Tuesday, December 25, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Belajar Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, majoriti umat Islam hari ini tidak memberikan keutamaan kepada mengajai atau belajar ilmu mengenai Islam. Rata-rata ibu bapa hari ini mengutamakan duniawai, maka mereka lebih utamakan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan duniawi disekolah-sekolah - rendah, menengah, tinggi, kolej dan universiti ternama dan tersohor, sehinggakan ibu bapa yg tahu utamanya ilmu dunia bagi kerjaya anak-anaknya, mereka akan berusaha mendidik anak-anak mereka supaya bijak dalam bidang akademik, supaya diterima belajar di menara gading ilmu dunia yg amat dihormati masyarakat spt di ivy league universities spt Oxford, Cambridge, London di UK dan di MIT, Harvard, Stanford, UCLA, Berkerley, Chicago, Columbia, Pensylvania dan seumpamanya supaya anaknya kembali ke Malaysia diberikan jawatan yg gajinya berlipat ganda dari gaji orang yg memiliki ijazah yg sama tapi dari IPTA atau IPTS common! Malah, ada ibu bapa yg inginkan anaknya mendapat Ph D dalam bidang pengajian keagamaan dari University St Andrew (UK) dan University of Temple (USA) kerana kononnya mendapat ilmu agama dan pada masa yg sama faham agama lain dan ilmu dunia - menggalakkan lateral thinking, dan tidak dikongkong oleh Islam - lebih balance ilmu dan pemikirannya.
Saudara, demikianlah cenderongnya umat Islam kpd urusan dunia. Dalam urusan akhirat, majoriti umat Islam menerima ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari warisan - nenek moyang, ibu bapa dan tok-tok guru yg dikatakan 'alim', terutama tok-tok guru yg pandai 'Sifat 20'. Anak-anak dihantar belajar agama di sekolah agama yg para gurunya mengajarkan agama berdasarkan kitab-kitab karangan manusia yg tidak pula meluas, jauh lagi, sempurna ilmunya mengenai Islam. Terdapat sebahagian ibu bapa menghantarkan anaknya belajar di pusat-pusat tahfiz, tujuannya supaya anak-anaknya menjadi seorang 'al-Hafiz' (kemudian nanti di belakang namanya di tuliskan 'al-Hafiz' sebagaimana seorang yg memiliki ijazah Doktor Falsafah membawa 'Ph D' di belakang namanya, di depan namanya di tulis 'Dr') supaya dinobatkan oleh masyarakat sebagai orang hebat. Kepercayaan di kalangan ibu bapa sedemikian adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawasanya seorang anak yg hafiz dalam al-Quran boleh mensyafaatkan kedua ibu bapanya di akhirat kelak.
Saudara, hadith itu benar, tetapi kefahaman mengenainya yg tersilap. Seseorang Islam itu disuruh belajar al-Quran - membacanya (dengan betul dan tartil), memahaminya (ketetapan Allah (a.w) mengenai Islam dan tuntutannya) dan menghafal beberapa surahnya (supaya boleh dibacakan surah-surah yg panjang dalam solat-solat sunat), dan kerana mempelajari al-Quran, maka boleh menjadi 'mubaligh' (= penyampai) mesej Allah (a.w) kepada orang lain supaya faham Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dengan mengajarkan al-Quran dan memberi kefahaman kepada orang lain. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita sebaik-baik orang Islam dan iman itu adalah orang yg belajar al-Quran dan mengajarkan al-Quran. Dan, kita sudahpun tahu bahawa ilmu mengenai Islam itu wajib dipelajari oleh semua orang - yg muda, yg tua, yg kaya, yg miskin dan anak-anak semuanya. Dan, kita tahu bahawa ilmu yg diwajibkan atas umat Islam belajar itu adalah ilmu al-Quran dan imu as-Sunnah. Dan, kita tahu bahawa kaedah belajar ilmu itu adalah secara berdepan atau berguru - murid dan guru berdepan, bukan melalui media lain yg tiada gurunya, dan kalau ada gurupun, guru yg tidak pula mendapat ilmunya melalui sistem berguru tersebut. Jauh sekali dikira belajar Islam dengan membaca kitab atau mendengar ceramah atau syarahan atau tazkirah yg disampaikan melalui media maya. Ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu hanya sah dipelajari dari guru secara berdepan dengan membuka al-Quran dan kitab-kitab hadith, buka membuka kitab-kitab atau tulisa karangan sebarang orang.
Dan, kita telahpun tahu bahawa kita diperintah Allah (a.w) buat sesuatu - amalan dan ibadah dan amal soleh umumnya - hanya atas dasar ilmu - Ayat 36, Surah al-Isra' dan kita diberitahu bahawa semua amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa ilmu adalah batil, maka waib kita pastikan anak kita itu dan diri kita juga belajar ilmu sebelum melakukan sesuatu amalan.
Saudara,  kalaulah seseorang Islam itu mengaji ilmu al-Quran dan al-Hadith megikut kaedah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka sah segala amalan dan ibadahnya. Dan, betapa besarnya pahala yg diperolehinya kerana mengaji. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut: 

Besarnya dan Hebatnya Pahala Belajar Ilmu 

Saudara, ada banyak nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai kewajipan serta keuntungan belajar ilmu akhirat - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Satu daripadanya, kita lihat hadith berikut sebagai pemberi motivasi bagi kita yg iginkan kejayaan akhirat selain kejayaan dunia.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza jalasal-mu’allimu baina yadailal-‘alima fatahallahu ta’ala ‘alaihi sab’ina baban minalr-rahmatin; wa-la yaqumu min ‘indihi illa kayaumi waladathu ummuhu; wa-‘atahullahu bikullii harfin thawaba sittina syahidan; wa-kutiballahu lahu bikulli hadithin ‘ibadatan sab’ina sanatan; wa-banallahu lahu bikulli waraqati, kullu waraqati madinatin mithlad-dunya ‘asyaratan marratan.’ (Yang bermaksud: Ketika duduk seorang yang mencari ilmu (yakni, belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah) antara dia orang yang mengajarkan ilmu (maksudnya guru yang mengajarkan ilmu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) (pahala yang didapatinya adalah) (pertama) membuka Allah (a.w) zat yang maha tinggi atasnya (yakni, baginya) enam puluh (60) pintu-pintu kerahmatan; (kedua) dan tidaklah berdiri dia di sisinya kecuali seumpama seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya (yakni, dalam keadaan fitrah, tanpa dosa); dan (ketiga) mendatangkan oleh Allah (a.w) dengan setiap huruf (yang dipelajarinya) pahala tujuh puluh (70) orang yang mati syahid; dan (keempat) ditulis oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap hadith (yang dipelajarinya) ibadah tujuh puluh (70) tahun; dan (kelima) dibangunkan oleh Allah (a.w) baginya dengan setiap wang kota (yang dibelajakan olehnya), setiap matawang (yakni, ringgit), seumpama nilai dunia seisinya digandakan sepuluh (10) kali ganda.) [Hadith ad-Dailami]
[Nota: Hadith ini memberitahu betapa banyaknya dan besarnya pahala yg diperolehi oleh seseorang yg melapangkan masa atau menyempatkan dirinya untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah; iaitu: pertama, dibuka baginya 60 pintu kerahmatan. Kerahmatan adalah sebab yg membolehkan seseorang iman itu masuk syurga. Kerahmatan menunjukkan kasih sayang Allah (a.w) terhadap seorang hambaNya. Kedua, dihapuskan dosanya seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang dosa seumpama seorang bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (= bersih dari sebarang dosa). Ketiga, dia mendapat pahala seumpama pahala 70 orang yg mati syahid. Orang yg mati syahid pahalanya adalah mendapat syurga.   Keempat, apabila dia belajar satu hadith (= satu ketetapan as-Sunnah) diberikan pahala seumpama beribadah – fardu dan sunat – selama 70 tahun. Dan kelima, setiap ringgit (unit wang) yg dibelanjakannya kerana belajar atau pergi ke tempat ilmu itu diberikan ganjaran pahala bagi setiap ringgit (unit matawang) senilai dunia dan seisisnya dengan digandakan pula 10 kali ganda lagi. Justeru itu, amat ruginya seseorang yg akui dirinya beriman dan inginkan kejayaan akhirat itu tidak melapangkan sedikit masanya untuk mencari dan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, kerana begitu hebatnya pahala yg kita dapati daripada mengaji ilmu mengenai Islam - al-Quran dan as-Sunnah - berbanding dengan besarnya keuntungan ilmu dunia di dunia, namun tak ramai orang Islam utamakan ilmu akhirat. Tak ramai orang Islam - termasuklah para ulama' yg memiliki ijazah dari al-Azhar, Madinah, Jordan dan seumpamanya - menyempatkan dirinya belajar ilmu al-Quran dan al-Hadith, demi mempastikan dia terpandu dalam beramal dan beribadah, dan kerana terpandu, maka sah segala amalan dan ibadahnya, segala amalan dan ibadah diterima Allah (a.w). Tak hairanlah Allah (a.w) - sebagaimana kita telahpun diberitahu sebelum ini - amat murka kepada seseorang Islam yg pandai ilmu dunia dan bodoh atau jahil ilmu akhirat! Atau, meremehkan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan sahaja ganjaran pahala ilmu akhirat itu begitu besar, tetapi gaji atau upahnya ( = ganjarannya) di akhirat tidak ada tempoh penamatnya. Orang yg mendapat kejayaan akhirat itu tidak ada had nikmat, tidak ada expiry periodnya dan tidak ada pencen atau pesaraan baginya ... Oleh itu sempatkanlah diri untuk mengilmukan diri demi akhirat.

Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment