Monday, December 3, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Revision

Assalamualaikum,
Saudara, sebelum kita teruskan perbincangan kita menyentuh tajuk besar ini, kita teliti semula apakah yg kita telah tahu setakat ini. Kita rumuskan intipati apa yg kita bincangkan setakat ini seperti berikut:
(a) Manusia itu dijadikan Allah (a.w) semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - Tuhan mereka - Ayat 57, Surah az-Zariat;
(b) Mengabdikan diri itu hanya sah dan diterima Allah (a.w) jika anuti agama Allah (a.w) iaitu agama Islam - Ayat 19, Surah ali-Imran. Ayat 85, Surah ali-Imran dan Ayat 36, Surah al-Maidah. Justeru itu apa jua amalan dan ibadah atau bentuk-bentuk pengabdian yg tidak ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tidak sah dan tidak diterima dan tidak mendapat pahala - ;
(c) Bentuk-bentuk pengabdian - berupa amalan dan ibadah - ditetapkan oleh Allah (a.w) dan didemokan atau disampaikan dan ditunjukkan - bentuk-bentuknya, kaedah dan cara mengerjakannya - oleh Rasulallah (s.a.w);
(d) Mengabdikan diri itu bererti mengerjakan segala yg diperintahkankan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu - Ayat 13, Surah an-Nisa', dan tinggalkan segala yg ditegah atau dilarang. Jika tidak dikerjakan yg diwajibkan/difardukan mendapat dosa, dan jika dibuat apa yg ditegah mendapat dosa, dan dosa itu, jika tidak dibersihkan melalui taubat semasa masih hidup, akan dibersihkan di neraka di akhirat kelak; dan diperingatkan bahawa syurga itu hanya atas dasar keikhlasan, kesahihan amalan dan diamalkan mengikuti ketetapan - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 72, Surah az-Zuhruf;
(e) Dalam urusan amalan dan ibadah, umat Islam itu dipandu oleh dua panduan hakiki iaitu al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnah adalah juga dua ilmu yg wajib seseorang Islam itu pelajari. Ilmu itu adalah syarah sahnya segala amalan dan ibadah. Amalan dan ibadah yg tidak didasari oleh ilmu tidak diterima dan tak mendapat pahala, malah ditolak oleh Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Isyra'; 
(f) Dalam mengerjakan amalan dan ibadah sebagai seorang Islam, keikhlasan mengerjakan amalan dan ibadah itu adalah diniatkan kerana mencari dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga) dan takutkan kemurkaan Allah (a.w) (i.e. siksaan di neraka) - Ayat 56, Surah al-Isyra' - itulah niat yg diajarkan oleh Allah (a.w) kepada hamba-hambaNya;
(g) Dalam Islam manusia yg Islam itu diwajibkan berjema'ah secara formal - ada pemimpinnya (Imam) yg wajib ditaati - Ayat 59, Surah an-Nisa' - dan ada ikrar taat setia antara rakyat dan pemimpin (bai'at) dan adalah menjadi tanggungjawab Imam itu menjaga dan mengurusi jema'ahnya. Tanpa berjema'ah, tidak halal kehidupan umat Islam dan tidak diakui sah segala amalan dn ibadah mereka - Ayat 103, Surah ali-Imran;
(h) Semua amalan dan ibadah hendaklah menepati speks yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), sebagaiana yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 21, Surah al-Ahzab, maka kesemua amalan dan ibadah tersebut dicemari oleh bid'ah = pembaharuan dalam perkara agama - maka batal, tidak dapat pahala atau tidak diterima atau mengakibatkan pelakunya keluar dari Islam tanpa disedari - Ayat 36, Surah al-Ahzab.
(i) Seseorang Islam yg berjaya menetapi spesifikasi tersebut di atas itu tergolong dari kalangan orang Islam yg beriman yg berjaya di akhirat, yakni dijamin mendapat syurga  - Ayat 13, Surah an-Nisa' dan seseorang Islam yg terkeluar dari speks sedemikian tertakluk kepada ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa', gagal mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka.
Saudara, setakat ini itulah panduan yg fundamental yg wajib kita akur sekiranya kita inginkan kejayaan dan kesejahteraan akhirat.
Insya Allah kita akan teliti lagi empat aspek/dimensi penting yg jarang-jarang diberi keutamaan oleh majoriti umat Islam iaitu (a) kewajipan mempelajari ilmu bagi mengesahkan amalan dan ibadah, (b) kewajipan mentaati dan mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam semua bentuk, kaedah dan cara beramal dan beribadah, (c) kewajipan berjema'ah dalam Islam, dan (d) kewajipan meninggakan bid'ah yg mencemari amalan dan ibadah.
 
Jazakallahu khairah
 

No comments:

Post a Comment