Wednesday, December 5, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Bid'ah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi sedikit perbincangan mengenai perkara 'pembaharuan dalam perkara ahama' atau 'bid'ah'. Kerana bid'ah itu ama bahaya kerana salah satu yg menjdi-jadinya amalan demikian dalam masyarakat Melayu adalah kerana kejahilan ilmu. 'Jahil ilmu' dalam konteks ilmu yg diwajibkan atas umat Islam mengaji/belajar, faham dan amalkan ilmu yg diajarkan itu, adalah dua iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg dua ini hendaklah dipelajari dengan mengaji al-Quran dgn membuka al-Quran belajar dengan guru yg alim (= berilmu) dan faham dua ilmu tersebut secara terus berdepan. Maksudnya: kita tidak boleh belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya melalui media selain secara terus. Sah ilmu kalau belajar secara berdepan dengan guru atau ustaz atau syeikh. Inilah kaedah atau metodologi belajar ilmu dalam Islam sebagaimana Rasulallah (s.a.w) belajar secara berdepan dengan malaikat Jibril (a.s), yg diperintahkan Allah (a.w) menyampaikan wahyu dan mengajarkan serta menunjukkan kpd Rasulallah (s.a.w) bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamalkannya ilmu mengenai Islam dan syariatnya dll perspektif syariat Islam, selama 22 tahun 2 bulan lebih. Hanya dengan cara dan kaedah pengilmuan tersebut murid boleh faham dan bertanya kpd gurunya sesuatu yg dia kurang faham atau mendapat penjelasan sesuatu yg kurang jelas padanya.
Kalau jahil ilmu atau kalau belajar ilmu dari kitab-kitab atau buku-buku karangan mansuai ada dua bahayanya: pertama, yg mengarang buku itu belum pasti dia alim dan faham apa yg hendak diajarkannya kpd murid atau pengikutnya. Mungkin diapun tidak khatam mengaji al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mendapat ilmu dari gurunya yg juga belum khatam al-Quran dan as-Sunnah dan seterusnya. Dan kedua,  dia mungkin menimba ilmu dari kitab atau buku atau kertas ilmiah yg didapatinya dari orang lain yg juga belum pasti alim (atau berilmu) atau faham perkara yg hendak disampaikan. Lebih penting, kesahihan ilmu itu adalah didapati melalui proses pengajian mengikut contoh kaedah atau metodologi pengajian Rasulallah (s.a.w) dengan Jibril (a.s). Dan,  lebih utama kita diberitahu oleh Allah (a.w): pertama, kita tidak boleh kerjakan sesuatu amalan dan ibadah yg ditetapkan - yg wajib ataupun yg sunat - tanpa kita terlebih dahulu menguasai atau mempunyai ilmu mengenai sesuatu amalan atau ibadah tersebut - Ayat 36, Surah al-Isra'. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa hanya al-Quran dan as-Sunnah panduan yg tidak menyesatkan dalam perkara mendapatkan ilmu dan kefahaman dalam Islam dan dalam menetapkan kita berada di atas 'siratul mustaqim' itu. Maksudnya, kalau berpandu dengan sumber ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah, pasti, lambat laun, kita akan tersesat dalam beragama. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu - spt yg telahpun disebutkan dalam post yg lalu - bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan orang yg beriman, wajib baginya mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah terlebih dahulu dalam mengilmukan dirinya tentang Islam dan syariatnya, kemudian mungkin (malah tak perlupun), meneliti kitab dan buku karangan manusia. Seseorang iman yg mempelajari Islam dan syariatnya melalui media spt kitab dan buku karangan manusia atau mendengar VCD atau tape atau melayari internet atau ceramah dari penceramah, dan tidak pula belajar al-Quran dan al-Hadith, jelaslah telah mendapat kemurkaan Allah (a.w). Maka tidak berkat ilmu yg diterimanya. Malah, tidak sah amalan dan ibadah yg diasaskan kpd sumber atau media sedemikian. Justeru itu, kita mungkin 'berilmu' pada penglihatan manusia, tetapi di sisi Allah (a.w) kita kekal jahil. Maka amalan dan ibadah yg disandarkan kpd sumber yg batil di sisi Allah (a.w) kekal tidak diterima Allah (a.w). Ini amat penting kita ambil perhatian.
Saudara, Allah (a.w) benci kpd orang Islam yg mengutamakan perkara-perkara yg diremehkan atau direndahkan oleh Allah (a.w) (i.e. kitab-kitab atau apa jua media ilmu karangan atau ciptaan manusia) dan kita mengketepikan sesuatu yg diutamakan serta diagungkan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran dan as-Sunnah). Kita mengutamakan cakap-cakap atau kata-kata manusia dan merendahkan mertabat dan kedudukan kata-kata Allah (a.w) dan wahyu Allah (a.w)!
Saudara, dalam perkara bid'ah kita wajib kembali kpd perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan kpd kamu oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita semua ambil dan amalkan (sekuat mampu), dan apa-apa yg dilarang atau ditegah jangan dilakukan, hendaklah kita jauhi atau tinggalkan. Antara perkara yg ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah perkara bid'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (ibadat dan amalan) dia ditolak.’ [Hadith Ibnu Majah & Muslim]
Atau, melanggar tegahan Rasulallah (s.a.w) yang disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam urusan atau perkara aku (yakni, agama Islam) sesuatu yang tidak termasuk dalam urusan tersebut, maka dia (ibadat atau amalan) ditolak.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, alangkah bodohnya kita kalaulah kita beramal dan beribadah dengan amalan dan ibadah yg tercemar atau dicemari oleh bid'ah - sama ada kita sedar atau tanpa disedari - merugikan kita. Sudahlah amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w) - maksudnya catitan pahala dalam Kitab Catatan Amalan kita kosong, apabila diserahkan kepada kita kelak di padang mahsyar, maka timbangan dosa kita jauh lebih berat berbanding dengan timbangan pahala kita. Maka pastilah kita menjadi orang yg tak berjaya di akhirat kelak. Jadilah kita golongan ahli neraka.
Saudara, bukan sahaja, kita beramal dan beribadah yg kelihatan betul tapi tak diterima. Malah, lebih bahaya seperti disebutkan dalam hadith berikut: 
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (yakni, dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa sesiapa yang membuat dan mengajarkan sesuatu ‘bid’ah’, ada dua akibatnya:
(a)   Tidak ridha Allah (a.w) terhadap orang yang mengajarkan ‘bid’ah’ atau yang mengamalkan ‘bid’ah’, maksudnya, amalan dan ibadahya tidak diterima; dan 
(b)  Yang mengajarkannya mendapat atau meneriima (i.e. kiriman) dosa seumpama dosa orang yang diajarkannya kerana mengamalkannya, walhal dosa yang mengamalkan ‘bid’ah’ tidak dikurangipun. 
Justeru itu, jika Allah (a.w) tidak ridha bererti pengamal (= kita) dan pengajar ‘(= guru atau ustaz yg mengajar kita) bid’ah’ pasti tidak masuk syurga! 
Yg paling bahaya adalah mengembangkan bid'ah menyebabkan kita menerima kiriman dividen akhirat yg negatif (i.e. dosa) sampai kiamat dunia! Maka, kalaupun kita sebelum ini adalah orang yg timbangan pahalanya lebih dari dosanya, yakni calun syurga, akhirnya akan diatasi oleh dosanya yg dikirimkan oleh orang yg mengamalkan ajaran bid'ah yg diajar olehnya walaupun kita, yg mengajarnya) sudahpun mati 1,000 tahun yg lalu!
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu.’ Maka berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’Bersabda Nabi (s.a.w) (mengulangi sabdanya): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal (bertanya semula): ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (as-sunnah) dari jalanku (as-sunnahku) (yang) sesungguhnya telah dimatikan dia (yakni, tidak lagi menjadi panduan umat Islam atau orang Islam) kemudian daripadaku (yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)), maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya dengannya dengan tidak dikurangi daripada pahala-pahalanya (orang yang mengamalkan) sesuatu. Maka barangsiapa berbuat satu bid’ah tiada memberi ridha Allah (a.w) dan RasulNya; (dan) adalah atas mereka daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (yakni, bid’ah tersebut), tiada dikurangi (dosa) demikian itu daripada dosa-dosa mereka itu sesuatupun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Saudara, lebih membahayakan kesejahteraan akhirat kita jika terkena pada kita akibat berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yakni, mereka yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu (yang lainnya) dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah]
Mengikut hadith sebelum ini, mereka yang mengajarkan bid’ah mendapat kiriman dosa dari mereka yang diajarkannya dan mereka yang anak muridnya ajarkan pula, sehinggalah sampai Qiamat – kiriman yang semakin banyak dan berlipat ganda pula! Sebagaimana 'multi-level business' yg mendapat kiriman komisyen dari orang bawahannya, orang bawahan (murid atau pengikut) mengirim dosa! Hanyalah dosa, yakni akan dibalas di akhirat apabila dimasukkan ke dalam neraka.
Mengikut hadith di atas pula, hukumannya lagi berat pula: iaitu Allah (a.w) tidak menerima segala amalan kita – sama ada wajib atau fardu mahupun sunnat – dan lebih otomatis pula iaitu: Keluar kita dari agama Islam! Diibaratkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa setiap amalan dan ibadah ahli bid’ah itu seumpama sehelai rambut yang terjatuh atau termasuk ke dalam tepung adunan roti yang diuli. Apabila kelihatan oleh penguli tepong, maka ditariknya keluar daripada tepung ulian tersebut. Maka keluarlah rambut tersebut tanpa ada sedikit bekas-bekas atau tanda-tanda tepong melekat padanya. Begitulah, segala amalannya yang berpahala – sama ada wajib ataupun sunnat – tidak memberi bekas kepadanya atau memberi manfaat kepadanya sedikitpun. Maka dengan itu, dia sebenarnya tidak beribadah atau beramal. Maka dia keluar daripada Islam kerana, pada hakikatnya, dia tidak beribadat atau beramalpun!
Saudara, maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) sungguh marah kepada mereka yang mengajarkan atau mengamalkan ‘bid’ah’. Ini dijelaskan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdillah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika berkhutbah (suatu hari), jelas kelihatan merah kedua matanya, dan keras suaranya (semasa berkhutbah) dan kelihatan marah yang menakutkan (kami yang mendengarnya) seakan-akan bala tentera (yang berbaris) diperintah ketuanya, bersabda dia: ‘Berpagi-pagi kamu, berpetang kamu!’ Dan bersabda dia (lagi): ‘Diantara aku diutuskan dan Saat (yakni qiamat) dua perkara.’ Dan digandingkannya (yakni, diisyaratkannya dengan mengangkat tangan dan menegakkan dua jarinya) jari telunjuk dan jari yang tengah (yakni, jari hantunya). Kemudian bersabda dia: ‘Adapun kemudian daripada itu. Maka sesungguhnya sebaik-baik perkara (agama) adalah Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan, sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) adalah petunjuk (atau hidayah) Muhammad (s.a.w). Dan seburuk-buruk perkara (agama) adalah pembaharuan atas perkara (agama) (yakni, membuat ‘bid’ah’). Dan, semua bid’ah adalah kesesatan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, berdasarkan ketetaan Rasulallah (s.a.w) ini, maka mengapakah agaknya majoriti umat Islam hari ini yakin 100% bahawa wujud 'bid'ah hasanah'? Adakah mereka mendustakan ketetapan Rasulallah (s.a.w)? Atau, adakah mereka menafikan as-Sunnah? Apakah akibat seseorang yg Islam dan akui dirinya beriman dgn Allah (a.w) dan RasulNya, kemudian menolak atau meragui ketetapan al-Quran dan as-Sunnah?
Menceritakan hadith dari Zaid b harun berkata: ‘Menceritakan hadith Muhammad b Amrin hadiuth dari Abi Salamah hadith dari Abi Hurairah hadith dari Nabi ((s.a.w) bersabda: ‘Al-mira-u fil Qurani kufrun’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang meragui (atau membantah) (sesuatu dalam) al-Quran kafir.) [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
[Nota: Orang Islam yang beriman itu tidak akan menidakkan sesuatu dalam al-Quran, apa lagi membantah atau tidak menolaknya. Jika berbuat demikian, walaupun Islam lahiriahnya tetapi hakikatnya jatuh kafir]
Saudara, kita meragui as-Sunnah sama dengan kita meragui al-Quran kerana Allah (a.w) mengistiharkan pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr, kata-kata Rasulallah (s.a.w) adalah benar dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam segala sesuatu adalah ketetapan Allah (a.w).
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yang telah diberikan sesuatu (kitab ciptaan manusia) yang lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yang telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yang diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan) sesuatu yang telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani] [Nota: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yang terbaik dan sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah), maka wajib bagi manusia, terutama yang Islam itu, berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara agama, termasuk dalam perkara menyentuh bentuk ibadah dan cara serta kaedah mengamalnya yang ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu adalah hidayah Rasulallah ((s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah ((s.a.w)). Justru itu petunjuk yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah hidayah atau petunjuk yang terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka). Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah model atau contoh atau idola yang sewajibnya bagi orang Islam.
Hadith berikut menjelaskan hakikat ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau ugama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat) itu adalah pembaharuan kepada pekara (ibadat). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (ibadah) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith ini bersambung](Hadith Ibnu Majah).
[Nota: Jelaslah adalah tidak wajar bagi seorang Islam yg beriman itu, mengutamakan kitab-kitab atau buku-buku atau apa jua media ilmu mengatasi atau melebihi kedudukan al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg mengutamakan panduan kitab atau buku karangan manusia, meningalkan atau mengabaikan al-Quran dan al-Hadith adalah tergolong daripada orang yg merendahkan apa yg diagungkan oleh Allah (a.w), dan mengagungkan kalam manusia, meremehkan kalam Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan wahyu Allah (a.w), i.e. as-Sunnah.] 
Saudara, mudah-mudahan saudara faham dan menyemak amalan dan ibadah yg lalu dengan dasar dan panduan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - apakah betul atau sah. Ini adalah demi kejayaan dan kesejahteraan akhirat kita. Janganlah kita perdagangkan kesejahteraan akhirat kita dgn kejahilan kita terhadap Islam dan syariat serta tuntutannya. Yg rugi adalah kita bukan orang lain. Allah (a.w) menyebut setiap seorang idak akan menanggung beban dosa orang lain. Orang yg memesongkan amalan kita - atas sebab kejahilan kita atau kerana ketaksuban kita terhadap manusia yg kelihatan begitu alim dan faham - tidak akan memikul kesilapan kita atau dosa dari penyimpangan kita dari jalan yg lurus itu.
 
Jazakallahu khairah
 
 
 

No comments:

Post a Comment