Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah rumuskan - berdsarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah cara dan kaedah solat fardu serta rukun-rukun qalbi, fe'li dan qaulinya, supaya kita dapat semak semua segala ibadah solat kita selama ini apakah solat kita yg sudah-sudah itu menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Solat fardu itu wajib bagi seorang yg akui dirinya Islam dan dia beriman dengan hari akhirat, khususnya bahawa di akhirat kelak segala amalan dan ibadah serta kesemua perbuatan semasa hidup akan dihisab oleh Allah (a.w) bagi menentukan apakah kita dapat syurga atau sebaliknya, gagal, maka kita disiksa dalam neraka.
Saudara, ibadah solat itu adalah ibadah yg amat utama bagi umat Islam. Ibadah solat itu menentukan hisaban lain-lain amalan dan ibadah. Jika baik hisaban solat fardu, maka baiklah hisaban ibadah fardu dan sunat lainnya. Sebagai contoh seseorang yg tidak solat tetapi dia merupakan seorang yg dermawan seringkan menginfaq atau membelanjakan wang ringgit atau kekayaannya demi fi sabilillah. Dalam kes ini, kedermawanannya itu tidak ada gunanya, kalau dia tidak bersolat atau dia bersolat tetapi tidak diterima Allah (a.w) solatnya kerana tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Berikut kita semak beberapa ketetapan Islam mengenai solat fardu itu.
Solat
Fardu
Saudara, kewajipan mengerjakan solat itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dalam hadith berikut:
(a) Waktu
solat ditentukan
Saudara, apabila mengaji ilmu al-Hadith, kita akan tahu, antara lain syariat azan dan qamat itu, kalimah-kalimahnya dan cara menyerunya. Kita juga diberitahu bahawa setiap kali masuk waktu solat, muazin (tukang azan) hendaklah mengazankannya. Kemudian, ketika nak mulakan solat kita wajib pula qamatkan. Kalau kita bersendirianpun, hendaklah dimulakan solat dengan mengqamatkannya.
Firman
Allah (a.s): ‘Fa-aqimus-solata innas-solata kanat ‘alal-mukminina kitaban
mauquta.’ (Yg bermaksud: Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu
adalah kewajipan yg ditentukan waktunya bagi orang-orang yg beriman.) [Ayat
103, Sura an-Nisa’]
Saudara, dalam al-Hadith disebutkan juga bagaimana Malaikat Jibril (a.s) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) cara bersolat dan waktu-waktunya - waktu masuknya dan waktu tamatnya. Orang-orang yg akui dirinya beriman wajib solat. Solatlah menentukan jekayaan akhirat.
(b) Solat
diwajibkan
Saudara, solat fardu itu wajib yakni mesti dikerjakan. Yg kecualikan seseorang yg Islam dan iman itu dalam keadaan uzur syar'i, yakni hilang akal atau sudah nyanyok. Kalau masih waras wajib bersolat. Kalau tak boleh berdiri kerjakan solat, maka kita disuruh solat duduk, tak boleh duduk solat secara berbaring. Namun solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali.
Selain itu, harus diingatkan bahawa solat fardu itu adalah kemestian. Namun sebagai bukti seseorang yg Islam dan iman itu benar-benar mensyukuri nikmat yg dikurniakan oleh Allah (a.w) padanya, termasuk nikmat kehidupan, nikmat kesihatan dan kewarasan, maka hendaklah dibuktikan melalui solat-solat sunat.
Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Allah (a.w) berfirman: ‘Inni faradtu ‘ala umatika khamsa
solawatin wa-‘ahadtu ‘indi ‘ahdan annahu man ja-a yuhafizu ‘alaihinna
li-waqtihinna adhaltuhul-jannata wa-man lam yuhafiz ‘alaihinna fala ‘ahdalahu
‘indi.’ (Yg bermaksud: Allah
(a.w) berfirman: Sesungguhnya Aku (Allah) telah mewajibkan solat lima waktu
atas umatmu (Muhammad) dan Aku (Allah) berjanji dengan sungguh-sungguh pada
diriKu bahawasanya barangsiapa yg datang dengan menjaga solat ima waktu pada
waktunya maka Aku (Allah) akan memasukkannya kedalam syurga, dan barangsiapa yg
tidak menjaganya solat lima waktu maka tidak ada janji di sisiKu baginya.)
[Hadith qudsi, Abu Daud, Kitab Solat]
Saudara, dalam hadith di atas itu kita diberitahu bahawa sesiapa yg inginkan kejayaan akhirat - masuk syurga - maka wajib dia tunaikan solatnya. Seseorang yg Islam dan beriman itu tidak akan mendapat syurga, kalau dia tinggalkan solatnya. Ini adalah hakikat yg wajib difahami oleh semua yg Islam. Adalah batil pendapat yg menyatakan bahawa seseorang yg Islam itu dapat syurga juga kalau dia tak solat, memadai berbuat amal soleh.
(c) Solat
Tiang Agama
Saudara, solat fardu itu adalah tiang agama Islam. Seseorang yg tidak solat seumpama meruntuhkan agamanya. Malah dalam sepotong hadith - dibawah - kita diberitahu bahawa sesiapa yg meninggalkan satu solat fardu dengan sengaja, pasti jatuh kafir. Dia, Islam semula tatkala dia bersolat kemudiannya. Dalam tempoh kekafirannya itu, dia akan berada dalam neraka, wal iya zubillah.
Saudara, ramai orang Islam berpandangan bahawa solat fardu yg tertinggal itu boleh diqadakkan. Tiada nas dan dalil al-Quran, terutama as-Sunnah, kemudahan sedemikian. Yg ada kalau terlupa atau tertidur, maka terlepas waktu satu-satu solat fardu itu, kita diwajibkan mensolatkannya, ketika teringat atau ketika terjaga dari tidur, walaupun sudah luput waktunya. Ini membuktikan betapa utamanya solat fardu itu.
Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘As-Solatu ‘imadud-dini.’ (Yg bermaksud: Solat adalah
tiangnya agama.) [Hadith al-Baihaqi, dhaif pada sanad]
[Nota: Kita dilarang bersolat pada 3 waktu, iaitu ketika matahari baru nak terbit; ketika matahari berada tegak di atas langit, dan ketika matahari nak terbenam. Selian itu dbolehkan solat. Hanyalah setelah ditunaikan Solat Asar, umat Islam tidak dibolehkan bersolat.]
(d) Hisaban
yg terawal dan Penentu
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa solat fardu itu adalah amalan/ibadah yg mula-mula dihisab di akhirat kelak. Kalau terdapat kekurangan dalam ibadah solat fardu seseorang iman itu, Allah (a.w) perintahkan malaikat yg menghisab amalan, supaya meneliti solat-solat sunatnya. Solat-solat sunat itu boleh menampung kekurangan dalam solat-solat fardu. Itulah utamanya kita usahakan seboleh-bolehnya melakanakan solat-solat sunat - spt solat rawatib (solat sebelum dan selepas solat fardu - kecuali solat selepas 'Asar).
Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Inna awwala yuhasabu bihil-‘abdu yaumal qiamati solatuhu …’
(Yg bermaksud: Sesungguhnya yg pertama di hisab dari eorang hamba pada hari
kiamat adalah solatnya …’ ) [Hadith at-Termidzi dan an-Nasa’ie]
Saudara, kalau solat kita abaikan atau tinggalkan, hanya solat-solat sunat yg boleh menampung lompang kelalaian kita. Maka dengan itulah kita digalakkan mengerjakan solat-solat sunat, terutama ketika sepertiga malam. Malaikat tidak akan menyemak amalan dan ibadah lain untuk mengimbangi kealpaan serta kekurangan kita dalam ibadah solat.
(e) Janji Rasulalallah (s.a.w)
Saudara, kita telah lhat janji Allah (a.w) bahawa seseorang itu mendapat syurga kalau dia solat. Janji yg serupa diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Malah kita diberitahu bahawa seseorang yg Islam itu jatuh kafir secara otomatis apabila dia tinggalkan satu waktu solat.
Rasulallah
(s.a.w) bersabda: ‘Innal-‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solattu faman
tarakaha faqad kafara …’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya janji yg membezakan antara
kita (orang iman) dan mereka (orang kafir) adalah solat. Barangsiapa meninggalkan
solatnya maka sungguh-sungguh dia telah kafir.) [Hadith an-Nasa’ie]
Manusia menyembah tuhan mereka secara yg berbeza-beza. Penyembahan sedemikian itu bukan diiktiraf sebagai solat, hanyaah 'sembahyang'. Dan amalan sedemikian tidak menjadikan seseorang itu Islam atau menggantikan syariat solat orang-orang Islam. Maka dgn itu jugalah sesiapa yg tidak Islam atau orang Islam yg kerjakan solat mengikut kaedah selain yg ditetapkan, tidak diterima segala amalan dan ibadahnya. Solat hendaklah sejajar dengan apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan hadith: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat) [Hadith Bukhari]. Justeru itu, kalau orang Islam kerjakan solat dengan cara yg berlainan dari apa yg dicontohkan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), tidak diterima dan tidak diakui sudah mengerjakan solat.
(f) Mengganti/mengqoda’kan
solat
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa seorang perempuan yg haid (atau nifas - selepas bersalin) itu tidak diperlukan mengqadakkan solat yg terpaksa ditinggalkannya dalam tempoh haidnya (seminggu) dan nifasnya (40 hari). Yg perlu diganti hanyalah hari-hari puasa wajib yg dia terpaksa tinggalkan.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) ‘innam-raatan saalat Aisyah (r.ah) ataqdi haidi-haidu iza tahurat qalat aharuriyatu anti kunna nahidu ‘ala ‘ahdi Rasulallah (s.a.w) thumma nadhuru fa-ya’muruna bi-qadais-saumi wa-la ya’muruna bi-qadais-solati.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Apakah prempuan yg haid ketika telah suci membayar/mengganti solatnya (yg tertinggal atau ditinggalkan ketika haid)?’ Aisyah (r.ah) menjawab: Apakah kamu perempuan Khawariyah?’. Pada zaman Nabi (s.a.w) kami haid kemudian suci lalu Nabi (s.a.w) memerintahkan kepada kami untuk membayar puasa dan tidak memerintahkan kami membayar/mengganti solat.’) [Hadith an-Nasai, Kitab Puasa]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bahawa seorang perempuan yg haid (atau nifas - selepas bersalin) itu tidak diperlukan mengqadakkan solat yg terpaksa ditinggalkannya dalam tempoh haidnya (seminggu) dan nifasnya (40 hari). Yg perlu diganti hanyalah hari-hari puasa wajib yg dia terpaksa tinggalkan.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) ‘innam-raatan saalat Aisyah (r.ah) ataqdi haidi-haidu iza tahurat qalat aharuriyatu anti kunna nahidu ‘ala ‘ahdi Rasulallah (s.a.w) thumma nadhuru fa-ya’muruna bi-qadais-saumi wa-la ya’muruna bi-qadais-solati.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya seorang perempuan bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Apakah prempuan yg haid ketika telah suci membayar/mengganti solatnya (yg tertinggal atau ditinggalkan ketika haid)?’ Aisyah (r.ah) menjawab: Apakah kamu perempuan Khawariyah?’. Pada zaman Nabi (s.a.w) kami haid kemudian suci lalu Nabi (s.a.w) memerintahkan kepada kami untuk membayar puasa dan tidak memerintahkan kami membayar/mengganti solat.’) [Hadith an-Nasai, Kitab Puasa]
[Nota: Orang Khawariyah yg tinggal di desa
Hurura. Mereka berpendapat wanita haid tetap wajib mengganti solatnya. Mereka meyakini syariat Islam yg berlainan dari ketetapan as-Sunnah.]
(g) Niat
dan khusyuk dalam solat
Saudara, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) beberapa perkara dalam firmannya berikut: pertama, hendaklah kita mempastikan kita bersolat pada awal waktunya - sebak sahaja masuk waktu, kita kerjakan; kedua, hendaklah kita jaga solat yg tengah (= Solat Asar) kerana singkat waktunya, dan seringkali, dalam kesibukan keduniaan kita, kita abaikan atau terlepas waktunya; dan ketiga, hendaklah kita kyusyuk ketika bersolat; dan keempat, hendaklah kita jangan berkata-kata selain melaksanakan rukun qauli (bacaan) yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Firman
Allah (a.w): Hafizu ‘ala solati was-solatil-wusta wa-qumullahi qanitina.’ (Yg
bermaksud: Jagalah kewajipan solatlima waktu dan solat yg tengah (Solat
‘Asar) dan dirikanlah solat kerana Allah (a.w) dengan tunduk (khusyu’/tidak
boleh bercakap dalam solat)). [Ayat 238, Surah al-Baqarah]
Saudara, jika kita mempelajari ilmu as-Sunnah, kita akan diajarkan bagaimana nak khusyuk dalam atau ketika solat. Antaranya, pertama, hendaklah kita baca degan betul, faham erti kalimah/surah yg kita baca, dan faham maksudnya atau mesejnya; kedua, hendaklah kita tumpukan penglihatan mata kita kepada tempat Sujud, dan janganlah meliarkan mata kita, dan ketiga, hendaklah kita jaga tamakninah solat (= berhenti seketika pada setiap rukun fe'linya), baru baca tasbihnya, kemudian baru bergerak untuk rukun fe'li yg berikutnya) pada setiap rukunnya.
(h) Solat
wajib dijema’ahkan
Saudara, solat fardu itu hendaklah disolatkan secara berjema'ah, walaupn ada 2 orang - seorang imam dan seorang mamum. Hadith ini menyebutkan sesiapa yg boleh mendengar azan dikumandangkan (dengan suara asal, bukan secara pembesar suara) dan dia tak datang ke musollah (= tempat solat) untuk bersolat berjema'ah, maka tidak diterima solatnya yg dikerjakan secara bersendirian. Namun wajib diingatkan, kalau saudara bersolat menepati syariatnya berdasarkan as-Sunnah, dan solat yg dijema'ahkan berlaian atau lari dari ketetapan as-Sunnah, maka saudara wajib bersolat sendiri, kerana solat yg tidak menepati ketetapan/syariatnya, tidak diterima Allah (a.w).
Diriwayatkan
hadith dari Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Qala Rasulallah (s.a.w) man sami’a
munadi falam yamna’hu minad-tabi’ahu minad-taba’ihi ‘uzrun qalu wa-ma ‘uzrun
qala khaufun au maridun lam tuqbal minhus-solatul-lati solla.’ (Yg bermaksud:
Barangsiapa mendengar azan dan tidak ada keuzuran yg menghalanginya untuk
mengikuti panggilannya itu (solat berjema’ah di masjid) maka tidak diterima
solatnya.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah uzur itu?’ Nabi (s.a.w) menjawab:
Rasa takut atau sakit.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
Saudara, disebutkan dalam hadith itu dua sebab yg membolehkan solat fardu itu kita kerjakan bersendirian, iaitu: pertama, dalam bahaya (ketika berperang atau ada huruhara, contohnya) dan kedua, kerana sakit yg tidak membolehkan kita datang ke tempat solat yg dijema'ahkan.
(i) Ada
bertiga wajib jema’ahkan solat
Saudara, kerana utamanya solat fardu itu dijema'ahkan maka dalam hadith berikut kita diperintahkan bahawa kalaulah kita bertiga dalam musafir atau berada dalam hutan belantara, maka wajib kita jema'ahkan solat tersebut ketika masuk waktunya.
Diriwayatkan
hadith dri Abu Darda’ berkata: ‘Aku mendengarRasulallah (s.a.w) bersabda: ‘ma
min thalathatin fil-qaryati wa-la badwi la tuqamu fihimus-solatu illa
qadis-tahwaza ‘alaihimus-syatanu fa-‘alaika biljama’ati fainnama yakkuluz-za’bu
al-qasiayata.’ (Yg bermaksud: Tidak ada tiga orang yg berada di suatu
kariah/desa atau di hutan yg dikalangan mereka tidak ditegakkan solat
berjema’ah kecuali syaitan telah berjaya menggoda mereka. Maka kerjakanlah
solat berjema’ah kerana sesungguhnya serigala itu memangsakan kambing yg
menyendiri.) [Hadith Abu Daud, Kitab Solat]
[Nota: Dalam solat berjema’ah itu
diperlukan ada dua orang sahaja, seorang menjadi imam dan seorang menjadi
makmum. Kenapa bertiga? Bertiga perlu kalau Imam batal wudu’nya/solatnya, maka
seorang dari dua makmum boleh kedepan mengambil alih tempat Imam menyambung
solat. Lagipun, jika solat itu adalah Solat Jum’at, maka perlu ada 3 orang,
seorang yg akan azan, seorang menjadi khatib/Imam membacakan khutbah, dan seorang menjadi makmum
biasa.]
(j) Gandaan
pahala solat berjema’ah
Saudara, bagi kita yg mempelajari ilmu as-Sunnah mengenai solat, kita diberitahu tentang gandaan pahala mengerjakan solat berjema'ah. Adalah merugikan pada kita kalau kita tidak ambil peluang mengerjakan solat secra berjema'ah - gandaan pahala 27 kali ganda.
Diriwayatkan
hadith dari Abdullah b Omar (r.a) (berkata) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda:
‘Solatul-jama’ati tafdhulu solatal-fazzi bi-sam’in wa-‘isyrina darajata.’ (Yg
bermaksud: Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Solat berjema’ah
pahalanya) melebihi solat sendirian (sebanyak) 27 darjah (i.e. gandaan
pahala).) [Hadith Bukhari, Kitab Azan]
Saudara, bagi saudara yg berada di tanah suci - Mekah dan Madinah - kita diberitahu gandaan istemewa pula. Mengerjakan sesuatu solat di Masjid Nabi kita mendapat gandaan pahala 1,000 kali gandaan. Jika, di Masjidil Haram pula digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali ganda. Alangkah ruginya seseorang yg Islam berada di Madinah atau di Mekah, kemudian dia mengerjakan solat di hotel atau rumah tumpangan mereka!
Mudah mudahan tinjauan sambil lalu dalam post ini dapat menambah hazanah ilmu mengenai solat pada saudara, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment