Friday, December 21, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti tga potongan hadith yg menyebutkan betapa beruntungnya orang yg faham bahawa mengaji atau mempelajari ilmu yg haq dalam Islam itu membawa manfaat dan keuntungan yg amat banyak, yg tidak dapat dibandingkan nilainya. Namun itu hanya difahami dan diyakini oleh orang yg beriman - orang yg yakin bahawa kehidupan akhirat itu lebih utama dari kehidupan dunianya! Bukan bererti dia melupakan dunianya. Tapi, dalam melihat kepada dunia dan akhirat, diutamakan akhiratnya, yakni berupaya berusaha mencari kejayaan dunia dan dalam masa yg sama berusaha sekuat mampunya menyediakan bekalan pahala terbanyak dan terbaik untuk akhiratnya semasa di dunia. Akhirat itu kekal dan nikmat akhirat itu tiada tolok bandingannya. Orang Islam yg abaikan kepentingan akhiratnya adalah orang yg benar-benar bodoh lagi dungu ...

Keuntungan Mengaji/Belajar Ilmu  

(a) Hadith Pertama

Saudara, dalam hadith berikut diceritakan proses murid mencari ilmu zaman dahulu. Murid mencari ilmu dari guru yg benar-benar sahih tahu dan faham ilmu yg hendak dicarinya.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith yg sampai kepada aku bahawasanya engkau ceritakan akan hadith itu, hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a) (bertanyakan niat orang yg datang itu): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a) (meminta pengesahan dari yg bertnya niatnya): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan agamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud] 
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa seseorang yg berjalan ke suatu tempat pengajian/majlis ilmu, malaikat sangat menyukainya, ridha mereka, dngan menghamparkan sayap-sayapnya dan mendoakan kebaikan kepada orang yg mencari ilmu tersbut. Semua mahluk di langit dan dibumi mendoakan kpd Allah (a.w) supaya mengampunkan dosa-dosanya. Malaikat adalah mahluk yg taatkan Allah (a.w) dan hampir kepda Allah (a.w), maka doa mereka dikabulkan Allah (a.w). Hadth ini menyebut pula bahawa para ulama' (= orang yg berilmu) itu adalah pewaris para nabi. Para nabi mewariskan ilmu tidak mewariskan lain-lain yg dibanggakan oleh manusia. Disebutkan sesiapa yg mengaji/belajar ilmu agama, maka sempurnalah imannya dan pastilah dia berjaya mendapat cita-citanya, iaitu syurga.
[Nota: ulama' yg dimaksudkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah orang yg mengaji/belajar, faham dan amalkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan belajar agamanya dgn sumber selain al-Quran dan as-Sunnah.]
 
(b) Hadith ke-2
 
Saudara, mesej hadith berikut jelas. Seorang yg Islam dan iman itu adalah saudara kpd orang slam dan orang iman yg lain, maka sewajibnya mereka tolongan menolong, bantu membantu, terutama dalam perkara mengatasi kesulitan atau kesengsaraan saudaranya sesama Islam. Yg utama mesej hadith ini adalah sesiapa yg berusaha mencari jalan untuk mencari ilmu tentang Islam supaya dia benar-benar faham Islam dan tuntutannya, maka Allah (a.w) mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Tidak sesat dia. Pasti sampai dia ke syurga yg ditujunya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, tidak berusaha memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, hadith ini juga memberitahu bahawa di dalam suatu majlis ilmu (majlis pengajian al-uran dan as-Sunnah) itu, sentiasalah dikeliligi oleh para malaikat mendoakan supaya Allah (a.w) merahmati mereka. Kerahmatan bereeti menghapus dosa-dosa mereka yg ada dalam majis ilmu tersebut.

(c) Hadith ke-3
 
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang yg berjalan ke suatu tempat majlis ilmu/pengajian, adalah dalam urusan fi sabilillah. Justeru itu, segala susah payahnya dan wang ringgit yg dibelanjakan olehnya diberi ganjaran pahala fi sabilillah yg digandakan pula. Mereka itu sebenarnya berjihad dengan dirinya dan hartanya. Ditakdirkan dia menemui ajalnya dalam perjalanan pergi atau pulang, maka matinya dianggap mati dlam fi sabilillah, mati syahid.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Aku mendegar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang ke masjid ini (yakni, masjid nabi atau Masjid Madinah, atau, dalam konteks sekarang, mana-mana tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah) tidak datang dia kecuali kerana (mencari) kebaikan belajar (daripada orang yang mengajar) ilmu atau mengajar (orang yang datang) ilmu, maka dia (yang mengajar dan mengajarkan ilmu adalah) berada dalam jalan Allah (a.w) (fi sabilillah). Dan barangsiapa datang kerana tujuan selainnya maka dia bertempat di kalangan orang-orang lelaki melihat ia kesenangan yang selainnya (yakni, selain fi sabilillah).’ [Hadith ibnu Majah] 
[Nota: Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hamper dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulama’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Mereka akui mereka adalah wakil para atau pewaris para nabi di dunia. Namun, mereka tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka memiliki ilmu serta faham tentang Islam dan tuntutan Islam dan syariatnya iaitu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia, memberi kefahaan kepada manusia tentang tuntutan agama, bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya, bukan mengajar mereka pepmbuat sesuatu amalan dan ibdah yg batil, yg bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai 'pewaris para nabi' mereka mencontohi perana para nabi - takutkan Allah (a.w), taatkan Allah (a.w), mendengar dan patuh, bukan menjadi seumpama para nabi membuat risalah atau merekabentuk ketentuan baru. Sebagai pewaris para nabi mereka berusaha supaya orang Islam dan orang iman dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Para rasul mewariskan ilmu bukan pangkat, darjat, kedudukan atau segala sesuatu yg dibanggakan kerana dunia. Maka para ulama’ tidak diberi lesen untuk bebas membuat segala sesuatu, termasuk mengajarkan sesuatu yang tiada sandaran nas al-Quran dan dalil as-Sunnah! Ilmu yang diamksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat.]
Insya Allah dalam post akan datang kita huraikan dan jelaskan tiga hadith ini supaya saudara lebih jelas maksud dan mesejnya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment