Saturday, December 22, 2012

Ilmu, Amalan dan Kejayaan Akhirat: Wudu' dan Solat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun maklumkan, berdasarkan kepada nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith, tentang rukun-rukun qlabi (niat), rukun qauli (bacaan) dan rukun fe'li (perbuatan atau perlakuan) dalam solat. Kalau saudara seorang yg observant pasti sdr dapati ada beberapa perbezaan dalam rukun-rukun tersebut dgn pa yg saudara buat ketika bersolat. Oleh kerana nas dan dalil al-Quran adalah yg haq, maka perlakuan atau bacaan yg berlainan dengan apa yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam bersolat itu adalah sesuatu yg batil - kerana membaharuan atau mengubah syariat Islam dalam ibadah solat aau dicemari oleh bid'ah.

(a) Larangan Rasulallah (s.a.w)

Ingatkan pesanan Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amila amilan laisa amruna fahua raddun' (Yg bermaksud: Sesiapa yg mengerjakan suatu amalan yg amalan itu tidak didatangkan oleh aku (Nabi), amka (amalannya itu) ditolak atau tidak diterima Allah (a.w) ) - Hadith Bukhari dan Muslim. 
Saudara, kalau Rasulallah (s.a.w) sebutkan amalan tersebut batal dan batil tidak diterima Allah (a.w), maka pastilah amalan tersebut tidak diterima Allah (a.w), kerana berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan hadith-hadith g lain sesuatu yg diharamkan atau diegah oleh Rasulallah (s.a.w) adalah juga sesuau yg diharamkan dan ditegah oleh Allah (a.w). 

(b) Niat dalam kesemua amalan dan ibadah

Saudara, kita telahpn berulang kali sebutkan dalam blog ini bahawa setiap amalan itu perlulah didasari oleh niat. Bagi umat Islam niat itu telahpun diberitahu oleh Allah (a.w) dalam firmannya, iaitu 'yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: mencarai dan mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. balasan syurga), dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. neraka)) - Ayat 36, Surah al-Isra'. Itulah niat sebenar dalam segala amalan dan ibadah.
Saudara, dalam blog ini juga kita telah maklumkan bahawa adalah wajib kita berwudu' atau ada wudu' untuk mengesahkan solat kita. Kalau kita berjunub, maka wajib kita mandi junub dahulu sebelum kita kerjakan amalan dan ibadah. Apabila kita telah mandi junub menepati ketetapan as-Sunnah, maka kita tidak perlu lagi berwudu' untuk bersolat, kerana proses mandi junub itu merangkumi dua sub-proses, iaitu berwudu' dan kemudian meratakan air ke seluruh tubuh badan. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa wudu' dan junub kita tidak sah kalaulah kita tidak memuakan proses tersebut dengan membaca kalimah 'Bismillah.' [Nota: Segala amalan dan ibadah dan perbuatan yg baik hendaklah dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah', seumpama menyembelih haiwan untuk dimakan atau dijadikan haiwan kurban.] 

(c) Rukun qalbi ketika berwudu'

Saudara, ada banyak hadith yg menyebutkan tentang kewajipan membaca 'Bismillah' ketika memulakan wudu', antara yg termasyhur adalah hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Mencari-cari segolongan para sahabat Nabi (s.a.w) akan air untuk berwudu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah beserta salah seorang daripada kamu air?’ (Setelah dibawakan air) Maka diletakkannya (yakni, dimasukkannya) tangan ke dalam air (yang diberikan kepadanya), dan bersabda dia: ‘Wudu’lah dengan (membaca)  'Bismillah'.’ Maka dilihat (oleh para sahabat) air keluar dari celah-celah jari tangannya sehingga berwudu’ di sisinya (yakni, dengan air tersebut) sampai kepada (sahabat) yang terakhir. Maka berkata Thabit (r.a): ‘Berkata aku kepada manusia (yakni, jemaah sahabat yang ada ketika itu): ‘Berapa orangkah kamu lihat (berwudu’)?’ Berkata sahabat: ‘Kira-kira tujuh puluh (70) orang.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Saudara, hadith ini menyebutkan satu daripada mukjizat Rasuulallah (s.a.w) iaitu ketika mencelup tangannnya ke dalam bekas air, kemudian diangkatnya, maka keluarlah air dari antara jari-jarinya yg membolehkan para sahabat berwudu' dengan air yg keluar dari celah jari-jari beliau. 

(d) Wudu' hanya sah kalau dimulakan dengan 'Bismillah'.

Hadith berikut lebih jelas memberitahu kita bahawa syarat sah wudu' itu adalah menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu'. Kedua, tidak sah solat seseorang itu jika tidak berwudu'. 
Diriwayatkan hadith daripada Rabakh bin Abdul Rahman bin Abi Sufyan (r.a), sesungguhnya dia mendengar dari neneknya, anak perempuan kepada Said bin Zaid (r.a), menceritakan bahawasanya dia mendengar bapanya Said bin Zaid (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang tidak berwudu’ atasnya. Dan tidak ada wudu’ (yakni, tidak sah wudu’) bagi orang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya (yakni, semasa berwudu’).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Dalam  perkara wudu' itu kita juga diberitahu melalui hadith berikut prosesnya yg sempurna, dari mula berniat dengan menyebut 'Bismillah' sampaikan ke akhirnya. 

(e) Cara dan kaedah berwudu'

Saudara, bagi saudara yg mengaji ilmu al-Hadith, saudara pasti diajarkan betapa banyaknya hadith yg memperincikan kaedah berwudu' itu. Namun tidak ada satupun hadith yg menyebutkan bahawa niat berwudu' itu adalah membaca 'Nawaitu ...' dan sebagainya. Selain, banyak hadith yg menyebutkan kelakuan atau perlakuan sunat dalam berwudu' sebelum wudu' hakiki membasuk anggota wudu'. Dalam hadith berikut kita teliti sepotong hadith g dengan sempurna menyebutkan proses wudu' itu.
Menceritakan kepadaku (kata an-Nasa’i) Muhammad ibn Salamat dan Harith ibnu Miskin membaca atasnya (yakni, hadith), dan aku mendengar dan lafazkan baginya dari Ibnu Qasim berkata menceritakan padanya Malik daripada ‘Amru bin Yahya al-Mazini, yang mendapat hadith daripada bapanya, sesungguhnya (bapanya) berkata bahawa hadith ini dari Abdullah bin Zaid bin ‘Asim, dan adapun (Abdullah adalah) seorang sahabat Nabi (s.a.w), dan dia itu datuk ‘Amru bin Yahya, yang berkata (ayahnya bertanya kepada datuknya): ‘Adakah dapat engkau tunjukkan kepadaku bagaimana ada Rasulallah (s.a.w) berwudu’?’ Berkata Abdullah bin Zaid (r.a): ‘Ya.’ Maka meminta dia air untuk wudu’. Maka (setelah diberikan air) dituangkannya atas kedua tangannya maka membasuh kedua tangannya dua kali dua kali. Kemudian berkumur-kumur dia dan menghisap air ke dalam hidungnya tiga tiga kali. Kemudian membasuh mukanya tiga kali, kemudian kedua-dua tangannya dua kali dua kali ke paras sikunya, kemudian diusapnya (yakni disapunya) kepalanya dengan kedua tangannya; maka memulakan menyapu dari depan ditariknya kedua tangannya mulai dari dahi kepalanya kemudian dijalankannya (yakni, dilalukannya) kedua tangannya (ke belakang) sampai ke tengkoknya, kemudian dikembalikan (usapannya) dari belakang ke depan sehingga tempat mula-mula tadi, kemudian dibasuh kedua kakinya sehingga ke paras kedua buku lalinya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Saudara, yg perlu kita ambil perhatian adalah cara menyapu kepala. Majoriti umat Islam menyapu kepala mereka berbagai cara kerana ada 'ulama' yg menyebutkan bahawa kita perlu sapu dgn air sebahagian atau sedikit sahaja bahagian kepala atau beberapa helai rambut sahaja. Ini adalah preskripsi yg batal dan batil. Menyapu kepala hendaklah sebagaimana disebutkan dalam hadith ini - disapu dgn dimulakan di bahagian dahi dirutkan tanga ke belakang kepala dekat tengkok, kemudian melalukannya ke depan sampai semula ke bahagian dahi, ke belakang semula dan kemudian dgn ibu jari dan jari telunjuk menyapu bahagian dalam cuping telinga. Kalau sudara mengaji ilmu al-Hadith, dengan meneliti kitab utama Imam as-Syafie, al-Umm, saudara juga akan dapati beliau merujuk kpd proses dan kaedah atau cara yg sama dalam perkara berwudu'.

(f) Doa selepas berwudu'

Saudara, dalam blog ini kita telahpun maklumkan bahawa setiap anggota wudu' itu kita basuh sekali atau dua kali atau iga kali, kecuali menyapu kepala sekali sahaja. Antara hadith yg menyebutkan perkara ini adalah hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Maka berwudu’ Rasulallah (s.a.w) sekali sekali.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ini wudu’ bagi orang yang tidak diterima Allah (a.w) darinya sesuatu solat kecuali dengan wudu’ ini (yakni, wudu’ dengan membasuh anggota wudu’ sekali-sekali sahaja itu adalah wudu’ minima yang membolehkan sah wudu’ dan sahkan sesuatu solat itu diterima Allah (a.w))’ Kemudian (berwudu’ Rasulallah (s.a.w) dua-dua kali, maka bersabda dia: ‘Ini wudu’ adalah lebih qadar darjat (orang yang) berwudu’ (yakni, lebih baik). Dan (kemudian) berwudu’ (Rasulallah (s.a.w)) (membasuh anggota wudu’nya) tiga-tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wudu’ ini adalah wudu’ aku dan wudu’ kekasih Allah (a.w) (Nabi) Ibrahim (a.s). Barangsiapa berwudu’ demikian ini kemudian membaca (doa) setelah selesai (wudu’nya) (bacalah doa) 'Asyhadu-alla-ilahail-lallah, wa-asyhadu-anna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu’, maka (kerana membaca doa tersebut) dibuka bagi orang itu (di akhirat kelak) lapan pintu-pintu syurga (untuk dia) masuk ke dalamnya dari mana-mana pintu yang dia dikehendakinya .’ [Hadith, sahih Ibnu Majah]  
Saudara, mudah-mudahan saudara faham bahawa amat tamalah kita kerjakan sesuatu amalan itu menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak sia-sialah segala susah payah kita dalam beramal dan beribadah mengharapkan kurnian kerahmatan Allah (a.w) berjaya di akhirat.
Dalam konteks solat - yg merupakan amalan atau ibadah yg amat utama dalam Islam, kerana pertamanya, solat menentukan apakah seseorang itu orang Islam atau orang kafir, dan keduanya, solat menentukan hisaban kesemua amalan dan ibadah kita. Maka wajiblah kita pastikan bahawa kita berwudu' dengan tepat dan sejajar dengan ketetapan as-Sunnah. Kerana, kalau wudu' tak sah, maka solatpun tak sah. Begitu jugalah kalau mandi junub tak sah, maka segala ibadah dan amalan yg memerlukan sahnya wudu' menjadi batal dan bati.
Insya Allah, kita akan teliti dalam post akan datang perlakuan yg mendahului proses wudu' dan perlakuan yg mengikuti (i.e. selepas) solat yg mendatangkan pahala as-Sunnah (= sunat).

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment