Wednesday, December 19, 2012

Ilmu, Islam dan Iman - Kejayaan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita huraikan sedikit sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyentuh perkara atau tajuk di atas, iaitu kaitan ilmu dengan amalan dan keIslaman, malah keImanan kita. Mudah-mudahan saudara faham intipati visi dan misi blog ini, insya Allah.
 
Ilmu, Islam dan Iman  
 
Saudara, hadith di bawah ini pndek dan rengkas, tetapi maksud dan implikasinya begitu luasa. Semoga kita faham mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh]
[Nota: Hidupnya Islam secara amnya bergantung kepada sejauh mana umat Islam itu diberikan atau memiliki ilmu mengenai agamanya dan menyediakan diri mereka untuk akhiratnya berdasarkan dan berpandukan ilmu tersebut dan berusaha dia mempelbanyakkan bekalan untuk akhiratnya. Hidupnya keIslaman dan kental atau rapuhnya keImanan seseorang yang Islam itu juga bergantung kepada sejauh mana dia mempunyai ilmu akhirat dan memahami ilmu akhirat tersebut, dan mengamalkan segala sesuatu yang dituntut oleh Islam sekuat mampunya. Kalau dia jahilkan ilmu akhirat, maka berkuburlah Islamnya, kosong dalamannya, hanya luarannya dia nampak (seemingly) Islam, tapi isi keIslamannya dan keImanannya kosong semata-mata. Islam mati dalam hidupnya dan rohnya. Tanpa ilmu akhirat tersebut rapuh atau goyah, malah tumbanglah tiang keImanannya. Maka dengan itu lahiriah nampak Islam, dari segi batiniah dia tak lebih dari orang yang tidak Islam. Maka, kalau dia memegang jawatan bersifat keagamaan dia tidak faham Islam maka dia akan menyulitkan dakwah dan menghalang-halang usaha memurnikan Islam apabila ada golongan yang berusaha menyedarkan orang Islam tentang tuntutan agamanya yang haq dan dalam usaha mereka memertabatkan ilmu akhirat kepada orang Islam.
Berapa ramaikah orang Islam yg benar-benar tahu dan faham bahawa segala amalan dan ibadah yg mereka lakukan hanya valid diterima Allah (a.w) kalaulah dia beramal dan beribadah dengan sandaran ilmu yg haq? Ilmu yg haq itu hanya didapati dari sumber yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kefahaman dalam ilmu yg haq tersebut hanya boleh didapati oleh mereka jika mereka belajar daripada orang yg tahu dan faham ilmunya dan cara dan kaedah mengamalkannya. Berapa ramaikah orang Islam hari ini yg belajar ilmu yg haq tersebut? Makasudnya berapa ramaikah umat Islam hari ini memberi perhatian kepada menyempatkan diri mereka belajar al-Quran dan as-Sunnah? Majoriti umat Islam hari ini cuba memahami agama Islam melalui media yg tak diterima oleh Allah (a.w) sebagai sah. Dalam zaman maya ini bermacam-macam ilmu mengenai Islam dimuat-turun dalam internet. Ramai orang mengakui diri mereka ilmuwan atau ulama’, maka dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran mereka, mengajarkan manusia segala sesuatu mengenai Islam. Hari ini ‘Islam’ dan ‘syariat Islam’ itu sudah menjadi satu matapelajaran akademik sebagaimana matapelajar sains aeronatika, sains kemasyarakatan, filosofi (falsafah) sehinggakan terdapat ijazah Ph D dikeluarkan oleh pusat pengajian menara gading kepada ilmuwan Islam, yg menggelarkan mereka ‘Dr’. Mereka kemudiannya dinobatkan sebagai orang yg berilmu atau ilmuwan. Mereka pula menampilkan diri sebagai orang berilmu, malah ‘pakar’ dalam bidangnya. Kalau bidangnya berkisar di sekeliling Islam dan syariatnya, maka mereka pula dianggap pakar atau ‘ahli’ dalam Islam dan syariatnya. Apabila diterima oleh masyarakat sebagai seorang yg berilmu, maka lambat laun mereka dinobatkan sebagai ‘ulama’ (=orang yg berilmu). Maka ramailah manusia yg menjadi pengikut mereka. Ramailah menerima panduan mereka. Oleh kerana kepintaran serta pengaruh golongan ini, maka ramailah yg menganggap ajaran mereka benar dan pengikutnya mengamalkannya.
Ilmu yg didapati cara sedemikian dan dari sumber yg sedemikian, tidak mengesahkan ilmu dan membenarkan amalan. Maka dengan itulah Allah (a.w) berfirman pada Ayat 36, Surah an-Nisa’ ‘ … wala taqfu ma laisa bihi ilmun ’ (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu memiliki ilmu mengenai apa yg kamu kerjakan (amalan dan ibadah)). Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan). Beramal dan mengerjakan sesuatu ibadah tanpa didasari oleh ilmu adalah batal. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith lain Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita bahawa neraka wel (atau celakalah) seseorang yg mengerjakan amalan tanpa ilmu (i.e. mengerjakan amalan dalam kejahilan), dan neraka wellah (i.e. celakalah) seseorang yg berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya).
Dalam urusan aqidah dan syariat Islam, khususnya perkara amalan dan ibadah – yg fardu mahupun yg sunat – ilmu yg wajib dipelajari, difahami dan dijadikan dasar amalan dan ibadah hanyalah dua – al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg sah dijadikan panduan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu ilmu yg sumbernya selain al-Quran dan as-Sunnah tidak mengesahkan amalan dan ibadah. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan, walaupun amalan atau ibadah itu betul, tetap dikira salah. Jika seseorang itu beramal dengan berdasarkan ilmu yg haq, walaupun salah amalannya, tetap diberikan satu pahala kerana mengamalkannya berdasarkan ilmu yg haq, dan kalau diamalkan dengan betul pula diberikan dua pahala. Itulah bezanya beramal berpandukan sumber ilmu dan kaedah mengilmukan diri secara sah dalam Islam.
Sehubungan itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya supaya mengaji atau mempelajari ilmu. Malah wajib bagi seseorang yg mengakui dirinya seorang Islam yg beriman itu mencari, mengaji dan beramal dengan ilmu tersebut. Jika Islam tapi tidak mengaji atau menyempatkan masa belajar ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), maka dia mendapat dosa setiap saat! Sebaliknya, sedikit masa yg disempatkan olehnya setiap hari mengaji ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) mendatangkan banyak keuntungan akhirat baginya – amalan dan ibadahnya sah dan diterima, dan diberikan ganjaran pahala, para malaikat mendoakan kesejahteraan baginya sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun mendoakan kebaikan baginya, dan dia mendapat pahala yg nilainya melebihi nilai dunia dan segala isinya (yag akan diterimanya di akhirat kelak)!
Berdasarkan ilmu yg haq itu, dia selamat dari segala sesuatu yg membatalkan amalan dan pahala amalannya kerana melakukan sesuatu yg dicemari oleh syirik (terutama syirik yg samar), kurafat, tahayul, bid’ah dan beramal secara ikut-ikutan. Dengan ilmu, maka dia beramal dengan kepastian bahawa segala amalan dan ibadahnya bukan sahaja mendapat pahala, bahkan pahala yg maksimum berdasarkan ganjaran yg dijanjikan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ramai orang tak sedar yg dia muflis di akhirat. Muflis kerana beramal dan beribadah tapa ilmu, tak diterima amalan dan ibadahnya. Maka dalam Kitab Catatan Amalannya kosong. Muflis kerana amalan dan ibadah yg tercemar atau dicemari oleh perbuatan syirik, kurafat, kepercayaan tahyul, bida’ah dan taklid. Juga dicatitkan kosong dalam Kitab Catatan Amalan kita. Malah lebih bahaya. Beramal tanpa ilmu, tak dapat pahala. Beramal tapi tercemar, tak dapat pahala. Lebih bahaya, batal segala amalan dan ibadah lain. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya tentang bahayanya bid’ah. Tapi, amat malang hari ini majoriti umat Islam menyangsikan nasihat Rasulallah (s.a.w) ini, malah kuat dan tegas berhujjah sebaliknya, wal iyazubillah min zalik.]
 
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment