Thursday, December 6, 2012

Peringatan: Kewajipan Berjema'ah dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun bincangkan tajuk 'Berjema'ah dalam Islam', kita ulangi peringatan Allah (a.w) dan peringatan Rasulallah (s.a.w) yg amat kritikal bagi kita fahami dan jadikan matlamat hidup kita dalam mencari 'siratul mustaqim', iaitu jalan lurus mendapatkan syurga (= kejayaan atau kesejahteraan akhirat) ketika sampai ajal mati kita.
Berjema’ah dalam Islam 
Perintah berjema'ah dalam Islam itu terdapat pada firman Allah (a.w) dalam Surah ali-Imran berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wa-la tafarraqu wazkuru ni’matallahi ‘alaikum iz kuntum ‘ada-an fa-allafa baina qulubikum fa-asbahtum bi-ni’matihi ikhwanan wa-kuntum ‘ala syafa hufratin minan-nari fa-anqazakum minha kazalika yubaiyinullahu lakum ayatihi la’allakum tahtaduna.’ (Yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu pada agama Allah (a.w) dengan berjema’ah dan jangan berpecah-belah/bercerai berai dan ingatlah kamu akan nikmat Allah (a.w) atas kamu (i.e. hidayah Islam) ketika ada kamu sekelian beberapa musuh maka menyatu-padukan/mengumpulkan kamu sekelian diantara hati-hati kamu sekelian sebab nikmat Allah (a.w) (i.e. hidayah Islam) tersebut dan adapun kamu sekelian (sebelum hidayah tersebut) di atas tepi jurang dari neraka maka menyelamatkan Allah (a.w) pada kamu sekelian dari tepi jurang neraka tersebut, seperti itu/demikian itu menerangkan Allah (a.w) pada kamu sekelian ayat-ayatNya supaya kamu sekelian mendapat petunjuk.) [Ayat 103, Surah ali-Imran]
[Nota: Mesej firman Allah (a.w) adalah: pertama, pegang atau anuti agama Islam itu secara berjema’ah atau dengan cara berjema’ah – ada imam dan ada makmum (i.e. rukyahnya) – sebagaimana dalam bersolat itu dijema’ahkan ada imam dan ada makmumya. Agama Islam itu adalah didasari dengan penerimaan tanpa pengecualian panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diamalkan secara berjema’ah (Quran hadith jema’ah =QHJ); kedua, dilarang atau ditegah berpecah-belah atau bercerai berai, yakni tidak bersepadu dalam Islam. ‘Jami’an’ adalah kalimah anti-thesis dan gandingan kpd ‘tafarraqu’. Disuruh berjemah dan dilarang berpecah, atau mengadakan perkumpulan terasing dalam menganuti agama Islam. Ketiga, sebelum datangnya Islam atau mendapat hidayah atau petunjuk QHJ itu, umat Islam berpecah-belah dan tidak sepakat dan bersatu padu, saling musuh memusuhi satu puak atau kelompok terhadap puak atau kelompok yg lain. Di zaman Nabi (s.a.w) permusuhan yg berlaku antara kaum Aus dan Hajrat yg berkurun lamanya, tidak bersatu. Kini umat Islam juga bermusuh-mushan antara satu puak atau keluarga atau bangsa dengan puak atau kaum atau bangsa lain, berpecah. Satu kumpulan memusuhi keumpulan yg lain. Kerana permusuhan tersebut, semua kaum seumpama berada ditepi jurang neraka (di dunia dan di akhirat pasti), mudah tergelincir jatuh ke dalam neraka – neraka di dunia kerana tiada keamanan dan neraka di akhirat kerana berbalah memburuk-burukan atau bermusuh-musuhan satu dengan yg lain, tidak aman, tidak tenteram dan tidak berjema'ah di dunia. Keempat, Allah (a.w) melalui hidayah agama Islam menyatukan kelompok atau perkumulan yg bermusuh-musahan itu, dengan keIslaman yg dianuti mereka kerana hidayah Allah (a.w) itu, maka aman dan tenteram mereka. Itulah mesej Allah (a.w) kpd manusia supaya bersatu padu dalam berjema’ah, akan wujud kesefahaman dan pertalian yg akrab antara kaum dan kelompok dan bangsa. Perintah berjema’ah itu adalah perintah wajib. Dalam hadith disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya berjema’ah dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan juga bahawa Allah (a.w) itu ridha dengan umat Islam yg berjema’ah (maksudnya, tak ridha kalau umat Islam tak berjema’ah. Kalau Allah (a.w) tak ridha pastilah tidak diterima atau diakui keIslaman seseorang atau sesuatu kaum itu. Jema’ah menghalalkan kehidupan seseorang yg akui dirinya Islam, tanpa berjema’ah maka Islamnya hanya lahiriah semata-mata dari segi hakikinya belum Islam. Inilah yg dirumuskan oleh Omar (r.a) dalam hadithnya: ‘La Islama illa bil-jama’tin, la jama’atin illa bil-imaratin, la imaratun illa bi-to’atin’ (yg bermaksud: Tidak dikatakan Islam kecuali berjema’ah, dan tidak dikatakan berjema’ah kecuali dengan wujudnya keimaman, dan tidak dikatakan wujud keimaman kecuali dengan wujudnya ketaatan oleh rukyah terhadap imamnya.
Perintah wajib berjema’ah itu diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam al-Hadith, bahawa jikalah di atas muka bumi ini hanya ada 3 orang Islam, maka wajib mereka bermusyawarah dan mensepakati melantik salah seorang daripada mereka bertiga menjadi Imam di kalangan mereka. Begitu jugalah, jika terdapat 3 orang Islam yg bermusafir, maka wajib atas ketiganya bermusyawarah dan bersepakat melantik salah seorang mereka menjadi Imam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith yg lain pula bahawa Allah (a.w) hanya akan menolong umat Islam yg berjema’ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith yg lain bahawa berjema’ah itu kerahmatan, yakni, mendapat kerahmatan Allah (a.w) (i.e. hanya dengan kerahmatan mendapat syurga), kalau berfirqah mendapat azab Allah (a.w) (yakni neraka di akhirat kelak).]
Jazakalahu khairah

No comments:

Post a Comment