Wednesday, December 12, 2012

Peringatan: Amalan yg Merugikan ...

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita ulangi suatu peringatan yg sewajibkan kita sebagai orang Islam yg inginkan kejayaan dunia dan akhirat - selamat dari siksaan neraka dan berjaya menjadi ahli syurga, hendaklah sentiasa melakukan semakan. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu kita, umatnya, 'hasibu anfusahum qabla an tuhasabu' (yg bermaksud: Hendaklah kita menghisab diri kita (semak amalan dan ibadah serta perjalanan hidup kita) ketika masih hidup sebelum kita dihisab di akhirat kelak Apabila sudah mati tiada apa yg boleh menolong kita kecualilah tiga perkara: pertama, ilmu yg kita manfaatkan (i.e. ilmu mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) yg kita ajarkan atau sebarkan atau sampaikan kepada umat Islam yg lain yg memanfaatkan kehidupannya sebagai orang Islam dalam keagamaannya; kedua, sedekah atau wang atau hartabenda yg kita belanjakan demi kelanjutan agama Islam semasa hidup kita dalam urusan fi sabilillah (seperti zakat, infaq dan sedekah jariah); dan ketiga, anak-anak yg soleh dan soleh (i.e. anak-anak yg iman dan berpandukan syariat Islam yg haq - al-Quran dan as-Sunnah) yg mendo'akan kepada Allah (a.w) kesejahteraan kepadanya sebagai ibu atau bapa.Itu sajalah yg memberikan kita pertolongan setelah matinya kita, kerana setelah sampai ajal kita, tiada lagi amalan dan tiadalah kemungkinan menambah bekalan akhirat. Bekalan akhirat dari 3 sumber tersebut sahaja yg berguna pada kita.
Namun, anak-anak yg soleh dan solehah itu ada expiry periodnya - sampai ajal mereka. Kalau anak itu tidak tergolong pula dari kalangan orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, walaupun kelihatan orang soleh atau solehah, tetap tidak mendatangkan sebarang manfaat pada kita, kerana semua amalan mereka, termasuk doa mereka, tak diterima Allah (a.w) Yg tiada expiry period, sampai kiamat kita dapati dividennya, adalah ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg kita ajarkan atau bantu orang yg tahu dan faham (berilmu) sebarkan dan sampaikan dan lestarikan). Maka sampai kiamat dunia baru terhenti aliran pahalanya kepada kita. Aliran pahala yg boleh mengimbangi atau memberatkan timbangan pahala dalam mizan kita di akhirat kelak. Begitu jugalah dengan sedekah jariah. Malah seseorang iman yg kaya dan mewah bekedudukan istemewa untuk menyediankan dirinya mendapat tingkatan syurga terbaik di akhirat - menggunakan hartanya membeli syurga Allah (a.w).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa semasa hidupnya, seorang anak Adam memiliki 3 perkara atau hazanah; pertama, apa yg dimakan dan diminumnya; kedua, apa-apa yg dipakainya sebagai pakaian, dan ketiga, apa-apa yg dibelanjakan olehnya untuk fi sabilillah. Selainnya - suatu baki yg banyak - bukanlah miliknya. Apabila dia mati, yg mengikutinya ke alam barzah hanyalah 3 yg disebutkan di atas tadi. Hartanya dan kekayaannya, nama dan darjatnya, kedudukannya, pengaruhnya, dan kuasanya semunya hilang tidak mengikuti ke kubur. Yg menjadi pengikut setianya selepas matinya adalah amalan dan ibadahnya semasa hidupnya. Maka dengan itulah kita disuruh lihat atau audit diri kita dalam konteks penyediaan bekalan untuk akhirat, semasa masiih bernyawa untuk memperbaikinya.
Saudara, dalam perkara memperbaiki diri ini kita telahpun lihat beberapa perkara yg fundamental, iaitu:
(a) Asas amalan dan ibadah adalah ilmu yg sengaja dipelajari dari sumber yg haq - kerjakan sesuatu amalan dan ibadah didasari dengan ilmu - Ayat 36, Surah al-Isra';
(b) Asas amalan dan ibadah adalah niat yg menepati ketetapan Allah (a.w) - Ayat 57, Surah al-Isra';
(c) Menyemak segala amalan dan ibadah supaya sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah;
(d) Menyemak keIslaman kita apakah menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran;
(e) Menyemak amalan dan ibadah kita apakah menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan kita tidakpun membelakangkan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr;
(f) Menyemak amalan dan ibadah kita apakah dicemari oleh fahaman yg membatalkan amalan dan ibadah - tahyul, kurafat, bid'ah dan taklid buta dalam kejahian;
(g) Adakah kita sebagai seorang Islam itu menepati ketetapan yg menjadi pra-syarat 'ahlus sunnah wal-jama'ah' - ikuti as-Sunnah dan berjema'ah?
 
Amalan tidak diterima 

Saudara, jika tidak kita pasti gagal. Inilah yg disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut. Ketika diperiksa amalan dan ibadah mereka di akhirat kelak, Allah (a.w) batalkan dan tidak diterima Allah (a.w). Bak kata orang tak guna sesenpun: 
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ [Yg bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan).  
Lihat juga firman Allah (a.w) pada Ayat 18, Surah ibrahim, menyebutkan perkara yg sama. Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ [Maksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.] [Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah] 

Wajib Ikuti as-Sunnah 

Saudara, disebabkan kejahilan dan panduan yg batil, maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa di akhir zaman kelak umat Islam berpecah. Yg diakui sah Islamnya sahaja yg berjaya mendapat syurga. Mereka itu disebutkan dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara agamanya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) berpandukan Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) berpandukan Kitab Injil) dalam agama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (golongan sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah ((s.a.w)?’ Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yakni, ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll] 
Dalam hadith yg lain disebutkan kumpulan yg satu itu juga mengamalkan syariat Islam secara berjema'ah atau dengan berjema'ah.

Keluar Islam Jika Amalkan Bid’ah 

Saudara, seseorang yg Islam itu juga gagal akhiratnya apakala dia terlibat dalam pengamalan bid'ah = memperbaharui syariat Islam kerana bentuk-bentuk amalan dan ibadah dan cara serta kaedah beramal dan beribadah dicemari oleh bid'ah. Inilah yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yaman (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Saudara, kalaulah kita trlibat dalam perkara-perkara yg kita sebutkan dalam post ini, maka rugilah kita. Berpenat kita beramal dan mengerjakan ibadah tetapi kerana kejahilan kita atau kerana pertimbangan-pertimbangan lain, maka segala amalan dan ibadah kita batal dan batil, tak diterima Allah (a.w). Lebh rugi lagi kalaulah kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedarai seperti yg disebutkan dalam hadith berikut.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment