Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun jelaskan bahawa bagi setiap orang Islam itu ilmu (i.e. ilmu mengenai al-Quran dan as-Sunnah) itu wajib diketahui dan dijadikan asas amalan dan ibadah dan dilaksanakan mengeikut ketetapan ilmu tersebut, maka kita mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetpan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam amalan dan ibadah. Amalan dan ibadah yg didasarkan kepada ketetapan as-Sunnah adalah sah dan diterima oleh Allah (a.w). Oleh itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg berpegang kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah tidak akan menyimpang dari 'siratul mustaqim', maka tidak sesat mencari jalan itu dan pastilah di mendapat syurga jikalah dia amalkan amalan dan ibadah berdasrkan ketetaan al-Quran dan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) telah peringatkan kita bahawa sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan (atau ibadah) yg amalan tersebut tidak didatangkan (atau ditunjukkan atau dicontohan) oleh beliau (Nabi), maka amalan (atau ibadah) tersebut tidak diterima Allah (a.w). Sesuatu yg tidak dibawakan atau diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah 'pembaharuan dalam perkara atau urusan agama' = bid'ah, maka akibat mengamalkannya telahpun kita tahu. Rosak amalan dan ibadah kita dan terkeluar kita dari Islam, wal iya zubillah. Maka dengan itulah kita wajib ada ilmu supaya kita tahu apakah yg boleh dan apakah yg tida boleh dalam perkara amalan dan ibadah.
Sadara, kita akan lihat dalam post yg akan datang - mengulangi semula apa yg telahpun dimuatkan dalam blog ini - tentang berwudu' dan mandi junub. Kerana segala amalan dan ibadah yg mewajibkan kita ada wudu' hanya sah jika wudu' kita itu sah. Dan, semua amalan dan ibadah yg mewajibkan kita bersih dari junub, kalau mandi junub kita tidak betul atau tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak sah, maka segala amalan yg didasari kita bebas dari junub, akan batal. Oleh itu wajib kita tahu dan faham.
Saudara, dalam perkara solat - farduke atau sunatke, bersendirianke ata berjema'ahke - kita diberitahu melalui as-Sunnah seperti berikut. Ini adalah rumusannya. Perinciannya telahpun dimaklumkan dulu dalam blog ini tentang bentuk-bentuk solat, kaedah dan cara bersolat, termasuklah rukun qalbinya, rukun qaulinya dan rukun fe'linya. Di bawah ini kita berikan rumusannya mengikut ketetapan as-Sunnah. Apa-apa yg tidak disebutkan di bawah adalah bentuk-bentuk penambahan atau pembaharuan atau termasuk dalam bid'ah, yg membatalkan solat tersebut.
(a) Solat itu wajib dengan berwudu' - kita hendaklah ada wudu' dan wudu' kita hendaklah sah, barulah solat kita sah;
(b) Sahnya wudu' dan junub itu jika dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah' dipermualaan prosesnya. Batal wudu' itu apabila dimulakan dgn membaca lain-lain kalimah, termasuklah bacaan seumpama 'Nawaitu wudui ...' atau 'Nawaitu hadthil-asghari/akbari ...', dan sebagainya;
(c) Sah mandi junub itu kalau prosesnya mengandungi dua proses - pertama mengambil wudu' dan kedua meratakan air ke seluruh badan. Dan, dimulakan prosesnya dengan menyebut 'Bismillah'. Tidak sah wudu' dan junub kalau tak dibaca kalimah 'Bismillah'. (Dalam perkara mandi ini, diringankan bagi perempuan bahawa ketika mandi tidak perlu dia menanggalkan sanggulnya, bagi wanita yg tebal dan lebat rambutnya, yg perlu dituangkan air tiga kali cedukan ke atas kepalanya, supaya air kena kpd kulit kepalannya);
(d) Hendaklah tempat solat kita itu bersih dari najis dan pakaian kita menutup aurat (dan bagi lelaki hendaklah menutup dadannya, walaupun bukan dikira aurat baginya), pakaian bersih dari najis (pakaian yg terkena tanah, kerana kita bekerja dan takda pakaian selain yg dipakai, tak mengapa, kerana tanah bukanlah najis);
(e) Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian mengangkat kedua-dua tangan sambil membaca Takbir = Allahu Akbar. Kedua-dua tangan kita diangkat sampai hujung jari-jari tangan kita sampai ke paras cuping telinga atau ke paras kedua bahu kita, kemudian meletakkannya di bahagian atas pusat di tengah-tengah (bukan diberatkan ke kiri atau diletakkan di atas dada di bahagian hati dan seumpamanya). Kemudian membaca Takbiratul Ikhram;
(f) Membaca Ayat perlindungan ' 'A'uzibillahi minas syaitanir-rajim' diikuti dengan 'Basmalah', sebelum membaca Surah al-Fatihah = Ummul Kitab tanpa menguatkan bacaan 'Basamalah' = Bismillahir-rahmanir-rahim'. Setelah selesai al-Fatihah, di sebut kalimah 'Amin'. Basmalah tidak dibaca dengan 'jahar' atau kuat oleh Rasulallah (s.a.w). Kemudian membaca satu surah (hanya bagi dua rakaat yg pertama.) (kalau mengerjakan solat sunat surah hendaklah dibaca setiap rakaat - satu atau dua atau tiga atau empat rakaat solat sunat). Jika tak dibaca Surah al-Fatihah batal solat tersebut.
(g) Setelah selesai membaca surah, kita angkat kedua-dua tangan sampai ke paras dua cuping telinga atau kedua bahu sambil bertakbir (Allahu Akbar), maka kita Rukuk. Ketika Rukuk dibaca tasbihnya: 'Subhana rabbiayal 'azim' tanpa membaca 'wa-bihamdihi'. Tidak ada dasar as-Sunnah bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca kalimah 'wa-bihamdihi' itu. Kalau kita baca, maka terlibat dalam bid'ah tersebut. Maka batal solat kita. Tasbih Rukuk itudibaca sekurang-kurang sekali, lazimnya 3 kali)
(g) Selepas Rukuk kita I'ktidal dengan mengangkat kedua tangan sambil membaca Tasbihnya: 'Sami'ullahu liman hamidah' sekali, kemudian meluruskan kedua tangan dibadan (selari dgn kedua peha). Kita boleh baca tambahan kpd kalimah tersebut ketika sedang tegak berdiri (seperti yg telahpun kita bagi tahu dalam post terdahulu). Kalau kita adalah makmum dalam solat, ketika Imam membaca kalimah 'Sami'ullahu iman hamidah' itu, kita sambut dengan menyebut 'Rabbana lakal hamdu' bukan membaca 'Sami'ullahiu liman hamidah.'
(h) Sesudah I'ktidal itu, kita mengangkat kedua-dua tangan kita sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar) kitapun turun untuk Sujud. Ketika Sujud kita diwajibkan mempastikan 3 anggota Sujud berada di atas tempat solat - kepala (i.e. dahi dan batang hidung), dua telapak tangan, dua lutut, dan hujung kaki/jari-jari dua kaki. Ketika Sujud itu dibaca Tasbihnya: 'Subhana rabbial 'ala' (sekurang-kurangnya sekali, lazimnya 3 kali) tanpa menambah 'wa-bihamdihi'.
(i) Kemudian kita bangun dari Sujud untuk Duduk diantara Dua Sujud sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar). Ketika Duduk diantara Dua Sujud itu kita baca Tasbihnya - paling minima 'Rabbighfrili' dua kali atau Tasbih yg panjang yg telahpun kita tahu melalui post yang dahulu.
(j) Kemudian kita tunduk semula untuk Sujud ke-2 sambil menyebut Takbir (Allahu Akbar), dan membaca Tasbihnya dan keduduakn anggota Sujud seperti yg telah disebutkan di (h) di atas, membaca 'Subhana rabbial 'ala' (sekali, lazimnya 3 kali tanpa 'wa-bihamdihi'.
(k) Kemudian kita bangkit dari Sujud ke-2, untuk berdiri dengan mengangkat kedua tangan untuk rakaat ke-2 sambil membaca Takbir (Allahu Akbar), setelah semurna berdiri, letakkan kedua-dua tangan di atas bahagian pusat, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, di tengah-tengah perut bahagian atas pusat. Setrrusnya membaca Surah al-Fatihah dan etelah selesai 'Amin' membaca satu surah pula dan ulangi proses seterusnya.
(l) Ketika selesai ujud ke-2 pada rakaat ke-2 kitapun duduk untuk Tahiyat Awal - duduk secara iftirsy - jari-jari kaki kanan ditegakkan dan telaak kaki kiri di lipatkan supaya ponggong sebelah kiri duduk di atas telapak kaki kiri, dan bahagian ponggong kanan duduk/diletakkan di atas tumit kaki kanan. Tangan kanan digenggam dan hanya jari telunjuk di hulurkan dan didiangkat sambil membaca Tahiyat Awal: 'At-Tahiyatul, mubarakatus-solawatut-taiyibatu lillah ... hinggalah akhir kalimah syahadah 'Wa-asyhadu anna Muhammadar-rasulu wa-'abduhu'.
(m) Setelah selesai Tahiyat Awal kitapun bangun semula untuk rakaat ke-3 sambil membaca Takbir (Allahu Akbar) dengan mengangkat kedua-dua tangan sehingga sempurna berdir sampai angkat tangan kita itu bersetentang dengan dua cuping telinga atau dua bahu kita, kemudian baru letakkan semula atas bahagian perut seperti bias. Justeru mengangkat kedua tangan sampai ke paras dua cuping telinga atau bahu itu dibuat dua kali - sekali ketika Takbiratul Ikhram pada rakaat pertama dan sekali lagi ketika bangun habis rakaat kedua untuk rakaat ke3.
(n) Ketika rakaat ketiga dan keempat kita hanya baca Surah al-Fatihah tanpa membaca surah. Setiap pergerakan - Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud ke-2 pada rakaat ketiga dan keempat hendaklah dibaca Takbir. Hanya ketika bangun dari Ruku untuk 'Iktidal kita baca 'Samiullahu liman hamidah'.
(o) Pada Rakaat terakhir, selepas Sujud ke-2 kita baca Tahiyat Akhir - iaitu kalimah-kalimah yg dibaca pada Tahiyal Awal dan disambung dengan kaimah-kalimah berikut: 'Allahumma solli 'ala Muhammad wa-ala alihi Muhammad ... dan seterusnya sehingga - fil'alamina innaka hamidum majid.' Ketika duduk itu, kita duduk secara tawaruk - teapak kaki kiri dihulurkan (dijengolkan) keluar dari bawah kaki kanan yg didirikan di atas jari-jarinya.
(p) Akhirnya, selesai membaca Tahiyat Akhir itu kitapun memberi 'Salam' membaca 'Asslamualaikum wa-rahmatullah' sambil menoleh ke kanan dan kemudian membacanya pula ketika menoleh ke kiri. Selesai solat kita.
Saudara,
Adakah dapat saudara perhatikan terdapat perbezaan dalam perlakuan kita atau sebutan/bacaan kita dan ingatan dalam hati mengenai solat kita selama ini? Kalau, solat saudara berlainan dari apa yg diruuskan di atas itu, kemungkinan besar saudara terlibat dengan amalan bid'ah tanpa disedari dari segi rukun qalbi solat (niat ketika memulakan solat), rukun qauli (bacaan dalam setiap pergerakan solat) dan rukun fe'li (perlakuan setiap pergerakan solat). kalau saudara terlibat, hendaklah mulai dari sekarang ini ditinggalkan Jika tidak batallah solat saudara dan tidaklah saudara dapat apa-apa pahala dan tidak dictitkan oleh malaikat yg mencatit (Rakib dan Atid atau Kiraman Katibin) amalan solat saudara. Jika begitu, dalam Kitab Catatan Amalan saudara, dikira tidak mengerjakan solat. Malah aqidah dan keimanan saudara dikira batil kerana mengamalkan bd'ah, wal iya zubillah. Oleh itu, berwspadalah.
Saudara, kalau kita merujuk kepada Solat Subuh pula, ketika sudah membaca Surah pada rakaat kedua, kitapun Rukuk, keudian bangun untuk 'Iktidal, kitapun baca Doa Qunut. Tidak ada bacaan Doa Qunut pada Solat Subuh berdasarkan ilmu as-Sunnah. Maka membaca Doa Qunut itu adalah bukan amalan sah dalam solat Subuh berdasarkan Solat Subuh yg dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka tergolnglah amalan sedemikian itu perbuatan membaharui syariat Solat Subuh, maka batallah Solat Subuh dan termasuklah kita orang yg rugi sebagaimana yg disebutkan di awal post ini - amalan yg dicemari bid'ah tidak diterma Allah (a.w) dan kita terkeluar dari Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Saudara, demikianlah kita telahpun lihat ketetapan as-Sunnah dalam perkara ibadah solat itu. Kalau dulu kita kerjakan berlainan, maka eloklah kita perbetulkan amalan solat kita, supaya tidaklah kita rugi.
saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa di akhirat kelak ketika telah dbangkitkan dari kubur, semua manusia berjalan telanjang bogel menuju ke telaga al-Kauthar untuk minum airnya kerana sesiapa yg minum airnya tidak akan merasa haus selama-lamanya ketika berhimpun di padang mahsyar menunggu diserahkan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Air telaga al-Kauthar itu lebih jernih dari air laut, lebih putih dari air susu dan lebih manis dari madu. Segolongan umat Muhammad tidak dibenarkan oleh para malaikat yg menjagaya untuk menghampiri Telaga al-Kauthar tersebut. Apabila Rasulallah (s.a.w) proses kepada malaikat yg menghaang 'umatnya' menghampiri telaga tersebut dengan mengatakan mereka itu adalah orang Islam yg lahir dalam zaman Islam syariat Rasulallah (s.a.w), malaikat memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa mereka tidak tergolongan sebagai umat Muhammad (s.a.w) kerana setelah wafat Rasulallah (s.a.w) mereka mengamalkan bentuk-ebntuk amalan/ibadah dan cara dan kaedah mengerjakannya berlainan dari syriat amalan/ibadah yg dibawakan atau diajarkan oeh Rasulallah (s.a.w), maka mereka tidak diakui umat Muhammad (s.a.w), waliya zubillah! Pendeknya mereka amalkan pembaharuan atau bid'ah.
Betapa ruginya mereka. Berhimpun di padang mahsyar selama 50, 000 tahun bilamana sehari ketika itu bersamaan 1,000 tahun waktu dunia, matahari berada di atas kepala sejengkal dan bumi dijadikan tembaga yg dipanaskan oleh cahaya matahari?
Saudara, itu kerugian di padang makhsyar. Kerugian kita itu bermula di alam kubur lagi, kerana malaikat Mungkar dan Nakir akan memukul kita kerana apabila ditanya sipa Rasulallah (s.a.w) dan kenapa kita tidak ambil syariat agama yg dibawakan oleh beliau, kita pasti salah menjawab, maka kita dipukul oleh mereka setiap saat dan ketika! Oleh itu lebih baik kita perbetulkan amalan dan ibadah kita supaya sejajar dgn ketetapan ilmu yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - supaya kita benar-benar berjaya di alam-alam kubur, di padang mahsyar dan akhirnya ketika ditimbang pahala dan dosa kita mendapat syurga.
Jazakalallhu khairah.
No comments:
Post a Comment