Sunday, December 9, 2012

Siratul Mustaqim = Jalan lurus ke syurga

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa hari dan minggu yg kebelekangan ini kita telah bicarakan beberapa perspektif utama dalam Islam, tujuan akhir atau matlamat akhirnya adalah seseorang yg Islam dan beriman itu berjaya menyediakan diri ketika hidup di dunia mendapat syurga di akhirat kelak. Bagi seseorang yg Islam, dia yakin dan percaya dengan dua alam atau tiga fasa kehidupannya - kematian (alam barzah), berlakunya kiamat dan bermulanya alam akhirat, di mulai dengan perhimpunan agung di padang mahsyar dimana segala kebaikan dan kejahatan yg dilakukan didunia akan ditimbang untuk menentukan apakah kesudahannya - dapat syurga atau neraka, dan kemudian alam akhirat yg kekal, sama ada berada di dalam neraka ataupun di dalam syurga. Orang yg berjaya itu adalah orang yg mendapat syurga.
Saudara, kita telahpun tahu bahawa setiap manusia yg yakinkan adanya kehidupan selain kehidupan dunia, pasti inginkan kejayaan dalam alam akhirat. Kejayaan di alam akhirat adalah terlepas dari siksaan di neraka dan berjaya menjadi penghuni syurga. Azab akhirat itu tak siapa yg mampu tanggungi. Fikirkanlah kalau kepanasan api akhirat itu adalah kepanasan api yg terpanas di dunia, mungkin kepanasan yg boleh mencairkan besi, katlah 2,000 degree celcius, digandakan 69 kali lagi = 2,000 c x 69 = ?? Kepanasan 2,000 c sudah cukup menghancurkan tubuh manusia yg terjatuh ke dalamnya dalam masa beberapa saat sahaja! Inikan pula kepanasan yg digandakan 69 kali lagi pula, mungkin tak sampai satu second sudah hancur tulang manusia yg terjautuh di dalamnya. Kalau di dunia, kita terjatuh ke dalam api, kita akan mati dalam beberapa saat saja, selepas azab yg kita terima - azab terbakar. Di dalam alam barzah, apabila kita dibakar dalam kuali alam tersebut kerana dosa kita- dosa kerana berzina, sebagai contoh - tidak pula mematikan kita. Hanyalah kita rasai sakit atau kesakitannya direbus dalam kuali alam barzah tersebut. Begitu pula di akhirat dalam neraka kita berada dalam neraka dibakar, direbus, dalam sekelip mata hancur segala kulit dan daging kita, dan kita merasai kesakitan yg teramat tersebut, hanya kita tak pula mati, yg dirasa hanyalah kesakitan yg teramat kerana dibakar atau direbus! Apabila mengelupas kulit dan hancur luruh daging di tubuh kita berserta dengan kesakitan yg teramat tersebut, daging dan kulit akan dijadikan semula spt sedia kala, kemudian mengelupas pula dan hancur pula, jadi semula kulit berganti atau silih berganti, dalam satu jam itu berapa kali? Wallahu a'alam. Itulah contoh satu siksaan di dalam alam barzah bagi mereka yg gagal mendapat syurga di akhirat. Dan, sksaan di dalam alam barzah itu tidak menyamai siksaan di dalam neraka kelak. Maka dengan itulah dalam blog ini kita sentiasa peringatkan pembaca dan pengikut supaya bersedia untuk alam barzah dan alam akhirat.
Saudara, persedia kita untuk mendapatkan kejayaan akhirat itu bermula dengan mencari 'siratul mustaqim' = jalan lurus ke syurga = jalan ini akan mempastikan kita akan berjaya di akhirat ketika menjalani kehidupan di dunia. Dunia adalah tempat menyediakan bekalan untuk kejayaan akhirat. Dunia adalah tempat kita membuat pelaburan sebanyak mungkin, supaya di akhirat kita menerima dividennya, yg membolehkan kita ketika dihisab atau ditimbang di mizan akhirat, timbangan pahala melebihi timbangan dosa, dan berjaya mendapat credit balance pahala, maka berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Saudara, dalam al-Quran banyak kali Allah (a.w) sebutkan kalimah 'siratul mustaqim' ini. Apakah elemen-elemen 'siratul mustaqim' itu? Bagi saudara yg mengikuti blog ini tahu dan faham bahawa elemen-elemen utamanya dan hakikinya adalah apa yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut: 

Siratul Mustaqi: Jalan Lurus ke Syurga 

Saudara, kita diberitahu oleh Allah (a.w) awal-awal lagi dalam al-Quran bahawa kejayaan akhirat  - selamat dari siksaaan neraka dan berjaya mendapat syurga, di dalam firmanNya pada Ayat 13, Surah an-Nisa: Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti dapat syurga. Sebaliknya pula, Ayat 14, Surah an-Nisa: Sesiapa yg menentang Allah (a.w) (i.e. tak mahu terima dan akur dengan ketetapan al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (i.e. tidak mahu akur dengan ketetapan as-Sunnah) dan melanggar ketetpan-ketetapan yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk nerka. Jadi, Ayat 13, Surah an-Nisa' adalah keputusan bagi mereka yg ingin berjaya, dan ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' pula adalah kesudahan mereka yg gagal atau tak berjaya.
Saudara, kita menyediakan diri untuk kejayaan dunia dengan menyediakan diri kita dengan ilmu - belajar dari sekolah tadika, ke sekolah rendah, ke sekolah menengah dan kemudian ke sekolah tinggi atau kolej atau universiti dan seumpamanya untuk mendapatkan sijil atau diploma atau ijazah. Bertungkus lumus, pagi petang siang dan malam pula berusaha mencari rezki berdasarkan kelayakan yg kita perolehi menjalankan kerja-kerja yg kita perolehi berdasarkan kejayaan ilmu kita.
Saudara, dalam perkara dunia, kita berjaya apabila kita dapat memenuhi keperluan duniawi yg ditetapkan. Jawapan kepada semua yg ditetapkan tidak kita ketahui. Kita hanya perlu menyediakan diri dengan bekalan ilmu. Berbeza dengan ketentuan akhirat, segala seuatu yg diperlukan kita  tahu dan faham dan laksanakan sudahpun ditetapkan dan kita tahu jawapan kepada segala ketentuannya. Seoleh-olah jawapan kepada semua soalan telahpun di'bocorkan' atau diberitahu. Kita sebagai manusia hanya perlu akur dan sediakan diri. Dalam ayat-ayat berikut, sebagaimana Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa', kita telahpun diberitahu jawapannya. Apakah kita mahu terima dan akur? itu saja yg kita sebagai manusia wajib tahu dan sediakan diri.Kita seumpama diwajibkan mengambil suatu peperiksaan agung dalam hidup kita. Kalau kita gagal, kita akan masuk neraka. Kalau kita berjaya dalam peperiksaan kehidupan ini, kita akan mendapat syurga. Kiti menyediakan diri ketika masuk baligh atau dewasa sehinggalah kita menemui ajal kita. Namun, segala jawapan kepada setiap soalan dalam peperiksaan agung ini sudahpun diberitahu kepada kita. Maka tidak patut kita gagal menghadapi peperiksaan agung ini. Namun, daripada sejumlah 1,000 manusia yg menduduki peperiksaan itu sejumlah 999 orang pasti gagal, dan hanya seorang sahaja yg berjaya. Dalam 73 orang yg menduduki peperiksaan agung ini di kalangan yg Islam, seramai 72 orang pasti gagal, kerana jahilkan ketetapan 'siratul mustaqim' itu, menyediakan diri bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)! Kerana menyimpang dari ketetapan 'siratul mustaqim' itu, maka pasti gagal menepati peraturan utama dalam Ayat 13, Surah an-Nisa', maka gagal kerana tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. Ada yg gagal kerana tidak akur dengan ketetapan Ayat 7, Surah al-Haysr - tak akur dgn perintah Allah (a.w) supaya ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Gagal kerana tidak akur dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran - berjema'ah. Gagal kerana tidak akur dengan ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa' - menegenai ketaatan terhadap 'ulil amri', kepimpinan.
Saudara, dalam ayat berikut kita diberitahu bahawa seseorang yg akui dirinya beriman tentang ketetapan Allah (a.w) supaya jangan ikuti selain al-Quran dan as-Sunnah:
Ayat 153, Surah al-An’am: ‘Wa-an haza siratul mustaqiman fattabi’uhu, wa-la tattabi’us subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum was-sokaum bihi la’allakum tattaquna.’ [Yang bermaksud: Dan inilah (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) jalan yang lurus ke syurga itu dan janganlah ikuti lain-lain jalan (maksudnya, mengikuti ajaran dan ajakan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah atau orang-orang yang mencampur adukkan al-Quran dan as-Sunnah dengan panduan-panduan pemikiran dan pendapat manusia), nanti kamu sekelian akan menyimpang (sesat) dari jalan yang lurus itu (sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) dan (janganlah) berfirqah-firqah (yakni, akan berpecah-belah kamu atau berfirqah-firqah kamu); demikianlah diwasiatkan (yakni, diwajibkan) atas kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.] 
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun tahu bahawa kerahmatan Allah a.w) dan pertolongan Allah (a.w) itu akan diberikan oleh Allah (a.w) kepada orang Islam yg berjema'ah. Allah (a.w) memberikan syurga kepada umat Islam yg berjema'h dan mereka yg berfirqah atau berpecah-belah mengikuti pelbagai perkumpulan akan mendapat siksaan Allah (a.w), i.e. neraka. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg ingin kepastian berada di tengah-tengah syurga, hendaklah dia berjema'ah atau berada dalam jema'ah. Sudah jelas ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, namun hari ini majoriti umat Islam tidakpun mengutamakan perintah berjema'ah ini, walhal berjema'ah adalah salah satu ciri utama mempastikan kita berada di atas 'siratul mustaqim' itu. Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, sekali lagi kita diberitahu bahawa jika kita mentaati Allah (a.w), yakni ikuti ketetapan al-Quran, maka pasti kita berada di atas jalan yg lurus itu. Mentaati Allah (a.w) termasuk mentaati Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti ketetapan as-Sunnah. Kerana, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita telah taatkan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa'. Allah (a.w) memberi kita tahu pada Ayat 3 dan 4, Surah Yaasin, yg kita baca sekurang-kurangnya sekali setiap minggu, bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) (Rasulallah) dan dia adalah mengikuti 'siratul mustaqim'. Justeru tidak wajar bagi seseorang yg akui dirinya beriman itu mencari 'siratul mustaqim' supaya mendapat kejayaan akhirat jika dia abaikan as-Sunnah atau ikuti panduan atau ajakan manusia yg sama sekali bertentangan atau terasing dari ketetapan as-Sunnah!
Ayat 63, Surah az-Zuhruf – bertaqwalah dan taatkanlah akan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran dan as-Sunnah) kerana itulah jalan lurus mendapatkan syurga. 
Saudara, sejajar dengan ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu adalah ketetapan berikut:
Ayat 61, Surah Yaasin: ‘Wa-ani’ buduni, haza siratum-mustaqimun’ (Yang bermaksud: Dan sesungguhnya mengabdikankan diri kamu kepadaKu (Allah), demikian itu ‘siratul mustaqim’ (yakni, jalan lurus ke syurga dan selamat dari neraka)).
[Nota: Maksud ‘mengabdikan diri’ itu adalah ketetapan pada Ayat 59, Surah az-Zariat – manusia itu diperintahkan mengabdikan diri (maksunya: kerajakan apa-apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah) pastilah menepati perintah tersebut atau Ayat 13, Surah an-Nisa’ – berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga, maksudnya, jalan lurus ke syurga itu adalah dengan berpandukan dan berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – ikut dan akur dengan kesemua ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) – adalah ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus kesyurga itu, tiada jalan atau pilihaan lain kalau manusia itu hendak berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Maka, dengan itulah Allah (a.w) perintahkan manusia dalam Ayat 153, Surah al-An’am di atas itu, orang yang mencari ‘siratul mustaqim’ itu hendaklah jangan ikuti lain-lain jalan atau ajakan atau ajaran atau panduan dalam beragama – mengerjakan setiap amalan dan ibadah – kalau inginkan kepastian berada di atas ‘siratul mustaq'im' itu . Hanya dengan cara itu sahaja seseorang yang Islam dan beriman itu pasti akan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan mendapat syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak. Perincian apakah elemen-elemen dalam jalan tersebut ditentukan dan ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah dua pra-syarat yang utama iaitu contohi Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah dan berjema’ahlah dalam Islam. As-Sunnah itu memberi panduan mengenai aqidah (yakni, hakikat, intipati dan dimensinya) dan pengamalan atau penterjemahan atau pelaksanaan segala bentuk pengabdian kepada Allah (a.w) dalam bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan beribadah. ]
Saudara, 'siratul mustaqim' itu merangkumi dimensi-dimensi menyentuh (a) agama Islam - kalau tidak Islam, tak akan dapat - Ayat 19, Surah al-Maidah; (b) ilmu - beramal tanpa ilmu yg haq takkan dapat - Ayat 36, Surah al-Isra'; (c) ilmu yg wajib menjadi asas amalan dan panduan aqidah dan segala-galanya dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w) kalau bukan al-Quran dan as-Sunnah tak dapat; (d) niat - kalau tidak menepati Ayat 57, Surah al-Isra' pun takkan dapat kerana itulah niat yg diajarkan oleh Allah (a.w) kepada kita; (e) amalan - tanpa amalan takkan dapat menemuinya dan pasti takkan berjaya di akhirat; dan (f) berjema'ah - Ayat 103, Surah ali-Imran - kalau tak berjema'ah dalam Islam takkan dapat.
Saudara, insya Allah kita telahpun bincangkan dimensi-dimensi ini dalam post-post yag lalu dan akan kita huraikan dan perjelaskan lagi dalam post-post yg akan datang ketetapan ayat-ayat di atas itu. Supaya kita lebih faham dan lebih tbersedia dengan jayanya menyediakan diri untuk kekal di atas 'siratul mustaqim' itu dan kerana itu mendapat kejayaan akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment