Wednesday, December 5, 2012

Peringatan Hari Ini - Jangan Utamakan Dunia

Assalamualaikum,
saudara, hari ini kita lihat pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut, mudah-mudahan kita sentiasa jadikan panduan kita dalam menjalani kehidupan kita di dunia.
 
Orang yang Mencari Dunia dan Hiasannya 
 
(a) Orang yang tidak siuman dalam Islam 
 
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yang tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yang tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal (yakni, orang yang ‘gila’), lupa dia akan matinya dan akibat mengumpul harta dan mementingkan dunia dan melupakan akhiratnya).’ [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Hadith ini menyampaikan 3 mesej yang utama; iaitu, pertama, sesiapa yang mengutamakan dunia, dan mengabaikan akhiratnya, dia tiada tempat tinggal di akhirat. Kenapa? Penghuni neraka tiada tempat tinggal sendiri. Mereka berkongsi tempat yang satu yang didiami oleh orang kafir, orang munafiq dan orang fasiq (i.e. berdosa), sama-sama menjalani hukuman kerana dosa mereka dalam neraka. Tempat perkongsian yg azab takkan berhenti, malah semakin berat dan bertambah! Tempat tinggal yang penuh nikmat dan keseronokan serta kepuasan segala kemahuan dan keinginan adalah di syurga. Bukanlah di neraka. Fikirkanlah bahawa orang yang termiskin dalam syurga itu memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan segala isinya. Rumahnya begitu besar, lebih berganda besarnya dari istana atau mahligai raja yang terbesar dan terindah di dunia. Rumah dan kepelngakapan serta peralatannya dibuat dari intan permata, berlian, emas dan perak. Dia diperuntukan isteri-isteri yang terdiri dari ‘hurul-ain seramai 72 orang. Tidak ada wanita dunia yang apat menandingi kehebatan hurul-ain itu dari segala segi, termasuk kejelitaan mereka. Sebaliknya, penghuni neraka dikatakan oleh Allah (a.w) sebagai tidak mati dan tidak pula hidup. Kerana, walaupun disiksa setiap saat dalam neraka, amun takkan mati-mai. Di dalam neraka tiada yang menyeronokkan. Malah hanya ada siksaan yang berbagai dan berterusan pula, tanpa henti. Di akhirat, segala-galanya termungkin. Jelasnya, hanya penghuni syurga yang memiliki rumah kediaman – yang lebih hebat dari istana manusia di dunia. Ahli syurga yang paling rendah tarafnya memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia dan isinya, di dalamnya begitu banyak rumah yang lebih hebat dari sehebat-hebat istana dan mahligai di dunia. Maka dunia ini adalah tempat tinggal yang tidak kekal. Akan usnah apabila sampai ajal manusia. Di akhirat itu tempat tingalnya dperbuat dari emas, berlian, perata dan selainnya. Di neraka tiada rumah hanyalah kediaman dalam kawah neraka.
Kedua, sesiapa yang memiliki harta di dunia, jika tidak dimanfaatkan oleh mereka untuk fi sabilillah dan membela umat Islam dan orang iman yang lain, kemudian disoal pula segala hartanya dimana dan bagaimana di dapati dan apakah tujuan memilikkinya. Justeru itulah dalam hadith disebutkan bahawa orang kaya dan hartawan itu, kalaupun berjaya mendapat syurga hanya aan merasainya setelah dimasukkan ke dalam syurga setelah orang miskin msuk ke dalam syurga selama 50,000 tahun.
Ketiga, orang yang mencari kemewahan dan kesenangan dunia itu hanyalah orang yang bodoh. Kerana, apapun milik kita didunia akan terpisah dengan kita apabila sampai ajal kita. Mencari dan mengumpulkan harta tanpa menggunakan harta itu untuk menempah tempat di syurga di akhuirat, adalah yang paling utama bagi mereka yang dikurniakan Allah (a.w) rezki yang melimpah ruah. Kalaulah mereka yang mengumpul harta itu menyedari yang lAllah (a.w) kurniakan harta yang banyak untuknya adalah memberikan dia peluang keemasan untuk Berjaya di akhirat. Kalau harta dan kekayaan dikumpulkan dan digunakan bukan untuk tujuan akhirat, maka itulah sesuatu suatu perbuatan yang bodoh, kerana setelah mati, hara itu menjadi milik orang lain. Dalam sepotong hadith qudsi, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) yang berbunyi: ‘Syurga itu syurgaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), dan harta itu hartaKu (i.e. milik Aku (Allah (a.w)), maka tukarkanlah/belilah syurgaKu dengan hartaKu.
Keempat, disebutkan bahawa sesiapa yang matlamat hidupnya di dunia semata-mata adalah orang yang tidak berakal, i.e. seolah-olah orang yang tidak siuman! Mengapa tidak. Tiada suatupun keuntungan dari harta, kecualilah dibelanjakan demi Islam atau fi sabilillah – mengembangkan syiar Islam atau membantu umat Islam yang dhaif dan memerlukan bantuan atau dibelajakan untuk mengembangkan ilmu akhirat, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, supaya lebih ramai manusia faham Islam dan menerima Islam dan lebih ramai orang Islam faham bahawa hanya ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang, jika dijadikan panduan amalan, ibadah dan kehidupan, yang mengesahkan segala amalan dan ibadah. Kalau berharta, dan silap diarahkan, maka mengundang kecelakaan. Selain, kekayaan dan emewahan seringkali sebaba utama ramainya umat Islam yang terjerumus ke dalam neraka, kerana digunakan secara batil, dibazirkan atau dikenakan hisaban yang terperinci di akhirat, maka kemungkinan besar, tak dapat syurga. Kalau berjayapun setelah 50,000 tahun orang miskin masuk neraka, maksudnya kekal tersiksa di padang makhsyar, menunggu Kitab Catatan Amalan selama 50,000 tahun. Di sana setiap sehari lamanya dalam kiraan tahun dunia adalah 1,000 tahun. Kalau tidak menepati pula syariat Islam, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka tidak pula diberi peluang minum air Telaga al-Kauthar. Ingatlah, seseorang yang meragui al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dan mengerjakan ibadah mengikut ketetapan as-Sunnah, di akhirat kelak tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai umatnya. Golngan orang yang sedemikian itu dihalang oleh malaikat mengahampiri Telaga al-Kauthar, apatah lagi minum airnya! Rasulallah (s.a.w) memberitahu sekali minum air telaga al-Kauthar itu tidak akan haus selama-lamanya! Memanglah orang yang gila atau tidak berakal sahaja yang mengumpulakn segala sesuatu yang tidak kekal.] 
 
(b) Matlamat manusia – akhiratke duniake? 
 
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Man kanat akhiratu hammahu ja’alallahu ghinahu fi qalbihi wa-jama’a lahu syamlahu wa-atathud-dunya wahaya raghimatun wa-man kanatd-dunya hammahu ja’allahu faqrahu baina ‘ainaihi wa-farraqa ‘alaihi syamlahu wa-lam yaktihi minad-dunya illa ma quddira lahu.’ (Yang bemaksud:  Barangsiapa yang ada menjadikan akhiratnya tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat akhir hidupnya), Allah (a.w) akan menjadikan (i.e. memberikan) kekayaan di dalam hatinya (yakni, merasai cukup dan puas dalam hatinya = contented terhadap apa-apa yang ada padanya dan apa yang diperolehinya untuh hidupnya) dan mengumpulkan baginya keperluan dunianya walaupun tidak penting baginya. Dan barangsiapa yang dunianya adalah menjadi tumpuannya (i.e. tujuan atau matlamat hidupnya), Allah (a.w) akan menjadikan kefakiran di antara dua matanya (i.e. sentiasa merasai tak cukup), dan memecahbelahkan (i.e. memporakpurandakan atau mempelbagaikan keinginannya terhadap) keperluan dunianya, dan tidaklah didatangkan kepadanya dunianya (i.e. apa yang didapatinya atau diperolehinya) kecuali apa yang telah ditakdirkan (i.e. qada’ dan qadarnya yang ditetapkan) baginya oleh Allah (a.w).’ [Hadith at-Termidzi & ibnu Majah]
[Nota: Qada’ dan qadar setiap manusia itu ditentukan 50,000 tahun sebelum alam ini dicipta Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) memerintahkan malaikat dengan izinNya jua menetapkan qada’ dan qadar bayi/manusia yang akan dilahirkan kelak, setelah pensenyawaan bibit benih lelaki (sperma) dan wanita (ovum) itu berlaku kira-kira 45 hari dalam rahim ibu.] 
 
(c) Maksud kekayaan dalam Islam 
 
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Laisal-ghina ‘an kathratil-‘aradi wa-lakinal-ghina ghinan-nafsi.’ (Yang bermaksud: Tiadalah (atau bukanlah) kekayaan itu dari harta-benda yang dimiliki, dan akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan merasa cukup (i.e. contented) dalam diri.) [Hadith Bukhari & Muslim]
[Nota: Hadith ini menyebutkn bahawa kekayaan yg sebenar itu adalah Allah (a.w) berikan dalam hati kita kepuasa dalam hidup dunia. Kita berbangga dengan apa yg diterima orang lain melebihi kita dan kita bersyukur apa yg Allah (a.w) kurniakan pada kita. Kita kekal berusaha untuk mendapatkan yg lebih baik dengan keazamanan yg kuat sambil berdoa dan brtawakal pada Allah (a.w). kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat kita ridha. Kalau kita merasa cukup, tidak akan menimbulkan masalah dalam hidup kita. Kalau kita miskin, kita merasa cukup kerana keberkatan rezki dari Allah (a.w). kalau kita kayapun kita merasa cukup. Maka tidaklah kita menumpukan masa mengutamakandunia, meninggalkan atau meremehkan tuntuan agama, dan sentias menyibukkan diri mencari dunia. Dalam hadith qudsi disebutkan bahawa kerakusan manusia untuk dunia itu hebat. Kalau diberikan kekayaan senlai satu lurah dunia, dia pasti hendaklah satu lurah lagi..]
 
Saudara, demikianlah 3 peringatan sebagai renungan kita hari ini. Mudah-mudahan Allah (a.w) sentiasalah memandu hidup kita supaya tidaklah kita menyimpang dari jalan lurusNya - Siratul musatqim - itu, dan semoga Allah (a.w) kekalkan hidayah atau petunjuk yg benar itu pada kita, insya Allah.
 
Jazakalahu khahirah

No comments:

Post a Comment