Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat nas dan dalil mengenai 'bid'ah'. asulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa hendaklah kita takuti 'pembaharuan dalam perkara agama', kerana pembaharuan dalam perkara agama adalah bid'ah, dan semua bid'ah adalah kesesatan dalam Islam, dan semua kesesatan menempatkan orang yg mengamalkannya dan mengajarkannya pula kpada rang lain, akan masuk neraka! malangnya, walaupun begitu tegasnya amaran dan peringatan dan amaran Rasulallah (s.a.w), namun majoriti umat Islam hari ini - terutama di negara kita sendiri - kekal berkeyakinan bahawa wujud satu kategori bid'ah yg dibolehkan dalam Islam! Siapaah yg mempunyai kuasa menentukan sesuau itu baik dalam Islam selain Allah (a.w) dan RasulNya? Jelaslah, manusia hari ini begitu berani membuat ketetapan tanpa sandaran ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Malah dalam perkara bid'ah ini majoriti umat Islam 'enggan' menerima etetapan dan ketentuan Rasulallah (s.a.w). Maka tergolonglah mereka itu orang yg pasti masuk neraka di akhirat kelak, kalau mereka tidak bertaubat.
Namun, kita telahpun lihat ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) tidak ridha bahawa seorang yg akui dirinya Islam dan beriman, amalkan bid'ah. Kalau Allah (a.w) tak ridha bererti orang tu tidak mendapat kerahmatan Allah (a.w). Akibatnya, dia pasti masuk neraka! kita juga telah lihat kerana Allah (a.w) tidak ridha pada seseorang yg amalkan bid'ah, maka jika dia bertaubatpun taubatnya tidak diterima Allah (a.w). Kerana, mengamalkan bid'ah atau meyakini bahawa bid'ah itu dibolehkan, walhal Rasulallah (s.a.w) secara tegas menghukum amalan tersebut adalah kesesatan, maka ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu suatu yg haq. Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa', memberitahu hambaNya bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pastilah dia mentaati Allah (a.w). Maka counter factualnya aalah sesiapa yg menentang Rasulallah (s.a.w) adalah menentang Allah (a.w). Orang yg sedemikian itu seolah-olah berpendirian bahawa ada kuasa yg lebih tinggi daripada Allah (a.w), Maka orang itu sudah syirik secara pasti. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa pengamal bid'ah telah syirik.
Saudara, kita juga telah teliti sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) bahawa Allah (a.w) tidak akan menerima kesemua amalan orang tersebut - yg fardu maupun yg sunat - dan dia terkeluar dari Islam tanpa dia sedari! Walya zubillah. Orang yg mengamalkan bid'ah menjadi kafir tanpa mereka sedari atau ketahui!
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk bid'ah ini, supaya kita faham dan boleh memantau segala amalan dan ibadah kita, supaya pasti apabila sampai ajal kita, kita telah pasti mengamalkan segala sesuatu yg diperintah Allah (a.w) dan RasulNya sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan kerana itu kita berjaya mendapat kurniaan syurga sebagaimana yg dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa dan sebagaimana yg dijanjikan oleh Rasulallah (s.a.w) melaluihadithnya. Kita lihat dua potongan ahdith begitu mengenai akibatnya kita mengajarkan bid'ah kepada orang lain.
Dosa Mengajarkan Bid’ah
Saudara, kita sudahpun tahu akibatnya bagi kita yg mengamalkan bid'ah. Kita telahpun tahu akibat-akibat berikut:
(a) Batal amalan dan ibadah kita, kerana Allah (a.w) tak ridha dengan perbuatan/amalan kita - segala amalan dan ibadah kita tak ada gunanya;
(b) Jika kita menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita jatuh kafir, kerana apabila Rasulallah (s.a.w) tetapkan bahawa bid'ah adalah kesesatan dan kita kekal lakukan, malah menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w), bererti kita menolak ketetapan Allah (a.w), maka kafirlah kita;
(c) Setelah menyedari kita melakukan suatu kesalahan atau dosa yg besar, maka kita ingin bertaubat. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa taubat pengamal bid'ah tidak diterima oleh Allah (a.w) walaupun Allah (a.w) dalam al-Quran memberitahu bahawa semua dosa boleh mendapat keampunan Allah (a.w), kalau dikehendaki oleh Allah (a.w), kecuali dosa kerana syirik;
(d) Kalau mengamalkan bid'ah menjadikan seseorang itu syirik, maka pastilah taubatnya tidak diterima atas dasar di atas itu;
(e) Segala amalan dan ibadah pengamal bid'ah - farduke atau sunatke - tidak diterima Allah (a.w) dan dia terkeluar dari Islam tanpa disedari.
Dalam hadith berikut, kita diberitahu pula perspektif lain melibatan bid'ah itu - selain mengamalkan, seseorang itu terlibat pula mengajarkan kepada orang lain atau mengembangkan bid'ah, i.e. menyuruh orang lain amalkan dan kembangkan. Dalam perkara ini, lebih sukar bagi orang yg sedemikian itu bertaubat, kerana dosanya melibatkan orang lain yg diluar kawalannya.
Diriwayatkan
hadith daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi ((s.a.w)
bersabda kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu.’ Maka
berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah ((s.a.w)?’ Bersabda
Nabi ((s.a.w) (mengulangi sabdanya): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal
(bertanya semula): ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah ((s.a.w)?’ Bersabda
Nabi ((s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (as-sunnah)
dari jalanku (as-sunnahku) (yang) sesungguhnya telah dimatikan dia (yakni,
tidak lagi menjadi panduan umat Islam atau orang Islam) kemudian daripadaku
(yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah ((s.a.w)),
maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya
dengannya dengan tidak dikurangi daripada pahala-pahalanya (orang yang
mengamalkan) sesuatu. Maka barangsiapa
berbuat satu bid’ah tiada memberi redha Allah (a.w) dan RasulNya; (dan) adalah
atas mereka daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (yakni,
bid’ah tersebut), tiada kurang (dosa)
demikian itu daripada dosa-dosa mereka
itu sesuatupun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya).’ [Hadith sahih
at-Termidzi]
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan pula counterfactual yg menguntungkan akhirat kita iaitu mengajarkan as-Sunnah dan mengembangkan as-Sunnah kepada orang lain. Kita seolah-olah melabur untuk mendapatkan dividen akhirat. Setiap ilmu yg kita ajarkan kepada orang lain, kita mendapat pahala fi sabilillah, dan orang yg menerima ilmu dari kita juga mendapat pahala sabilillah. Pahala sabilillah menyemarakkan ilmu as-Sunnah disebutkan lebih besar dari nilai kekayaan dunia dan segala isinya. Mengajarkan al-Hadith kepada orang lain dan diamalkan pula oleh mereka, mereka mendapat pahala. Mereka pula mengirimkan pahala kepada kita yg mengajarkannya, tanpa mengurangi pahala yg diperolehinya. Fikirkanlah. Kalaulah timbangan dosa kita mengatasi timbangan pahala kita, kalaulah kita banyak melabur untuk akhirat, yg dividen akhiratnya berupa pahala sentiasalah sampai kepada kita sampai kiamat dunia, maka kemungkinan besar timbangan pahala kita akhirnya akan lebih berat dari timbangan dosa kita. Dan, kerana itu kita berjaya mendapat syurga.
Kiriman
Dosa Mengajarkan Bid’ah
Saudara, ketetapan yg sama disebutkan dalam hadith berikut yg dipetik dari Sunan ibnu Majah.
Diriwayatkan
hadith daripada Anas bin Malik (r.a) katanya hadith daripada Rasulallah ((s.a.w)
sesungguhnya bersabda: ‘Barangsiapa
yang mengajak (berdakwah) dengan
suatu dakwah (ajakan) kepada
kesesatan dan diikuti oleh mereka (yang didakwahkan), maka bahawasanya baginya seperti dosa
(orang-orang) yang mengikutnya dan
tidak mengurangi dosa dari dosa (orang) yang mengerjakannya sedikitpun. Dan (barangsiapa) mengajak (berdakwah) suatu dakwah (ajakan) kepada petunjuk (yakni, hidayah iaitu
as-Sunnah), maka sesungguhnya baginya
pahala seumpama pahala orang-orang yang mengikutinya, dan tidak mengurangi dari
pahala mereka (yang mengikutnya) sedikitpun’
[Hadith Ibnu Majah]
Saudara, kita telahpun tahu bahawa sebaik-baik kalam atau tulisan dalam perkara Islam dan syariatnya adalah al-Quran. Tidak ada kitab yg lebih mulia dan utama selain al-Quran. Tapi, hari ini ramai orang Islam yg merujuk belajar Islam dan syariatnya dari kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia. Malah dalam kecanggihan media maklumat hari ini, ramai pula orang Islam yg belajar tentang Islam dan segala sesuatu mengenainya dengan melayari internet. Sudahlah tidak mendapat pahala sedikitpun, kemungkinan yg pasti adalah menyesatkan pula - menyimpang dari 'siratul mustaqim', kerana 'siratul mustaqim' itu adalah didapati atau ditemui dengan mempelajari al-Quran dan as-sunnah. Tidak ada pahala mempelajari Islam dan segala sesuatu mengenai dengan merujuk kepada lain-lain rujukan atau panduan. Kita juga telah mendapat tahu bahawa tiada petunjuk atau hidayah selain petunjuk atau hidayah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Sememangnya hidayah itu kurniaan Allah (a.w), namun cara mendapatkan hidayah itu adalah mencontohi Rasulallah (s.a.w). Tak mungkin kita dapat hidayah jika kita tidak belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, mudah-mudahan dengan ilmu yg dipanjangkan melalui blog ini, akan timbul keinginan saudara/saudari yg mengikuti ingin mencari yg benar lagi haq - belajar al-Quran dan as-Sunnah, demi kesejahteraan akhirat kita. Tak mungkin kita dapati kesejahteraan itu tanpa ilmu. Ilmu menentukan segala-galanya dalam Islam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment