Kalau tak Islam tak akan sekali-kali dapat syurga. Orang Islam yg tidak tunaikan tanggungjawab yang difardukan Allah (a.w) ke atasnya - solat, puasa, mengeluarkan zakat, menginfaq sebahagian hartanya untuk fi sabilillah, dan menunaikan haji ketika sudah mampu, tidak akan masuk syurga - Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Walaupun Islam, kalau tak menunaikan tanggungjawab amalan dan ibadah yang ditetapkan, maka tidak mendapat syurga. Kerana menentang ketetapan fundamental Allah (a.w) - Ayat 56, Surah az-Zariat bahawa manusia dijadikan semata-mata untuk mengabdikan diri (i.e. buat amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya). Selain itu, umat Islam yang menunaikan tanggungjawabnya - bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menginfaq, dan menunaikan haji, jika tidak berjema'ah, tidak akan mendapat syurga, kerana Allah (a.w) perintah dalam al-Quran bahawa umat Islam itu wajib berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran dan as-Sunnah. Demikian juga seseorang yg Islam, dan dia berjema'ah, tetapi tidak mentaati Imam atau Amir yang diangkat oleh jema'ah Islam memimpin jema'ah, maka dia juga tidak mendapat syurga Ayat 59, Surah an-Nisa' dan as-Sunah. Kemudian, walaupun Islam tetapi tidak menerima sebahagian ketetapan al-Quran (dan as-Sunnah) dan ketepikan atau tidak ikuti atau tak terima sebahagian al-Quran (dan as-Sunnah) pasti juga tak dapat syurga - Ayat 208, Surah al-Baqarah.
Saudara, apabila kita pelajari ilmu as-Sunnah, yg seringkali tidak diberi keutamaan oleh para ulama' arus perdana dan umat Islam dewasa ini, maka kita akan dapat beberapa ketetapan yg amat jelas siapa Islam dan siapa kelihatan lahiriah Islam, tetapi sebenarnya tak Islam! Ketetapan ini melibatkan perintah berjema'ah dalam Islam. Di dalam al-Quran terdapat hanya satu ayat menyebut tentang kewajipan berjema'ah ini - itupun dalam majoriti kitab tafsir al-Quran dan majoriti para ulama' tidak memahami hakikat berjema'ah ini, kerana tidak mentafsirkannya sebagai 'berjema'ah'. Allah (a.w) sentuh perkara berjema'ah dalam satu ayat iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran. Kemudian Allah (a.w) sentuh tentang kewajipan mentaati Imam dengan menyebut 'ulil amri' = orang yang diberikuasa oleh umat Islam memimpin jema'ah Islam, dan hendaklah ditepati - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) sebutkan pada ayat itu pengecualian dari ketaatan terhadap Imam atau Amir, pemimpin jema'ah Islam, iaitu jika timbul perselisihan atau perbalahan atau persengketaan atau ketidaksealiran pendapat mengenai segala sesuau tentang Islam atau perkara agama, jema'ah umat Islam itu (pemimpin dan rakyat) diwajibkan merujuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah, supaya didapatkan jalan penyelesaian terbaik - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) melarang umat Islam berfirqah atau bergerombolan atau berpuak-puak atau menubuhkan perkumpulan terasing atau eksklusif spt mazhab dalam beberapa ayat al-Quran - Ayat 105, Surah ali-Imran. Ini menunjukkan betapa utamanya kita yg akui Islam jangan berpecah-belah terutama berpecah dalam firqah.
Menyebut tentang jema'ah dan firqah (= mazhab) ini, Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'La udkhulul jannatu illa bil-jamaati' (Yg bermaksud: Tidak akan masuk syurga seseorang (yg Islam) itu jika tidak berjema'ah). Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa umat Islam yg mendapat syurga itu adalah umat Islam yg ikuti 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: 'Jalan aku (Nabi) dan jalan para sahabatku (khaifah ar-rasyidin al-mahdiyin), iaitu khalifah yg empat dan 'wahial jama'ah' (yg bermaksud: berjema'ah). Maka dengan itulah begitu popularnya frasa atau ungakapan ' ahlus-sunnah wal-jama'ah', yg sering diebutkan oleh semua orang 'alim' - dari mufti sampailah ke imam-imam masjid dan pegawai-pegawai agama dan penceramah agama di merata-rata! Tapi mereka silap faham!
Saudara ungkapan 'ahlus-sunnnah wal-jama'ah' itu mempunyai dua segment atau komponen atau dimensi, iaitu: pertama, ikuti as-Sunnah (sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah); dan kedua, berjema'ah.' Majoriti orang yg bercakap bahawa dia adalah golongan 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' takpun ikut as-Sunnah dan takpun berjema'ah! Kenapa gitu?
Masakan mereka 'ahlus sunnah' kalau mereka tak belajar as-Sunnah (atau al-Hadith), tak faham ketetapan as-Sunnah, tak terima sebahagian ketetapan as-Sunnah, dan tak pula amalkan ketetapan as-Sunnah! Mereka juga gagal dalam perkara keduanya, iaitu berjema'ah. Selain bersolat fardu yg lima secara berjema'ah - kadang-kadang 5 kadang-kadang dapat 3 - Subuh, Maghrib dan Isya', biasanya tak bersolat jema'ahpun! Berjema'ah dalam Islam diperjelaskan dengan terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jadi untuk benar-benar faham maksud 'berjema'ah' dan 'Imam/Amir', hendaklah belajar al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith) dari guru yg tahu dan faham.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith: 'Al-jama'atu rahmatun, wa-firqatu azabun' (yg bermaksud: Berjema'ah itu mendapat kerahmatan (yakni, syurga), dan berfirqah itu mendapat azab (yakni, neraka).). Jelasnya, kalau berjema'ah pasti dapat syurga kerana hanya dengan kerahmatan Allah (aw) seseorang yg Islam itu dapat masuk syurga. Sebaiknya jika berpecah atau berfirqah mendapat azab, yakni masuk neraka. Dalam hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang yg Islam, walauun dia bersyahadah, mengerjakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan ketika mampu naik haji, kalau tidak berada dalam jema'ah dan kekal berjema'ah tidak akan dapat syurga. Maka berjema'ah adalah satu syarat mutlak untuk dapatkan syurga! Begitu juga sebaliknya. Kalau berjema'ah tapi tak ikuti as-Sunnah tak dapat syurga. Ada berbagai jema'ah atau perkumpulan dalam agama - termasuklah mazhab, tarikat, fahaman sufi dllnya - tetapi bukanlah jema'ah yg ditetapkan dalam Islam. Jema'ah dalam Islam ada imam yg diangkat, dibaiat dan ditaati kecualilah Imam terebut perintah atau suruh sesuatu yg bersifat maksiat terhadap ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), maka perintah Imam sedemikian tidak wajar di dengar tak pula wajar diikuti atau ditaati. Sistem jema'ah itu ada ikrar taat setia (atau bai'at) antara Imam dan rukyah, anggota jema'ah menepati ikrar yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) - 'sami'na, wa-ato'na mas-tota'na' (yg bermaksud: Aku dengar, aku taat sekuat mampuku'. Di dalam al-Quran ada tiga ayat a-Quran menyebut tentang bai'at ini - Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah, Penjelasan yg amat detail dan terpernci terdapat dalam al-Sunnah. Antaranya ketetapan Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith lain: 'Man arada buhbuhatul jannati, fal-yalzamil jama'ata' (yg bermaksud: Seiapa yg ingin berada di tengah-tenga syurga (i.e. pasti dapat syurga), maka hendaklah dia tetap dan kekal (i.e. berada dalam jema'ah atau tetap dalam jema'ah) berjema'ah.)
Saudara, kerahmatan itu hanya diberikan kepada umat Islam yg berjema'ah. Dan, kerahmatan itu sahaja paspot untuk dapatkan syurga. Inilah mesej firman Alah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.’ (Yang bermaksud: Taatkanlah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah RasulNya (i.e. ketetapan as-Sunnah) nescaya kamu sekelian akan mendapat kerahmatan (yakni, mendapat syurga).) [Ayat 132, Surah ali-Imran]
[Nota: Ketetapan ini sama dengan ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa’ – taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dimasukkan (oleh Allah (a.w) ke dalam syurga. Ini janji pasti Allah (a.w). Sebaliknya, kalau menentang Allah (a.w) (i.e. tak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s,a,w) (i.e. tak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan melanggar pula batasan-batasan yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'.
Kemudian, dalam firman Allah (a.w) berikut, kita diberitahu pula bahawa:
Firman Allah (a.w): ‘a-ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.’ (Yang bermaksud: Taatkan Allah (a.w) dan (taatkan) Rasul nescaya kamu dirahmati.) [Ayat 132, Surah ali-Imran]
Saudara, amat jelas sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat kerahmatan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tidak akan dapat masuk syurga seseorang itu kalaupun dia mengerjakan amalannya - solat, puasa, bayar zakat, bersedekah, menginfaq, dan tunaikan haji, kalau tak berjema'ah, tetap tak dapat syurga. Sebabnya simple - ikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan ikuti ketetpan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka dengan itulah Omar b Khattab (r.a) merumuskan perkara jema'ah ini berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'La islama illa bil-jama'ati ...' (Yg bermaksud: Tidak diatakan Islam kalau tidak berjema'ah ...), hadith yg kita telahpun lihat tak lama dulu dalam blog ini. Hadith berikut:
Omar b Khayyab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin wala toatin illa bi-bai’atin’ [Yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] [Hadith ad-Dailami].
Saudara, kewajipan berjema'ah dalam Islam itu diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) jikapun dalam kes-kes yg berikut: pertama, jika hanya ada 3 orang yg Islam di atas dunia ini, maka wajib mereka bertiga bermusyawarah untuk menamakan salah seorang daripada mereka bertiga menjadi imam mereka; dan kedua, jikapun sekumpulan 3 orang Islam itu bermusafir - dalam urusan di luar qariah di mana mereka bermestautin, maka wajib bagi mereka mengangkat seorang dari kalangan mereka yg bertiga menjadi Imam mereka. Jelaslah berjema'ah itu suatu kemestian dan kewujudan seorang Imam itu juga suatu kemestian dalam Islam untuk menjadikan sahnya keIslaman seseorang yg akui dirinya Islam di sisi Allah (a.w) dan RasulNya dan halal hidupnya di dunia. [Nota: Sesuatu yg tak halal, pastilah api nereka lebih berhak atasnya. Jika tak halal kehidupan pastilah neraka berhak ke atasnya kelak!]
Apa kata saudara? Mudah-mudahan saudara faham mesej post ini, insya Allah
Jazakallahu khairahSaudara, dalam blog ini akan sering diulang-ulangi peringatan bahawa sesorang yg akui dirinya Islam - bersyahadah dia bahawa tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w), dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan dan Hambanya Allah (a.w), yakni menjadi orang Islam, tidak akan mendapat syurga tanpa menunaikan tanggungjawab yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sepanjang hayatnya, setelah baligh dia - Ayat 72, Surah az-Zuhruf. Syurga itu hanya diberikan kepada orang Islam. Kalau tak Islam tak akan sekali-kali dapat syurga. Orang Islam yg tidak tunaikan tanggungjawab yang difardukan Allah (a.w) ke atasnya - solat, puasa, mengeluarkan zakat, menginfaq sebahagian hartanya untuk fi sabilillah, dan menunaikan haji ketika sudah mampu, tidak akan masuk syurga - Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Walaupun Islam, kalau tak menunaikan tanggungjawab amalan dan ibadah yang ditetapkan, maka tidak mendapat syurga. Kerana menentang ketetapan fundamental Allah (a.w) - Ayat 56, Surah az-Zariat bahawa manusia dijadikan semata-mata untuk mengabdikan diri (i.e. buat amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya). Selain itu, umat Islam yang menunaikan tanggungjawabnya - bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menginfaq, dan menunaikan haji, jika tidak berjema'ah, tidak akan mendapat syurga, kerana Allah (a.w) perintah dalam al-Quran bahawa umat Islam itu wajib berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran dan as-Sunnah. Demikian juga seseorang yg Islam, dan dia berjema'ah, tetapi tidak mentaati Imam atau Amir yang diangkat oleh jema'ah Islam memimpin jema'ah, maka dia juga tidak mendapat syurga Ayat 59, Surah an-Nisa' dan as-Sunah. Kemudian, walaupun Islam tetapi tidak menerima sebahagian ketetapan al-Quran (dan as-Sunnah) dan ketepikan atau tidak ikuti atau tak terima sebahagian al-Quran (dan as-Sunnah) pasti juga tak dapat syurga - Ayat 208, Surah al-Baqarah.
Saudara, apabila kita pelajari ilmu as-Sunnah, yg seringkali tidak diberi keutamaan oleh para ulama' arus perdana dan umat Islam dewasa ini, maka kita akan dapat beberapa ketetapan yg amat jelas siapa Islam dan siapa kelihatan lahiriah Islam, tetapi sebenarnya tak Islam! Ketetapan ini melibatkan perintah berjema'ah dalam Islam. Di dalam al-Quran terdapat hanya satu ayat menyebut tentang kewajipan berjema'ah ini - itupun dalam majoriti kitab tafsir al-Quran dan majoriti para ulama' tidak memahami hakikat berjema'ah ini, kerana tidak mentafsirkannya sebagai 'berjema'ah'. Allah (a.w) sentuh perkara berjema'ah dalam satu ayat iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran. Kemudian Allah (a.w) sentuh tentang kewajipan mentaati Imam dengan menyebut 'ulil amri' = orang yang diberikuasa oleh umat Islam memimpin jema'ah Islam, dan hendaklah ditepati - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) sebutkan pada ayat itu pengecualian dari ketaatan terhadap Imam atau Amir, pemimpin jema'ah Islam, iaitu jika timbul perselisihan atau perbalahan atau persengketaan atau ketidaksealiran pendapat mengenai segala sesuau tentang Islam atau perkara agama, jema'ah umat Islam itu (pemimpin dan rakyat) diwajibkan merujuk kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah, supaya didapatkan jalan penyelesaian terbaik - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) melarang umat Islam berfirqah atau bergerombolan atau berpuak-puak atau menubuhkan perkumpulan terasing atau eksklusif spt mazhab dalam beberapa ayat al-Quran - Ayat 105, Surah ali-Imran. Ini menunjukkan betapa utamanya kita yg akui Islam jangan berpecah-belah terutama berpecah dalam firqah.
Menyebut tentang jema'ah dan firqah (= mazhab) ini, Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'La udkhulul jannatu illa bil-jamaati' (Yg bermaksud: Tidak akan masuk syurga seseorang (yg Islam) itu jika tidak berjema'ah). Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa umat Islam yg mendapat syurga itu adalah umat Islam yg ikuti 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: 'Jalan aku (Nabi) dan jalan para sahabatku (khaifah ar-rasyidin al-mahdiyin), iaitu khalifah yg empat dan 'wahial jama'ah' (yg bermaksud: berjema'ah). Maka dengan itulah begitu popularnya frasa atau ungakapan ' ahlus-sunnah wal-jama'ah', yg sering diebutkan oleh semua orang 'alim' - dari mufti sampailah ke imam-imam masjid dan pegawai-pegawai agama dan penceramah agama di merata-rata! Tapi mereka silap faham!
Saudara ungkapan 'ahlus-sunnnah wal-jama'ah' itu mempunyai dua segment atau komponen atau dimensi, iaitu: pertama, ikuti as-Sunnah (sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah); dan kedua, berjema'ah.' Majoriti orang yg bercakap bahawa dia adalah golongan 'ahlus-sunnah wal-jama'ah' takpun ikut as-Sunnah dan takpun berjema'ah! Kenapa gitu?
Masakan mereka 'ahlus sunnah' kalau mereka tak belajar as-Sunnah (atau al-Hadith), tak faham ketetapan as-Sunnah, tak terima sebahagian ketetapan as-Sunnah, dan tak pula amalkan ketetapan as-Sunnah! Mereka juga gagal dalam perkara keduanya, iaitu berjema'ah. Selain bersolat fardu yg lima secara berjema'ah - kadang-kadang 5 kadang-kadang dapat 3 - Subuh, Maghrib dan Isya', biasanya tak bersolat jema'ahpun! Berjema'ah dalam Islam diperjelaskan dengan terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jadi untuk benar-benar faham maksud 'berjema'ah' dan 'Imam/Amir', hendaklah belajar al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith) dari guru yg tahu dan faham.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith: 'Al-jama'atu rahmatun, wa-firqatu azabun' (yg bermaksud: Berjema'ah itu mendapat kerahmatan (yakni, syurga), dan berfirqah itu mendapat azab (yakni, neraka).). Jelasnya, kalau berjema'ah pasti dapat syurga kerana hanya dengan kerahmatan Allah (aw) seseorang yg Islam itu dapat masuk syurga. Sebaiknya jika berpecah atau berfirqah mendapat azab, yakni masuk neraka. Dalam hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang yg Islam, walauun dia bersyahadah, mengerjakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan ketika mampu naik haji, kalau tidak berada dalam jema'ah dan kekal berjema'ah tidak akan dapat syurga. Maka berjema'ah adalah satu syarat mutlak untuk dapatkan syurga! Begitu juga sebaliknya. Kalau berjema'ah tapi tak ikuti as-Sunnah tak dapat syurga. Ada berbagai jema'ah atau perkumpulan dalam agama - termasuklah mazhab, tarikat, fahaman sufi dllnya - tetapi bukanlah jema'ah yg ditetapkan dalam Islam. Jema'ah dalam Islam ada imam yg diangkat, dibaiat dan ditaati kecualilah Imam terebut perintah atau suruh sesuatu yg bersifat maksiat terhadap ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah), maka perintah Imam sedemikian tidak wajar di dengar tak pula wajar diikuti atau ditaati. Sistem jema'ah itu ada ikrar taat setia (atau bai'at) antara Imam dan rukyah, anggota jema'ah menepati ikrar yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) - 'sami'na, wa-ato'na mas-tota'na' (yg bermaksud: Aku dengar, aku taat sekuat mampuku'. Di dalam al-Quran ada tiga ayat a-Quran menyebut tentang bai'at ini - Ayat 10 dan 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah, Penjelasan yg amat detail dan terpernci terdapat dalam al-Sunnah. Antaranya ketetapan Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith lain: 'Man arada buhbuhatul jannati, fal-yalzamil jama'ata' (yg bermaksud: Seiapa yg ingin berada di tengah-tenga syurga (i.e. pasti dapat syurga), maka hendaklah dia tetap dan kekal (i.e. berada dalam jema'ah atau tetap dalam jema'ah) berjema'ah.)
Saudara, kerahmatan itu hanya diberikan kepada umat Islam yg berjema'ah. Dan, kerahmatan itu sahaja paspot untuk dapatkan syurga. Inilah mesej firman Alah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.’ (Yang bermaksud: Taatkanlah Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah RasulNya (i.e. ketetapan as-Sunnah) nescaya kamu sekelian akan mendapat kerahmatan (yakni, mendapat syurga).) [Ayat 132, Surah ali-Imran]
[Nota: Ketetapan ini sama dengan ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa’ – taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dimasukkan (oleh Allah (a.w) ke dalam syurga. Ini janji pasti Allah (a.w). Sebaliknya, kalau menentang Allah (a.w) (i.e. tak ikuti ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s,a,w) (i.e. tak ikuti ketetapan as-Sunnah) dan melanggar pula batasan-batasan yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka - Ayat 14, Surah an-Nisa'.
Kemudian, dalam firman Allah (a.w) berikut, kita diberitahu pula bahawa:
Firman Allah (a.w): ‘a-ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.’ (Yang bermaksud: Taatkan Allah (a.w) dan (taatkan) Rasul nescaya kamu dirahmati.) [Ayat 132, Surah ali-Imran]
Saudara, amat jelas sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat kerahmatan. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tidak akan dapat masuk syurga seseorang itu kalaupun dia mengerjakan amalannya - solat, puasa, bayar zakat, bersedekah, menginfaq, dan tunaikan haji, kalau tak berjema'ah, tetap tak dapat syurga. Sebabnya simple - ikuti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan ikuti ketetpan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka dengan itulah Omar b Khattab (r.a) merumuskan perkara jema'ah ini berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'La islama illa bil-jama'ati ...' (Yg bermaksud: Tidak diatakan Islam kalau tidak berjema'ah ...), hadith yg kita telahpun lihat tak lama dulu dalam blog ini. Hadith berikut:
Omar b Khayyab (r.a) berkata: ‘La islama illa bi-jama’atin, wala jama’atin illa bi-imaratin, wala imaratin illa bitoatin wala toatin illa bi-bai’atin’ [Yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam jika tidak berjemaah, dan tidak dikatakan berjemaah jika tidak ada keimaman (imam) (atau kepimpinan) dan tidak ada keimaman jika tidak ada ketaatan dan tidak ada ketaatan jika tidak ada ikrar janji taat setia (bai’at)’] [Hadith ad-Dailami].
Saudara, kewajipan berjema'ah dalam Islam itu diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) jikapun dalam kes-kes yg berikut: pertama, jika hanya ada 3 orang yg Islam di atas dunia ini, maka wajib mereka bertiga bermusyawarah untuk menamakan salah seorang daripada mereka bertiga menjadi imam mereka; dan kedua, jikapun sekumpulan 3 orang Islam itu bermusafir - dalam urusan di luar qariah di mana mereka bermestautin, maka wajib bagi mereka mengangkat seorang dari kalangan mereka yg bertiga menjadi Imam mereka. Jelaslah berjema'ah itu suatu kemestian dan kewujudan seorang Imam itu juga suatu kemestian dalam Islam untuk menjadikan sahnya keIslaman seseorang yg akui dirinya Islam di sisi Allah (a.w) dan RasulNya dan halal hidupnya di dunia. [Nota: Sesuatu yg tak halal, pastilah api nereka lebih berhak atasnya. Jika tak halal kehidupan pastilah neraka berhak ke atasnya kelak!]
Apa kata saudara? Mudah-mudahan saudara faham mesej post ini, insya Allah
No comments:
Post a Comment