Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun tahu bagaimana berwudu' dan syarat-syarat sahnya wudu' iaitu: pertama, dimulakan dengan menyebut kalimah 'Bismillah'; kedua, membasuh atau menyapu keempat-empat anggota wudu' - muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki; ketiga, menyempurnakan sapuan dgn ait wudu' anggota wudu' ke-3, iaitu seluruh kepala dan telinga, sebelum seterusnya membasuh kedua kaki; dan keempat, membaca doa selepas selesai berwudu' (= dua kalimah syahadah). Tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang membaca 'Nawaitu ..'. Jika dilakukan bererti kita mengubah kpd syariat wudu' dalam Islam. Maka batal dan batillah wudu' kita.
Saudara, basuhan atau menyapu anggota wudu' itu boleh dibuat sekali-sekali atau dua-dua kali atau, yg terbaik, tiga-tiga kali. Dalam keadaan tiada bekalan air yg cukup - katalah ada sebotol air mineral 1 liter atau kurang, kita masih boleh berwudu' dengan menyapu air ke anggota wudu'. Basuhan tiga-tiga kali adalah cara berwudu' terbaik - cara para nabi, termasuk Nabi Ibrahim (a.s) dan Rasulallah (s.a.w) berwudu'. Justeru itu, tidak ada syarat dalam syariat Islam supaya bekalan air dua kolah perlu bagi mengesahkan kuantiti kita gunakan untuk berwudu'. Keperluan dua kolah air hanyalah, kalaulah bekalan air sedemikian wujud, maka tidak akan menajiskan atasnya oleh sesuatu. Allah (a.w) tidak menyusahkan umatnya, tetapi para ilmuwan yg tidak sempurna ilmunya yg menyulitkan umat Islam memperhambakan diri kepada Allah (a.w) dengan mengadakan pelbagai peraturan dan mengubah kepada syariat sesuatu amalan dan ibadah!
Perlakuan sunat ketika berwudu'
Saudara, apabila kita mengaji al-Hadith mengenai proses wudu' itu, kita akan tahu pula beberapa perbuatan atau perlakuan yg mendatangkan pahala as-Sunnah. Ingatlah, perlakuan as-Sunnah terhadap mana-mana ibadah wajib akan menyempurnakan apa-apa yg tidak sempurna dalam ibadah wajib atau fardu tersebut. Antara amalan-amalan sunnah ketka berwudu' adalah pertama, sebelum berwudu' membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan sekali atau dua kali atau tiga kali, untuk mempastikan kedua-dua tangan kita itu bersih dari najis, terutama ketika hendak berwudu' di waktu 1/3 terakhir malam untuk tahajjud; kedua, memasukkan air ke dalam mulut dan hidung serentak sekali atau dua kali atau tiga kali, kemudian menyemburkannya keluar semula; ketiga, jangan membazirkan air ketika berwudu'; keempat, mempastikan air diratakan di atas anggota wudu'; dan kelima, berdoa selepas selesai wudu'.
Mandi Junub
Saudara, kita elah sebutkan dalam post yg lalu bahawa adalah penting kita fahami bahawa mandi junub itu melibatkan dua proses; iaitu: pertama, berwudu' sebagaiman kita berwudu' yg telah ta teliti dalam post kelmarin dan hari ini (i.e. termasuk sunat-sunat wudu'); dan kedua, mandi dengan meratakan air kepada seluruh tubuh badan. Justeru itu, sesiapa yg mandi junub tanpa kaedah dan cara tersebut maka, batallah mandi junubnya, maka batallah segala amalan yg mewajibkan bebas dari jenabah sebelum mengerjakannya. Seseorang yg mengaji ilmu al-Hadith (i.e. meneliti kesemua hadith sahih yg menyebutkan perkara wudu itu), dia akan tahu proses mandi junub itu adalah seperti berikut:
(a) Membasuh kemaluan dan bahagian sekitarnya (bagi perempuan ataupun lelaki);
(b) Memabsuh kedua-dua tangan sampai kepergelangannya - sekali atau dua atau tiga kali;
(c) Memasukkan air ke dalam hidung dan mulut serentak dan kemudian menyemburkannya keluar air tersebut dari hidung dan mulut sekali atau dua atau tiga kali dengan kuat;
(d) Menyebut kalimah 'Bismillah' sahaja;
(e) Membasuh seluruh kawasan muka sekali atau dua kali atau tiga kali;
(f) Membasuh kedua-dua tangan dan lengan sampai ke bahagian siku sekali atau dua atau tiga kali;
(g) Menyapu muka dgn air wudu' - dari bahagian atas dahi sampai seluruh bahagian kepala (i.e. rambut) sampai ke bahagian tengkuk, kemudian sapu dari bahagian tengkuk kembali ke bahagian atas dahi, kemudian ke belakang semula, dan diakhiri dgn ibu jari dan jari telunjuk menyapu bahagian dalam dan luar cuping telinga;
(h) Meratakan air ke tubuh - dimulakan dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan kemudian bahagian tengah; dan
(i) Akhirnya, membasuh dua kaki sampai ke paras buku lali sekali atau dua atau tiga kali (i.e. menyempurnakan wudu'); dan
(j) Membaca doa wudu'.
Insya Allah, kalau saudara lakukan sedemikian maka sahlah mandi junub saudara. Setelah selesai maka tak perlulah saudara berwudu' untuk mengerjakan solat.
Saudara, selain kita disuruh mandi junub kerana melakukan persetubuhan dengan isteri/suami, kita disuruh juga mandi junub di pagi Jum'at sebelum bersolat jum'at; mandi junub selepas menguruskan memandikan mayat; mandi junub sebelum ke masjid untuk solat Aid (Aidil Fitri dan Aidil Adha).
Saudara, dalam perkara mandi junub ini, kalau perempuan itu memiliki rambut yg tebal dan panjang (adalah sunat bagi perempuan menyimpan rambut panjang) dan disanggulnya pula supaya kemas, maka ketika mandi junub Islam tidak memerlukan dia merungkaikan sanggulnya atau meleraikan rambutnya tetapi memadailah dia melaluikan atau mencurahkan air di atas rambutnya mula-mula bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan kemudian, kali ketiga/curahan air ketiganya, di bahagian tengah, dan dia meratakan air tersebut dengan jari-jarinya atas kulit kepalanya. Mudah dalam Islam. Tak perlukan menuangkan air setimba atau dua atas kepalanya! Islam itu memudahkan hambaNya melakukan segala bentuk amalan dan ibadah, bukan mempersulitkannya.
Saudara, kita akan teliti nanti amalan-amalan sunat alam solat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment