Tuesday, December 11, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Bid'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita terus perincikan lagi perkara bid'ah ini kerana rata-rata majoriti umat Islam di Malaysia ini dalam mempercayakan atau meyakini wujudnya 'bid'ah hasanah' tetalh melanggar ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e as-Sunnah). Allah (a.w) perintahkan kita pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Wajib bagi orang iman itu ambil pakai (sekuat mampu mereka) apa-apa yg dibawakan atau disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), dan jauhi atau tinggalkan apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w). Kita juga telah lihat dalam blog sekian banyaknya hadith sahih yg menyebutkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa kita hendaklah jangan buat apa-apa yg tidak diajarkan atau dicontohkan oleh beliau, sebaliknya kita kerjakan apa-apa yg diajarkan atau dibawakan atau disampaikan atau ditunjukkan oleh beliau sekuat mampu kita. Tetapi, apabila dilarang atai ditegahnya kita lakukan, maka kita tinggalkan atau jangan lakukan. Allah (a.w) juga memberitahu manusia, terutama kita yg Islam dan iman, bahawa jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dikira telah mentaati Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Banyak lagi firman Allah (a.w) dalam al-Quran menyuruh manusia - terutama kita yg Islam dan beriman - supaya ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Malangnya, hari ini majoriti umat Islam ingkarkan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) tersebut, terutama dalam perkara bid'ah ini.
Saudara, kita lihat ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut - mengulangi apa yg kita dah tahu atau dah diberitahu melalui blog ini (atau oleh orang lain (yg faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah): 

Jangan buat atau amalkan bid’ah 

Saudara, kita lihat dua hadith yg sahih berikut - satu dari Sahih Bukhari dan satu dari Sahih Muslim, yg menyebutkan bahawa setiap pembaharuan dalam perkara agama - yg melibatkan aqidah dan syriat Islam, termasuklah amalan dan ibadah wajib maupun sunat, yg tidak dibawakan atau disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) atau yg tidak ditunjukkan atau diajarkan atau didemokan amalannya, adalah dikira pembaharuan dalam perkara agama atau bid'ah. Jika begitu amalan atau ibadah sedemikian - ibadah yg dicemari oleh sesuatu yg bid'ah - adalah batal dan batil dan tidak diterima Allah a.w). Malangnya, ramai orang Islam yg bertindak sebagaimana kaum Yahudi dan Nesrani mempersoalkan ketetapan ini, dan kekal dan cekal mengakui dan berkeyakinan dgn batil adalah 'bid'ah hasanah'.
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Man akhdatha fi amrina haza ma laisa minhu fahua raddu.’ [Yg bermaksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (Nabi) (yakni, Islam dan syariat agama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku (nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak] [Hadith Bukhari ]. 
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.’ [Yg bermaksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku (Nabi)), maka dia (yakni, amalannya) ditolak.] [Hadith Muslim].

Ikuti as-Sunnah Takkan Sesat. 

Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa dalam perkara agama, Rasulallah (s.a.w) adalah model ikutan terbaik. Rasulallah (s.a.w) sahaja yg sempurna ilmunya dan amalannya dan ibadahnya dalam apa-apa dimensi sekaliun, kerana yg mengajarnya adalah Allah (a.w) (melalui wahyu) dan beliau diajarkan secara praktikal setiap amalan dan ibadah dalam Islam oleh Jibril (a.s) selama 22 tahun 2 bulan sebagai Utusan Allah a.w). Masakan ada manusia lain yg lebih tahu dan faham berbanding Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg mempelajari dua ilmu yg haq - yg sering kita peringatkan dalam blog ini - pasti tahu dan faham setiap sesuatu mengenai agama Islam - aqidah dan syariat dan manifestasi amalan dan ibadah yg terlibat secara kerohanian dan kejesmaniannya.
Firman Allah (a.w): 'Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu pada diri Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik (untuk dicontohi) oleh barangsiapa yang ingin bertemu dengan Allah (a.w) dan hari Akhirat, dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak) [Ayat 21, Surah al-Ahzab] Wajib Ikuti dan Berpandukan as-Sunnah Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud: ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah ((s.a.w) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr].
Malangnya, kerana desakan nafsu dan kerana pertimbangan duniai dan lebih-lebih lagi kerana kejahilan ilmu majoriti umat Islam terpengaruh dan tersesat walaupun sudah ditunjukkan jalan yg benar.

Taatkan Imam/Amir Berpada-pada

Saudara, syariat agama Islam itu sudahpun sempurna dan tidak perlu ditokok tambah atau diubahsuai. Tapi, hari ini terdapat banyak perubahan kepada amalan lhusus apatah lagi amalan umum, terdapat perubahan kepada rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qauli dalam ibadah khusus atau ibadah wajib dan ibadah umum atau ibadah dan amalan sunat. Semuanya kerana kejahilan ilmu. Kalaulah umat Islam itu menyempatkan masa mengaji dan belajar secara berguru dari guru yg tahu dan faham, berpandukan al-Quran dan kitab-kitab al-Hadith pastilah mereka tahu dimana salah silap mereka dan betapa jauhnya mereka sudah menyimpang dalam Islam.
Sabda Rasulallah ((s.a.w):  Di riwayatkan hadith daripada Abdul Rahman ibni ‘Amru as-Salamiyu, bahawasanya dia mendengar Irbad bin Sariyah (r.a) berkata: ‘Dan menasihati kami oleh Rasulallah ((s.a.w) satu nasihat yang mengalirkan air mata beberapa mata (apabila mendenranya), dan menggerunkan beberapa hati (apakala mendengarnya), maka berkata kami (para sahabat): ‘Wahai Rasulallah ((s.a.w) Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada orang yang hendak pergi (yakni, meninggalkan kami). Maka apakah janji atas kami (terhadap engkau)?’ Bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sungguh-sungguh telah aku tinggalkan kepada kamu atas sesuatu yang ‘putih’. (Putih) ia pada malamnya dan (putih) ia pada siangnya. Tidak akan menyimpang (yakni, tersesat kamu mendapatkan ‘siratul mustaqim’ ke syurga) kecuali rosak kamu (jika, tidak berpegang dengannya). Barangsiapa yang hidup lama (yakni, umur panjang) di kalangan kamu, maka (kamu) akan melihat perselisihan (di kalangan umat Islam) yang banyak. Maka (diwajibkan) atas kamu dengan taat (yakni, taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah ((s.a.w)). Dan (hendaklah kamu taatkan pemimpin) jikapun (dia) hamba Habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta yang diikat (yakni, ditindik hidungnya). Dimana ditarik (oleh tuannya) di sana dia mengikut (tuannya).’[Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah] 
Saudara, dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' bilamana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya mentaati 'ulil amri' = kepimpinan dan ulama', mereka tidak diperintahkan secara mutlak terima tanpa soal ketetapan atau ijtihad 'ulil amri', sebagaimana perintah mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah perintah mutlah, mesti tiada pilihan. Mentaati kepimpinan - imam dan ulama' - adalah berpada-pada. Kalau tak maksiat (= bertentangan dengan ketatapan al-Quran dan as-Sunnah) wajib kita dengar dan taat. Kalau maksiat (= bertentangan atau berlainan dari al-Quran dan as-Sunnah) kita tak perlu dengar tak perlu taatpun. Tapi kalau ketetapan itu melibatkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith), kita wajib akur dan patuh.
Malangnya hari ini, majoriti umat Islam ketepikan ketatapn as-Sunnah dan terima ketetapan 'ulil amri' - sudah terbalik, wal iya zubillah. Ulama' kata ada 'bid'ah hasanah', Rasulallah s.a.w) kata takda, kita terima ketetapan ulama'! Wal iya zubillah.

Patuhi Ketetapan as-Sunnah 

Saudara, Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umatnya dua perkara dalam hadith berikut: pertama, apa-apa yg tidak dibawakan atau disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) janganlah kita kerjakan atau amalkan; dan kedua, apa-pa yg disuruh buat hendaklah kita buat sekuat mampu kita dan apa-apa yg ditegah jauhilah sejauh-jauhnya. Nasihat yg simple lagi straight forward. Tapi, majoriti umat Islam hari ini lupakan atau remehkan atau ketepikan. Yg rugi bukan orang lain tetapi diri sendiri. Yg haq tetap haq dan yg batil tetap batil. Haq dan batil ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Biarkankanlah apa-apa yang aku (sengaja) tinggalkan (yakni, bebaskan kamu atasnya), maka rosak (kamu) sebagaimana rosaknya barangsiapa yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, umat-umat terdahulu) dengan memperbanyakkan soal mereka itu (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas (apa-apa yang disampaikan oleh) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku atas kamu sekelian dengan sesuatu maka ambillah darinya apa-apa (yang aku sampaikan) sekuat mampu kamu. Dan, ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu perkara, maka hendaklah kamu hentikan (atau tinggalkan).’[Hadith Ibnu Majah & juga Bukhari dan Muslim].
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah ((s.a.w)! Siapakah orang-orang yang ‘enggan’ itu?’  Rasulallah ((s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) maka tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ [Hadith Bukhari]. 
Alangkah ruginya kita jika kita tolak ketetapan as-Sunnah yg mendapat pengiktirafan yg mutlak dari Allah (a.w) kerana ada 'ulama' yg menganjurkan kepada kita suatu kebatilan dan kita percaya. Kita percayakan cakap-cakap manusia lain dan kita tolah Rasulallah s.a.w)?
[Nota: (a) Bidalan digunakan dalam hadith ini kepada orang Habsyi sebagai pemimpin atau imam atau amir oleh Rasulallah ((s.a.w) bukan kerana hendak menghina sesuatu kaum tetapi memberitahu reality zaman itu bahawa masyarakat bangsawan Arab dan juga orang Arab biasa menganggapkan orang Habsyi dari Habsyah (Ethiopia) itu berdarjat rendah sudahlah hitam pekat kulit mereka dan tidak memiliki peradaban yang standing dengan masyarakat Arab. Tentu sekalilah dibenci oleh masyarakat Arab mendapat pemerintah atau pemimpin yang dibenci mereka. 
(b) Di dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) disabdakan oleh Rasulallah (s.aw) memberitahu tentang wajibnya ibadah haji di atas umat Islam maka ada seorang sahabat yang bertanya sama ada diwajibkan sekali atau dua atau sebagainya, maka beliau menegur sahabat tersebut, Kalau ditanya dan diberitahu sesuatu nanti memberatkan pula. Adalah menjadi kebiasan bagi umat Musa (a.s) dan Umat Isa (a.s) - orang Yahudi dan Nesrani - suka bertanya atau berbalah dengan nabi atau rasul mereka, maka telah menyusahkan mereka dalam beragama. Ini disebutkan dalam Surah al-Baqarah apabila terjadi suatu pembunuhan dalam masyarakat Yahudi suatu zaman, mereka bertanya kepada nabi mereka apakah kifarahnya untuk menghakis dosa tersebut. Mereka diberitahu supaya menyebelih seekor lembu kemudian ekor lembu itu dipuukulkan ke atas badan si mati, si mati akan hidup seketika memberitahu siapa yg membunuh dia. Tetapi, masyarakat Yahudi zaman itu bertanyakan soalan lepasa soalan, sehinggakan Allah a.w) menurunkan perintah mempersulitkan pencarian lembu tersebut.
(c) Di dalam Islam salah satu prinsip utama adalah kita diwajibkan mendengar dan taat dan janganlah banyak soal tentang sesuatu, yg tersebut dalam al-Quran dan as-Sunnah, setelah diberitahu sesuatu prinsip atau ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka terima sajalah, jangan banyak soal dan hujjah. Disebutkan bahawa dlam perkara agama seseorang iman itu hanya 'sami'na' (aku atau kami dengar) 'wa-ato'na' (aku atau kami patuh atau taat), jangan banyak soall. Umat Islam telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mengerjakan solat sebagaimana Rasulallah (s.a.w)  mengerjakan solat, (Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' = Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) tetapi mengerjakan majoriti umat Islam solat dengan cberbagai cara dan kaedah dalam perkara rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya atau cara dan kaedah - malah ada bentuk-bentuk yang lain pula. Inilah antara amalan atau perbuatan yg tergolong dari kalangan mereka yang engkarkan suruhan Rasulallah ((s.a.w). 
(d) Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa sesiapa yg meragui sesuatu yg terdapat di dalam al-Quran jatuh kafir. Justeru itu juga sesiapa yg meragui ketetapan as-Sunnah, apabila jelas kesahihannya, maka juga jatuh kafir. Seseorang yg tidak menerima as-Sunnah jatuh kafir.]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment